❄️ 26

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


 ➽───────────────❥

Meja pantri berselerakan dengan botol besar rootbeer yang kosong. Bekas aiskrim vanila besar berbentuk silinder juga hampir kehabisan. Aneira K meneguk float aiskrim vanila di dalam jag minuman berwarna jingga dengan sekali cubaan buat kali kelapan. Habis sahaja diteguk, dia mengetuk jag minuman di atas meja pantri lalu melepaskan sendawa begitu kuat tanpa berasa segan silu. Perbuatannya telah mengundang teguran oleh Leigh Yadav yang menyuruh dia diam. Pandangan maut dilemparkan kepada Leigh Yadav yang turut khusyuk menonton wayang yang dipasang pada slaid. Malang sekali, wayang berjudul Ocean's 8 itu tidak menarik perhatian dia.

Dengan kepalanya yang semakin berat, dia memeriksa jag minuman yang kosong lalu berkata, "Cepatnya float habis. Bukan macam SPM. Lambat tiga bulan baru nak habis."

BZZZ. BZZZ.

Berkerut dahi Aneira K melihat telefonnya bergetar di atas meja. Memikirkan siapa yang membuat panggilan kepada dia pada waktu sebegini. Aneira K meraih telefon lalu melirik pada jam terlebih dahulu. Sudah pukul sebelas malam. Dia pun meneliti nombor telefon si pembuat panggilan.

"Yu Yan call aku?" ujar Aneira K yang hairan.

Dia pun menerima panggilan tersebut lalu berkata dengan perlahan, "Yu Yan, ada apa call I larut malam ni?"

"Alvin suruh I datang ke sekolah awal pagi esok. Maybe dalam pukul tujuh pagi sebab I nak touch up you cantik-cantik untuk majlis graduasi and teater sekali. Nanti I tunggu you kat depan foyer sekolah, OK?"

Terkebil-kebil mata Aneira K mendengar penjelasan yang diberikan oleh Yu Yan Lee sebentar tadi. Malah dia sempat menjauhkan telefon daripada dia seketika untuk menghadam perancangan Yu Yan Lee pada pagi esok. Tetapi terasa ganjil pula apabila nama Alvin Ivanov disebut oleh Yu Yan Lee sendiri. Aneira K pun mendekatkan telefon ke telinga semula lalu mengajukan pertanyaan.

"Alvin suruh you datang sini?" tanya Aneira K yang pelik.

"Actually Alvin nak suruh Peach datang esok but Peach ada emergency so dia suruh I ganti Peach."

"You baru habis paper Add Maths kan? You tak rushing ke?" tanya Aneira K lagi.

"I nak jaga you buat kali terakhir, xuě huā."

Senyuman tipis meniti di bibir selepas dia mendengar nama panggilan yang dikenali itu. Dia terasa tubuhnya mulai terapung dalam bait-bait fantasi yang semakin memabukkan. Hedonisme yang hadir untuk menggembirakan dia terus membuatkan dia alpa sehingga dia tidak menyedari pemandangan dia bertukar menjadi gelap-gelita. Telefon pintar yang dipegang terlepas daripada tangan lalu terjatuh ke atas lantai bermozek.

Membiarkan Yu Yan Lee dihurung kebimbangan teramat ketika dia yang berada di hujung talian bertanya, "Eira, you OK tak tu? Eira, please answer me!"

"Yu Yan!" jerit Aneira K yang terbelalak matanya.

Namun dia kesal akan tindakan dia duduk bersila di atas hamparan tilam secara mendadak. Dia memejam matanya lalu memegang kepala yang dibasahi keringat dengan kedua-dua tangannya. Mata kanan perlahan-lahan mencelik, cuba mengintai keadaan sekeliling yang gelap-gelita. Dia mengerang dalam kesakitan setelah berjaya mengecam tingkap bilik B1002 yang terbuka luas di hadapannya. Tangan kirinya meraba-raba kawasan di tepi bantal lalu meraih telefon pintarnya. Aneira K perlahan-lahan menyepetkan mata ketika menghadap skrin telefon yang bercahaya terang. Bingung dibuatnya melihat jam kini sudah menunjuk pukul 2.30 pagi. Dia pun membelek senarai notifikasi yang diterima sepanjang dia pitam tadi. Terlalu panjang untuk dia memeriksa satu persatu. Aneira K pun memilih untuk membaca pesanan mesej daripada Betty Xu terlebih dahulu.

Anne, you pengsan masa stylist you call so Irene and I bawa you balik bilik.

Jerry kata you tipsy sebab minum float banyak sangat tadi.

Anything just minta tolong dengan Emily kat sebelah tau.

I tengah practise berlakon untuk teater esok kat bilik UT :)

Bingkas, Aneira K terus mengorak langkah menuju ke pintu bilik bersama telefon pintarnya. Namun dia menyelak daun pintu, dia terserempak dengan seorang gadis berbaju kelawar berwarna emas yang berdiri tercegat di hadapan biliknya. Aneira K pun melangkah keluar dari bilik B1002 lalu meletakkan telefon pintar di atas lantai simen yang sejuk.

"Kau tak tidur lagi ke, Emily?" sapa Aneira K.

"Aku baru nak usha kau dari pintu," balas Emily dengan janggal.

Aneira K hanya mengangguk tanda memahami. Dia pun menyandarkan tubuhnya pada dinding di antara bilik B1002 dan bilik B1003. Memilih untuk berdiam diri ketika memperhatikan keadaan riuh rendah di dalam kawasan asrama puteri. Ditambahkan pula dengan hujan lebat yang masih menghentam bumi sekolah pada awal pagi itu. Emily juga turut bersandar pada dinding bersebelahan dengan rak alatan mandi yang semakin kosong. Raut wajahnya kelihatan seperti dia sedang ligat memikirkan sesuatu. Namun Aneira K memendam inkuiri yang timbul di benak fikiran sehingga Emily kembali bersuara.

"Semua orang yang hadir dalam hidup kita akan pergi meninggalkan kita pada bila-bila masa, Anne. Cuma kita tak tahu bila perkara tu akan terjadi. Contoh paling terdekat dalam sekolah ni ialah lelaki yang kita sayangi. Andai kata betul dia sayangkan kita, dia rela harungi cabaran yang menimpa dia semata-mata untuk mempertahankan perasaan sayang dia pada kita. Kalau dia masih keliru dengan perasaan dia terhadap kita, tinggalkan terus lelaki tu. Lelaki tu bukan jodoh yang kita nantikan selama ni," celoteh Emily.

Berderai laju air mata Aneira K sepanjang dia menadah telinga mendengar bebelan rakan sebilik Betty Xu. Meskipun bebelan itu merupakan suatu curahan hati yang spontan, makna tersirat yang difahami telah merobek hatinya begitu kasar. Aneira K menoleh ke kiri seketika untuk mengelap air matanya.

Emily yang langsung tidak memandang ke arah Aneira K menyambung, "Anne, dekat luar sana ada ramai lagi lelaki yang kau akan jumpa nanti. Yang lebih menarik daripada jantan tak guna dalam sekolah ni. Kau sendiri nampak kan budak lelaki sekolah kita semuanya judgemental, toksik dan yang paling teruk, kemaruk perempuan cantik kan? Betul kan cakap aku? Anne, tak perlu risau. Dekat luar nanti akan ada lelaki yang lebih mampu memahami luaran dan dalaman diri kau."

Aneira K akhirnya tewas dalam tangisan air mata yang semakin galak membanjiri wajahnya. Dia pun mengumpul keberanian untuk menayang wajah sembab kepada Emily yang tersenyum tipis melihat dia.

"Betty bertuah dapat rakan sebilik macam kau. Aku berterima kasih sangat pada kau sebab sanggup luangkan masa dengan Betty sampai hari terakhir kat sekolah ni. Aku frust tak dapat luangkan masa betul-betul dengan dia semenjak aku pindah naik kelas 3A," luah Aneira K yang mengeluh hampa.

Bunyi getaran daripada telefon pintar Aneira K di atas lantai simen tanpa henti telah mengganggu sesi luahan hati syahdu mereka berdua. Aneira K tersenyum canggung pada Emily sebelum dia mengambil telefon di bawah.

Malas hendak memeriksa senarai notifikasi pada waktu itu, Aneira K pun berkata, "Stylist aku kot yang spam mesej."

"Aku masuk bilik dulu tau. Anything roger je sebelah. Pukul enam pagi aku kejut kau bangun, OK?" ujar Emily lalu beredar masuk ke dalam bilik B1003.

Aneira K terus membaca pesanan mesej yang diterima sebaik sahaja Emily meninggalkan dia. Berkerut dahinya melihat nama Benjamin Daniel sebagai si penghantar mesej yang terlalu banyak pada tepat jam tiga pagi. Tetapi hatinya runtun setelah membaca satu persatu mesej Benjamin Daniel.

Anne, maafkan papa.

Papa tak ada niat nak cakap macam tu tadi.

Masa tu papa sangat takut Sir Nubhan buat benda buruk kat Anne.

Anne tahu kan yang Sir Nubhan anti dengan papa sebab papa rapat dengan Anne?

Anne...papa sayangkan Anne.

Please, Anne. Maafkan papa?

At the end papa just ada Anne seorang je.

Anne anak papa forever kan?

Kalau Anne terasa dengan papa tadi, Anne datang kat depan bilik dobi Koop.

Papa tunggu Anne.

Tanpa berfikir panjang, Aneira K terus memecut laju di sepanjang ampaian baju yang tidak berbumbung lalu menghampiri pagar asrama puteri yang tidak berkunci. Dia menyelit keluar di celah pagar asrama lalu segera menuruni tangga dengan penuh berhati-hati. Kemudian dia yang sudah basah lencun kembali berlari di sepanjang laluan yang gelap-gelita menuju ke dewan makan lalu membelok ke kiri untuk bilik dobi koperasi. Dari jauh lagi sudah kelihatan bayangan figura seorang jejaka berkaca mata sedang mendepa tangan, menyambut kedatangan dia. Aneira K yang menangis tersedu-sedan mulai membuka langkah yang longlai menuju ke arah Benjamin Daniel. Tiba sahaja di hadapan Benjamin Daniel, dia menumbuk dada bidang jejaka itu dengan tenaga yang semakin berkurangan.

"Kenapa papa bengap sangat?! Kenapa semua benda yang papa beritahu Anne kena berlapik?! Tak boleh ke kalau papa berterus terang je dengan Anne?! Anne girlfriend papa bukannya kawan biasa macam dulu! Bukan sehari dua je Anne berkawan dengan papa tapi dah empat tahun, papa! Empat tahun papa!" jerit Aneira K dengan sekuat hatinya.

Tanpa menjenguk keadaan sekeliling, Benjamin Daniel terus menarik Aneira K ke dalam pelukan hangat seperti kebiasaan. Tetapi kali ini bertemankan tangisan mahal yang sukar ditunjukkan kepada khalayak umum. Benjamin Daniel berkali-kali mengucup rambut Aneira K sambil mengusap belakang gadis itu yang turut menangis dalam pelukannya.

"Maafkan papa sebab libatkan Anne dalam masalah ni. Papa tak sangka perkara ni boleh jadi seteruk ni. Semua ni salah papa, Anne. Papa dah jadi beban Anne. Papa patut dipersalahkan daripada awal lagi," ujar Benjamin Daniel.

Aneira K meleraikan lengan Benjamin Daniel yang memeluk pinggangnya lalu menekup wajah sembab jejaka itu. Mereka berdua saling bertentangan mata dalam kekelaman malam yang menyembunyikan takungan air mata. Kedua-dua ibu jari Aneira K mengelap air mata Benjamin Daniel yang menitis di pipi.

"Papa tak pernah jadi beban Anne. Sebab Anne sayangkan papa. Anne sanggup buat apa saja demi kebahagiaan kita berdua, papa," balas Aneira K.

Benjamin Daniel hanya mampu diam membisu. Renungan sayu dilemparkan pada wajah sembab gadis itu. Selang beberapa detik Aneira K menempel dahinya pada dahi Benjamin Daniel lalu menggesel-gesel dahi mereka berdua.

Sehingga Aneira K membisik, "Anne sayangkan papa...."

➽───────────────❥

"Eira, make up you dah siap! Nah, pakai sandal ni then turun ke dataran cepat! Dah ramai orang kat bawah tu!" arah Yu Yan Lee yang kelam-kabut.

Pagi Khamis, 11 Mac 2021. Pagi yang terlalu memeningkan untuk Aneira K sebaik sahaja dia terjaga daripada tidur lena di kerusi guru yang empuk. Dia mencabut gumpalan kapas yang disumbat di telinga lalu dibuang ke dalam tong sampah di sebelahnya. Dengan selambanya dia meneliti wajah bingung pada cermin tangan di atas meja yang sudah selesai disolek. Senyuman lebar mulai terukir saat timbul perasaan suka akan solekan tipis pada wajahnya. Begitu juga dengan rambut panjangnya diikat gaya French braid half crown yang menawan. Berpuas hati, Aneira K bingkas lalu membetulkan gaun formal berwarna putih. Dia pun mendekat Yu Yan Lee yang sedang menyusun segala berus solek ke dalam beg kosmetik lalu mengucup pipi gadis itu.

"Cantik you make up I. Thanks, princess," ucap Aneira K lalu mengenyit matanya.

"Nak graduate mestilah kena jadi cantik," balas Yu Yan Lee yang mencubit pipi Aneira K.

Aneira K pun mengambil jubah graduasi berwarna merah serta telefon pintar di atas meja pantri lalu segera meninggalkan kelas 3A. Dia menuruni anak tangga dengan tempo sedikit perlahan dengan kakinya menyarung sandal bertumit rata berwarna krim. Namun dia ditabrak beberapa ekor rama-rama kecil berterbangan di dalam perut apabila dia hampir tiba di aras satu. Langkahnya terhenti di anak tangga, memberi peluang kepada sepasang matanya untuk menyoroti keseluruhan jejaka berkaca mata yang menyapa dia. Rambut yang seringkali dibiarkan kusut masai kini menjadi kemas disikat tepi seperti seorang budak skema. Baju kemeja berwarna kelabu yang dimasukkan ke dalam seluar slack. Sepasang kasut hitam PVC yang berkilat. Tangannya pula setia memegang jubah graduasi yang bakal disarung sebentar sahaja lagi.

"PAPA!" laung Aneira K yang tersenyum keriangan sebelum dia mencampak tubuhnya ke arah Benjamin Daniel di hadapan tangga.

Mata Benjamin Daniel terbelalak menonton tindakan drastik Aneira K terpaksa bersiap-sedia untuk menyambut Aneira K yang memejam matanya. Terketar-ketar lengan menggendong tubuh Aneira K yang selamat mendarat di dalam pangkuan beberapa detik kemudian. Benjamin Daniel menghembuskan nafas kelegaan, menenangkan jantungnya yang masih kuat memalu.

Benjamin Daniel mencubit pipi Aneira K lalu berkata, "Eeii suka sangat cari pasal. Nasib baik tak jatuh tadi."

"Siapa suruh papa berdiri tercegat tadi? Anne lompat je lah," omel Aneira K yang memanyunkan bibirnya.

Benjamin Daniel menyepetkan mata ketika dia mengamati wajah Aneira K seketika.

Dia pun membisik di telinga Aneira K, "Siapa yang tak terpaku kalau jumpa gadis cantik macam Anne? Kalah pengantin baru papa tengok."

Pipi Aneira K merona merah saat dilambung pujian oleh Benjamin Daniel.

Melilau matanya ketika dia berkata dengan perlahan, "Papa pun nampak handsome pagi ni."

"Tengoklah papa siapa," ujar Benjamin Daniel dengan penuh keyakinan.

"Eeii confident tu tak boleh tinggi lagi ke? Selalu macam tu," balas Aneira K yang mengguling matanya.

KCAK! KCAK! KCAK!

Di sebalik kerumun para pelajar di laluan blok akademik aras satu, Sharmilla Fauzan yang sudah lengkap berpakaian jubah graduasi berwarna merah sedang mengambil gambar momen Benjamin Daniel menggendong tubuh Aneira K menggunakan telefon pintarnya. Senyuman puas meniti di bibir setelah dia meneliti setiap gambar yang di ambil pada skrin telefon. Sharmilla Fauzan pun terus menghantar gambar tersebut kepada Aneira K melalui ruangan perbualan mesej.

"Rugi kalau Anne tak simpan gambar ni," monolog Sharmilla Fauzan yang tersengih.

"Perhatian kepada semua pelajar yang berada di dataran sekolah, sila beratur mengikut turutan CGPA anda yang menentukan kelas graduasi anda. Majlis graduasi bagi pelajar SPM 2020 bakal bermula tidak lama lagi."

Sharmilla Fauzan yang mendengar pengumuman yang dibuat dari pejabat terus memecut lari ke dataran sekolah.

"Cepat gila majlis dah nak start," ujar Sharmilla Fauzan.

➽───────────────❥

Suasana dewan sekolah pada hari itu tidaklah setegang petang semalam. Wajah para calon SPM 2020 berseri-seri berbeda dengan semalam, terlalu resah menduduki sidang kertas bagi matapelajaran Matematik Tambahan. Gah berhiaskan serba merah sedondon dengan warna jubah graduasi yang disarung oleh para pelajar. Mereka memenuhi setiap barisan kerusi yang disusun mengikut kelas graduasi yang sudah ditetapkan berdasarkan capaian gred purata masing-masing. Seperti biasa aturcara majlis graduasi berjalan dengan begitu lancar dengan bantuan para guru dan kakitangan sekolah yang bertugas. Sehingga detik lagu instrumental gamelan dimainkan, memenuhi segenap dewan sekolah.

"Raina Hanani Binti Raihan, pelajar graduasi kelas pertama!" umum pengacara majlis dengan bersemangat.

Raina Hanani yang mengetuai barisan pelajar graduasi kelas pertama berjalan dengan penuh kemegahan mendekati Sir Chairul lalu menayang senyuman lebarnya.

"Terima kasih atas jasa anda memimpin pelajar Sekolah Katherina selama dua tahun berturut-turut," ucap Sir Chairul ketika menyampaikan skrol sijil graduasi kepada Raina Hanani.

"Itu sudah menjadi satu tanggungjawab saya untuk menjaga nama baik sekolah, sir," balas Raina Hanani lalu berpaling ke hadapan untuk sesi bergambar.

Selesai sesi bergambar, Raina mengorak langkah meninggalkan pentas dewan sekolah. Namun telinganya menangkap tepukan gemuruh daripada para hadirin ketika pelajar di belakangnya naik ke atas pentas.

"Jerry Looi, pelajar graduasi kelas pertama!" umum pengacara majlis.

"THAT'S MY DARLING! I'M SO PROUD OF YOU!" laung Betty Xu sambil menepuk tangan dengan begitu kuat.

"JERRY LENGCHAI, AKU DIE HARD FAN KAU!" jerit Felix Goh.

Sorakan meriah yang diterima oleh Jerry Looi menyebabkan Raina Hanani mulai berang. Dia keluar daripada dari dewan menerusi pintu gelangsar hadapan lalu mencampak skrol sijil graduasi ke dalam tong sampah.

"Racist gila sekolah ni. Punah terus mood aku nak happy hari ni," dengus Raina Hanani.

Majlis graduasi diteruskan dengan seorang demi seorang pelajar naik ke atas pentas dewan untuk menerima skrol sijil graduasi. Wajah girang dipamerkan kepada para hadirin setiap kali sesi bergambar yang singkat. Bermula daripada giliran Sharmilla Fauzan, Betty Xu, Hans Rivera, Felix Goh, Laila, Leigh Yadav, Benjamin Daniel dan Irene Park. Aneira K yang terpacak di tangga pentas tersenyum lebar ketika namanya dipanggil oleh pengacara majlis.

"Aneira K, pelajar graduasi kelas kedua atas!"

Dia berjalan menghampiri Sir Chairul yang memegang skrol sijil graduasi lalu berjabat tangan dengan mesra sekali.

Sir Chairul berkata, "Aneira Tan Sri K, pihak Sekolah Katherina amat menghargai sumbangan anda dalam mengharumkan nama sekolah melalui bidang teater. Saya berharap sangat sekolah kita mempunyai pelapis yang mampu meneruskan perjuangan anda. Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya di masa hadapan kepada anda."

"Terima kasih kerana memberi saya kepercayaan yang begitu tinggi untuk menaikkan nama sekolah, sir," ucap Aneira K yang berasa terharu.

Ketika dia memandang ke hadapan untuk sesi bergambar, Aneira K tersenyum tipis melihat Benjamin Daniel sedang berdiri di barisan pelajar graduasi kelas kedua atas, turut mengambil foto dia bersama Sir Chairul.

"Papa, kita berdua dah graduate," bisik dia.

➽───────────────❥

"Majlis graduasi Eira dah nak habis. You sure ke you sempat datang ni?" tanya Yu Yan Lee yang berasa bimbang.

"I dah nak sampai. Just fokus jaga Eira, Yu Yan. I tak nak benda buruk terjadi kat dia langsung," balas Alvin Ivanov yang berada di hujung talian.

BZZZ. BZZZ.

Yu Yan Lee yang memakai cermin mata hitam menyimpan telefon pintar ke dalam beg tote besar lalu berpeluk tubuh. Dia menoleh ke belakang, melihat sepanduk "MAJLIS GRADUASI SEKOLAH KATHERINA KE-19" tergantung pada bumbung dewan sekolah.

"Harap Alvin baik-baik saja kat atas jalan tu. Haish, risau pula I," ujar Yu Yan Lee si cemas.

➽───────────────❥

chapter xxvi updated

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro