Satu

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

I am here,to get what is mine.It is you,why I am here.Without you,there is no Hanbin.

Nak teruskan hidup berumah tangga bukannya senang.Lagi lagi si imam bukan lah dari Islam dari mula.

Ingat senang ke nak kekalkan hati supaya tak terpengaruh dengan orang sekeliling?Lagi-lagi duduk dalam masyarakat yang gaya hidup memang tak berasaskan Islam.

Tapi,alhamdulillah Hanbin berjaya atasi tanpa ada dugaan.Malah,apa yang jadi sebelum ni makin menguatkan imannya terhadap Yang Maha Esa.

Hanbin termenung di balkoni rumahnya.Menghirup seketika udara segar di pagi hari.Tanpa sedar,bibirnya tidak henti henti berzikir.Waina yang ajar,hehe.

Sudah lama termenung,tiba tiba hujung bajunya ditarik.Hanbin tersenyum melihat wajah comel itu.

"Ya sayang?"soal Hanbin lalu si kecil diangkat.Thaqif yang mamai hanya melekapkan kepalanya ke dada Hanbin.

"Umi ane?"soalnya.Hanbin mencium sekali pipi montel Thaqif.

"Umi pergi beli groceries sayang.Itulah,umi dah kejut tak nak bangun,"jawab Hanbin.Thaqif yang kini berusia hampir dua tahun itu fasih betul bercakap.

Hanbin berjalan sambil mendukung Thaqif menuju ke bilik si puteri pertama yang entah buat apa.Pintu diketuk.

"Boleh appa masuk?"begitulah Hanbin,dia hormat akan privacy puteri nya yang makin meningkat dewasa,umur hampir lima tahun.

"Boleh,"sahut orang didalam sambil membukakan pintu buat appa nya itu.Tisya kembali duduk di meja belajarnya,
menulis sesuatu.

Hanbin mengambil tempat di atas katil Tisya lalu Thaqif diletakkan di sebelahnya.

"Buat apa?Math?"soal Hanbin.Tisya mengerutkan dahi.

"Haah,susah.Cikgu dah ajar tapi kakak asyik lupa je,"terang Tisya.Hanbin senyum.

"Apa soalannya?"

"Dua tambah tiga,"jawab Tisya.Hanbin termenung macam mana nak bagi anaknya itu faham dengan cepat.

"Okey macam ni,kakak ada dua orang adik,tapi kalau appa bagi kakak tiga orang adik lagi apa jadi?"soal Hanbin.

Adoi Hanbin,dalam banyak banyak contoh,yang tu jugak kau nak ambil.

"Hmm,kalau macam tu kakak dapat lima adik lah kan?"jawab Tisya riang.Hanbin mengangguk lantas si kakak menulis segera jawapan.

"Woah,senanglah cara appa.Umi ajar susah,dia suruh bayangkan kakak makan dua epal,lepastu kakak makan tiga epal lagi.Kakak jawablah kakak mana larat nak habiskan semua epal tu,"adu si kecil.

Hanbin ketawa terbahak-bahak. Isy,pandai betul budak ni menjawab,kan?

Hanbin bangun untuk pergi ke mini gym di tingkat atas,tapi Tisya segera memanggil appanya.

"Appa,soalan ni dua tambah lima,jadi,appa nak bagi kakak lima orang adik lagi ke?"

Haha..Hanbin tak tahan gelak dengar kata kata Tisya.Mampus kalau Waina tahu ni!

                   🌻🌻🌻

Waina melepaskan lelah.Beg kertas yang dipenuhi barang dapur diletakkan perlahan diatas meja di ruang tamu.Panas pulak hari ni!

Dia duduk seketika diatas sofa kemudian perlahan Lahan mengambil nafas.Berat betul dukung si Tiara tadi!

Eh, Tiara?Anak aku tinggal kat seat belakang!Waina tepuk dahi seketika sebelum bergegas keluar dan membuka pintu kereta.

Lega Waina lihat Tiara yang hanya tersenyum comel.Waina mengangkat Tiara lalu kasut comel Tiara ditanggalkan.Tiara dilepaskan lalu si kecil itu mula berjalan terkedek kedek.

"Penat?"soal Hanbin.Waina menanggalkan niqab lalu hanya mampu memberikan senyuman.Dia kemudiannya pergi ke dapur untuk melegakan tekak.

Sampai di hadapan peti sejuk,dia menggapai sebotol air.Selepas air selamat melalui tekaknya,dia melepaskan lega.Tanpa sedar,Hanbin hanya memerhati Waina.

"Kenapa sayang cepat letih lately ni?"soal Hanbin sambil menyilangkan tangan.Waina mengurut dada,tak sangka Hanbin ada disitu.

"Isy,abang ni!Terkejut Waina tau!"sempat lagi Waina memarahi Hanbin.Hanbin yang masih menanti jawapan si isteri setia berdiri di situ.

"Waina pun tak tahu,nanti Waina makan vitamin elok lah ni,"Waina hanya tersenyum. Sebelum dia melangkah ke tingkat atas,sempat dia mencubit pipi si suami.

Waina perlahan lahan duduk di atas katilnya. Laci di sebelahnya diperhati. Dah lama disorokkan rahsia ini dari Hanbin. Mampukah Hanbin terima kalau tahu keadaan sebenar Waina nanti?

Waina melepaskan keluhan lagi. Ya Allah,berat dugaan ni...

Kunci yang disimpan rapi dicucukkan di laci tersebut kemudian laci tersebut ditarik.

Sehelai surat diambil lalu dia termenung melihatkan apa yang ditulis di dalam surat tersebut.

"Sayang.."

Waina kaget!

To be continued..

Haha..macam drama pulak..Hmm..Agak agak kantoi tak..please Komen Dan vote ya semua..thank you..

Random tags:- NSFSHN Mecxira 5ayyieda_qowiy mochii_66 AqilahAdlina Angel_k20 IlmiMadihah

Nak 🌟 boleh?

Kalau x boleh tidur bacalah,Kut Kut bosan auto tidur..Hehe..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro