❄️ 18

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


➽───────────────❥

Malam Khamis, 29 Ogos 2019.

"Anne..."

Meskipun Benjamin Daniel sering memanggil namanya dengan suara yang begitu lembut sehingga bergetar tulang rusuknya, tetapi suara jauh lelaki itu kali ini kedengaran agak terketar-ketar. Seolah-olah ada celaka sedang menanti mereka berempat pada waktu itu. Aneira K memilih untuk mengabaikan Betty Xu si ceria sedang bersenandungkan lagu tema rancangan televisyen kanak-kanak Barney 'I Love You' seketika untuk berpaling ke belakang. Saat dia bertentangan mata bersama Ben yang sedang menuruni tangga di belakangnya, Benjamin Daniel bermandikan kekhuatiran teramat perlahan-lahan menggelengkan kepalanya.

"Lari, Anne," bisik jejaka itu yang ketakutan.

Jerry Looi di sebelah kiri Ben hanya menundukkan kepalanya, turut diselubungi ketakutan yang membingungkan Aneira K. Matanya langsung tidak menyoroti susuk tubuh teman wanitanya yang masih bergembira sambil menuruni tangga ke aras satu. Belum sempat Aneira K mengajukan pertanyaan selanjutnya, sepasang matanya tidak sengaja memandang sekilas ke figura seorang lelaki bertubuh pinang sebatang yang sedang menuruni tangga di belakang Benjamin Daniel dan Jerry Looi. Terbelalak mata Aneira K menyebabkan dia terus merentap lengan kanan Betty Xu lalu menuruni tangga aras secepat mungkin. Tiba di hadapan kelas 2A, Aneira K segera membawa Betty Xu meninggalkan kawasan bangunan akademik, menuruni satu lagi tangga sebelum tiba di laluan ke koperasi sekolah.

"Anne, awak nak patahkan lengan saya ke? Sakitlah awak pegang," ujar Betty Xu yang berasa keliru dan sakit pada masa yang sama.

Aneira K hanya berdiam diri sepanjang mereka berdua melepasi laluan menuju ke koperasi. Melihat koperasi masih beroperasi, Aneira K memimpin Betty Xu masuk ke dalam lalu mengorak langkah ke sebuah peti sejuk yang terletak di penjuru kiri bilik luas itu. Betty Xu yang masih bingung dengan perubahan tingkah laku Aneira melepaskan lengannya lalu menekup wajah cemas rakan karibnya.

"Anne, beritahu saya apa yang sedang terjadi!" tanya Betty Xu yang semakin gusar dengan keadaan Aneira K.

"Ada orang balik dengan kita tadi, Bei," jawab Aneira K yang mengelak tentangan mata daripada Betty Xu.

Berkerut dahi Betty Xu mendengar respons tergagap-gagap daripada Aneira K.

Dia pun membalas, "Memang Ben dan Jerry ikut kita balik tadi."

"Bukan mereka yang aku maksudkan, Bei! Sir Nubhan yang ikut kita balik tadi!" kata Aneira K yang mulai runsing.

"Wait— WHAT?!" jerit Betty Xu yang terkesima.

Sebelum Betty Xu sempat menggegarkan seluruh bilik koperasi dengan jeritan nyaringnya, seorang jejaka bertindak merangkul pinggangnya dari belakang lalu menegur dia dengan berkata, "Bei, you OK tak? You ada sakit kat mana-mana?"

Betty Xu terus berpaling ke belakang lalu mengajukan pertanyaan cepu emas kepada Jerry Looi, "Darling, betul ke Sir Nubhan ikut kita balik tadi?"

Jerry Looi melemparkan pandangan pada Benjamin Daniel yang berdiri di sisi Aneira K.

Melihat Benjamin Daniel hanya mengangguk perlahan, dia menghembuskan keluhan berat lalu menjawab, "Ya, Bei. Tadi you seronok sangat humming lagu Barney. Nasib baik Anne dengar Ben suruh dia bawak lari you cepat-cepat. Kalau tak kita dah kena tahan dengan Sir Nubhan."

Sementara itu, Benjamin Daniel mengumpulkan keberanian untuk memegang tangan Aneira K di khalayak ramai lalu berkata dengan nada perlahan, "Terima kasih, Anne."

Aneira K memandang ke kiri, mengamati wajah sisi Benjamin Daniel yang masih terpampang kegusarannya. Senyuman lebar meniti di bibirnya saat dia merasakan Benjamin Daniel menggenggam tangannya begitu erat tanpa memandang sekilas langsung pada dia.

"Aku bukan kawan kau kalau aku tak tolong kau tadi," ujar Aneira K.

Namun kegembiraan yang terpalit pada wajah pucat gadis itu pudar dalam masa yang singkat apabila dia dihunjam realiti.

Nada suaranya tersekat-sekat saat dia mengajukan pertanyaan kepada Benjamin Daniel, "Sir Nubhan target kita berempat ke nanti?"

"T-tak, Sir tak akan target kita. Percaya cakap Papa, Anne," balas Benjamin Daniel yang mengusap lembut tangan Aneira K.

Mendengar Benjamin Daniel membahasakan dirinya sebagai papa menjadi punca Aneira K memandang ke jejaka itu lalu bertentangan mata di sebalik rak alat tulis. Perasaan yang sukar ditafsir menyelinap masuk ke dalam pangkal hatinya saat wajahnya ditatap oleh Benjamin Daniel.

"Papa akan sentiasa ada dengan Anne," bisik Benjamin Daniel.

➽───────────────❥

"Thank you, teacher!"

Sebaik sahaja Teacher Ng meninggalkan kelas 4A, Benjamin Daniel terus berpaling ke belakang untuk menegur Aneira K yang sedang sibuk mengemas set-set kertas soalan kertas dua Prinsip Perakaunan yang berselerakan di atas mejanya. Dalam hati Benjamin Daniel menahan tawa besarnya memerhatikan keadaan meja gadis yang tidak akan pernah kemas walau sesaat pun. Dia segera menghalau anasir yang bakal meledak tawanya lalu menongkat dagu di atas kerusi kuningnya.

Sambil mengamati wajah serius Aneira K, dia memanyunkan bibirnya lalu mulai bersuara dengan berkata, "Anne, Papa nak minta tolong Anne sikit boleh tak?"

"Papa nak Anne buat delivery makanan Koop ke?" tanya Aneira K tanpa memandang sekilas pun kepada Benjamin Daniel di hadapannya.

Berseri wajah Benjamin Daniel dihiasi sengihan lebarnya selepas mendengar respons Aneira K si berwajah cekung. Dengan spontan jari telunjuknya menyentuh batang hidung gadis (nose-boop).

"Ya, pandai anak Papa. Seratus markah untuk Anne," kata Benjamin Daniel dengan bernada begitu bangga.

Aneira K terus menyumbat segala kertas latihan ke dalam fail lutsinar berwarna hijau muda lalu mencampakkannya ke dalam laci meja yang hampir penuh dengan beberapa fail lutsinar berlainan berwarna yang terlalu tebal. Kemudian Aneira K memberikan tumpuan sepenuh kepada jejaka yang sedang menayang wajah manja tanpa perasaan malu pada dia sedari tadi. Ingin melayan kerenah jejaka di hadapannya, terasa ada jelingan maut Raina Hanani ditujukan kepada dia meskipun Irene Park setia menanti momen manis mereka berdua.

Malas hendak menimbulkan drama terbaru, Aneira K hanya berkata, "Burger ayam satu, Milo kotak satu, jeli kelapa satu."

Benjamin Daniel menganggukkan kepalanya lalu menyambung, "Alang-alang Anne tolong fotostat bahan Sejarah kertas tiga esok untuk papa."

Berkerut dahi Aneira K mendengar permintaan yang menyentuh gegendang telinganya.

"Papa tak nak turun makan kat dewan makan ke?" tanya dia.

"Papa nak tidur kejap. Papa mengantuk," jawab Benjamin Daniel yang perlahan-lahan melentokkan kepalanya di atas kamus di atas sudut kanan meja Aneira K.

Aneira K hanya mampu menggelengkan kepalanya menonton jejaka itu selamba melelapkan mata di atas kamus itu. Dipandang sekilas ke kiri, benarlah firasat hatinya bahawa gadis berkaca mata itu tidak lain tidak bukan jika Raina Hanani sedang menjeling tajam kepada dia. Di hadapan Raina Hanani pula kelihatan Irene Park sedang mengipas wajahnya berkali-kali selepas menonton kemesraan dia bersama Benjamin Daniel. Hembusan keluhan berat dilepaskan.

"Memang memeningkan kepala," getus hati Aneira K.

"Anne! Jom rehat sama-sama!" ujar Betty Xu yang memegang kedua-dua bahunya.

Aneira K menyandarkan kepalanya pada abdomen Betty Xu lalu memegang tangan kanan gadis bermata sepet itu. Dia mendongak kepalanya ke atas lalu mengamati wajah gadis comel gadis itu.

"Bei, kau rehat dengan Jerry ya? Aku nak fotostat bahan Sejarah kat Koop kejap," pujuk Aneira K dengan lembut.

"Tapi menu kafe hari ini tau fu fa, Anne! Awak suka tau fu fa kan, Anne?!" balas Betty Xu dengan matanya bersinarkan kehampaan.

Aneira K hanya menatap lembut wajah gadis itu buat beberapa detik lalu bersuara, "Tapau kat aku satu. Lepas rehat teman aku makan eh?"

Betty Xu yang memanyunkan bibirnya hanya mampu menayang wajah frustrasinya lalu menjawab, "OK, Anne."

➽───────────────❥

Aneira K memasang wajah penuh kebosanan sepanjang dia menterbalikkan setiap helaian kertas untuk di fotostat sebanyak dua kali. Bunyi mesin fotostat yang memecah keheningan bilik tertutup itu setia menemani dia yang semakin bosan bersendirian di situ. Matanya melirik pada jam dinding yang tergantung pada dinding seketika. Masa berbaki lagi lima belas minit sebelum bermulanya kelas subjek seterusnya.

Dia yang merenung kepada mesin fotostat dengan penuh ketidakpuasan hati pun bersuara, "Wahai mesin, kau tak nak buat magic ke tolong fotostat sendiri? Aku dah penatlah."

Tiba-tiba pintu bilik dobi koperasi dibuka secara mendadak lalu menampilkan figura seorang jejaka. Dia segera mengunci bilik itu lalu mendekati Aneira K yang masih bercekak pinggang di hadapan mesin fotostat. Berkerut dahi gadis itu apabila dia berjaya mengecam wajah jejaka itu yang melabuhkan punggung di kerusi malas berwarna biru.

Aneira K menjarakkan diri daripada jejaka itu secara spontan lalu bertanya, "Kau buat apa kat sini?"

Benjamin Daniel sedang mengeluarkan sebungkus burger ayam daripada plastik beg berwarna putih di atas meja komputer terus menayang wajah muka loyar buruknya tanpa berasa segan silu.

"Leigh kacau mood aku nak tidur tadi. Baik aku datang sini makan dengan kau," ujar Benjamin Daniel yang berasa iri hati.

Terkebil-kebil mata Aneira K melihat Benjamin Daniel menikmati sebungkus burger ayam yang enak itu. Tidak semena-mena perutnya berkeroncong begitu kuat sehingga Benjamin Daniel disebelah turut mendengar bunyi kelaparannya. Aneira K yang terasa janggal lantas mengalihkan mata daripada bertentangan mata bersama Benjamin Daniel.

Dia segera menyusun segala bahan Sejarah kertas tiga yang sudah selesai di fotostat sambil bertanya lagi, "Kau tak nak makan dalam kelas ke? Aku dah siap fotostat ni."

"Aku...bertembung dengan Sir Nubhan tadi...makan kat sini saja lah, Anne," jawab Benjamin Daniel yang teragak-agak.

Berderau darah Aneira K apabila nama ketua warden yang digeruni disebut oleh Benjamin Daniel. Aneira K memejamkan matanya lalu menggeleng-geleng berkali-kali sebelum dia menarik kerusi plastik berwarna hijau untuk mengambil tempat di sebelah jejaka itu. Dia menghulurkan tangan ke arah beg plastik lalu mengeluarkan sebungkus burger benjo. Mereka berdua pun tenggelam dalam keheningan bilik sepanjang menikmati kesedapan burger yang di beli di koperasi.

Sehingga Benjamin Daniel memberanikan diri untuk mengelap bibir Aneira K yang bersisa mayonis.

"Comot," kata Benjamin Daniel dengan selamba.

Aneira K menyepetkan matanya kepada Benjamin Daniel yang sedang menggumpal bungkusan plastik burger lalu bertindak mengelap bibirnya yang bersisa sos cili.

"Kau pun makan comot lah. Cakap orang," ujar Aneira K yang cuba menahan tawanya.

Benjamin Daniel tidak dapat mengawal dirinya ketika gadis itu mengelap bibirnya terus menempel batang hidungnya pada batang hidung Aneira K. Terbelalak mata Aneira K saat jejaka itu berani bertentangan mata dengan dia dari jarak terlalu dekat. Sungguhpun dia ingin hanyut ke dalam bait-bait fantasi yang Benjamin Daniel sukarela cipta khas untuk dia, momen yang mereka sedang lalui agak janggal untuk bertahan buat beberapa detik.

Aneira K yang terpaksa melepaskan ketawa terkekeh menghulurkan secawan plastik tertutup berinti dadih berperisa coklat lalu menghulur kepada Benjamin Daniel sambil berkata, "Papa nak dadih coklat?"

Benjamin Daniel tidak memberi respon kepada pertanyaan Aneira K sebaliknya turut menghamburkan tawa halusnya.

"Anne suka sangat mengelat," bisik dia.

➽───────────────❥

"Anne, kau dah gila ke sorok phone kau dalam pad?!"

Benjamin Daniel tidak teragak-agak untuk merentap tangan Aneira K menyebabkan satu pek tuala wanita yang berat terjatuh ke dalam tong sampah yang penuh. Dia merenung tajam kepada Aneira K yang sedang bertentangan mata dengan amukan jiwa yang terpendam. Sepasang matanya membara api kemarahan yang bakal meletus pada wajah bengis Benjamin Daniel.

Aneira K melepaskan tangan yang berbekas cengkaman tangan Benjamin Daniel yang bersaiz dua kali ganda lebih besar lalu membentak, "BEN, KAU SEDAR TAK SATU SEKOLAH DAH HEBOH PASAL HUBUNGAN KITA?! AKU TAK NAK MEREKA JUMPA BUKTI SEOLAH-OLAH KITA BERDUA TENGAH COUPLE!"

"Ya, memang betul kita tak pernah couple! Aku boyfriend Ixara dan kau girlfriend Alvin so what's the problem right now?! Kita just kena pergi roll call dan tunjuk kat mereka yang kita tak couple langsung!" balas Benjamin Daniel yang cuba memujuk lara Aneira.

Aneira K yang bergaun lengan panjang beropol serta berdada petak berwarna hitam bercorak floral putih terpempan selepas mendengar kenyataan yang menghempap dirinya. Raut wajahnya berubah menjadi suram, tubuhnya semakin lemah dibuai perasaan murung. Dia terduduk di hadapan pintu belakang kelas 4A, mengabaikan kehadiran jejaka berbaju kurta berwarna hitam di tepi tong sampah.

"Ben, kalau kita tak couple...apa sebab kita roleplay selama ni? Kenapa kau jadi Papa aku? Apa semua ni, Ben?" tanya Aneira K yang keliru.

"Jangan tanya aku. Aku tak tahu," balas Benjamin Daniel dengan perlahan lalu kembali ke mejanya.

"BENJAMIN DANIEL, MANA KAU?! KAU SAJA CARI NAHAS DENGAN AKU! AKU TENGAH SAKIT OTAK ULANGKAJI UNTUK PERCUBAAN SPM KAU BOLEH PERGI DATING DENGAN EIRA SEMALAM?! KAU BUAT-BUAT LUPA KE EIRA ADA BOYFRIEND DALAM SEKOLAH NI?!" laung seorang pelajar lelaki yang bertandang ke kelas 4A.

Jejaka berbaju T-shirt berwarna merah manggis menayang wajah bengis kepada baki warga kelas 4A yang belum ke dewan sekolah, mencari kelibat mangsa yang bakal dilunyai sehabis baik. Saat dia menemui Benjamin Daniel yang masih berada di mejanya, dia segera mendapatkan Benjamin Daniel lalu menarik kasar baju jejaka itu. Dalam sekelip mata satu tumbukan padu menghinggap di pipi menyebabkan si mangsa meraung dalam kesakitan.

"ALVIN, AKU HANYA TEMAN DIA BALIK DENGAN KAWAN DIA! TAK PERCAYA TANYA ANNE!" jelas Benjamin Daniel yang mengelap darah yang mengalir di tepi bibirnya.

"AKU TAK AKAN PERCAYAKAN KAU, SETAN!" ujar Alvin Ivanov yang menarik kepala Benjamin Daniel ke belakang lalu dihentak di atas meja Aneira K yang bersepah berkali-kali sehingga si mangsa tewas di tangan Alvin Ivanov.

"ALVIN, STOP!!!" laung Aneira K yang segera bergegas ke mejanya lalu menolak susuk tubuh Alvin Ivanov yang kekar sehingga tumbang di meja Leigh Yadav.

Seluruh tubuh Aneira K menggigil dalam ketakutan saat dia merangkul tubuh Benjamin Daniel yang tidak bermaya ke kerusinya. Tangannya terketar-ketar menekup wajah jejaka itu yang berlumuran dengan darah. Tanpa disedari air mata berlinang di pipi, membasahi wajah ekoran kebimbangan yang teramat pada Benjamin Daniel. Aneira K tersungkur di sisi Benjamin Daniel lalu menekup wajah basahnya pada paha jejaka itu, membiarkan tangisan esak membasahi seluar denim jejaka itu.

Jelingan tajam Alvin Ivanov ditujukan kepada Aneira K saat dia bangkit lalu menengking gadis itu yang meratapi Benjamin Daniel yang pitam.

"ANEIRA TAN SRI K! MULAI MALAM NI I TAK BENARKAN YOU BERKAWAN DENGAN BENJAMIN LAGI!" laung Alvin Ivanov tanpa belas kasihan terselit di segenap hatinya.

"Vin, dia tak ada niat langsung nak balik dengan kami semalam! Bukannya kami berempat saja kena mention tadi! Felix pun kena sebab Sir Ahn dengar dia mengumpat pasal cikgu Biologi kelas sebelah! Lain kali bertindak guna akal jangan guna hati, Vin! Tanya I dulu apa yang dah jadi sebelum you membuta tuli belasah anak orang!" balas Aneira K yang hampa dengan kelakuan Alvin Ivanov.

Di penjuru kelas, Felix Goh yang mendengar namanya disebut oleh Aneira K hanya mampu menepuk dahinya sambil berkata, "Sempat lagi kau sebut nama aku, Anne."

Aneira K bingkas lalu mendapatkan Alvin K di tepi meja Leigh Yadav. Para penonton di dalam kelas berdebar menantikan tindakan Aneira K yang bakal lakukan kepada teman lelakinya. Sinar kecewa terpancar daripada sepasang mata Aneira K saat dia mengamati wajah bengang jejaka itu.

Berlinang air mata di pipi saat dia berkata, "MULAI MALAM NI JANGAN HARAP I NAK BERKAHWIN DENGAN YOU, KETUA PELAJAR SEKOLAH KATHERINA YANG KEJAM, SANGGUP BELASAH LELAKI MISKIN MACAM BEN!"

"Felix, bawak Ben ke sickbay secepat mungkin! Pastikan dia masih bernyawa atau aku tak akan teragak-agak untuk saman ketua pelajar tak berhati perut ni!" sambung Aneira K sebelum dia meninggalkan kelas 4A.

➽───────────────❥

"Betul cakap Alvin, Peach. I dengan Ben bagaikan langit dengan bumi. Ben tak layak kahwin dengan I sebab lelaki macam Ben tak akan pernah dan cuba untuk memahami cara kehidupan golongan berada macam kita," ujar Aneira K yang bernada rendah.

Seorang lelaki berwajah jambu tampil pesona menggayakan baju kebaya ala nyonya sedang menyisir rambut panjang Aneira K menghembuskan keluhan berat.

Dia berkata, "Alvin tak salah dalam hal ni sebab dia bakal suami you. Dia ada hak untuk cemburu dengan Ben yang menggatal nak rapat dengan you selama ni. Masalah sekarang ni dia suka guna kekerasan bukan berhadapan dengan you dan berbincang elok-elok."

Aneira K hanya merenung pada cermin bulat besar yang berbingkai di hadapannya, melihat pantulan dirinya yang hampir selesai didandani oleh Peach. Dia memutuskan untuk tidak bersuara sebaliknya hanya menadah telinga mendengar pesanan daripada mak andam kesayangannya.

"Eira, you perlukan komunikasi untuk membina kepercayaan dalam hubungan you dengan Alvin. Cuba ajak dia minum kopi, duduk sama-sama dan berbincang tentang perkembangan hubungan kalian berdua. Selami kekuatan dan kekurangan masing-masing. Mungkin dengan cara itu you dengan Alvin boleh saling melengkapi macam yin and yang," kata Peach.

"Peach, macam mana I nak berbincang dengan Alvin kalau Alvin yang selalu mengelak?" tanya Aneira K yang berpaling ke belakang lalu melihat wajah Peach yang disolek tebal.

Peach menuding pemegang penyikat rambut ke hidung Aneira K lalu membalas, "I pujuk dia nanti."

Ketika Aneira K kembali menghadap cermin berbingkai di hadapannya, Peach dengan megahnya berkata, "Oh my god, Eira! You look so stunning, just like your name."

Aneira K yang berasa jengkel mengguling matanya sambil membalas, "Peach, you sedar tak muka I nampak macam vampire tak cukup makan?"

Namun begitu Aneira K tetap terpukau dengan penampilan terkini selepas ditata rias sepenuhnya oleh Peach. Seolah-olah jejaka lembut itu baru sahaja mengembalikan sisi sebenar diri Aneira K atau lebih tepat, diri Eira. Aneira K terbangun daripada kerusi empuk lalu memeriksa seluruh tubuhnya melalui pantulan pada cermin. Rambut panjangnya diwarnai highlight platinum balayage. Solekan minimal pada wajahnya begitu menakjubkan. Tubuhnya dibaluti gaun maxi cami berwarna putih yang anggun. Dan sepasang kakinya menyarung kasut bertumit tinggi 5 inci berwarna putih sarat berlabuci.

"Pergi dekat Alvin cepat. Dia dah lama tunggu you kat bawah. I harap you jumpa apa yang Alvin maksudkan kat you selama ni," ujar Peach.

Aneira K tidak berfikir panjang untuk mendakap erat leher Peach lalu berkata, "Thanks a lot, Peach. I dah banyak terhutang budi dengan you."

➽───────────────❥

"Miss Eira, sila duduk di kerusi itu ya. Saya nak ambik gambar sekejap," ujar jurugambar sambil menunjukkan kerusi tinggi di sebelah Alvin Ivanov.

Aneira K yang baru sahaja tiba di ruang tamu mengorak langkah menuju ke kerusi yang dimaksudkan lalu melabuhkan punggung di situ. Sebelum jurugambar sempat mengambil gambar, Aneira K memusingkan kerusi ke arah kanan lalu merangkul pinggang Alvin Ivanov dan berpura-pura menayang wajah gembira ke arah kamera DSLR yang bercahaya. Jurugambar terpukau setelah mengamati gambar yang baru sahaja diambil.

"Nice shot, miss!" puji jurugambar yang berasa begitu teruja.

Aneira K hanya tersenyum lebar lalu membalas, "Thanks, boy."

Ketika Aneira K mendongak untuk melihat reaksi Alvin Ivanov, berkerut dahinya selepas dia menyedari wajah jejaka itu merona merah. Dengan spontan Aneira K meletakkan belakang tapak tangan pada dahi Alvin Ivanov.

"Vin, you demam ke? Kenapa muka you merah sangat?" tanya Aneira K yang risau.

Alvin membetulkan tali leher berwarna putih ketika dia menjawab, "Sebab you cantik sangat."

Aneira sengaja mengembang hidungnya berkali-kali kepada Alvin lalu berkata, "Jaranglah you nak puji I, Vin."

Alvin Ivanov tersenyum pahit menahan keperitan yang bertakhta di kerajaan hati. Dia meraih tangan Aneira K lalu mengusap dengan penuh kegementaran meskipun raut wajahnya kelihatan baik-baik saja.

"I sayangkan you," ucap Alvin Ivanov dengan perlahan.

Aneira K tidak pernah menjangkakan kalimah cinta dilafaz begitu lancar oleh Alvin Ivanov pada malam itu. Tanpa disedari dia membalas tentangan mata jejaka itu, cuba menyelami lautan pupil mata yang menggalak membesar, mencari secebis keikhlasan dalam menyayanginya. Keluhan berat dilepaskan setelah dia mengalihkan pandangannya.

"Tunggu I habis SPM," jawab Aneira K selepas beberapa detik.

➽───────────────❥

chapter 18 updated

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro