❄️ 24

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


➽───────────────❥

Sebuah kereta berhenti secara mendadak di hadapan pintu masuk automatik Hospital Alamanda yang lengang. Seorang lelaki berkot putih keluar dari perut kereta itu lalu menghempas pintu kereta dengan penuh amarah. Dia segera bergegas ke dalam hospital, berjalan di sepanjang kawasan lobi yang dipenuhi dengan sofa tempat duduk. Kedengaran ucapan selamat petang menjengah di telinga setiap kali terdapat kakitangan melepasi dia yang melilau mencari figura seseorang. Tidak lama kemudian dia menghampiri meja urus setia di mana dua orang wanita sedang bertugas.

"Selamat petang, Doktor Raihan," ucap mereka berdua serentak sambil menunduk tanda hormat.

"Tolong panggil Tan Sri K kejap. Saya nak jumpa dia," arah Doktor Raihan.

"Cari aku ke, Raihan?" sapa seseorang dari belakang.

Dua orang wanita tidak sempat membuat panggilan terus menunduk tanda hormat sekali lagi lalu berkata, "Selamat petang, Tan Sri K."

Doktor Raihan lantas berpaling ke belakang untuk melihat wajah gembira Tan Sri K seolah-olah beliau baru sahaja memenangi loteri. Tanpa berfikir panjang, Doktor Raihan menarik Tan Sri K jauh ke kawasan lobi yang lapang. Di situ, dia menjenguk keadaan sekelilingnya yang lengang sebelum dia beralih perhatian kepada Tan Sri K semula.

Dia melepaskan tangannya yang memegang lengan beliau lalu berkata, "Kenapa kau guna anak aku untuk perangkap Benjamin Daniel? Anak aku tak ada kena mengena dalam plan merapu kau. Tolong batalkan kontrak biasiswa yang kau bagi kat anak aku, K."

Tan Sri K hanya tersenyum lebar setelah mendengar permintaan daripada Doktor Raihan. Beliau mengeluarkan telefon pintar daripada poket seluar lalu memasang audio dengan volum perlahan.

"Saya merayu kepada Tan Sri supaya batalkan kontrak biasiswa saya sekarang juga! Saya tak nak bersubahat dengan Tan Sri yang berkomplot dengan Anne untuk hancurkan masa depan Ben! Ben hanya seorang lelaki naif yang tak bersalah dalam hal ni!"

"Saya tak tahu apa hubungan kamu dengan Ben sampai kamu jadi nekad untuk melepaskan tawaran yang terlalu bernilai ini."

"SAYA TERPAKSA MENJADI BEKAS GIRLFRIEND BENJAMIN DANIEL SEBAB KETAMAKAN ANAK TAN SRI K SENDIRI!"

Doktor Raihan terkilan selepas mendengar audio yang dipasang oleh Tan Sri K. Dia mengurut pelipis kepalanya, runsing memikirkan situasi yang menabrak dirinya.

"K, tolong lepaskan anak aku. Dia tak bersalah, K. Tolonglah, K," rayu Doktor Raihan.

Tan Sri K menyimpan semula telefon ke dalam poket seluar lalu menepuk bahu Doktor Raihan.

Dia berkata, "Raihan, aku kena buat semua ni demi keselamatan anak kita berdua. Benjamin Daniel dah bagi pengaruh buruk pada Eira. Kau sebagai bapa Raina mesti tak nak perkara yang sama terjadi kat dia kan?"

Doktor Raihan menghembuskan keluhan berat selepas beberapa detik. Dia yang berasa berasa berat hati meraup wajahnya, mengenang nasib anaknya di sekolah.

"Daddy, kenapa Tan Sri K suruh Raina perangkap Ben?! Raina masih sayangkan Ben! Raina tak sanggup nak buat semua ni, daddy!"

"Kau ada bukti kukuh ke untuk dakwa Benjamin Daniel?" tanya Doktor Raihan.

Tan Sri K tertawa halus lalu membalas, "Kau ni lawaklah. Aku tak akan buat kalau tak ada bukti, Raihan."

Doktor Raihan tersenyum pahit mendengar kenyataan daripada mulut Tan Sri K.

"Maafkan daddy, Raina. Daddy terpaksa akur untuk kebaikan kamu. Lambat laun kamu akan faham juga," getus hatinya.

➽───────────────❥

Seorang gadis berbaju pinafore sekolah serta berambut ikat tocang satu sedang menilik satu persatu buku rujukan Matematik Tambahan di rak buku. Sebaik sahaja dia menemui buku yang ingin digunakan, dengan girangnya dia terus mengeluarkan buku itu daripada rak buku lalu dia mengorak langkah kembali ke barisan meja karel. Tetapi bayangan figura seorang lelaki di sebalik dinding berkaca bilik perbincangan telah menarik perhatian dia. Langkahnya kini beralih menuju ke bilik itu lalu menyelak daun pintu tanpa berasa segan silu. Senyuman lebar meniti di bibir setelah berjaya mengecam separuh wajah yang begitu khusyuk menghadap skrin komputer riba.

Apatah lagi ketika jejaka itu bersuara, "Sorry but the room is taken at the moment."

Gadis itu menutup pintu bilik perbincangan lalu menghampiri Alvin Ivanov yang berada di hujung meja panjang.

Sambil itu dia berkata, "Hi, Alvin. Busy study untuk AS Level ke?"

Alvin Ivanov yang tersentak setelah mendengar suara gadis itu terus menutup komputer ribanya secara mendadak. Dia mengangkat wajahnya lalu mengamati wajah gadis girang itu buat beberapa saat.

"Yu Yan? You buat apa kat sini?" tanya Alvin Ivanov yang terkejut.

"I nak study Add Maths but I nampak you kat sini," jawab Yu Yan Lee yang mengambil tempat berhadapan dengan Alvin Ivanov.

Atmosfera bilik perbincangan menjadi canggung seketika apabila Alvin Ivanov memilih untuk berdiam diri. Raut wajahnya kelihatan seperti dia sedang mempertimbangkan sesuatu. Yu Yan Lee yang berasa kurang senang dengan layanan dingin Alvin tersenyum kelat.

Dia perlahan-lahan bingkas sambil berkata, "Sorry kalau I kacau waktu study you —"

"Yu Yan, I boleh percayakan you tak?" potong Alvin Ivanov.

Terkebil-kebil mata Yuyan mendengar pertanyaan spontan itu.

Dia pun kembali duduk sambil membalas, "You boleh tanya Eira kalau you perlukan pengesahan."

Sebaik sahaja nama Aneira K menerpa gegendang telinga, Alvin Ivanov terus menepuk kerusi di sebelahnya sambil berkata, "Duduk sini. I nak tunjuk you something."

"I bet Ezra tak ada dengan you sekarang. Please, jangan beritahu Ezra tentang hal ni. Kalau dia tahu, confirm Enya kena lunyai dengan dia nanti."

Yu Yan Lee melepaskan tawa halus lalu mengajukan pertanyaan.

"Kenapa you cakap macam tu?"

"Sebab Ezra terlalu anti dengan Enya sejak kat sekolah. Dulu dia pernah belasah Enya sebab dia yakin Enya nak rampas Eira daripada I untuk kepuasan nafsu dia," jelas Alvin Ivanov.

"Oh, I think Ezra pernah cerita dekat I dulu. Don't worry, I tak akan beritahu dia," ujar Yu Yan Lee sambil mempamerkan isyarat mengunci mulut dengan rapi.

Dia meletakkan buku rujukan Matematik Tambahan di atas meja lalu mengambil tempat di sebelah Alvin Ivanov. Ketika dia mengamati wajah Alvin Ivanov dari jarak dekat, baru dia menyedari bahawa wajah jejaka itu hampir dipenuhi dengan plaster luka. Yu Yan Lee tidak teragak-agak untuk menekup wajah Alvin Ivanov lalu membelek ke kiri dan kanan.

"Alvin, you bergaduh dengan siapa sampai muka you lebam teruk ni?!" tanya Yu Yan Lee yang berasa gusar.

"Baba Eira," jawab Alvin Ivanov.

"But why?" tanya Yu Yan Lee yang keliru.

Alvin Ivanov melepaskan kedua-dua tangan gadis itu sambil berkata, "Panjang cerita dia, Yu Yan. Nanti I explain pasal tu. Tapi sebelum tu I nak you tengok video chat Eira dan Enya."

Yu Yan Lee mulai menumpukan perhatian kepada skrin komputer Alvin Ivanov yang sedang memaparkan rakaman video perbualan mesej bertarikh 4 Julai 2020.

Aku ketagih layan pornografi.

Ada sekali aku tak layan tapi lepas sekali aku layan terus tak boleh stop.

Tak tahulah kenapa aku tak boleh control steam durjana aku ni.

Benda ni jadi semenjak awal tahun lagi.

- 12.08 pagi

Wajah Yu Yan Lee berubah menjadi pucat setelah membaca isi kandungan hantaran mesej di antara Aneira K dan Benjamin Daniel. Dia perlahan-lahan menoleh kepada Alvin Ivanov di sebelahnya, mempamerkan wajah tidak percayanya. Air mata mulai bergenang dek perasaan hiba menyelubungi dirinya pada waktu itu.

"Alvin, kenapa Eira tak pernah cerita tentang hal ini pada I sebelum ini?! This is too much for her to handle it alone! I sepatutnya ada dengan dia time perkara ini terjadi!" bentak Yu Yan Lee.

"Calm down, please, Yu Yan!" arah Alvin Ivanov yang memegang kedua-dua bahu Yu Yan Lee.

"I bawa Eira ke function anjuran Tan Sri K sebab I nak Eira tahu yang Baba dia kahwin lain belakang dia tapi I kantoi! Sebab tu semalam I kena belasah teruk dengan Tan Sri K! Tapi dia lepaskan I sebab I ada bukti jantan sial ni pergi tebuk tunang I banyak kali! So sekarang ni —"

Alvin Ivanov bertindak menolak tepi komputer riba miliknya lalu meletakkan beg plastik kedap udara berisi baju sejuk berwarna hitam di atas meja. Begitu juga dengan sehelai kertas berwarna merah berlipat dua yang sudah dibuka.

Alvin Ivanov menayang kertas itu sambil berkata, "Eira kata ada bekas pancutan air mani Enya pada baju sejuk Tan Sri K yang dia pakai masa malam hari kejadian. Tapi dia tak tulis pula tarikh kejadian kat kertas ni."

Yu Yan Lee mengambil beg plastik kedap udara lalu menilik baju sejuk itu dengan penuh teliti.

"I rasa baju sejuk ni baru saja terkena pancutan air mani Enya. Mesti Eira nak you ambilkan keputusan DNA daripada baju sejuk ni secepat mungkin untuk jadikan sebagai bukti Enya hancurkan hidup dia. Sebab tu logik kalau Eira rahsiakan tarikh kejadian. Dia nak tunjuk yang kejadian tu berulang banyak kali bak kata you tadi," jelas Yu Yan Lee.

Terlopong mulut Alvin Ivanov mendengar penerangan daripada Yu Yan Lee sebentar tadi. Dia melihat gadis itu meletakkan semula beg plastik kedap udara di atas meja lalu menayang sengihan pada dia yang masih terpegun.

"Logik juga Eira dambakan you dulu. Beauty with brains rupanya," ujar Alvin Ivanov.

Yu Yan Lee tersenyum pahit lalu membalas, "Itu dulu, Alvin. Sekarang you yang perlu menang hati dia semula sebelum terlambat."

"Pergi ke makmal forensik terdekat cepat. Suruh mereka trace DNA Enya kat baju sejuk tu," arah Yu Yan Lee.

Alvin Ivanov bersandar ke kerusi dengan ekspresi wajah sangsinya. Tatapan matanya tidak berganjak daripada beg plastik kedap udara berisis baju sejuk hitam milik Tan Sri K.

"Eira bagi beg hijau tu masa dah sampai sekolah pagi Ahad. Maknanya Enya perkosa Eira malam Sabtu tu? Dalam rumah dia sendiri?"

➽───────────────❥

Telefon pintar Benjamin Daniel bergetar di dalam beg tote ketika dia sedang menaiki tangga menuju ke aras tiga yang gelap gelita. Dia menapak di salah satu anak tangga lalu mengeluarkan telefon pintarnya yang bercahaya. Satu mesej yang baru diterima oleh Laila. Berkerut dahinya membaca notifikasi yang terpampang pada skrin telefon. Dia pun membaca mesej yang dihantar oleh rakan sekelasnya.

Jauhkan diri kau daripada Anne. Kau dalam bahaya, Ben.

Benjamin Daniel mendengus lalu berkata, "Kau buat aku makin serabut, Raina. Cukuplah semalam aku dah block number kau."

Benjamin Daniel pun menyekat nombor telefon Laila kemudian menyimpan semula telefon ke dalam beg tote. Ketika Ben tiba di aras tiga, dia memandang ke kanan apabila menyedari bayangan Aneira K baru meninggalkan kelas 3A. Ben yang mulai diterpa rancangan spontan terus mengukir senyuman lebar di bibirnya. Dia pun bergegas menuju ke hadapan dinding di antara tandas guru lelaki dan perempuan, menunggu ketibaan Aneira K di situ. Tawa halus Benjamin Daniel dihamburkan apabila dia mendengar bunyi tapak selipar Aneira K semakin berdekatan. Benjamin Daniel sudah mengagak bahawa Aneira K akan terperanjat apabila menemui dia bersendirian dalam kegelapan aras. Namun mereka berdua tidak menjangkakan pula cahaya terang daripada dewan kuliah menghinggap wajah mereka.

"Papa, kelas tambahan Add Maths kat atas baru habis ke?" tanya Aneira K yang cuak.

Kedengaran bunyi sesak para pelajar di aras empat berpusu-pusu untuk menuruni tangga ke aras satu. Benjamin Daniel terus memegang tangan Aneira K lalu membawa dia ke hadapan makmal Fizik yang berdekatan. Di situ Benjamin Daniel menutup mulut gadis itu dengan tapak tangannya sambil memberi isyarat untuk berdiam diri. Dia yang berwajah cemas menjenguk ke kiri dan ke kanan, tidak henti memeriksa keadaan sekeliling.

"Papa lupa malam ni ada kelas tambahan kat aras empat," bisik Benjamin Daniel yang berdecit cemas.

Aneira K mengalih tangan Benjamin Daniel yang menutup mulutnya lalu berkata, "Papa, jom menyorok kat toilet depan studio seni. Budak kelas kat dewan kuliah dua belum balik lagi."

"Tak boleh, Anne. Nanti budak kelas kat dewan kuliah satu nampak," bantah Benjamin Daniel yang menggeleng kepalanya.

"Anne," panggil Benjamin Daniel.

Aneira K memandang kepada Benjamin Daniel yang berdiri tegak lalu meregang badannya.

Berkerut dahinya menonton jejaka itu mendekatkan wajahnya lalu membisik, "Papa sayangkan Anne."

Belum sempat Aneira K membalas ucapan sayang, dia terasa tubuhnya digendong oleh Benjamin Daniel lalu dibawa dengan kadar segera menuju ke kelas 3A. Aneira K terpaksa merangkul leher Benjamin Daniel lalu menutup wajahnya pada dada Ben. Tiba sahaja di kelas 1E, Benjamin Daniel menutup pintu hadapan kelas lalu bergegas ke tepi meja pantri. Dia membawa Aneira K ke hamparan tilam di tepi meja pantri, membaringkan gadis itu di atas hamparan tilam. Selimut berwarna merah di sudut tilam diraih lalu dia menyelimuti tubuh Aneira K.

"Anne tidur dulu ya. Papa nak jaga line kejap," pesan Benjamin Daniel.

Melihat Aneira K mengangguk perlahan, dia yang melutut di hadapan tilam kembali bingkas. Malangnya, dia terpaksa membongkok semula di sebalik meja pantri apabila dia menyedari seorang lelaki sedang menyelak pintu hadapan kelas 3A.

"Toyol mana pula masuk kelas time ni? Aduh, potong stim ah," dengus Benjamin Daniel.

Aneira K yang menyedari Benjamin Daniel masih belum berganjak dari tempat persembunyian mereka bersuara, "Kenapa papa tak keluar lagi?"

Benjamin Daniel memandang ke belakang seketika lalu menjawab, "Ada orang masuk dalam kelas."

"Siapa?" tanya Aneira K yang kembali cuak.

"Sayang sekali Anne dah jadi milik Ben."

Terbeliak mata Aneira K setelah berjaya mengecam suara lelaki yang memecah keheningan kelas 3A pada lewat malam itu.

"Dylan?" bisik Aneira K.

"Aku sayangkan Anne tapi aku terpaksa lepaskan kau. Anne, terima kasih sebab selalu bakar semangat aku untuk study rajin-rajin. Tanpa kau aku tak ada motivasi untuk berubah. Semoga kau bahagia dengan Ben, Anne," luah Dylan.

Renungan tajam dilemparkan kepada Dylan yang sedang mengelap air matanya setelah berakhirnya sesi curahan hati. Terjegil mata Benjamin Daniel menonton tingkah laku jejaka emosional itu sehingga dia menapak keluar dari kelas 3A. Sebaik sahaja bayangan Dylan lenyap dalam kegelapan aras, Benjamin Daniel perlahan-lahan merangkak ke sebelah Aneira K yang sudah nyenyak tidur lalu membuka baju T-shirt berkolar biru gelap sebelum dicampakkan ke atas lantai. Dia berbaring menghadap Aneira K lalu mengucup dahi gadis itu.

"Aku harap kau tak dengar luahan hati Dylan," bisik Benjamin Daniel sebelum melelapkan mata.

BZZZ. BZZZ.

Benjamin Daniel meraba-raba lantai bermozek, tercari-cari beg tote miliknya. Jumpa sahaja beg tote, tangannya mengeluarkan telefon pintar yang bergetar beberapa kali lalu meneliti skrin telefon yang bercahaya terang dengan mata disepetkan. Bingung Benjamin Daniel dibuatnya apabila menyedari jam kini menunjukkan pukul 2.30 pagi. Benjamin Daniel pun membuka senarai notifikasi yang diterima sepanjang dia tidur di sebelah Aneira K. Dua puluh panggilan tidak dijawab dan dua ratus lima puluh mesej tidak dibaca. Ben kembali berasa khuatir membaca mesej yang dihantar oleh Leigh Yadav.

Ben, kau fly lagi ke malam ni?

Aku, Felix, Hans dengan Jerry plan nak tidur kat kelas 3C malam ni.

Baik kau cepat kalau kau nak join.

Felix dah OTW naik kelas tu.

"Dah naik? Aduh, mampus aku," ujar Benjamin Daniel yang panik.

Benjamin Daniel yang duduk bersila di atas hamparan tilam memandang ke Aneira K masih dibuai mimpi indah.

"Bahaya ni kalau Anne tidur sini sampai pukul lima pagi," ujar Benjamin Daniel.

➽───────────────❥

"You see?! Anne baliklah! Hell no way dia nak ajak Ben tidur dalam kelas 3A!"

"Tapi semua barang dia tak ada dalam bilik ni masa I geledah tengah hari tadi!"

"BERANI YOU GELEDAH BILIK ANNE?!"

"Kenapa kepala aku sakit sangat ni?" ujar Aneira K ketika dia duduk bersila di atas hamparan tilam.

Dia yang masih terpejam matanya meraih telefon pintar di tepi lalu menghidupkan skrin telefon. Jam kini sudah menunjukkan pukul 5.30 pagi.

"PAPA, BANGUN! KITA DAH LAMBAT!" jerit Aneira K yang panik lalu memandang ke kiri.

Aneira K dihempap kebingungan teramat setelah menyedari sekujur tubuh jejaka di tepi sudah tiada.

"Papa?" panggil Aneira K sekali lagi sambil memperhatikan keadaan sekelilingnya.

Raut wajah Aneira K berubah apabila pemandangan di hadapannya bukan lagi meja guru yang sudah dikemas tetapi jendela bilik B1002 yang terbuka luas. Dia yang duduk bersila di atas hamparan tilam dikelilingi empat buah loker kosong. Ditemani sebuah beg galas besar berwarna merah jambu di atas salah satu katil kosong.

"Kenapa Ben hantar aku balik?" bisik Aneira K.

Aneira K melirik semula kepada skrin telefon yang bercahaya terang. Dia pun memeriksa senarai notifikasi lalu menekan mesej yang dihantar oleh Benjamin Daniel. Mesej pada jam 2.45 pagi tadi.

Felix, Hans, Jerry dan Leigh pakat nak tidur kat kelas 3C.

Sorry tapi papa takut kantoi nanti.

Keluhan berat dilepaskan selepas dia selesai membaca teks mesej itu. Aneira K mengangkat wajahnya lalu melihat baju pinafore sekolahnya digantung pada pintu loker. Dia pun bingkas lalu mencapai tuala berwarna merah jambu di gait di pintu loker. Sebaik sahaja dia menapak keluar dari bilik B1002, dia segera bergegas di sepanjang laluan ke tandas di Blok A.

Setengah jam kemudian. Aneira K yang kemas berpakaian baju pinafore sekolah sudah berada di luar bilik bersama beg galas. Ketika dia sedang menyarung kasut PVC bertumit berwarna hitam, sepasang matanya tertancap pada figura seorang gadis berbaju pijama di kawasan ampaian baju. Geli hatinya menonton gadis itu teruja mengambil gambar pemandangan bulan penuh menggunakan telefon pintar. Aneira K yang sudah siap menyarung kasut perlahan-lahan bersandar pada dinding di tepi biliknya. Terus merenung gadis itu yang terkinja-kinja mendekati dia.

"Cantiklah gambar bulan ni, Anne! Nanti I nak set gambar ni jadi wallpaper phone I!" ujar Betty Xu.

"Bei...," panggil Aneira K dengan lembut.

"Ya?" tanya Betty Xu yang masih menumpu perhatian pada telefonnya.

"Sorry sebab tak dapat spend time dengan you sepanjang minggu ni," kata Aneira K dengan penuh kekesalan.

"Esok kita dah nak balik —"

Bibir Aneira K dikatup dengan jari telunjuk Betty Xu. Tanpa disedari air mata Aneira K bergenang ketika dia mengamati wajah Betty Xu. Dia rela menolak tepi perasaan malu, membiarkan tangisan membanjiri wajahnya. Demi menghilangkan perasaan sebak terbuku di dada, dia menarik tubuh Betty Xu ke dalam pelukan erat.

"Bei, maafkan I sebab tak dapat tunaikan janji I untuk jaga you sampai habis SPM," ujar Aneira K yang tersedu-sedan.

"I tak mampu nak putar balik masa untuk luangkan semula dengan you. I tak mampu nak balas balik perasaan sayang you pada I yang terlalu berharga," sambung Aneira K.

Betty Xu yang berdiri kaku dalam pelukan Aneira K mengusap belakang gadis itu berkali-kali.

"Anne, it's OK," pujuk Betty Xu yang mulai menitiskan air mata.

Aneira K meleraikan pelukan erat lalu menekup wajah Betty Xu. Bibirnya tidak teragak-agak untuk mendarat pada dahi gadis itu, memberi satu kucupan singkat di situ.

Menitis air mata ketika dia membisik, "I sayangkan you, Bei."

➽───────────────❥

chapter xxiv updated

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro