❄️ 23

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

➽───────────────❥

Harta Tan Sri K tak cukup untuk tampung saki baki hidup kau seorang. Inikan pula kalau mendiang mak aku masih hidup. Kau rela ke nak bermadu, sanggup berkongsi harta dengan dia?

Red yang duduk di atas mangkuk tandas tertutup sedari tadi menatap kosong pada tulisan berangkai berdakwat pen hitam pada lipatan kertas A4. Tidak lama kemudian, dia mengeronyok kertas itu menjadi satu gumpalan yang begitu kecil. Dia membuka penutup tong sanitari lalu mencampakkan gumpalan kertas itu ke dalam tong sanitari yang kosong itu.

"Aneira, kalau kau jadi anak aku dah lama aku doakan kau jadi bodoh. Bila kau bodoh, kau cuma akan kisahkan duit. Kau tak perlu kisahkan mangsa kau yang dah macam lembu dicucuk hidung tu. Cukup masa kau tinggalkan dia dan cari mangsa baru pula," celoteh Red.

"Red, you OK tak tu?" panggil Tan Sri K dari luar.

Red pun terus menyahut dengan berkata, "Yes, darling!"

Bingkas, dia membetulkan gaun merah yang disarung sebelum membuka pintu tandas. Red menyelak daun pintu tandas perlahan-lahan lalu membuka satu persatu langkah menuju ke satu meja bulat besar di pusat bilik. Tan Sri K terus mengalih pandangan ke Red saat bunyi tapak kasut bertumit tinggi memecah keheningan bilik yang suram itu. Senyuman lebar meniti di bibir ketika Red menghampiri dia dengan langkah lemah gemalai sekali.

"Risau pula perut you kembung lepas makan banyak malam tadi," luah Tan Sri K yang meraih tangan Red lalu mengucup tangan wanita itu.

"Darling, I OK je," balas Red lalu menepuk bahu Tan Sri K dengan lembut.

Red beralih pandangan ke hadapan, melihat Rudy sedang khusyuk menaip pada papan kekunci komputer ribanya. Dia pun melabuhkan punggung di atas paha kiri Tan Sri K lalu membisik di telinga lelaki itu.

"How's the plan, darling?" tanya Red yang ingin tahu.

Tan Sri K tidak sempat menerangkan kepada Red apabila Uncle Rudy memusingkan komputer riba ke arah mereka berdua secara mendadak. Tan Sri K terlebih dahulu meneliti draf perancangan pada skrin komputer riba yang bercahaya terang.

Sambil itu Uncle Rudy bersuara, "Benjamin Daniel dah dicop sebagai suspek insiden yang akan berlaku kat hospital pada petang Khamis nanti. Tapi persoalannya, macam mana kita nak bawa Benjamin Daniel ni ke hospital pada petang tu?"

Tan Sri K ligat memikirkan seribu kebarangkalian yang terpacul di dalam kotak fikirannya. Red yang melihat suaminya masih berdiam diri menepuk meja lalu memberi cadangan.

"Darling pernah beritahu I yang Aneira berlakon teater untuk majlis graduasi Khamis ni kan? Apa kata kalau kita plan kejadian yang boleh buatkan Aneira cedera teruk? Mesti Benjamin volunteer untuk teman dia ke hospital," kata Red.

"Eira pernah cedera kat lutut kiri masa pertandingan empat tahun lepas. Dia tak boleh berjalan dengan elok kalau dia jatuh lagi sekali," potong Tan Sri K yang berasa khuatir.

Red berpeluk tubuh sambil menyilang kakinya.

"Kita tak boleh nak proceed dengan plan ni unless kita kenal kawan Aneira yang sanggup tikam belakang dia dan si Benjamin tu," seloroh Red.

Wan Rudy memandang kepada Red seketika lalu berkata, "Anak bongsu Raihan satu kelas dengan Eira."

Tan Sri K mengerut dahinya lalu bertanya, "Bukan anak Raihan tengah bertarung dengan leukemia ke?"

"Anak Raihan dah sembuh dua tahun lepas, K," ujar Wan Rudy lalu mengeluh.

"Tunggu apa lagi? Tukar Aneira dengan anak Doktor Raihan lah!" arah Red yang meninggikan suaranya.

Tan Sri K meneliti draf perancangan pada skrin komputer riba sekali lagi.

Kemudian dia berkata, "Rudy, sediakan perjanjian biasiswa untuk anak Raihan. Letak sekali dana yang aku guna untuk event kita bawah biasiswa anak Raihan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara sebagai bekas penghidap leukemia di Hospital Alamanda. Maklum pada pengetua yang aku nak berjumpa dengan anak Raihan esok."

➽───────────────❥

Aneira K membiarkan dirinya tenggelam dalam kegelapan kelas 3A ketika dia duduk bersila di atas meja guru. Menghadap tingkap kelas yang terbuka luas, membenarkan angin sejuk pada awal pagi merembes pada wajahnya. Tatapan kosong dilemparkan ke kawasan luar sekolah yang berpagar dawai. Hembusan nafas berbau curut dilepaskan ke arah luar tingkap tanpa berasa serba salah. Aneira K tertawa tanpa bunyi apabila menyedari dia terasa nyaman menghisap curut pada waktu itu.

"Deja vu," bisik dia.

Tanpa dipinta dia menyelami nostalgia buruk yang sudah dua tahun terkubur tanpa pengakhiran yang diingini. Perasaan nyaman kini terganggu apabila terselitnya kehampaan teramat ke dalam sukma yang tersakiti selama ini.

"Tak ada nilai langsung dalam persahabatan kita lepas tiga tahun aku berkawan dengan kau sebab kau tak pernah letak kepercayaan kau kat aku! Kau sanggup sorokkan kenyataan yang kau couple dengan Ben masa aku tak ada kat sekolah tahun lepas! Sebab apa, Raina?! Sebab aku nak rampas Ben daripada kau?! Kau dah gila ke, Raina?! Kenapa aku nak rampas dia sedangkan aku dah lama berkawan dengan dia?! Kau dah tahu yang aku bertunang dengan Alvin kan? Kau memang betina hipokrit, Raina! Memang patut aku putus kawan dengan kau!"

Aneira K menghembuskan nafas sekali lagi lalu berkata, "Harap saja otak udang tapi pentingkan diri sendiri. Kenapa kau tak mati awal je? Kurang sikit beban Doktor Raihan nak tanggung anak tak guna macam kau."

Aneira K terpaku apabila pinggangnya dipeluk dari belakang secara tiba-tiba. Bahunya pula dibuat sebagai tempat menongkat dagu. Terasa lehernya digesel-gesel menyebabkan dia berasa geli-geliman dengan tindakan si pemeluk itu.

"Awalnya Anne bangun. Baru pukul empat pagi," ujar Benjamin Daniel yang masih mamai.

"Anne tak nak sambung tidur ke?" tanya Benjamin Daniel yang lalu menguap.

Aneira K terasa geli hati melayan kerenah jejaka itu yang terlalu manja.

Dia pun bersuara, "Papa, explain kat Anne pasal extraction of tin."

"Anne, sekarang baru pukul empat pagi!" rengek Benjamin Daniel.

Tiada jawapan daripada Aneira K.

"Anne, jom tidur! Anne tengah buat tabiat ni!" balas Benjamin Daniel yang menekup wajahnya pada bahu Aneira K.

➽───────────────❥

Jam tujuh pagi. Aneira K bergegas ke dewan makan yang sudah sesak dengan para calon SPM 2020. Ketika dia sedang mengorak langkah menuju ke meja makan kiri di hadapan sekali, tiba-tiba tangan kanannya dipegang oleh seseorang lalu dibawa ke belakang bangunan koperasi. Di situ Aneira K yang mulai berang bertindak melepaskan tangannya. Kemudian dia merentap baju kurung sekolah si fulan itu dengan kasar lalu ditatap dengan renungan tajamnya. Aneira K terperanjat apabila menyedari gadis itu merupakan Irene Park yang sedang tercungap-cungap.

Aneira K yang keliru bertanya, "Kau dah kenapa bawa aku ke sini?"

"Jangan bertembung dengan Betty, Anne. Dia dah start suspect kau tak balik bilik," jawab Irene Park.

Aneira K melepaskan rentapan pada baju kurung sekolah Irene Park lalu berdiam diri seketika. Irene Park yang masih termengah-mengah memberi isyarat untuk berikan dia masa seketika. Selang beberapa detik Irene Park sudah bersedia untuk memberi penjelasan kembali bersuara.

"Malam tadi aku lupa yang Betty ada pesan suruh balik dengan kau. Sampai je bilik dia dah terpacak lama kat situ. Banyak kali tanya aku mana kau," ujar Irene Park.

Aneira K menepuk dahinya lalu berkata, "Kenapa kau tak mesej aku? Aku tak boleh tidur langsung semalam wei."

Irene Park hanya mengunci mulutnya, diam membisu.

"Betty je kan yang suspect? Yang lain tak kan?" tanya Aneira K.

Irene Park menggeleng kepalanya lalu menjawab, "Lepas aku kunci pintu aku tercuri dengan Raina tanya Betty OK ke tak."

"Jaga Betty dengan Raina. Aku tak nak rahsia ni terbongkar. Kau dah hantar borang deklarasi aku kan?" ujar Aneira K.

Irene Park hanya mengangguk kepalanya tanda dia patuh akan arahan Aneira K. Selang beberapa detik, Aneira K terus lesap menuju ke pekarangan dewan sekolah. Irene Park yang berkerut dahi melirik pada jam tangannya.

"Awalnya Anne pergi dewan. Nak melangok kat tepi dewan kejap kot," kata Irene Park.

Sementara itu di sebalik dinding, dua orang gadis berbaju sekolah serta bertudung litup tekun mencuri dengar perbualan Aneira K dan Irene Park. Salah seorang menjarakkan telinga daripada dinding lalu mengintai wajah rakannya di hadapan.

"Babe, kau OK tak? Anne pesan apa je kat si Irene tu?" tanya Laila yang risau.

Raina Hanani memandang kepada Laila dengan wajah sangsinya.

"Anne tak nak rahsia dia terbongkar. Tapi rahsia apa je yang dia tengah sorok?" ujar Raina Hanani yang menggaru kepalanya.

Dia bersandar pada dinding sambil memikirkan makna tersirat di sebalik rahsia yang ingin disimpan dengan rapi. Laila pun ligat memikirkan perkara yang sama sehingga dia mendapat suatu persepsi.

"Anne kan tengah couple dengan Ben. Aku rasa rahsia yang dia maksudkan tu rahsia dia nak spend time dengan Ben time malam kot. Lagipun Ben suka naik kelas Anne malam-malam kan?" ujar Laila.

Laila menyambung, "Aku payah sikit nak husnuzon dengan Anne. Minah tu memang pantang buat kerja gila dari zaman dia berkawan dengan kita lagi."

Raina Hanani pun berkata, "Dah dua hari aku tak nampak batang hidung dia kat toilet. Selalu pukul empat pagi mesti terserempak dia masa nak pergi toilet. Atau kat bilik UT tengah gosok baju pinafore dia dengan berkemban saja."

"Laila," panggil Raina Hanani.

"Para calon SPM 2020 dibenarkan untuk bergerak ke dewan peperiksaan sekarang."

"Kita geledah bilik Anne lepas kertas dua Kimia," cadang Raina Hanani.

➽───────────────❥

Pintu bilik B1002 dibuka perlahan-lahan, mempamerkan keadaan bilik yang kemas dan rapi seolah-olah tidak berpenghuni. Raina Hanani melangkah masuk ke dalam bilik itu lalu segera menutup pintu bilik. Laila di luar memegang tombol pintu lalu memeriksa keadaan di laluan aras satu. Tiada pelajar yang berkeliaran di sekitar aras satu.

Laila pun menyelak daun pintu sedikit lalu berkata, "Line clear. Kau ada lima minit daripada sekarang."

Raina Hanani masih lagi terpacak di tempat yang sama, menyedari tiada hamparan tilam berwarna hijau bercorak bunga pelbagai warna di tengah-tengah laluan di dalam bilik. Dia pun mendekati loker yang sering digunakan oleh penghuni bilik itu lalu membuka pintu loker itu. Raina Hanani tergamam apabila dia melihat palang untuk menyangkut baju kosong. Ruangan lain juga kosong. Laci juga kosong. Dia menjenguk ke tepi, melihat bakul baju berwarna merah juga kosong. Hanya beg bagasi berwarna biru yang berada di katil sebelah kanan.

"Kenapa barang Anne tak ada? Tilam pun tak ada. Bukan dia selalu tidur atas tilam yang dia bentang kat tengah jalan ni ke? Tak mungkin dia tidur dalam kelas —"

Raina Hanani baru sahaja dihempap kesedaran. Suara teruja Aneira pada dua tahun lepas kembali menjengah telinganya.

"Ada satu kerja gila aku nak buat masa minggu terakhir SPM. Aku nak tidur dalam kelas seorang-seorang."

Merah padam wajah Raina Hanani setelah dia memahami kejadian yang sedang terjadi. Dia menggenggam tangannya menjadi satu tumbukan sambil mengetap giginya menaham amarah.

"BERANI KAU AJAK BEN TIDUR KAT KELAS 3A?!" bentak Raina Hanani yang tidak berpuas hati.

"Raina, cepat! Pelajar lain dah nak masuk asrama!" ujar Laila yang memberi amaran.

➽───────────────❥

Aneira K tercengang selepas membaca soalan yang terpampang pada muka surat terakhir buku soalan peperiksaan Kimia kertas tiga. Dia membetulkan posisi duduknya sambil kedudukan matanya tidak beralih daripada soalan Bahagian B yang mengelirukan. Buku soalan yang sudah berlipat dihempaskan di atas meja. Aneira K pun memperhatikan senario kebiasaan dewan sekolah pada petang itu. Hampir semua calon SPM 2020 tewas di atas meja.

Aneira K yang memandang ke hadapan mencemuh, "KPM tak puas hati apa siak dengan budak SPM asyik kasi soalan susah? Memang nak suruh fail semua paper SPM ke? Saja buat aku stres. Masalah betul."

Aneira K yang menggaru kepalanya menoleh ke kiri, menonton Hans Rivera sedang menunjuk buku jawapan yang dipamerkan kepada dua orang pelajar lelaki di belakang. Menyedari pengawas peperiksaan yang bertugas tidak meronda barisan meja mereka, Aneira K pun mengambil pensel mekanikal lalu menconteng pada halaman terakhir buku soalan peperiksaan. Kemudian dia perlahan-lahan menunjuk halaman tersebut kepada Hans Rivera. Beberapa minit kemudian, Hans Rivera mulai menyelak halaman terakhir buku jawapan ke arah Aneira K. Tanpa melengahkan masa, Aneira K pun menyalin jawapan Hans Rivera satu persatu dengan tulisan cakar pada halaman buku jawapan. Sehingga dia terlajak menyalin ayat terakhir jawapan Hans Rivera yang panjang berlebar.

Untuk balas budi kau kongsi jawapan BI kertas dua.

Aneira K memandang kepada Hans Rivera berbaju hoodie biru gelap lalu menayang senyuman sekilas kepada jejaka itu. Begitu juga dengan dua orang pelajar lelaki di belakang mereka berdua. Namun bunyi mikrofon diketuk menggunakan jari sebanyak dua kali telah meraih perhatian Aneira K yang berpaling semula ke hadapan. Ketika dia memandang ke hadapan, dia menonton ketua pengawas yang masih berada di meja panjang sedang memasang wajah bosan ingin mengumumkan sesuatu.

"Perhatian kepada Raina Hanani Binti Raihan, pelajar dari kelas 5A, sila bergerak ke pejabat dengan kadar segera. Pengetua sedang menunggu kehadiran anda," ucap ketua pengawas dengan nada mendatar.

Raina Hanani yang khusyuk melukis wajah Benjamin Daniel pada halaman terakhir buku soalan peperiksaan terus terhenti. Dia mengangkat wajahnya lalu memandang ke arah ketua pengawas yang baru sahaja memanggil namanya. Menyedari semua calon SPM 2020 sedang memberi tumpuan ke arah dia, Raina Hanani terus berdiri lalu mengemas alat tulisnya. Kemudian dia menghampiri pintu dewan sekolah untuk bergegas ke pejabat secepat mungkin.

Berkerut dahi Aneira K selepas dia melirik pada jam besar di belakangnya.

"Sejak bila calon SPM boleh tinggalkan dewan sepuluh minit sebelum exam habis?" cemuh Aneira K.

➽───────────────❥

"Assalamualaikum, sir," ucap Raina Hanani ketika dia menyelak daun pintu bilik pengetua.

Di meja pengetua Raina Hanani melihat seorang lelaki bertubuh gempal berpakaian formal sedang membelek fail pelajar berwarna merah jambu dengan begitu tekun. Bahkan beliau hanya memberi isyarat kepada dia untuk mengambil tempat berhadapan dengan dia. Raina Hanani yang berasa canggung perlahan-lahan menutup pintu lalu membuka satu persatu langkah ke kerusi berdekatan.

Ketika Raina Hanani sedang melabuhkan punggung, beliau bersuara, "Raihan tak pernah beritahu saya pula anak bongsu dia berjaya dapat 9A+ untuk peperiksaan percubaan SPM. Agak mengagumkan bagi bekas penghidap leukemia seperti kamu."

Raina Hanani terperanjat setelah mengecam wajah beliau sebaik sahaja dia mempamer senyuman lebar yang amat signifikan. Di hadapannya sekarang bukan Sir Chairul seperti mana yang dimaklumkan oleh ketua pengawas sebentar tadi.

"Baba Anne?" ujar Raina Hanani yang terpanar seketika.

Tan Sri K dengan begitu mesra menyambung, "Sebagai wakil pertubuhan badan amal kanser kanak-kanak Hospital Alamanda, saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan kamu biasiswa bernilai tiga juta ringgit Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Jadi, apakah pilihan program persediaan universiti kamu, Raina Hanani Binti Raihan?"

Terkebil-kebil mata Raina Hanani memandang Tan Sri K yang tersenyum lebar sedari tadi.

"Aku kena tinggalkan dewan awal untuk scholarship interview dengan Baba Anne ke?" bisik hatinya.

Raina Hanani pun duduk dengan tegak lalu menjawab dengan penuh formaliti, "Saya mempunyai minat yang mendalam dalam bidang Chemical Engineering. Justeru itu, saya berpendirian tetap untuk memilih program A-Level Engineering supaya kelayakan akademik saya mudah diterima oleh pihak universiti di luar negara."

Tan Sri K menepuk tangannya dengan begitu teruja lalu membalas, "Bagus! Kamu sudah selangkah hadapan untuk memasuki Ivy League! Tapi sudah tentu terdapat beberapa syarat yang kamu perlu patuhi."

"Baba Anne nak taja aku masuk Ivy League? Betul ke ni?" getus hatinya.

Raina Hanani yang tersenyum tipis bertanya, "Syarat apa, Tan Sri?"

Tan Sri K menolak kertas perjanjian yang sudah dikepil menggunakan dawai kokot serta pen berdakwat hitam berjenama mahal ke arah Raina Hanani.

"Memandangkan kamu sudah melepasi had umur lapan belas tahun, kamu wajar menandatangani perjanjian ini supaya tiada masalah untuk kita terikat dengan kontrak nanti," jelas beliau.

Raina Hanani dihurung perasaan was-was ketika jarinya lincah menandatangani halaman terakhir perjanjian menggunakan pen hitam pemberian Tan Sri K. Selesai menurut arahan beliau, Raina Hanani melihat senyuman lebar penuh makna tidak lekang di bibir beliau. Senyuman yang membuatkan dia tidak berasa senang duduk di dalam bilik pengetua yang beratmosfera situasi janggal. Senyuman yang bakal mengubah hidupnya menjadi porak-peranda.

➽───────────────❥

chapter xxiii updated

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro