Bab 13

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Anissa mendail nombor telefon Aliff beberapa kali, namun lelaki itu tidak menjawab. Dia merengus kasar sebelum telefon bimbitnya di campak di atas katil.

"Apa hal susah sangat nak angkat call aku."bentaknya seorang diri.

Tidak lama selepas itu, telefon yang dicampak di ambil semula. Pesanan whatsApp di hantar pada Aliff.

Kenapa abang tak angkat call Nissa. Nissa call abang banyak kali tahu tak?

Usai sahaja dia menghantar pesanan itu, dia mencampak kembali telefonnya. Tubuhnya dilambung di atas katil, mata dipejam rapat bagi menghilangkan rasa geram pada Aliff.

Bunyi deringan telefon membuatkan Anissa segera menjawab. Ingatkan Aliff yang menelefonnya rupanya bukan.

"Hello, kau kat mana?"soal Puan Asmah di hujung talian.

"Rumah lah mak. Kenapa?"soalnya malas.

"Bukan ke selalu kau keluar dengan Aliff?"

"Keluar apanya. Dari tadi Nissa call dia, dia tak angkat. Buat habis kredit je."ujarnya bengang.

"Tak angkat? Lepastu dia dekat mana?"soal Puan Asmah bertalu - talu.

"Mana lah Nissa tahu. Mak ni pun satu lah."marahnya.

"Aku bukan apa Nissa. Aku takut dia dah berbaik dengan bini dia."ujar Puan Asmah risau.

Perkara itu membuatkan Nissa yang tadinya baring terus duduk tegak.

"Mak tak–"

"Itu aku tak tahu lah. Nanti aku jumpa Mak Lijah kau balik."potong Puan Asmah.

"Hah ya lah."panggilan terus di tamatkan.

'Tak mungkin. Takkan lah.'

Kepalanya digeleng berkali - kali.

Tok tok tok

"Kau nak apa, Hanis?"soalnya malas.

"Ni aku ada belikan makanan. Jom lah keluar makan."ajak Hanis usai itu gadis itu beredar dari depan pintu bilik Anissa.

Anissa dengan langkah malas terus sahaja menapak keluar dari bilik tidurnya. Kelihatan Hanis sudah duduk sambil menjamu selera. Sebaik Anissa melabuhkan punggungnya diatas kerusi, Hanis meletakkan bekas berisi makanan di hadapan Anissa.

"Apa pasal muka kau masam mencuka je?"soal Hanis sedikit prihatin.

"Geram lah aku dengan perangai Aliff tu."ujarnya bengang.

Ternaik kening Hanis.

'Geram? Dah kenapa pula dua orang ni.'getus hati kecilnya.

"Apa yang dia dah buat dekat kau?"soal Hanis lagi. Nasi disuap ke dalam mulutnya.

Sambil mengunyah dia menanti jawapan yang terbit di bibir Anissa. Matanya tepat menikam ke arah Anissa yang sedang makan itu.

"Aku call dia banyak kali tapi dia tak angkat. Aku whatsApp dia pun, dia tak reply."jawabnya setelah selesai menelan nasi yang dikunyah.

"Busy kot?"

"Busy apanya. Hari ni kan hari Sabtu. Orang semua cutilah."bentaknya.

"Ala, chill lah Nissa. Kalau dia takde banyak lagi lah lelaki lain yang ada dekat dunia ni. Kau kan cantik."pujuk Hanis lagi.

Anissa terdiam.

'Betul cakap kau Hanis. Aku cantik kalau Aliff tak nak ramai lagi lelaki yang nak kat aku. Tapi aku sukakan Aliff, bukan. Aku sukakan harta dia je.'gumamnya perlahan.

"Apa kau cakap? Tak dengarlah."

"Tak ada apa lah. Makan je lah."ujar Anissa sebelum dia menyambung makan.

........

"Gembira hati mama dengan papa bila tengok anak - anak berkumpul. Lama kita tak berkumpul macam ni kan, bang."ujar Puan Maria gembira.

Mereka yang lain hanya tersenyum mengangguk. Di lihat Marvin sedang melayani budak - budak bermain di kawasan laman rumah. Riuh dengar budak - budak menjerit. Arina yang berada di kendongan Nura lena dihanyut mimpi indah.

"Ya lah ma, kita dapat berkumpul bila Marvin balik sini je. Alhamdulillah budak ni dah habis belajar dah pun."kata Nuha yang duduk di sebelah suaminya.

Lengan suaminya di peluk erat bagaikan tak mahu lepas. Muiz pula dengan manja melabuhkan kepalanya di ata paha sang isteri. Nura nampak semua itu dia hanya mengukir senyuman nipis.

Nuha yang perasan terus sahaja melepaskan pelukan itu, dia mengambil tempat di sebelah kakak kembarnya.

"Lena ya Arina tidur. Pergilah letak dia dekat dalam, nanti dia terjaga pula dengar suara budak - budak ni menjerit."kata Nuha. Dia tahu yang kembarnya itu menahan air mata dari mengalir.

Yang lain hanya memandang termasuk Aliff sendiri. Diperhati sahaja langkah isterinya yang kian menghilang.

Tidak lama selepas itu, muncul Marvin sambil mendukung Arfa dan Narissa.

"Ah, duduk sini. Paksu tak larat nak dukung korang dua."katanya selepas meletakkan dua kanak - kanak perempuan itu.

"Marvin lepas ni kerja mana?"soal Aliff tiba - tiba.

"Entah lah tak tahu lagi."acuh tak acuh sahaja lelaki itu membalas.

Dia nampak sikap dingin abang iparnya itu pada kakaknya. Dia dapat rasakan yang kakaknya berada dalam kesedihan.

"Oh tak tahu lagi. Macam ni abang ingat abang nak offer Marvin kerja dekat office abang. Macam mana?"soal Aliff lagi.

"Oh ye ke. Nanti Marvin fikir dulu, apa - apa nanti Marvin bagitahu abang. Lagipun Marvin nak lepak dekat rumah dulu."ujarnya dipandang sekilas sahaja wajah abang iparnya.

Aliff mengangguk.

"Ma pa. Aliff masuk dulu. Nak tidurkan Arfan kejap."Arfan yang duduk di pangkunya di dukung sebelum dia beredar masuk ke dalam rumah.

"Ma, Nuha dengan Kak Emy masuk dulu eh, kitorang nak sediakan bahan - bahan untuk buat BBQ malam ni."kata Nuha lalu mereka berdua masuk ke dalam rumah.

Naik sahaja ke atas, bilik isterinya dituju. Belum sempat dia buka pintu kedengaran esak tangis dari dalam bilik. Dia melekapkan telinganya di pintu bilik.

"Gembira mommy tengok pak long dengan mak lang bermanja dengan pasangan dorang, Arina. Mommy harap yang macam tu juga dengan daddy tapi mommy rasa benda tu semua mustahil nak jadi. Daddy benci mommy, daddy dah tak sayang mommy macam dulu. Tangan yang selalu belai mommy dulu, sekarang tangan tu yang sakitkan mommy. Mommy tak tahu apa silap mommy. Daddy tuduh mommy keluar dengan lelaki lain, sedangkan time tu mommy keluar dengan pak long untuk beli hadiah mak long. Luluh hati mommy bila kena tengking dengan daddy dekat hospital."ceritanya pada bayinya itu. Dengan esak tangis dia bercerita, seakan faham apa yang dirasakan oleh ibunya itu, bayi kecil itu hanya diam mendengar kisah itu.

"Mommy tak pernah bohong daddy, apa yang mommy cerita tu semua betul. Sikit pun mommy tak ada niat nak tipu daddy. Mommy cuba kuat walaupun mommy sakit, mommy kuat sebab anak - anak mommy ada dekat sisi mommy."

Aliff tidak betah menunggu lama, pintu bilik segera di buka. Nura yang dengar pintu bilik dibuka terus sahaja mengelap air matanya dengan hujung lengan bajunya.

"Arfan je? Deniel dengan Arfa mana?"soal Nura cuba berbual dengan sang suami. Suara yang seakan serak itu cuba dibetulkan.

"Deniel dengan Arfa main lagi dekat bawah."kata Aliff tubuh Arfan di letakkan di atas katil sebelum susu di sua di mulut anaknya itu.

Nura mengangguk. Tubuh kecil Arina dibedung dengan cermat.

"Apa pasal suara kau serak? Kau menangis ke?"soal Aliff.

"Eh, tak ada lah."nafinya. Tubuh Arina segera ditepuk agar bayi itu lena.

Aliff memandang seketika wajah isterinya sebelum dia merebahkan badannya di sisi Arfan yang sudah terlena. Botol susu di alihkan dari mulut anaknya.

"Nura turun dulu. Nak tolong apa yang patut, Arina Nura bawa sekali takut ganggu abang tidur pula."ujar Nura tanpa memandang wajah suaminya. Tubuh kecil Arina di kendong.

"Tak payah. Biar je anak tidur dalam bilik ni. Karang kalau kau bawa dia keluar lepastu bising kan dia terjaga pula."kata Aliff.

"Tak gan–"

"Aku tak nak cakap banyak kali faham."dingin nada suaranya.

Nura meletak perlahan - lahan Arina di atas katil. Sebelum dia menyarung tudungnya dan keluar dari bilik tidur.

.........

"Abang, saya nak pergi rumah Aliff. Saya rasa tak sedap hati betul lah."kata Puan Alia sewaktu mereka bersarapan.

Encik Iman yang mahu menyuap nasi goreng terus tidak jadi, dipandang wajah risau isterinya.

"Tak ada apa lah. Anak menantu kita okey je tu. Cuba awak bersangka baik je."kata Encik Iman. Dia menyambung aktivitinya yang tergendala tadi.

"Saya dah cuba bang. Tapi saya memang yakin ada benda yang jadi dekat keluarga kita. Kita pergi sana ya bang. Lagipun kita dah lama tak jumpa cucu - cucu kita."ujar Puan Alia seakan merayu.

"Tak pa–"

"Kalau abang tak nak saya pergi sorang je."kata Puan Alia lagi.

Encik aiman mengeluh. Sudu diletak di dalam pinggan.
Hilang terus seleranya bila si isteri sudah merajuk.

"Ya lah. Lepas zohor kita pergi. Kejap lagi abang call Aliff."putus Encik Iman.

Pantas sahaja wanita tua itu menggeleng.

"Tak payah bang. Kita pergi je."kata Puan Alia.

Encik Iman hanya mengangkat bahunya. Dia menyambung makan nasi goreng buatan isterinya itu.
Bukan apa, dia juga turut merasakan sesuatu. Tapi dia tidak mahu merisaukan isterinya itu. Takut jika wanita itu jatuh sakit.












.......
Sorry hambar....😊

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro