S2 - Bab 27💋

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

My Baby,
Your Daddy.


HARLEY mundar mandir di ruang tamu rumahnya. Tiga panggilan yang dibuatnya kepada Jungkook, ketiga- tiga panggilan tersebut langsung tidak dijawab oleh lelaki itu. Hatinya menjadi gusar.

Jungkook tidak memberikan sebarang khabar kepada mereka lebih dari 3 hari.

Dia faham Jungkook sedang bekerja diluar, tapi tak bolehkah lelaki itu menjawab panggilannya? Sibuk sangat ke dia sampai lupa akan dirinya dan Rania?

“Mummy.”

“Ya, sayang?” soal Harley, Rania tersenyum kecil melihatkan wajah risau mamanya itu. Haih, mesti fikir pasal Daddy Kook lagi ni, bisik Rania dalam hati. Lengan Harley ditarik lalu dituntunnya Harley untuk duduk diatas sofa.

“Mummy jangan stress. Nanti kalau Daddy Kook rindu, Daddy Kook call Mummy. Kan Daddy Kook sayangkan Mummy?” ujar Rania. Harley tersenyum kecil, pipi anak gadisnya itu diusapnya perlahan.

“Ya, mummy tahu. Nia siapkan homework dulu, nanti mama datang tolong.” ucap Harley cuba mengubah topik agar Rania tidak begitu tertekan dengan dirinya.

Rania cuma menurut sebelum kanak- kanak itu melangkah naik ke tingkat atas. Harley melepaskan keluhan kecil.

Bukan soal sayang, Rania. Daddy Kook kamu tu lain sikit orangnya. Tiga hari kerja, takkan tiga hari jugalah dia tak mempunyai masa untuk bertanya khabar?

Tiga hari tanpa khabar dan berita dari lelaki itu buatkan jiwa Harley sedikit meronta- ronta. Dia tak mahu berfikir yang bukan- bukan. Dia percayakan Jungkook.

Tapi semuanya berubah ketika mereka pulang dari pemakaman Taehyung tempoh hari. Suasana senyap ketika mereka berada didalam kereta. Wajah dingin Jungkook.

Kemudian dia dapat tahu yang lelaki itu akan outstation selama seminggu dari Rania bukan secara terus kepada dirinya.

Kenapa Jungkook?

Saya ada buat salah ke?

Kalau dia ada melakukan kesalahan, tak bolehkah kalau Jungkook berbincang tentang perkara itu kepadanya?

“Huh...” Harley melepaskan keluhan berat. Memikirkan tentang perkara itu buatkan fikirannya menjadi serabut. Baru saja dia mahu mengangkat punggung, deringan telefon pintarnya membuatkan langkah terbantut.

Dengan teruja, butang hijau digesel sebaik nama pemanggil yang ditunggu- tunggunya terpapar di skrin telefon.

“Jungkook!”

“Oh hai. Maaf baru angkat call, tak perasaan tadi. Busy sangat dalam bilik meeting.” jawab Jungkook dihujung talian. Harley melepaskan keluhan lega mendengar alasan Jungkook.

Dia tak kesah apapun alasan yang lelaki itu berikan, asalkan Jungkook menelefonnya semula sudah memadai untuk menghilangkan rasa gusar dihatinya.

“Saya fikir awak dah tak kesahkan saya. Saya risaukan awak. Yalah, 3 hari awak tak beri khabar, buat saya sunyi.” ucap Harley seraya menguis karpet menggunakan kakinya.

Maaf buat kau risau. Aku busy sangat.

Harley menjongketkan keningnya satu. Kenapa Jungkook guna panggilan kau- aku kepada dirinya?

“Awak okay tak?”

Okay je. Kenapa?

“I miss you.” bisik Harley seraya mengetap bibirnya. Agak lama Jungkook berdiam diri tatkala Harley sudah tak senang duduk menunggu jawapan dari lelaki itu.

Adakah dia juga merasakan hal yang sama?

Ataupun tidak?

Oh okaylah kalau macm tu. Mana Rania? Boleh tak kalau aku nak cakap dengan dia sekejap? Rindu nak dengar suara comel Rania tu.” ucap Jungkook.

Harley sedikit tersentak mendengar jawapan dari lelaki itu.

Oh okaylah kalau macam tu?

Jawapan macam apa itu?

“Awak tak rindukan saya ke? Kenapa? Awak dah ada perempuan lain yang lagi baik dari saya?” soal Harley, entah kenapa hatinya sakit bila Jungkook seakan acuh tak acuh dengan dirinya. Entah kenapa, dia dapat merasakan Jungkook tak suka melayan dirinya saat itu.

Harley, of course aku rindukan kau. Boleh tak jangan besarkan hal kecil macam ni? Aku tak nak bergaduh dengan kau lagi. Aku penat. Bagi phone ni dekat Rania, aku nak cakap dengan anak aku.” balas Jungkook dengan nada yang agak kasar.

Harley mengetap bibirnya. Matanya mula berkaca- kaca bila Jungkook mengungkapnya ayat itu dengan nada kasar.

“Ma- maaf. Kejap saya bagi phone ni dekat Rania.” Harley mengangkat punggung sebelum melangkah naik ke tingkat atas. Tanpa banyak bicara, Harley menghulurkan telefonnya kepada Rania.

Kemudian dia mengatur langkah keluar dari bilik anaknya itu. Bukan apa, dia tak mahu menangis dihadapan Rania.

Aduh Harley. Kenapa kau makin cengeng ni? Soalnya dalam hati.


.    .    .


JUNGKOOK menghempaskan tubuhnya diatas katil. Tubuhnya terasa penat kerana asyik menghabiskan waktu di kelab malam itu.

Bau alkohol masih lagi melekat ditubuhnya, namun Jungkook seakan tak peduli dengan hal itu.

Kalau bukan disebabkan Harley, dia takkan jadi seperti itu. Dia cuma mahu Harley percaya dan cintakan dirinya seorang.

Tapi hati gadis itu masih lagi terpaut pada mendiang bekas suaminya. Seakan dirinya tak mempunyai ruang didalam hati gadis itu sama sekali.

Kenapa Harley?

Tak bolehkah kalau kau lupakan saja lelaki tak guna tu dan cintakan aku sepenuh hati kau? Tak bolehkah kalau kau terima aku ikhlas sepertimana kau terima Taehyung menjadi suami kau dulu?

Aku cintakan kau Harley, sangat- sangat.

Jungkook meletakkan lengannya diatas dahi. Matanya dipejam. Dia bernafas perlahan. Sudah tiga hari dia menjarakkan diri dengan Harley. Dia perlukan waktu untuk tenangkan diri.

Bayangan wajah Harley kembali berlegar- legar di fikirannya. Bibir mungil Harley, rambutnya yang panjang hingga ke paras dada. Senyuman gadis itu. Semuanya tentang gadis itu menghiasi fikiran Jungkook saat itu.

Macam mana kau boleh cakap aku ada perempuan lain kalau wangian kau saja boleh buat aku gila bayang, sayang? Soal Jungkook.

Aku bahkan tak boleh hidup tanpa mendengar suara kau.

Aku perlukan kau.

Aku sayangkan kau.

Ayat- ayat itu dibisik Jungkook dalam hatinya. Dia masih cuba untuk menahan diri agar tak kalah dengan Harley. Dengan apa?

Dengan menjauhi Harley selama seminggu. Mampukah dia bertahan? Jauh daripada Harley merupakan satu hal menyeksa jiwa raganya. Dia tak sanggup.

Jungkook bernafas berat. Dia cuba melelapkan dirinya namun bayangan Harleh masih lagi bermain di benak fikirannya. Tanpa menunggu lama, bingkas Jungkook bangun dari pembaringannya.

Kunci kereta dan jaket hitam dicapainya.

He can't hold it anymore!


.    .    .


“GOOD NIGHT, sayang. Mimpi yang indah ya?Harley menyelimuti tubuh anaknya dengan selimut sebelum memberikan kecupan sekilas di dahi Rania. Kanak- kanak itu tersenyum lebar.

“Good night, mummy!” ucap Rania seraya melambaikan tapak tangannya. Harley membalasnya dengan senyuman, lampu bilik dimatikan sebelum pintu bilik Rania ditutupnya.

Harley melangkah longlai ke tingkat bawah. Mahu menutup televisyen yang masih terpasang.

Tok! Tok!

Bunyi ketukan pintu membuatkan Harley menjeda langkahnya. Matanya melirik ke jam besar didinding. Sudah masuk jam 10 malam.

Siapa pulak yang nak datang malam- malam buta macam ni? Soalnya dalam hati.

“Yeoboseyo?” soal Harley disebalik pintu. Namun tak ada respon dari orang diluar sana.

“Eum... saya takkan buka kalau awak tak beritahu siapa-”

“Harley...” ucap lelaki itu. Harley terjeda, suara yang agak familiar ditelinganya. Dahinya berkerut pelik namun bibirnya mula mengukir senyum lebar.

“Jungkook? Tunggu kejap.” dengan pantas Harley membukakan pintu rumah untuk lelaki itu. Bibirnya mengukir senyum lebar bila wajah dingin Jungkook menghiasi ruang penglihatannya.

“Rania dah tidur?” soal Jungkook seraya melangkah masuk kedalam rumah.

“Ya, saya baru tidurkan dia tadi.” jawab Harley, pintu ditutupnya. Harley berdiri beberapa langkah dari Jungkook. Lelaki itu melespakan jaket hitamnya sebelum mendongakkan wajahnya.

“Jungkook... saya fikir awak tak nak balik sini dah-”

“Aku busy sikit.”

“Oh. By the way, saya rindukan awak. Sangat- sangat.” ucap Harley berserta senyuman manis untuk lelaki itu.

“Sa-”

Ucapan Harley tergendala bila Jungkook melingkarkan lengannya dipinggangnya. Tanpa memberi amaran, Jungkook mengecup bibir Harley.

“W- wae?” soal Harley bila ciuman terlerai. Nafasnya tersekat- sekat.

“Kajja.”



.

3 chapter more👀

50 comment to unlock next chapter. Huehue.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro