S2 - Bab 26💋

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

My Baby,
Your Daddy.



MATANYA tertancap kepada makam yang masih baru itu. Sia sudah terlalu penat untuk menangisi kepergian lelaki itu. Sejak semalam lagi, air matanya tak berhenti- henti turun ke pipi.


[1995 - 2018]

“Taehyung...” dengan nada perlahan nama lelaki itu meniti di bibir. Matanya kembali berkaca- kaca.

Untuk kesekian kalinya dia diterpa rasa yang begitu berat membuatkan air matanya kembali turun membasahi pipi.

Harley menundukkan wajahnya, dia teresak- esak menangis. Dengan perlahan tubuhnya melorot jatuh, tapak tangannya menyentuh nisan berukirkan nama lelaki itu.

“Saya minta maaf...” bisik Harley perlahan. Tak peduli dengan pandangan orang- orang di sekelilingnya. Hujan gerimis mula turun membasahi bumi saat itu menjadikan suasana menjadi bertambah sedih.

Harley masih kekal disitu walaupun ketika orang ramai sudah berlari keluar dari kawasan pemakaman. Puan Kim memandang sayu bekas menantunya itu.

Perlahan- lahan dia melangkah menghampiri Harley sebelum bahu gadis itu ditepuknya perlahan.

“Pulanglah, kasihan Rania menunggu di rumah. Mama yakin, Taehyung pun tak nak tengok Harley menangis macam ni.” ucap Puan Kim, belakang badan Harley diusapnya perlahan.

Namun dia wanita itu terima hanyalah gelengan petanda tidak. Puan Kim melepaskan keluhan berat.

“Kalau macam tu mama balik dulu. Harley pulang nanti, ya?” ucap Puan Kim lembut. Harley mendiamkan diri, esak tangisnya masih lagi kedengaran saat Puan Kim melangkah pergi dari kawasan permakaman tersebut.

“Taehyung... saya minta maaf sebab tak dapat jadi isteri yang baik untuk awak.” bisik Harley.

Dia tahu Taehyung tidak mungkin akan mendengar bahkan membalasnya. Tapi Harley masih tetap mahu meluahkan isi hatinya.

Dia pernah menjadi isteri kepada Kim Taehyung, dia pernah menjadi segala- galanya bagi lelaki itu. Namun jodoh mereka tak panjang apabila orang ketiga datang untuk meragut segala kebahagiaan.

“Saya maafkan semua kesalahan awak kepada saya, Taehyung. Saya maafkan semuanya. Saya restui semua yang awak lakukan. Saya tak marahkan awak, Tae... Saya cuma terkilan.”

“Awak nak tahu sesuatu, Taehyung?”

“Saya masih cintakan awak...” bisik Harley seraya mengetap bibirnya.

“Saya tak sangka awak boleh pilih Jasmine untuk jadi isteri awak dan peneman hidup awak. S- she's pretty, right?”

Matanya dipejam rapat, cuba untuk menenangkan dirinya dari beremosi. Harley menekup mulutnya, mengawal suara agar tidak terlepas.

Disisi yang lainnya, Jungkook yang sedang berdiri dua langkah dari belakang Harley itu terkaku mendengar pengakuan gadis itu. Tapak tangannya yang menggigil dikepal, dia cemburu.

Satu keluhan berat dilepaskan. Jungkook melangkah menghampiri Harley dan memayungi gadis itu. Tubuh Harley yang sudah basah sepenuhnya dia selimutkan dengan kot hitamnya.

“Eung?”

“Tak nak balik?” soal Jungkook lembut seraya duduk mencangkung dihadapan Harley. Mereka saling berpandangan buat seketika sebelum tapak tangan Jungkook menyentuh pipi Harley.

“Saya ada disini untuk awak.” ucap Jungkook.

“Saya yakin Taehyung akan tenang disana, dengan Jasmine. Don't cry sayang, you made me feel weak.” bisik Jungkook seraya mengusap lembut air mata Harley.

Tubuh Harley ditarik kedalam pelukan lelaki itu, erat.

“You have me.” bisik Jungkook, wajah Harley disembamkan ke dadanya. Matanya melirik sekilas kearah nisan berukirkan nama musuh ketatnya itu sebelum satu keluhan terlepas serta merta.

“You still have me.” bisik Jungkook lagi walaupun perasaanya mula bercampur baur antara cemburu dan simpati.

Even after he died, you still gonna chose him, right?



.    .    .



“Mana Daddy Koo, Nia?” soal Harley yang baru bangun dari tidurnya itu. Rania menoleh kecil, kanak- kanak kecil itu masih lahi bersedih dengan kehilangan papa tirinya itu.

Namun kesedihan itu cuba ditutup dengan senyuman manis milik Rania Kim. Senyuman bunny yang Jungkook punya.

“Daddy dah keluar pergi kerja ma. Daddy cakap dia takkan balik selama seminggu, oustation.” ucap Rania.

Harley mendiamkan diri. Dia outstastion selama seminggu? Kenapa tak cakap awal- awal masa mereka didalam kereta tadi petang? Hum.

“Oh, tak apalah kalau macam tu.” ujar Harley. Wajahnya diraup perlahan, seketika kemudian dia sedikit tersentak apabila Rania menyentuh tapak tangannya. Wajah ceria Rania yang tadinya mula berubah muram.

Sekeping gambar berbentuk polaroid itu dihulurkan kepada Harley.

Ga- gambar Taehyung waktu mereka sedang bersuka ria di pantai dahulu. Mata Rania yang berkaca- kaca dipandangnya.

Hatinya mula diterpa rasa sebak.  Tubuh Rania ditariknya kedalam pelukan sebelum kedengaran tangisan kanak- kanak itu pecah saat itu juga.

“N- Nia rindukan Daddy Tae...” lirih saja nada suara kanak- kanak itu buatkan air mata Harley serta- merta jatuh deras membasahi pipinya. Tubuh Rania didakapnya erat.

Syhh, mummy rindukan Daddy juga. Tapi, Nia janganlah macam ni eh? Nia ada Daddy Kook, kan? Daddy Kook sayangkan Nia macam Daddy Tae sayangkan Nia.” bisik Harley.

Belakang badan anaknya itu ditepuknya perlahan. Rania masih lagi menangis. Harley tahu apa perasaan bila ditinggalkan ayah sendiri. Dia pernah merasainya.

Bahkan lebih teruk dari yang Rania alami sekarang. Dulu saat dia kehilangan ayah bahkan keluarganya sendiri, dia tak punya sesiapa untuk bersandar dan meluahkan apa yang dia rasa.

Rania beruntung memiliki ibu dan ayah yang menyayanginya. Harley tak mahu Rania merasakan apa yang dia rasakan. Cukuplah dia seorang.

Suasana menjadi hening, tangisan Rania tidak lagi kedengaran di telinga Harley. Kanak- kanak itu sudah terlelap didalam pelukan Harley dengan air mata yang masih bersisa di pipi.

“Rania anak mummy kena tahu, Rania ada Mummy. Mummy sayangkan Rania. Sangat- sangat.” bisik Harley, rambut panjang Rania diusapnya.

Dahi anaknya itu dikecup lembut, membuktikan kasih sayang ibunya kepada Rania.

.   .   .

“JUNGKOOK?”

Dahi Jane berkerut pelik bila melihat tubuh Jungkook yang sedang terbaring lemah diatas sofanya. Botol- botol arak bertaburan di sekitar ruang tamu berhampiran dengan lelaki itu.

Jane melepaskan keluhan berat. Beg tangan diletakkan diatas almari kecil disisinya. Dia melangkah mendapatkan Jungkook di ruang tamu sebelum dia bercekak pinggang.

Botol arak ditolaknya menggunakan kaki. Matanya tajam merenung tubuh Jungkook yang tak berbaju itu.

“Apa you buat kat rumah I ni? Mabuk- mabuk macam ni?” soal Jane sedikit geram.

Dalam hati dia sudah menjerit kesal kerana tak menukar kata laluan apartment miliknya itu. Bukan dia tak mahu Jungkook memasuki rumahnya, Jungkook dan dia tak mempunyai hubungan apa- apa.

Dulu mereka masih pegang title 'friends with benefit', masing- masing tahu akan status itu dan Jungkook boleh sesuka hati memasuki rumahnya. Tak ada privasi antara mereka berdua saat itu.

Tapi sekarang? Jungkook merupakan seorang ayah dan mungkin bakal menjadi suami kepada Harley nanti.

Jadi Jane tak mahu mengambil risiko berlakunya Perang Dunia Ketiga antara dia dengan Harley. Please, dia cuma nak hidup aman.

“Jungkook, you already have family. Apa motif you datang sini lagi? You dah jadi ayah tahu? Boleh tak ubah perangai you?” bebel Jane.

Jungkook cuma tersengih kecil.

“Ya aku ayah. Tapi bukan bakal suami yang baik.” balas Jungkook, rambutnya yang kusut itu diraupnya kebelakang.

“Apa masalah you pula sekarang ni?”

“Jane, let me rest.”

“No! I takkan biarkan you berehat dalam rumah I lagi! Jungkook you kena ingat, I dengan you dah tak ada apa- apa. Hubungan kita dah berakhir lama. I'm not your sex slave anymore.

Kelopak mata Jungkook serta merta terbuka luas mendengar ucapan Jane. Matanya tajam merenung wajah geram Jane itu.

“Hey, you're not my sex slave-”

“Then what? 6 years is not enough to prove it? You already touch me about 6 years. I tak pernah halang you dan I tak pernah minta you untuk bertanggungjawab.

I mengaku yang I relakan semuanya, tapi I ni perempuan Jeon. I ada hati dan perasaan sama macam perempuan yang lainnya.” luah Jane buatkan Jungkook terkesima.

“Jane... t- that's mean you ada perasaan dekat I?”

“Hell no.” respon Jane.

“Bukan itu yang I nak cakap. I nak lupakan semuanya. I nak lupakan you. I nak buang semua kenangan kita. I anggap you adik I and thats enough. Tolong jangan datang jumpa I lagi, itu yang I nak.”

“Lagipun you dah ada anak. You nak ke anak you tengok you macam ni? Keluar masuk rumah perempuan lain?”

Jungkook mengetap bibir. Pandangannya dialihkan dari memandang wajah cantik Jane.

“I tahu you nak halau I keluar rumah, tapi kalau pasal anak, jangan libatkan dia. I tak suka.” jawab Jungkook. Bingkas dia bangun dari duduknya, jaket kulit hitam yang tergeletak diatas lantai itu diambilnya.

“I minta maaf kalau ganggu you.”

“Not really, wait.” Jane menahan lengan Jungkook membantutkan pergerakan lelaki itu buat seketika.

“You ada problem apa sampai mabuk macam ni? Yalah, you takkan cari I kalau tak ada masalah.” ucap Jane. Jungkook tersengih kecil. Dia melepaskan keluhan berat.

“I patah hati, Jane.”

“Harley tak cintakan I.”



.

Lepas kena bagi surat cinta tadi, sha terus bersemangat nak update.

Btw, korang suka tak kalau sha buat chapter macam ni? Tak bosan ke?


50 komen to unlock next chapter👀❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro