❄️ 27

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SAYANG

(BAHAGIAN ANEIRA K)

Nama Watak:

ANNE (ANEIRA K)

BAPAK (FELIX GOH)

SIR RYAN (JERRY LOOI)

BEN (BENJAMIN DANIEL)

BEI (BETTY XU)

MILLA (SHARMILLA FAUZAN)

IRENE (IRENE PARK)

HANS (HANS RIVERA)


➽───────────────❥


Pentas gelap ketika tirai perlahan-lahan dibuka secara automatik. Beberapa detik backlight malap berwarna putih menyuluh bahagian kiri pentas auditorium, mempamerkan ANNE berbaju pinafore di meja yang berselerak. Dia mendail nombor telefon lalu menekap skrin telefon pada telinganya. Bunyi panggilan dibuat bergema di segenap auditorium sekolah.

BZZZ.BZZZ.

"Bapak, Anne daftar masuk kelas Akaun," maklum gadis itu dengan teruja.

Bahagian kanan pentas auditorium turut disuluh lampu backlight yang malap, menampilkan seorang lelaki bertubuh kurus kering berpakaian sut formal sedang duduk dengan selesa di kerusi pejabat.

BAPAK dengan bernada tegas berkata, "Kenapa Anne masuk kelas Akaun? Bukan bapak suruh Anne masuk kelas Biologi ke? Sudah, jangan mengarut. Suruh cikgu tukar kelas Anne sekarang juga."

ANNE yang tidak berpuas hati membentak, "Anne masuk kelas Akaun sebab Anne tahu Anne boleh skor A untuk subjek Akaun! Kalau Anne masuk kelas Biologi, Anne akan fail SPM nanti! Baba sanggup ke nak tengok Anne fail SPM sebab subjek Biologi?!

BZZZ. BZZZ.

Bunyi panggilan ditamatkan bergema berkali-kali.

Cahaya backlight malap di bahagian kiri pentas berkelip-kelip dengan tempo semakin laju. Diiringi bunyi petir menyambar menandakan terburainya amukan jiwa dari kerajaan hati yang bernanah. Perlahan-lahan bergantikan beberapa suluhan cahaya merah terang dari lampu profile dituju kepada ANNE yang bingkas lalu menolak semua buku-buku yang berselerak ke atas lantai. Kemudian dibaling meja dan kerusi ke tepi pentas.

ANNE menjerit dengan sekuat hati, "Bapak jenis apa yang tidak pernah cakna akan anak sendiri?! Anne minta pindah sekolah bapak tak izinkan! Tak mungkin bapak nak tengok Anne gagal dalam SPM dulu baru bapak nak sedar?! Sampai hati bapak buat Anne sebegini?! Anne anak bapak tapi bapak tak pernah sayangkan Anne!"

Berlinangan air mata kehampaan di pipi. Cahaya merah beransur-ansur hilang, mengembalikan cahaya backlight yang malap. ANNE yang memandang ke hadapan, menayang wajahnya yang dibanjiri tangisan akhirnya tersungkur di atas pentas auditorium lalu baring terkulai di situ.


➽───────────────❥


Pentas gelap sekali lagi, beralih kepada babak kedua. Cahaya toplight dari lampu fresnel ditujukan di tengah-tengah pentas, mempamerkan situasi di dalam kelas. Semua pelajar berada di meja masing-masing, senyap tidak berkutik. Menumpukan perhatian kepada SIR RYAN yang berdiri di tepi meja guru. Tekun menyusun kertas peperiksaan di atas meja. Namun semua pelajar terkejut besar apabila guru itu mencampak kertas peperiksaan ke atas lantai. Cahaya soroton mengikuti figura SIR RYAN yang berjalan ke hadapan papan putih.

Sambil itu, dia berkata dengan lantang, "Visi Sekolah Katherina ialah untuk melahirkan pelajar celik STEM yang bakal menerajui negara kita dalam bidang Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi pada masa hadapan. Malang sekali, kelas ini gagal mencapai visi yang sir nyatakan sebentar tadi. Saya tak faham mengapa Sekolah Katherina masih berdegil hendak menyediakan satu kelas aliran Sains Perakaunan untuk para pelajar seperti kamu semua. Sekolah Katherina berteraskan sains tidak sewajarnya memberi tunjuk ajar subjek berteraskan sastera seperti Prinsip Perakaunan!"

Cahaya lampu lain telah menyoroti figura ANNE yang kemas berbaju pinafore. Bunyi tumit kasut PVC berwarna hitam telah menimbulkan suspens kepada tindakan yang bakal gadis itu lakukan. Sebaik sahaja dia menapak di hadapan guru itu, dia terus menampar wajah guru itu. Tindakan berani matinya telah mengundang reaksi terkejut besar oleh rakan sekelasnya.

ANNE bersuara, "Objektif pengetua mewujudkan kelas 5A adalah untuk melahirkan bakal akauntan bertauliah! Bagi merealisasikan objektif tersebut, kami memerlukan gred LCCI cemerlang yang tertera pada slip keputusan SPM kami jika kami ingin melanjutkan pelajaran dalam ACCA-FIA, CFAB-ICAEW atau JPPro Matrikulasi sekalipun! Bahkan pengetua juga tahu pekerjaan akauntan turut tergolong dalam bidang pekerjaan STEM! Sir hanya tahu Sekolah Katherina ini dibina sebagai kilang bakal alumni doktor, jurutera atau pakar IT! Amat mengecewakan!"

SIR RYAN yang berasa terhina mengugut ANNE dengan berkata, "Buka mulut sekali lagi dan kamu bakal tersenarai sebagai pelajar kes salah laku berat kerana menampar sir.

ANNE menayang senyuman sinis ketika dia membalas, "Atau saya membuat laporan bahawa sir telah melanggar kod etika guru kerana melakukan antunan seksual kepada saya?"

Warga kelas 5A terkilan dengan tindakan berani mati ANNE mengugut SIR RYAN. Habis pucat wajah SIR RYAN yang dihunjam dendam kesumat ANNE.

ANNE memandang ke hadapan dengan sepasang matanya memercik sinar kekecewaan kepada para penonton. Dia mengorak langkah meninggalkan SIR RYAN berdiri terpaku di hadapan papan putih, diiringi sorotan lampu yang terang. Bunyi tumit kasut PVC berwarna hitam semakin kelam. Beberapa langkah maju ke hadapan dan dia berhenti. Pada waktu itu cahaya pentas semakin kelam, memberi keutamaan spotlight kepada ANNE. Dia membiarkan matanya meliar mengamati kerenah penonton sebelum mulutnya kembali berbicara.

Suaranya terketar-ketar ketika dia berkata, "Orang tua pernah berkata, tak kenal maka tak sayang. Tapi menyayangi seorang lelaki berumur sepuluh tahun lebih tua seperti SIR RYAN bukanlah satu idea yang bernas. Aku masih bawah umur dan dia boleh dilabel sebagai pedofilia jika dia tetap berkeras hendak menjadi gila bayang akan aku, tetap menyayangi aku. Bahkan berapa banyak lagi peraturan universal yang perlu kuingkari semata-mata untuk telus menyayangi dia?"

Tergeleng-geleng kepala ANNE ketika dia memperlahankan suara, "Terlalu mustahil untuk aku menyayangi seseorang yang jauh lebih tua daripada aku. Mustahil sekali."


➽───────────────❥


Pentas gelap buat kali ketiga tetapi tidak lama. Lampu soroton profile menyuluh ANNE berada di meja kiri hadapan sekali menghadap penonton, sedang menongkat dagu sambil menguis-nguis sebekas plastik tau fu fa. Selang beberapa detik, BEI yang turut berbaju pinafore terkinja-kinja mendekati ANNE. BEI menarik kerusi berdekatan lalu mengambil tempat di sebelah kanan ANNE.

"Anne, saya ada gosip hangat untuk awak. Awak nak dengar tak?" tanya BEI yang kedengaran pelat.

"Gosip apa?" tanya ANNE yang kurang berminat.

BEI membisik di telinga ANNE, "Ben sudah ada kekasih hati. Tak perlu lah saya tengok dia kacau awak lagi. Senangnya hati saya."

Sudu terlepas daripada tangan ANNE lalu jatuh ke atas lantai. ANNE diam membisu, hanya mempamer wajah kosongnya. Tiada ekspresi pada kali ini.


➽───────────────❥


Pentas gelap buat kali kedua. Lampu sorotan berwarna kuning kusam menyuluh meja kanan di hadapan sekali. Menunjukkan situasi tegang di antara ANNE dan MILLA yang saling berpeluk tubuh. Saling bertukar pandangan dingin.

"Kau berjanji temu dengan Ben pada petang itu kan?" tanya MILLA yang menginginkan kepastian.

"Sejauh mana kau sudah mengetahui kebenaran, aku tetap memilih untuk merahsiakannya. Aku terpaksa merahsiakan perkara itu demi menjaga reputasi aku sebagai seorang pelajar yang disegani selagi aku masih berada di Sekolah Katherina. Tidak salah bukan jika aku berahsia demi menjaga kepentingan aku?" jawab ANNE.

"Jaga kepentingan kau atau kau sayangkan dia?" tebak MILLA.

Terhambur tawa ANNE selepas mendengar tekaan MILLA secara rawak itu. MILLA menegakkan tubuhnya lalu merenung tajam kepada ANNE apabila dia ketawa mengilai begitu lama. Seolah-olah ANNE sedang menyindir inkuiri yang sudah lama terbuku di dalam hati. Tiba-tiba ANNE berhenti ketawa lalu mempamer wajah seserius mungkin. Seiring dengan cahaya lampu sorotan perlahan-lahan menjadi warna merah.

"Milla, jika benar aku sayangkan Ben, sudah lama aku memaksa dia mengahwini aku di sempadan. Aku tidak mahu terlepas lelaki yang menyamai standard yang kuinginkan selama ini," jawab ANNE yang menafikan dakwaan MILLA.


➽───────────────❥


Kali ketiga pentas kembali gelap. Lampu soroton ditujukan ke meja di tengah-tengah barisan meja. ANNE sedang merenung pada nasi kerabu yang tidak terusik sedari tadi. Tanpa disedari air mata berlinangan membasahi pipi.

IRENE di sisi berkata, "Anne, sampai bila kau nak larikan diri daripada kenyataan? Sejauh mana kau cuba larikan diri daripada dia, dia tetap akan cari kau juga nanti."

ANNE yang termangu bertemankan tangisan sepi membalas, "Aku sudah tidak larat, Irene."

"Lebih baik dia bersama perempuan lain. Aku sudah tidak larat menanggung beban rahsia selama menyayangi dia," sambung ANNE.

Runtun hati IRENE mendengar luahan hati ANNE.

Dia menepuk bahu ANNE lalu berkata, "Aku harap kau boleh bertahan sampai SPM habis."

HANS tampil ke atas pentas, menghampiri ANNE dan IRENE di meja bersama beg plastik merah dipenuhi dengan kuih-muih.

Dengan teruja dia berkata, "Anne! Baby! Aku ada beli karipap, kuih lapis dan kuih seri muka kat kafe. Jom makan."

ANNE dan IRENE hanya saling berpandangan, menayang senyuman tipis sebelum pentas kembali gelap sekaligus melabuhkan tirai.


➽───────────────❥


Tiga minit kemudian. Tirai dibuka semula, mempamer kelibat ANNE bergaun putih berdiri di tengah-tengah pentas. Bersendirian. Tidak bertemankan prop. Hanya diri dia yang berada di situ. Lampu LED par can klasik menyuluh cahaya ke arah dia yang berdiri statik di situ. 

Senyuman tipis bersinggah di bibir ANNE.

Dia menyambung, "Agak ganjil apabila dua orang pelajar dari kelas berlainan menjadi kawan rapat. Terlalu rapat bagaikan belangkas. Ternyata kau sendiri memilih untuk sentiasa berada disampingku meskipun aku tidak pernah meminta. Sejak empat tahun lalu, aku sering bertemankan kehadiran kau yang memenangkan diriku. Aku juga sering tertanya-tanya jika kau masih mengingati aku mencabar kau berdiri di atas kerusi lalu melaungkan "AKU SAYANGKAN KAU!" atau "я тебя люблю! (YA TEBYA LYUBLYU!)". Jawapan "YA!" daripada mulut kau sendiri telah mengukuhkan faktor aku tetap ingin mempertahankan hubungan kita berdua."

ANNE melepaskan tawa halusnya.

"Baru kusedar akan kelemahanku selama ini. Aku terlalu berani untuk mengambil risiko untuk memenuhi segala hasratku meskipun aku tahu kebarangkaliannya begitu tipis. Lebih-lebih lagi soal perasaan sayangku kepada kau. Perasaan yang terpaksa kusembunyikan. Demi menjaga kepentingan aku sebagai seorang pelajar Sekolah Katherina. Aku terlalu khuatir untuk meluahkan perasaan sayang yang semakin bercambah di dalam taman bunga yang terpencil di dalam kerajaan hati. Tapi —"

ANNE menghembuskan nafas keluhan berat lalu memejamkan matanya.

Ketahuilah saat ANNE mencelik matanya, hatinya tergerak untuk meluahkan segala isi hatinya yang terpendam selama ini.

Senyuman selebar mungkin mulai meniti di bibir ketika dia berbicara, "Ben, kehadiran kau bagaikan pelangi yang senantiasa mewarnai hidup suramku. Setiap perbuatan kecil kau terlalu memadai untuk menjadi punca aku tersenyum bahagia sepanjang hari. Maafkan aku kerana masih diselubungi kenangan yang sama sepanjang di sekolah. Maafkan aku kerana menjadi bebanan terbesar kau selama kita berada di sekolah. Maafkan aku kerana perasaan sayang aku pada kau tidak cukup hebat untuk menyatukan kita berdua yang berbeza darjat."

Berderai air mata ANNE membasahi wajah bersoleknya. Dia membiarkan saja banjir tangisan merosakkan hasil solekan tipis Yu Yan Lee.

Tanpa berfikir panjang, dia melaung dengan segenap hatinya, "MAAFKAN AKU TAPI AKU SAYANGKAN KAU, BENJAMIN DANIEL!"

Cahaya lampu LED par can klasik beransur-ansur menjadi suram selari dengan emosi yang ditonjolkan ANNE. Sebelum ANNE sempat tersungkur ke atas lantai pentas, BEN berjalan dengan kadar segera bagi mendapatkan ANNE yang mulai hilang kawalan. BEN memberanikan diri untuk memusingkan bahu ANNE lalu menekup wajahnya di khalayak penonton.

ANNE tersentak menerima kehadiran BEN pada waktu sebegini menyebabkan dia bertanya, "Papa buat apa di sini?"

Membulat matanya mengamati wajah Ben dari jarak dekat. Setia menunggu jawapan daripada BEN yang terkelu lidahnya.

"Papa...eh...aku...," jawab BEN dengan tergagap-gagap.

Wajah ANNE terus memucat setelah dihempap kesedaran.

"Mampus. Siapa bagi Ben masuk ni? Babak dia belum masuk lagi ni," desis hatinya.

ANNE pun terus menolak tubuh BEN lalu menengking, "Papa nak apa lagi daripada Anne?! Tak cukup lagi ke papa dah musnahkan harapan Anne untuk terus bersama papa?! Papa tahu tak berapa banyak penipuan manis Anne dah suapkan pada orang ramai demi mempertahankan istana cinta kita yang sememangnya rapuh sejak dulu lagi?!"

Terbelalak mata BEN melihat ANNE kembali menangis.

Suara ANNE kedengaran terketar-ketar ketika dia menyambung, "Papa sedar tak selama ini hanya Anne yang cuba untuk mempertahankan hubungan kita. Seolah-olah papa tak pernah sayangkan Anne..."

BEN yang berdiri kaku sedari tadi akhirnya cuba untuk mendekati ANNE lalu memeluk ANNE dengan seerat mungkin. Tindakan BEN telah mengundang reaksi kejutan besar oleh para penonton di hadapan.

BEN yang turut menangis berkata, "Maafkan papa! Ya, semua ini memang salah papa daripada awal lagi! Papa layan Anne macam sampah selama ini! Memang papa letak otak papa di lutut, hati papa di telapak kaki! Tolonglah, Anne! Maafkan, papa! Papa tak berniat nak sakitkan hati Anne!"

ANNE meleraikan pelukan lalu memandang kepada BEN yang tersedu-sedan.

Ketika dia menghulurkan jari kelingking kanan, dia berkata, "Janji lepas ini papa dah tak akan sakitkan hati Anne?"

Jari kelingking BEN yang bersaiz lebih panjang bertaut pada jari kelingking ANNE.

BEN membalas, "Papa janji, Anne."

ANNE pun beralih pandangan ke hadapan lalu menyanyi serangkap lagu lain.

https://youtu.be/UAAawqLhonA

❝Cinta kita melukiskan sejarah,

Menggelarkan cerita penuh sukacita,

Sehingga siapapun insan Tuhan pasti tahu,

Cinta kita sejati.

time stamp: 5.41

Menitis air mata ANNE ketika dia menoleh ke kanan, melihat BEN merangkul pinggangnya. Senyuman kegembiraan menghiasi wajah suramnya. ANNE sempat memandang ke belakang, melambai-lambai kepada HANS yang berdiri di belakang pentas. Ketika dia memandang ke hadapan semula, ANNE mengulang sekali lagi rangkap lagu yang dinyanyikan sebentar tadi. Waktu itu, seorang demi seorang pelakon yang menjayakan teater tampil di atas pentas. BAPAK. SIR RYAN. BEI. MILLA. IRENE. HANS. ANNE dan BEN yang diapit pelakon-pelakon lain saling berbalaskan senyuman. Mereka berpegangan tangan lalu mengangkat ke udara secara serentak kemudian mereka menunduk tanda hormat buat kali terakhir.

"TERIMA KASIH!" laung mereka dengan penuh bersemangat.


➽───────────────❥


chapter xxvii (manuscript teater SAYANG) updated

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro