Bab 12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Are you okey kak?"soal Marvin yang baru duduk di sofa ruang tamu itu.

"Okey je. Kenapa?"soalnya.

Marvin memandang curiga pada kakaknya. Dari atas bawa ke bawah dia menilik kakaknya.

"Marvin rasa pelik lah bila pandang akak ni? Rumah ni pun rasa lain."ujarnya berterus terang.

Berkerut dahi Nura. Pelik? Lain?

"Akak memang macam ni lah. Rumah ni rasa lain sebab sunyi. Deniel sekolah, budak - budak tidur. Nanti kalau dorang bangun riuh lah rumah ni dengan suara tv, bergaduh macam - macam lagi lah."terang Nura. Dia menuang air sirap ke dalam cawan.

Marvin senyap kembali, entah kenapa dia rasa lain sahaja bila dia menjejakkan kaki ke dalam rumah ini.

"Nah air."ujar Nura lalu dia meletak gelas yang berisi air sirap di hadapan adiknya.

"Thanks kak."

Nura mengangguk. Dia kembali menyandar di sofa. Dia memandang Marvin, rindu pada adiknya akhirnya terubat.

"Lama akak tak call Marvin kan? Dulu selalu je call."kata si adik memecah kesunyian.

"Akak sibuk sikitlah Marvin. Sorry lama tak call."tuturnya.

"Hmm. Kak, lama tak nampak Kak Edriana. Mana dia?"soal Marvin lagi.

"Katanya dia ada kerja dekat Langkawi."jawab Nura.

Marvin hanya mengangguk.

"Marvin stay sini ke rumah mama?"soal Nura.

"Stay dekat rumah mama kak. Nanti jangan lupa balik tahu, mama ajak makan ramai - ramai."

Nura mengangguk.

Marvin menilik jam di tangannya sebelum dia bingkad bangun.

"Nak pergi mana ni?"soal Nura sebaik melihat adiknya sudah bangun dari duduknya.

"Marvin ada hal. Nanti kita jumpa dekat rumah mama."dia bersalaman dengan kakaknya, sempat juga dia berbisik membuatkan Nura terkedu.

"Jangan rahsiakan apa - apa masalah dari Marvin kak. Kalau ada problem share dengan Marvin. Marvin akan selalu ada dekat sisi akak. Kalau akak nak minta tolong dari Marvin bagitahu je, Marvin akan sentiasa tolong akak."bisiknya lalu dia beredar.

Berlinang air mata Nura. Dia melihat sahaja bayang adiknya hilang di sebalik pintu utama.

"Maafkan akak. Akak tak nak aibkan sesiapa."katanya seorang diri.

.....

Puan Alia dan Encik Iman duduk minum petang di pangkin bawah pokok di hadapan rumahnya. Entah kenapa sejak akhir - akhir ini dia asyik teringat akam anak menantunya di KL. Lama sungguh mereka berdua tidak menelefonnya. Seakan ada sesuatu perkara yang terjadi pada keluarga mereka. Baru sahaja dia mahu menelefon mereka suaminya sudah menghalang.

"Biar dorang selesaikan masalah dorang sendiri. Kita tak payah masuk campur dalam hal dorang anak beranak."pesan Encik Iman.

"Saya rasa tak sedap hati je bang. Kita call dorang eh."Puan Alia berkata dengan risau.

"Tak payah. Kalau awak rasa tak sedap hati doa dekat Allah SWT. Biar keluarga kita dilindungi dari segala kejahatan."ujar Encik Iman lalu beredar meninggalkan isterinya.

Puan Asmah mengeluh. Air yang di bancuh serta kuih bakar yang di buat langsung tidak di jamah. Hilang seleranya mahu makan.

"Ya Allah, kau lindungilah anak menantuku dari segala kejadian yang tidak baik."doanya dalam hati.

Puan Asmah yang melihat adegan itu tersenyum nipis. Rancangannya yang mahu menjenguk kakaknya itu dibatalkan sahaja, bukan dia tidak dengar apa yang dibualkan oleh kakak serta abang iparnya itu. Terus sahaja dia berpatah balik ke rumah.

Masuk sahaja ke dalam rumah, dia segera menghubungi anaknya yang berada di Kuala Lumpur. Mahu tahu apa yang terjadi dalam rumah tangga anak saudaranya itu.

"Macam mana dengan dorang laki bini?"soal Puan Asmah sebaik sahaja Anissa menjawab panggilan darinya.

"Macam yang selalu Nissa bagitahu mak lah. Aliff pun dah tak percaya sangat dengan bini dia tu."ujar Anissa di hujung talian.

"Hah bagus lah macam tu. Biar dia rasa, ada tak Aliff cerita apa - apa dekat kamu?"

"Tak ada pulak mak. Macam mana sekali pun, dia tetap tak nak bagitahu masalah dia dengan bini dia tu dekat Nissa."

"Hmm, tak apa biarkan. Kamu terus je dengan rancangan kita tu. Biar dia ceraikan bini dia, senang sikit kerja kita."

"Baik mak. Okeylah Nissa letak dulu."

Sebaik sahaja panggilan di tamatkan, Puan Asmah tersenyum lebar. Aliff dah masuk dalam permainannya.

"Mudah lah kerja aku lepas ni. Aliff dah masuk dalam permainan aku, aku harap lepas dia dah ceraikan perempuan tak guna tu, dia akan menyesal. Berani dorang sumbat aku dengan anak aku dalam penjara. Korang memang tak kenal siapa Asmah kan."katanya seorang diri.

Dia memandang kosong ke arah televisyen itu.

"Selamat datang ke dunia dendam aku Nura Medina. Kesian kau, jadi mangsa aku."

.....

Takut - takut Nura mahu menghampiri si suami yang duduk di luar rumah. Aliff yang duduk itu dipandang sebelum dia menghembus lembut nafasnya.

"Abang."panggilnya lembut dia berdiri di sebelah suaminya.

"Hmm."acuh tak acuh sahaja dia menyahut panggilan dari sang isteri. Langsung tak di pandang wajah isterinya itu.

"Boleh Nura nak cakap sikit."

"Kau nak cakap apa?"soalnya dingin.

"Esok mama dengan papa ajak datang rumah, dorang buat makan - makan."jawab Nura. Dia memandang tepat di belakang suaminya. Rindu!

Aliff segera memusingkan badannya hingga mata mereka beradu seketika. Satu pasang mata sarat dengan rindu manakala satu lagi sarat dengan kebencian.

Cepat sahaja Nura menundukkan wajahnya, gerun melihat pandangan tajam dari sang suami. Lagi pula dia tak nak mengalirkan air matanya di hadapan sang suami.

"Baiklah, kita pergi. Tapi dengan syarat."ujarnya tanpa nada.

Pantas sahaja Nura mengangkat wajahnya, di pandang wajah sang suami dengan dahi yang berkerut.

"Apa syaratnya?"soal Nura.

"Pastikan yang keluarga kau tak tahu pasal masalah rumah tangga kita, aku tak nak tambah masalah lagi. Kau faham?"soalnya.

"Faham."laju sahaja Nura jawab.

"Saya ada satu benda nak cakap dengan awak, boleh?"soal Nura.

"Apa lagi? Jangan nak buang masa aku boleh."

"Saya nak ajak awak berjemaah sekali. Dah lama kita tak solat sekali."ujar Nura.

Perkara itu membuatkan Aliff terdiam. Ya, sudah lama mereka tidak berjemaah sekali selepas sahaja Puan Asmah dan Anissa datang ke rumah mereka.

'Allah, apa yang aku fikirkan ni.'

"Hmm, pergilah siap. Lepastu tunggu aku dekat bilik solat. Ajak Deniel sekali."katanya mendatar lalu dia terus masuk ke dalam rumah.

Nura tersenyum nipis. Usai itu, terus sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah. Bilik tidurnya di tuju, selepas selesai dia mengambil wuduk dan memakai telekung. Dia terus sahaja ke bilik Deniel untuk mengajak berjemaah sekali.

Tok tok

"Den, mommy ni."katanya lalu pintu di buka perlahan - lahan.

"Yes mommy."ujar anak lelaki itu.

"Den dah solat?"soal Nura lembut.

Deniel hanya menggeleng. Dia baru sahaja ingin menunaikan solat sebelum Nura mengetuk pintu biliknya.

Nura tersenyum manis.

"Jom solat sekali dengan mommy daddy."ajak Nura gembira.

Enam patah perkataan itu membuatkan Deniel terkedu seketika.

"Dengan daddy?"soal Deniel kembali.

Nura mengangguk tanda mengiyakan.

"Tak ap–"

"Janganlah macam ni sayang. Mommy nak family kita yang dulu. Lagipun lagi besar pahala kalau kita solat berjemaah kan."pujuk Nura.

Deniel mengeluh. Sebelum akhirnya dia mengangguk.

"Baik mommy."

Masuk sahaja mereka dalam bilik solat, kelihatan Aliff sudah menunggu mereka di bilik itu.

"Kenapa lambat?"soalnya sebaik melihat kelibat anak serta isterinya.

"Tak ada apa lah. Mari kita solat."jawab Nura. Dia segera berdiri di tempatnya.

Dalam diam Nura tersenyum bahagia. Ini lah yang dia mahukan sampai akhir hayatnya.

"Ya Allah kau kekalkanlah hubungan kami satu keluarga."doanya dalam hati.







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro