S2 - Bab 16💋

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

My Baby,
Your Daddy.


Wah! Daddy Koo memang jjang!” puji Rania seraya memberikan thumbs up kepada Jungkook. Senyuman lelaki itu makin lebar bila dipuji oleh anak sendiri.

Warna biru muda dicalitkan ke kanvas, mahu membentuk awan diatas warna langit yang dia sudah letakkan.

“Daddy Koo lukis mommy?” soal Rania buatkan tangan Jungkook terjeda seketika. Lelaki itu memerhatikan semula lukisannya.

Tanpa dia sendiri sedar, diatas kanvas tersebut terlukis 3 orang manusia.

Dia, Rania dan... Harley.

Jungkook mengetap bibirnya, soalan Rania tidak diberikan sebarang jawapan. Matanya melirik kearah Jimin dan Harley yang sedang berbual di ruang tamu.

Dia dibakar api cemburu, namun Jungkook tak boleh berbuat apa- apa. Dia hanya mampu dia kerana dia tahu...

Harley takkan kembali kepadanya.

“Daddy?”

“Hurm?”

Mata bundar Rania menikam anak mata Jungkook yang membuatkan lelaki itu sedikit gelabah.

“Daddy Koo tak suka tengok mummy dengan Daddy Min?”

Mendengarkan Rania membahasakan Jimin sebagai 'Daddy Min' buatkan dia menjadi bengang.

“Rania sayang. Dengar sini, uncle tu bukan Daddy Rania. Yang ni, yang ada depan Rania ni adalah Daddy betul Rania. Jangan panggil dia Daddy lagi. I'm your only Daddy.” ucap Jungkook seraya memegang kedua belah bahu kanak- kanak kecil tersebut.

Rania cuma terkebil- kebil.

“Baiklah, Daddy Koo. Rania menurut perintah.” jawab Rania buatkan bibir Jungkook melebar dengan senyuman.

“Awak tak nak bagi peluang?” soal Jimin. Secawan teh yang masih panas itu ditiupnya. Sementera menunggu jawapan dari Harley, dia meniup- niup teh tersebut bagi mengurangkan rasa panas.

Molla.

“Don't you see? Jungkook's soft side is only for Rania? Awak masih bercadang nak pisahkan mereka?” soal Jimin. Harley mengetap bibir.

“Saya tak pernah pisahkan Rania dari Jungkook. I'm just scared. Apa yang berlaku 6 tahun yang lalu masih segar diingatan saya. You don't understand that feeling. Saya tak nak ia berulang, saya tak nak jadi lemah dihadapan Rania...” ucap Harley.

Jimin mendiamkan diri. Matanya melirik ke arah Jungkook yang sedang bergelak ketawa bersama Rania ditengah ruangan tersebut.

“I know...”

“Tapi tak ada kesalahan yang tak boleh dimaafkan, Harley.” kata Jimin.

“Awak tak ada ditempat saya Jimin. Awak tak faham apa yang saya rasa. Memang mudah untuk memaafkan, tapi susah untuk melupakan.” balas Harley seraya memalingkan wajahnya.

Jimin menghela nafasnya berat. Cawan berisi teh diletakkan diatas meja.

“Okay, saya minta maaf.” ucap Jimin seraya mengangkat tangannya.

Pin!

Bunyi hon kereta dari luar rumah buatkan ketiga- tiga mereka mendongakkan wajah. Jimin dan Harley berpandangan sesama sendiri.

Bingkas Harley bangun dari duduknya sebelum membuka pintu rumah.

Pintu rumah terbuka tanpa sempat Harley memulas tombol pintu.

“Tae?”

“Sayang.”

Tubuh Harley ditarik kedalam pelukan. Bibir Harley menguntum senyum, namun senyuman Harley memudar sebaik dia bertentang mata dengan Jasmine yanh sedang berdiri di belakang lelaki itu.

Tubuh Taehyung ditolaknya.

“Sa- sayang?”

“We- We need to talk.” Harley membalikkan tubuh, getaran pada nada suaranya cuba dikawal berserta dengan emosinya saat itu juga.

Jimin yang sedar akan kelakuan Harley menahan pergelangan gadis itu dari melangkah pergi.

“Terangkan semuanya disini, Tae.” ucap Jimin.

Mwo? Kau buat apa kat sini? Kau pun! Jangan dekat dengan anak aku!” jerkah Taehyung, langkah kaki dibawa melangkah ke arah Rania, mahu mengambil kanak- kanak itu dari Jungkook.

Namun Jimin sudah terlebih dahulu menghalang.

“Please, aku dah tahu semuanya. Rania bukan anak kau, jadi Jungkook ada hak keatas Rania. Tapi tolong jelaskan pada Harley, siapa Jasmine sebenarnya.” ucap Jimin dengan nada tenang. Taehyung tersentak.

“N- no. Aku tak ada hubungan apa- apa dengan Jasmine! Trust me sayang!” ucap Taehyung, cuba mahu menegakkan benang yang basah.

Harley cuma diam. Dia tak sanggup hendak mengangkat wajah, memandang wajah Jasmine rakan baiknya itu.

Hatinya sakit.

“Harley...”

“I knew it. You lie. You both lie to me! Apa salah saya, Tae? I trust you. I trust you Jasmine!”

Jungkook menggendong tubuh Rania sebelum mereka naik ke tingkat atas. Menjauhi Rania dari masalah tersebut.

“Aku minta maaf, Harley. Tae yang paksa aku-”

“No! Jasmine tipu! Dia yang goda saya sayang. She want what you have. I- I fall for it!”

Tapak tangan Jasmine hinggap ke pipi Taehyung. Wajah Jasmine merah kerana marah.

“Lelaki tak guna. Awak yang melutut kepada saya, cakap Harley tak sudi disentuh oleh awak. Now you say that?!” Jasmine menangis, dia berlari keluar dari rumah tersebut dengan hati yang pecah berderai kerana seorang lelaki.

“Jasmine! Argh!”

“Aku buat semua ni sebab kau tak faham aku! Aku tahu kau tak sudi disentuh oleh aku. Kau berikan perhatian kau 100% pada Rania, not me! Aku suami kau. Apa yang aku dapat selama 6 tahun ni? Nothing Harley nothing!” Taehyung meraup rambutnya tanda dirinya sedang frustasi.

“Saya fikir, bila berkahwin dengan awak. Awak akan bawa saya lupakan semua benda yang menyakitkan untuk saya. Tapi saya silap, awak sama dengan lelaki lain.”

“Saya pilih untuk cerai dengan awak Tae. Ce- ceraikan saya. Sekarang!”

Taehyung ketawa kecil, namun riak wajahnya berubah dingin bila Jungkook melangkah turun dari tingkat atas.

“Aku akan ceraikan kau, but promise me, jangan kembali pada Jungkook.” ucap Taehyung. Jungkook mengepal tapak tangannya. Geram.

“Kahwin dengan Jimin.”

“Aku percayakan dia.” ucap Taehyung buatkan Jimin sedikit tersentak.

“Apa?”

“Harley Kwon, aku ceraikan kau...” ayat itu dilafaz dengan penuh penyesalan oleh Taehyung.

Serentak air mata jantan Taehyung mengalir.

I'm sorry...

.

Huehuehue

Jungkook

Atau

Jimin?

Jom main among us gaiseeu

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro