❄️ 19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

➽───────────────❥

Berpuluh-puluh pancaran cahaya ditujukan kepada Aneira K menyilau pandangan matanya saat pintu kereta limousin dibuka oleh pemandu. Dia meraih tangan Alvin Ivanov yang dihulurkan lalu bingkas dengan penuh berhati-hati. Alvin Ivanov membantu Aneira K membetulkan gaun cami sebelum mereka berdua berjalan bersama-sama di sepanjang karpet merah yang terbentang di luar pekarangan dewan yang gilang-gemilang. Saat mereka berdua berhenti tepat di hadapan pintu masuk berkaca yang terbuka luas, Aneira K menarik sut Alvin Ivanov.

"Vin, kita tak salah tempat kan?" tanya dia yang menginginkan kepastian.

Alvin Ivanov hanya mengangguk lalu menjawab, "Ya, Eira."

Ketika mereka berdua melangkah masuk ke dalam dewan bersama-sama, pemandangan mereka dipenuhi dengan khalayak orang ramai yang berpakaian formal seperti kebiasaannya. Tetapi yang menarik perhatian Aneira K ialah kesemua tetamu pada malam itu memakai maskot kepala yang aneh. Berlainan dengan dia dan Alvin Ivanov yang hanya memakai topeng muka Venetian emas yang tipikal. Ianya seperti parti khas untuk sebuah zoo haiwan liar dan buas yang sudah penat berkurung di dalam sangkar. Nilai moral yang dipamerkan terlalu murah bagi mereka berdua sebagai anak golongan aristokrat yang terlalu mementingkan reputasi mulia. Malahan bau anggur dari pub mini terdekat menusuk hidung Aneira K yang tidak bersedia untuk berasa loya. Aneira K mendongak wajahnya begitu angkuh, merenung tajam ke arah beberapa tetamu elit yang berseronok membazirkan tenaga mereka tanpa perasaan malu.

"Jom balik, Alvin," ajak Aneira K yang memegang tangan Alvin Ivanov.

Malangnya belum sempat Alvin Ivanov memberi respons, mereka berdua didatangi seorang lelaki bersut formal bermaskot kepala kuda Arab. Lelaki bertubuh kurus itu membuka maskot kepala lalu menunjukkan wajah yang amat dikenali kepada mereka berdua. Aneira K terkilan apabila berjaya mengecam lelaki berusia pertengahan empat puluhan yang tersenyum lebar.

"Look who we have tonight! Such a lovely couple!" ujar lelaki itu sambil berjabat tangan dengan Alvin Ivanov.

Memandangkan audio lagu yang dipasang daripada pembesar suara gergasi terlalu kuat, Alvin Ivanov terpaksa menjerit, "I LIKE YOUR MASK, UNCLE RUDY!"

Wan Rudy yang mendengar pujian Alvin Ivanov menghamburkan ketawa lalu membalas, "I already knew it, Alvin."

"Kita dah lama tak jumpa kan?" tanya Wan Rudy ketika dia beralih pandangan kepada Aneira K yang memalsukan senyuman manisnya.

"Eira busy sangat nak jadi bakal performer dunia —"

"OUCH!" jerit Alvin yang tidak sempat menghabiskan ayatnya.

"Sehari tak sah kalau tak usik I eh, Vin," balas Aneira K yang sedang dia memijak kaki Alvin Ivanov dengan tumit kasutnya.

Kemudian dia menyambung, "Mungkin kita boleh jumpa lepas saya habis SPM?"

Wan Rudy mengangguk kepalanya lalu berkata, "Sudah tentu!"

Sebelum Aneira K dan Alvin Ivanov beredar ke pub, Wan Rudy sempat mengeluarkan sekeping kad bersaiz kecil lalu menghulur kepada Aneira K.

"Datang ke coffee house lepas opening dance bermula," ujar lelaki itu dengan perlahan.

Aneira K menerima kad itu dengan terbuka hati lalu berkata, "Thanks."

Pembukaan tirai majlis terus bermula sebaik sahaja Wan Rudy meninggalkan mereka berdua di hadapan pintu masuk. Para tetamu perlahan-lahan beransur mengerumuni pusat dewan bagi meraikan majlis yang gah pada malam itu. Alvin Ivanov mula membuka langkah untuk menyertai tetamu yang lain tetapi Aneira K tidak mahu berganjak. Alvin Ivanov pun kembali ke Aneira K lalu menekup wajah bengangnya.

"Jom, Eira," bisik Alvin Ivanov.

Kebetulan seorang pelayan lelaki melepasi mereka berdua menyebabkan Aneira K menghentikan dia lalu mengarah, "Iced americano satu."

Terkebil-kebil mata pelayan itu selepas mendengar permintaan merapu Aneira K.

"Miss, kita tak sediakan coffee —" ujar pelayan itu.

"Ah-ah atau kau dipecat," potong Aneira K dengan tegas.

"Aight, miss," akur pelayan itu lalu segera kembali ke pub mini.

"Eira, kita bukan dekat kafe sekarang," kata Alvin Ivanov yang mengurut pelipis kepalanya.

Aneira K menggulingkan matanya lalu terus mengambil segelas tinggi americano ais daripada dulang yang dibawa oleh pelayan.

"Siapa kisah?" ujar Aneira K yang berloyar buruk lalu meneguk air americano dalam sekali cubaan.

Sendawa kuat Aneira K tidak menarik perhatian mana-mana tetamu tetapi kelakuan aneh gadis itu telah mengundang perasaan malu yang menebal pada Alvin Ivanov.

Dia menepuk dahinya apabila melihat Aneira K sengaja membaling gelas itu ke pekarangan dewan lalu menjerit, "Jom hancurkan event ini!"

"Eira, serius lah you tunang I," bisik Alvin Ivanov yang menyorok wajah malunya.

➽───────────────❥

Seluruh dewan bergema dengan sorakan daripada tetamu berdansa diiringi tempo lagu yang rancak. Ketika mereka dihujani konfeti yang berwarna-warni, mereka perlahan-lahan membentuk satu bulatan yang besar dan membiarkan ruangan kosong di dalam bulatan. Alvin Ivanov terpaksa mengikut tempo tarian para tetamu yang semakin laju termasuk Aneira K. Dia yang berdiri bertentangan dengan Aneira K yang jauh daripada dia mula dilanda kegusaran menonton gadis bertopeng emas disebalik para tetamu yang bermaskot kepala haiwan yang berlainan. Aneira K sudah hanyut dalam lembah hedonisme parti yang bakal meracuni kotak memorinya. Tanpa disedari Alvin Ivanov berdiri kaku di situ, mengabaikan bulatan besar yang mengelilingi dewan begitu laju. Melihat Aneira K turut serta galak menari sambil menyanyi lagu pop Sweden yang dipasang oleh DJ majlis.

"Ty ta fali! Jetën time! Vetëm ty t'kom! Habibi!" nyanyi Aneira K dengan kuat lalu meniup wisel menggunakan jari-jemarinya.

DJ yang berada di atas pentas memperlahankan audio seketika lalu mencapai mikrofon dan berkata, "First round now begins!"

Aneira K berbekalkan keyakinan tinggi terus membuat pusingan balet ke dalam ruangan bulatan besar bersendirian. Para tetamu bersorak kepada dia sebaik sahaja dia berada di pusat bulatan yang berpusing seperti tayar kereta yang memecut laju di lebuh raya. Dengan megahnya dia menunjukkan koreografi rawak tanpa mengendahkan kondisi lutut kirinya. Alvin Ivanov memejamkan matanya, tidak mampu untuk terus menonton Aneira K mengorbankan lututnya dengan mempamerkan gerakan lincahnya. Dia ingin melangkah keluar daripada bulatan besar untuk menghentikan Aneira K namun kehadiran seorang gadis bermaskot kepala kucing parsi terkeluar daripada bulatan terlebih dahulu. Para tetamu serta-merta berhenti menari selepas menyedari dua orang gadis sedang berada di pusat bulatan. Lagu yang dipasang oleh DJ juga terus dihentikan.

"The second girl breaks the rule!" laung seorang tetamu yang memakai maskot kepala berupa keldai.

"Maaf! Saya tak sengaja terkeluar dari bulatan!" balas gadis bermaskot kepala kucing parsi itu yang kelihatan gementar.

Aneira K yang mengecam suara gadis itu cuba untuk menghampiri dia tetapi gadis perlahan-lahan mundur ke belakang untuk kembali ke posisi asalnya. Mata tajam Aneira K menyoroti maskot kepala kucing parsi tidak sengaja menitiskan air mata.

Berderau darahnya saat dia bertanya, "Yu Yan?"

"Are you Eira?" tanya gadis itu yang tergamam.

"Yu Yan...," sebut Aneira K sekali lagi dengan nada yang sayu.

"Aku sayangkan kau, Yu Yan. Sebab aku sayangkan kau...aku terpaksa bebaskan kau daripada jerat cinta yang saban hari melumpuhkan jiwa sebenar aku."

Wajah Aneira K bermandikan tangisan tidak berlagu saat dia cuba menghampiri Yu Yan Lee sekali lagi. Ketika dia berdiri tepat di hadapan gadis itu yang sedang berlinangan air matanya, Aneira K tidak teragak-agak untuk menekup wajahnya di hadapan khalayak ramai.

"Maafkan I sebab jadi pengecut dalam hidup you," ujar Aneira K lalu melepaskan tekupan pada wajah Yu Yan Lee.

Yu Yan Lee menggeleng-geleng kepalanya lalu membalas, "Bukan salah you, Eira. Salah kita berdua untuk saling mencintai pada waktu yang salah."

Seorang jejaka bermaskot kepala berupa buaya tampil ke hadapan lalu membelek-belek tubuh Yu Yan Lee dengan penuh berhati-hati.

Sambil itu dia yang berasa risau bertanya, "Princess, are you OK?"

Yu Yan Lee menjawab, "I'm fine."

Aneira K tidak sempat mengajukan pertanyaan selanjutnya apabila Alvin Ivanov menghampiri dia lalu membawa dia keluar daripada bulatan besar. Aneira K yang masih terkedu tidak memberontak sebaliknya dia berdiam diri sehingga mereka berdua tiba di hadapan tangga. Di situ Alvin Ivanov yang gemuruh memegang kedua-dua bahu Aneira K lalu menatap wajahnya.

"I tunggu you kat sini," kata Alvin Ivanov.

"You tak nak naik atas?" tanya Aneira K yang hairan.

Alvin Ivanov menggeleng kepalanya lalu membalas, "Baba akan bunuh I kalau I naik atas."

Aneira K pun segera menaiki tangga menuju ke coffee house yang dimaksudkan oleh Wan Rudy. Ketika kaki kanannya mencecah tingkat dua, dia mengangkat wajahnya hanya untuk memperhatikan suasana riuh di dalam coffee house tertutup. Di sebalik pintu berkaca, dia melihat seorang wanita bertubuh langsing bergaun satin berwarna merah melabuhkan punggung di atas seorang lelaki bertubuh gempal bermaskot kepala babi. Tanpa berasa segan silu, wanita itu membuka maskot kepala lelaki itu lalu mendedahkan wajah sebenar lelaki sebaya Wan Rudy yang amat dia kenali.

"BABA?!" jerit Aneira yang tergamam setelah melihat wajah lelaki itu.

Aneira K tidak sengaja mengambil langkah mundur ke belakang menyebabkan dia terjatuh daripada tangga yang tinggi. Seperti mana dia terjatuh di tangga aras tiga di bangunan akademik pada malam kejadian itu, dia sekali lagi terjatuh ke dalam lautan memori yang sia-sia.

"Eira anak Baba dan Baba ada hak untuk beritahu apa yang Eira perlu lakukan!"

"Tak boleh ke Eira jadi anak yang baik? Eira sepatutnya jaga imej Eira!"

"Apa yang budak miskin tu manifestasi pada Eira selain penipuan manis dia?"

"Berhenti berangan, Eira! Eira tak akan kahwin dengan budak miskin tu!"

"EIRA!"

Kedengaran suara Alvin Ivanov menjerit memanggil namanya semakin menjauh ketika menyambut tubuhnya.

"Kenapa Eira yang kena tanggung semua kesalahan Baba?" tanya Aneira K yang menitiskan air mata.

"Eira tak faham," ujar Aneira K yang sedang menahan amarahnya.

Aneira K menghidupkan enjin kereta lalu terus memandu meninggalkan pekarangan dewan yang masih meriah menyambut majlis anjuran Tan Sri K. Dia sengaja memandu kereta mewah itu seperti ular kena palu di sepanjang jalan raya yang dipenuhi dengan kenderaan pacuan empat. Tidak berpuas hati, dia menekan pedal minyak lalu meningkatkan kelajuan kereta melebihi halaju yang ditetapkan. Dia memasuki lorong kanan tanpa memberi isyarat kepada kenderaan di belakang menyebabkan dia menerima bunyi hon berkali-kali.

"BISING LAH BODOH! MACAM LAH KAU TAK PERNAH BERLUMBA MASA MUDA DULU!" jerit Aneira K yang serabut dengan bunyi hon kereta di belakangnya.

Aneira K memandu dengan kelajuan tinggi tanpa hala tuju destinasi sehingga dia menyedari dia sudah memasuki lebuhraya yang tidak dikenali. Amukan jiwa yang mengongkong dirinya menghasut dia untuk terus memandu seperti orang mabuk berpenampilan kusut-masai.

"SAMPAI HATI BABA BUAT EIRA MACAM BONEKA! KAWAL EIRA MACAM EIRA TAK ADA PERASAAN LANGSUNG! APA SALAH EIRA PADA BABA?!" jerit Aneira K yang menangis teresak-esak, habis punah solekan pada wajahnya membuatkan dia kelihatan seperti perempuan gila.

"DARIPADA EIRA ASYIK KENA KARMA BABA BAIK EIRA MATI!" jerit Aneira K lagi sambil menumbuk stereng kereta berkali-kali.

Pemandangan di luar kereta tiba-tiba dikaburi dengan asap berwarna putih sebelum kenderaan berat terpampang dari jarak yang dekat sedang menuju ke arah kereta yang dipandunya. Aneira K yang menyedari bahawa sebuah lori petrol sedang dipandu bertentangan dengan haluan jalan terpaksa menarik brek secara mendadak. Matanya terbelalak menonton lori tersebut juga dipandu dengan kelajuan yang tinggi menyebabkan Aneira K terdiam kaku di tengah-tengah jalan raya yang sunyi. Aneira K memejamkan matanya lalu cuba untuk memintas lori itu ke lorong kiri. Namun cubaan itu gagal apabila lori tersebut bertindak melanggar bonet kereta menyebabkan kereta Aneira K hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan.

"Baba..."

Tangan kanan Aneira K berpaut pada stereng kereta untuk mengangkat kepalanya yang sudah berlumuran dengan darah. Dengan kudrat yang terhad dia menjenguk ke luar keretanya, melihat sisi keretanya kemek setelah melanggar pembahagi jalan. Kotak minda Aneira K mula memutarkan semula setiap memori yang terkubur di dalam simpanan nostalgia berdebu. Sehingga bayangan seorang jejaka berkaca mata yang amat dia kenali. Aneira K yang mulai berhalusinasi melihat jejaka itu berjalan mengharungi asap kabus yang tebal sedang menghampiri keretanya di tepi lebuh raya.

"Papa...Anne sayangkan papa...Maafkan Anne, papa," ujar Aneira K sebelum dia hilang kesedarannya.

➽───────────────❥

"Ben, boleh tak kalau kau ajar aku Add Maths kat kelas 3B? Ada soalan yang aku tak faham," tanya Raina Hanani sambil mencuit lengan Benjamin Daniel.

Mati lamunan Benjamin Daniel setelah dia ditegur oleh Raina Hanani yang berdiri di sisinya. Benjamin Daniel memandang sekeliling kelasnya yang tekun menelaah subjek Matematik Tambahan pada malam itu. Benjamin Daniel menggulingkan matanya lalu menghidup skrin telefon.

Jam kini sudah menunjukkan pukul sembilan malam.

Benjamin Daniel pun berpaling ke belakang hanya untuk melihat meja Aneira K.

"Papa...tahu tak cara nak jawab soalan ni?"

"Soalan mana, Anne?"

"Pelik. Anne jarang tanya Papa soalan Add Maths."

"Papa selalu ajar Anne sekerat jalan —"

"Kejap, Milla panggil Papa."

Benjamin Daniel meraup wajahnya dengan penuh kekesalan selepas menelusuri memori yang diputarkan secara rawak. Dia memandang kepada Raina Hanani yang mempamerkan wajah comelnya buat beberapa detik sebelum dia memutuskan untuk menggelengkan kepalanya.

"Tanya Felix. Aku tak ada mood nak ajar kau," balas Benjamin Daniel dengan dingin.

"Tapi aku dah buatkan air green tea untuk kau!" ujar Raina Hanani yang nekad.

Benjamin Daniel bingkas lalu menyumbat segala barangnya ke dalam beg sandangnya. Setelah dia menggalas begnya, dia sempat mendekatkan wajahnya pada Raina Hanani yang sudah berubah raut wajahnya seketika.

Benjamin Daniel berkata, "Aku tak suruh kau buatkan pun."

Melihat jejaka itu ingin meninggalkan kelas, Raina Hanani pun bertanya, "Kau nak pergi mana, Ben?! Aku tak habis cakap dengan kau lagi!"

"Aku nak fly," jawab Benjamin Daniel.

Raina Hanani ingin mengejar Benjamin Daniel namun jejaka berkaca mata itu sudah meninggalkan kelas 5A terlebih dahulu.

Merah padam wajahnya menahan amarah saat dia merenung tajam kepada si dia yang rela menolak ajakannya.

"Dengan Anne bukan main kau ringan tulang tolong dia. Dengan aku kau nak jual mahal? Sampai hati kau, Ben," ujar Raina Hanani.

➽───────────────❥

chapter 19 updated

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro