S2 - Bab 17💋

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

My Baby,
Your Daddy.


Keputusan mahkamah sudah keluar. Hari itu, Taehyung dan Harley sah berpisah. Hak penjagaan anak bagi Rania diletakkan sepenuhnya kepada Harley.

Pahit.

Tapi kalau itu yang terbaik, Taehyung tak apa- apa. Asalkan Harley tak terluka lagi.

“Daddy...” bisik Rania dengan wajah muram.

Air matanya sudah bertakung di tubir mata, menunggu masa untuk jatuh pada bila- bila masa saja.

Taehyung tersenyum hambar, dia duduk melutut dihadapan kanak- kanak kecil tersebut. Tapak tangannya mengusap pipi Rania lembut.

“Daddy cakap daddy takkan tinggalkan Rania...”

“Daddy tak pergi mana- mana sayang. Daddy ada untuk Rania kalau Rania perlukan Daddy. Daddy ada dalam hati Rania. Ketuk sekali, Daddy janji Daddy akan datang.” ucap Taehyung, Rania menggeleng perlahan. Rania tak mahu jawapan seperti itu.

Kali ini air matanya sudah mengalir membasahi pipi tembamnya. Rania teresak- esak menangis.

“Nooo... Daddy tipu.”

“Hey, Rania budak baik, kan? Uljimayo (don't cry) Rania sayang Daddy, kan? Rania janji dengan Daddy, Rania takkan menangis lagi. Boleh tak, sa- sayang?” soal Taehyung, air mata yang hampir mengalir ditahannya.

Dia harus berlakon kuat dihadapan Rania. Meski dia tak rela melepaskan Rania pergi, namun apalah kudrat dia untuk melutut dihadapan Harley lagi jika jawapan yang diterimanya hanya 'tidak'.

Daddy... jangan pergi...”

“Jaga diri sayang.” dahi Rania dikecupnya sebelum dia berdiri tegak. Rania menggeleng kecil, tapak tangan Taehyung dicapainya namun dengan pantas lelaki itu melepaskan pegangan tangan Rania.

Hatinya pecah melihatnya tangisan Rania. Namun nasiblah Jimin ada untuk gadis kecil itu.

Andwae! Daddy Tae! Jangan tinggalkan Rania!” Rania meronta- ronta didalam pelukan Jimin. Harley sudah cuba untuk menenangkannya, namun hasilnya sia- sia.

Rania mahukan Daddy Taehyung.

“Sayang- aniya... I don't know if I still can call you sayang. Maaf atas apa berlaku. Saya masih cintakan awak, tapi saya memilih untuk berpisah demi kebahagiaan awak.” ucap Taehyung kepada Harley.

Gadis itu mengalihkan pandangan.

“Just call me if you need me.” ucap Taehyung sebelum tersenyum hambar. Dia melangkah pergi selepas mengeluh rambut Rania buat kali terakhir.

“Harley?” panggil Jimin menyentakkan gadis itu dari khayalan.

“Jom balik. Saya hantarkan.” pelawa Jimin dengan senyuman, Rania masih lagi menangis, namun wajahnya disembamkan dibahu Jimin.

“Saya boleh balik naik teksi-”

“Huh... Saya ikhlas dan... pasal permintaan Taehyung tempoh hari. Saya rasa-”

“Saya nak balik New Zealand. Tempat terbaik untuk Rania dan saya buat masa ni.” ucap Harley. Mereka berpandangan buat seketika.

Jimin terdiam. Keluhan kecil terlepas di bibir lelaki itu. Pintu kereta bahagian hadapan dia buka untuk Harley.

“Kalau itu yang awak nak, saya tak mampu nak buat apa- apa. Mari saya hantar awak balik.” Jimin melangkah ke tempat letak kereta sebelum memasukkan tubuh Rania di seat belakang.

Kedua mereka masuk kedalam perut kereta tanpa banyak bicara. Hening dan kekok. Jimin melirik Rania dari cermin pandang belakang.

Kanak- kanak kecil itu tertidur dibelakang, mungkin penat kerana menangisi pemergian Daddy Tae- nya itu.

“Harley...”

“Saya yakin, kalau awak beri peluang kedua kepada Jungkook. Dia akan jadi ayah yang terbaik untuk Rania. Percayalah Harley. Jungkook has soft spot only for Rania.” ucap Jimin. Harley tidak merespon. Dia hanya mendiamkan diri saja.

Bukan dia tak mahu berikan peluang kedua kepada Jungkook, dia cuma tak mahu ambil risiko.

Bagi dia, kembali kepada Jungkook bermakna kembali ke masa silam.

Masa silam yang begitu menyakitkan. Dia cuma tak mahu Rania menjadi mangsa keadaan.

“Rania perlukan ayah-”

“Buat masa ni, biar saya jaga Rania sendiri. Saya mampu tanggung makan minum dia, belanja persekolahan dia, pakaian-”

“Tapi awak tak boleh berikan kasih sayang seorang ayah kepada Rania.” celah Jimin. Harley mengetap bibir.

“Saya yakin Rania tak perlukan ayah. Cukup ada saya disisi dia selamanya.” ucapan Harley buatkan Jimin ketawa kecil.

“Awak tak nampak betapa teruknya Rania menangis disebabkan ayah tiri dia tadi? Itu baru ayah tiri, bukan ayah kandung dia. Imagine if Rania really did know Jungkook as her father? Dia takkan lepaskan Jungkook punyalah.” kata Jimin yakin.

You don't want to be Rania's Daddy?

Kali ini Jimin pula yang terdiam.

“Who, me? Um.. Kalau awak nak, saya boleh masuk line.” ujar Jimin sambil tersengih- sengih.

“Saya tak terfikir untuk berkahwin lagi.”

Jimin terkebil- kebil.

“Then why you ask me that question?”

Harley cuma tersenyum. Senyuman hambar di pandangan Jimin ketika itu.

“Saya nak bawa Rania jauh dari segala kesedihan dan penderitaan sebelum mulakan hidup baru. Saya nak bawa Rania jauh dari sini...”

“Boleh awak tolong saya... Jimin?”

Mereka saling berbalas pandangan, dimata Jimin, Harley mempunyai sepasang mata yang cantik, namun mata gadis itu dikaburi dengan rasa sedih.

“Let see...”

.

I didn't realize i took longer hiatus than i expected.

Maaf guys😭

Sha busy, moody tak kena tempat, stress sebab online kelas. Huwaaa maafin gue!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro