Bab 16👑

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Belle Áme | 16

Dua minggu selepas kejadian tersebut, persiapan kahwin Lauren dan Taehyung sedang dilakukan dalam tempoh tersebut. Semuanya sudah selesai, cuma tinggal masa untuk Lauren mencuba gaun pengantin sahaja.

Dan hari ini merupakan harinya, dengan ditemani Taehyung. Mereka pergi berdua sahaja dan orang yang paling gembira mendengarnya sudah tentulah Puan Kim. Wanita itu sendiri yang menggalakkan anak terunanya untuk keluar bersama Lauren. Berdua.

Dan yup, sekarang mereka berada didalam sebuah butik pakaian pengantin. Pelbagai aneka design gaun pengantin yang diragakan, mulai dari yang cukup kain hingga tak cukup kain. Sepanjang dari Lauren mahu mencuba wedding dress, Taehyung cuma buat acuh tak acuh. Telefon pintar tidak pernah lepas dari pegangan.

Lauren sudah kemam bibir. Ini ke Taehyung cakap nak cuba belajar mencintai dia? Sedangkan tadi jalan berdua pun Taehyung berjalan tiga langkah dihadapan Lauren. Bila ditanya apa sebabnya, boleh pulak dia jawab;

“Aku malu jalan seiring dengan kau.”

Cih! Baik tak payah jalan terus! Lauren menghela nafas, mahu menenangkan dirinya sendiri. Gaun pengantin yang dikenakan dia pandang dari pantulan cermin tanpa emosi, hatinya kosong.

“Cik.. nampak cantik dengan gaun ni. Em, nak bagi tunang Cik tengok ke?” soal pelayan perempuan tersebut. Matanya nampak berseri- seri bila melihat Lauren. Cantik sangat!

“Tak payahlah. Bukannya dia tahu menghargai..” kata Lauren dihujung ayat sebelum cermin mata bulat yang diletakkan diatas meja dia capai lalu pakai. Hem, barulah nampak dengan jelas. Lauren tarik senyum nipis. Cermin mata kembali dilepaskan.

“Saya nak tukarlah. Saya nak design yang macam ni.” kata Lauren, pelayan perempuan tersebut mengangguk faham dan menemani Lauren untuk menukar baju dia fitting room, namun suara Taehyung yang bercakap diluar buatkan langkahnya terbantut.

“Lauren, aku-”

Tirai merah yang menghalangi pandangan Taehyung terhadap tunangnya, Lauren itu dia singkap. Kata- katanya terjeda bila melihat penampilan gadis itu. Dia nampak.. cantik.

Er.. sa- saya nak tukar dah ni. Awak nak cepat, kan?” kata Lauren. Taehyung tidak membalas, dia membelek Lauren atas bawah kemudian pandangannya jatuh pada wajah Lauren yang tidak mengenakan kaca mata.

“Tae- Taehyung?”

“Em, saya tinggalkan Encik dan Cik berdua, ya?” kata pelayan perempuan tersebut sebelum cepat- cepat melangkah keluar dari situ. Lauren rasa tidak selesa dengan pandangan Taehyung terhadap dirinya. Lelaki itu.. kaku.

“A- aku nak cepat ni.” Taehyung gosok lehernya sebelum mengalihkan pandangan kearah yang lain. Melihatkan Lauren dengan penampilan yang sebegitu cantik buatkan hatinya sedikit tidak keruan.

“Saya tahu. Jadi.. em. Boleh awak keluar? Saya nak tukar baju.” pinta Lauren buatkan Taehyung cepat- cepat keluar dari situ bila dia sedar akan sesuatu. Lauren dibiarkan menukar pakaian sementara dia kembali duduk disofa menunggu.

Niatnya untuk keluar dengan Rahee tadi terpaksa dia lupakan. Taehyung tarik senyum nipis, dia akui yang Lauren nampak cantik. Tapi mulutnya seakan berat untuk memuji gadis itu.

Kenapa? Dia sendiri tidak pasti apa sebabnya.

“Huh..”

.

🌟vote✔
💬comment✔

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro