Bab 19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

          HARITH menilik jam rolex miliknya pada pergelangan tangan kiri. Dia kini sedang menanti kelibat seseorang bakal muncul. Hari ini merupakan janji temu dia dan Haufa buat pertama kali sebagai pasangan kekasih. Walaupun hubungan mereka tidaklah seperti pasangan lain, namun dia tetap ingin menghargainya. Sekurangnya dapatlah dia mengenali sisi gadis itu dengan lebih mendalam lagi.

          Oleh kerana Haufa tidak mahu dijemput dan ingin datang sendiri, jadi Harith bertolak ke pusat kompleks ini seorang diri. Dan nyata dia yang tiba terlebih dahulu. Kalau perempuan bersiap, faham-fahamlah bagaimana.

          "Sorry, I'm late." Suara orang yang dinanti akhirnya muncul jua. Pantas Harith menoleh ke arah Haufa yang sudah terpacak berdiri di sisi. Berpenampilan seperti biasa dengan gaya rambut ponytail, namun tetap menarik di mata Harith. Apa saja tentang Haufa yang tidak menarik dimatanya?

          "Just 10 minutes. No problem." Tenang Harith menjawab. Memang tiada masalah baginya memandangkan dia pun baru saja sampai.

          "So, tengok wayang?" Dengan nafas yang sedikit tercungap, Haufa menyoal. Kepenatan berlari anak dari parking lot sebentar tadi masih lagi tersisa.

          "That's why we're here. Takkan kita nak tunggang kuda kan?" Harith kemudian tersenyum senget. Sementara Haufa terus menayangkan riak kosong.

          "Not funny."

          "I didn't make a joke."

          "Nak tengok cerita apa? Dah lama saya tak tengok wayang." Haufa menyoal lagi. Malas ingin membawa isu sekecil itu kepada pergaduhan serius. Sekeping tiket yang dihulur kepadanya pantas dicapai. Membuntang mata Haufa buat seketika tatkala melihat tajuk pada tiket di tangan.

          "What?! Are you sure?" Haufa terjerit kecil. Tidak terjangka filem seperti ini yang menjadi pilihan pemuda itu. Wajah Harith ditenung tidak percaya.

           "And I also bought this." Harith mengangkat objek yang berada di tangan. Dahi Haufa terus berkerut seribu.

          "Nak buat apa dengan tisu?"

          "In case kalau ada yang menangis nanti."

           Haufa terus mengecilkan kedua belah matanya.

           "Crying? Of course I'll not crying."

           "Ada saya cakap awak ke? Saya cakap untuk diri sendiri." Harith membidas kembali. Tidak mahu gadis itu menyalah erti maksudnya.

          "Awak biasa menangis?"

          "Saya manusia. Of course, saya ada perasaan."

            Dan Haufa akhirnya terdiam. Tidak menjawab apa-apa lagi.

           "Come. Movie dah nak start."

            Harith mula melangkah mendahului memasuki panggung disertai Haufa di belakang yang berbelah bahagi ingin mengekori. Filem yang menjadi tontonan mereka pada hari itu adalah bergenre sad-romance dimana penghujung cerita akan berakhir dengan kesedihan. Sengaja Harith memilih filem bergenre sebegitu kerana ingin menguji jiwa dan emosi Haufa. Boleh saja tadi dia membeli tiket filem thriller atau horror, kerana genre itu biasanya disukai penonton ketika di panggung. Tapi hari ini, Harith mahukan yang lain dari yang lain.

           Nyata setelah satu jam berlalu, Haufa masih tidak menunjukkan tanda-tanda akan menangis walaupun sudah tiba pada klimaks cerita. Sementara penonton lain kebanyakannya sudah mengalirkan air mata. Harith sengaja mengerling sekilas ke sisi. Kepalanya terus tergeleng bila melihat orang di sebelahnya elok terbuai mimpi.

           Ya Allah, boleh pula dia tidur dekat sini.

           Haufa, Haufa


           USAI habis menonton wayang, mereka mula berjalan keluar dari panggung. Ingin berangkat pulang memandangkan jam sudah berginjak ke angka 7 malam. Cukuplah untuk hari ini janji temu mereka berdua kerana esok lusa masih ada waktu lagi.

            "It's hurt when you love someone that doesn't love you back." Harith tiba-tiba bersuara. Mengulas mengenai salah satu watak di dalam filem tadi.

           "That's why, jangan cintakan sesiapa. Just love yourself and no one will get hurts." Selamba Haufa membalas. Bagai tidak terkesan apa-apa. Macam mana nak terkesan, dia pun tertidur masa menonton tadi. Bukan apa, terlalu bosan lah bila menonton filem cinta. Tak ada manfaat langsung. Kalau tahu macam ni, baik berehat aje di rumah tadi. Tak membazir masa!

          Mata Harith tiba-tiba tertumpu ke sebuah kawasan yang dipenuhi cahaya. Juga digerumuni ramai kanak-kanak.

         "Haufa, let's go there."

          Tanpa sempat Haufa membuka mulut, lengannya sudah ditarik. Terpaksalah dia mengekori sahaja. Mereka menghampiri kawasan yang dipenuhi permainan claw machine. Haufa terus mempamerkan riak tegang tatkala kaki mula terpacak di situ.

          "Malas lah nak main benda ni. Permainan ni ibarat macam judi tahu tak. I don't know why people always waste their money for getting nothing from this stupid game!" Bentak Haufa.

           "Judi kalau kita cuba berkali-kali. But we're going to play in one try. Kalau tak dapat, kira sedekah."

          "Sekali? Jarang lah orang dapat dengan sekali percubaan." Bidas Haufa lagi. Mempertahankan kata-katanya. Betul apa. Agak mustahil untuk orang mendapatkan ganjaran dari mesin ini dengan satu percubaan. Biasanya mereka yang mencuba akan pulang dengan tangan kosong bahkan yang mencuba berpuluh kali pun sukar untuk berjaya.

           "But I have two trick to win this game. Saya akan guna trick pertama dan awak akan guna trick kedua. Hopefully, salah satu cara tu akan berkesan," balas Harith sebelum menghilang meninggalkan Haufa sebentar.

           "Confident much, huh? Kalau yakin sangat, cubalah. Saya cabar awak." Haufa berkata lagi tatkala Harith menghampirinya kembali bersama dua token di tangan. Harith sekadar membalas dengan renungan tidak peduli dengan patah kata yang dituturkan. Dia mula berdiri di depan mesin tersebut. Bersedia untuk mencuba.

            Haufa menyilangkan tangannya ke dada. Memerhati saja gerak geri Harith tanpa mengeluarkan apa-apa suara. Selang beberapa saat, permainan bermula. Serius saja riak wajah pemuda itu ketika mengendalikan crane. Tidak lama kemudian, crane tersebut naik semula ke atas menandakan tiada apa yang diraih oleh Harith.

            "Okay, I'm failed." Keluhan terbit dari bibir Harith. Haufa pula tersenyum sinis melihat wajah hampa pemuda itu. Kan dah kata!

            "Now, your turn. I'm sure you will get it." Harith berganjak ke tepi. Memberi laluan kepada Haufa pula untuk mencuba.

           "Tapi saya tak pandai tau." Sempat Haufa berkata sebelum menggantikan tempat Harith berdiri di hadapan mesin. Satu token dimasukkan ke dalam lubang yang disediakan. Baru sahaja tangan Haufa turun memegang joy stick, ada tangan lain yang sudah menindihnya. Dia yang terkejut dengan tindakan refleks itu pantas sahaja berpaling sedikit ke sisi.

            "Awak buat apa ni?"

            "Just stand still. Saya nak ajar awak cara kedua," balas Harith sedikit tegas. Dia kini berdiri rapat di belakang Haufa dengan tangan kanannya berada di atas tangan gadis itu. Tiada penolakan membuatkan bibirnya tersenyum. Haruman rambut Haufa membuatkan dia terbuai seketika sebelum dia kembali fokus.

          "Now you can see a lot of toys stacked up there. So, we need to hit the toys down before press this button." Cara kedua diterangkan kepada Haufa iaitu dengan menurunkan sahaja crane pada kawasan yang ditimbuni anak patung. Jika salah satu anak patung berdekatan dengan lubang terkena crane, maka ia akan terpelanting jatuh. Nyata cara yang digunakan kali ini berkesan. Salah satu anak patung di dalam mesin tersebut akhirnya terjatuh ke dalam lubang.

          "Seriously? How come?" Mata Haufa membulat tidak percaya. Tanpa menunggu lagi, pantas dia mengambil patung yang terjatuh dari lubang. Pupil mata automatik mengembang galak.

          "Aww, you're so cute!" Tanpa sedar, ada mata yang tunak memandang dari sisi. Ada senyuman terukir di bibir milik Harith. Ralit dia menatap wajah Haufa yang sedang sibuk menilik anak patung yang baru diraihnya itu. Walaupun keriangan seperti budak kecil sahaja, tetap tingkah itu menarik dimatanya.

          "Kenapa pandang saya macam tu?" Haufa menyoal bila dia kembali menoleh ke arah Harith. Pemuda itu sedang khusyuk menatapnya.

          "Betul lah orang cakap, keterujaan akan menghadirkan senyuman tanpa paksaan. And I saw it just now," tenang Harith membalas. Anak mata Haufa yang bersinar terang tadi memang sangat menarik perhatian. Tidak pernah dia melihat sisi Haufa yang seperti itu. Nampak ikhlas. Kalau boleh dia ingin mengabadikan momen tadi dengan lebih lama, namun gadis itu sudah mematikannya terlalu awal.

          "Nampak apa?" Haufa bertanya. Blur. Hilang sudah riak bahagia yang terpamer jelas di wajah tatkala diri diperhatikan sedemikian rupa sehingga menerbitkan rasa kurang selesa pula.

           "Nothing. Jomlah balik, dah lewat ni." Usai berkata, Harith terus meninggalkan Haufa yang terpinga-pinga di belakang.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro