Bab 15

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sebagai tanda terima kasih pada kedua ibu bapanya, Aliff menghadiahkan untuk menunaikan umrah. Pada mulanya, Puan Alia dan Encik Iman menolak bagi mereka pertolongan itu tak seberapa asalkan anaknya sihat seperti sedia kala.

"Ayah ibu, hadiah ni tak seberapa nilainya. Kalau tak kerana ayah dengan ibu, mungkin hubungan Aliff dengan Nura ni dah tak ada maknanya. Aliff harap ibu dengan ayah terima hadiah ni."tuturnya sebak.

Nura di sisi hanya memeluk lengan suaminya penuh erat, air matanya berlinangan di tubir mata. Puan Alia yang sebak segera memeluk tubuh anak lelakinya itu.

"Naluri ibu tak pernah silap, sayang. Ibu dapat rasa ada benda yang tak elok dalam hubungan kamu, ibu cuba berfikiran positif tapi ibu tak boleh. Ibu risaukan anak menantu ibu, jadi disebabkan itu ibu paksa ayah bawa ibu ke Kuala Lumpur."terang Puan Alia sebaik melepaskan pelukan.

"Walaupun kamu tak pernah cerita tapi ibu tahu apa yang menantu ibu rasa. Nura, kamu kuat untuk segala ujian ni. Kamu tak buka aib suami kamu pada sesiapa pun walau pada ibu ayah sekali pun. Ibu bangga dapat menantu macam kamu."Puan Alia memeluk tubuh Nura dengan erat.

"Tak ada apa lah bu, untuk apa Nura buka aib suami sendiri itu dah macam Nura jatuhkan maruah suami Nura sendiri."katanya lembut. Dia merangkul erat lengan suaminya.

Aliff hanya tersenyum manis.

'Alhamdulillah, syukur dikurniakan isteri yang baik macam ni.'

"Jadi ayah dengan ibu terima kan hadiah ni?"soal Aliff kembali.

"Ayah ibu terima eh."pujuk Nura pula.

Puan Alia dan Encik Iman tersenyum manis sebelum mengangguk kepalanya.

"Alhamdulillah. Terima kasih ibu ayah."

........

Dua bulan telah berlalu, hubungan Nura dan suaminya sudah kembali seperti biasa. Malam itu mereka sekeluarga keluar makan bersama - sama. Bibik juga turut serta kerana mereka telah pun menganggap bibik seperti ahli keluarga mereka.

"Daddy."panggil Deniel.

"Yurp. Kenapa?"soal Aliff, dia yang sedang memangku Arina memandang tepat ke arah anak bujangnya sambil tersenyum.

"Daddy tak pukul mommy lagi kan?"soalan itu membuatkan senyuman Aliff pudar.

"Den, benda tu dah lepas. Itu bukan salah daddy, daddy tak sedar pun apa yang berlaku masa tu."jawab Nura bagi pihak suaminya.

Deniel hanya mendiamkan dirinya.

"Daddy."panggil Deniel sekali lagi.

"Ya."kali ini senyumannya kelihatan hambar.

"Deniel ada tengok satu gambar ni tahu dalam album, gambar tu ada satu uncle dengan satu aunty lepastu kan aunty tu pegang baby. Siapa dorang tu?"soalan itu membuatkan Aliff terkesima sebentar.

Nura juga tidak tahu menjawab apa, jadi dia hanya mendiamkan diri.

"One day, Deniel akan tahu juga siapa uncle dengan aunty tu. Daddy janji yang daddy akan ceritakan semuanya dekat Deniel. Okey?"

Deniel mengangguk.

Mereka mula menjamu selera dengan gembira, kerenah anak - anak yang semakin besar. Dalam masa dua bulan ini Aliff menebus segala kesalahannya dengan membawa keluarganya bercuti walaupun sekejap.

Sewaktu mereka tengah menjamu selera, tiba - tiba lampu di dalam restoran itu terpadam. Akibat terkejut Arfan dan Arina menangis, Nura juga turut terkejut sehingga memegang erat lengan suaminya.

"Daddy!"jerit Deniel perlahan.

Seketika kemudian, ada beberapa cahaya kecil menghampiri mereka membuatkan tangisan Arfan makin tinggi. Cahaya itu makin lama makin dekat sebelum berhenti betul - betul di meja makan mereka. Lampu kembali menyala seperti biasa, bibik segera mengangkat Arfan yang sudah tersedu - sedan itu

"Happy belated birthday sayang."ucap Aliff lalu mengucup pipi isterinya.

Nura seakan kelu. Dia memandang suaminya tidak percaya.

"Birthday? Me?"soal Nura.

"Ya lah, birthday sayang kan. Maafkan abang dengan apa yang jadi pada dua bulan lepas."pipi yang pernah di tampar olehnya diusap perlahan sebelum di labuhkan ciuman di situ.

"Ya Allah, abang. Nura dah kata kan benda yang dah lepas biar kan lepas, janganlah nak ingat benda ni semua. Buat sakit je nanti. Nura bersyukur, bila abang dah sembuh macam dulu. Doa Nura Allah dah tunaikan. Untuk surprise ni, alhamdulillah Nura suka sangat. Terima kasih untuk segalanya, Nura tak perlukan hadiah yang mahal - mahal dari abang. Cukuplah ada abang dengan anak - anak kita, dan ahli keluarga kita yang lain. Syukur sangat - sangat."sebak dia menutur kata.

Aliff menarik Nura ke dalam pelukan.

"Erm, mommy daddy. Kita dah boleh sambung makan kan?"soal Deniel sebaik sahaja menutup mata Arfa di sebelahnya.

"Oh ya. Jom sambung makan, nanti mommy jangan lupa potong kek tahu."pesan Aliff, isi ikan siakap yang berada di dalam pinggannya disua ke dalam mulut.

......

"T...tak mungkin."pregnancy test yang ada di tangannya perhati sekali lagi.

Positive. Double line.

Anissa kehulur - kehilir dengan membawa benda itu di dalam biliknya.

"Macam mana ni? Apa aku nak cakap dekat orang tua tu, Nissa kau ni bodoh lah."marahnya.

Seketika kemudian, baru dia teringat. Aliff! Ya, dia akan pastikan abang sepupunya itu bertanggungjawab. Segera dia bersiap, sebelum dia menempah grab.

Usai itu dia terus keluar dari rumah tanpa memberitahu Hanis. Rumah Aliff di tuju. Dalam fikirannya merencenakan sesuatu untuk memerangkap Aliff.

Turun sahaja dia dari kereta, dia terus sahaja masuk ke dalam kawasan rumah lelaki itu melalui pintu pagar kecil. Pintu rumah di ketuk bertalu - talu.

"Ya sekejap."sahut orang dalam rumah. Tidak sampai seminit, pintu rumah terbuka.

"Abang Aliff ada?"soal Anissa dengan nada sedih.

"Tak ada. Kenapa?"soal Nura kembali.

"Boleh Nissa masuk?"soalan dari Nura diabaikan.

Nura mengangguk sahaja, pintu rumah di buka luas bagi membenarkan Anissa masuk.

"Duduklah dulu, Nura ambilkan air kejap."Nura segera berlalu ke dapur.

Air oren di dalam peti ais di tuang ke dalam gelas. Setelah itu, dia menatang dulang yang berisi gelas air tadi dan di bawa kepada Anissa.

"Minumlah."jemputnya.

Anissa tersenyum nipis.

"Nissa ada benda nak bagitahu Nura."kata Anissa tiba - tiba setelah dia meneguk air oren itu.

Berkerut dahi Nura.

"Bagitahu apa?"soal Nura pelik.

Telefon bimbitnya dikeluarkan dari dalam beg. Aplikasi galeri di buka sebelum diserahkan pada Nura. Hati Nura sudah berdetak hebat. Dia cuba menafikan perkara itu.

Luluh hatinya melihat segala gambar di dalam itu.

"A...apa se...mua n...ni?"soalnya bersama deraian air mata.

"Ni sebenarnya apa yang berlaku. Abang Aliff dah janji nak kahwin dengan Nissa. Jadi Nissa datang nak tuntut hak tu."katanya dengan deraian air mata.

"T...tak t...tak se...mua n...ni ti...pu!"bentak Nura dia segera berdiri.

"Ni semua fakta Nura, lagi pula kami dah terlanjur."kata Anissa perlahan.

"Allah!"luluh hatinya sehingga dia jatuh terduduk di tengah ruang tamu itu.

"Tolong cakap benda ni tak betul!"rintihnya.

Anissa segera mengeluarkan pregnancy test itu lalu di tunjuk di hadapan Nura.

"Positif Nura. Takkan Nissa nak tipu pulak."dia melutut di hadapan Nura.

"Nissa tak minta banyak, Nissa cuma nak Abang Aliff bertanggungjawab dengan apa yang berlaku."kata Anissa lagi.

"Balik lah dulu. Nanti Nura suruh Aliff call Nissa."katanya dengan sedih. Air mata di lap sedikit.

Anissa segera berdiri, beg di atas sofa diambil.

"Maafkan Nissa, Nura."pohonnya sebelum dia beredar bersama senyuman lebar terukir di bibirnya.

Remuk hatinya bila tahu kebenaran itu. Memang itu bukan silap suaminya kerana perkara itu berlaku tanpa sedar, tapi sekarang ini lelaki itu telah mengandungkan adik sepupunya sendiri.

......

"Sayang, abang dah balik."kata Aliff, pintu bilik di buka dengan perlahan takut menganggu lena si anak.

Berkerut dahinya, bilik tidur itu sunyi tidak ada tanda - tanda isteri serta anaknya di dalam bilik. Segera dia keluar, bilik anak bujangnya di tuju. Namun semuanya kosong. Dia tanpa kata terus berlari ke bawah, bibik di cari.

"Bibik!"

"Bibik!"jerit Aliff memanggil bibik.

Tapi sunyi, tiada seorang pun di dalam bilik itu. Mana semua orang pergi. Matanya tertancap pada satu kertas di atas meja ruang tamu. Kertas itu diambil dengan tangan yang menggeletar hebat.

Buat suami tercinta

Assalamualaikum abang. Maafkan Nura sebaik sahaja abang baca surat ni, Nura dah tak ada dengan anak - anak.

Hancur remuk hati ni bila tahu abang duakan Nura dengan adik sepupu abang sendiri. Kahwin dengan Anissa, tolong bertanggungjawab dengan apa yang abang dah buat dekat dia.

Jangan risau pasal Nura dengan anak - anak, tahu lah Nura jaga dorang macam mana. Tapi kalau sekali abang dah lafaz akad pada Nissa, tolong ceraikan Nura. Nura tak sanggup nak bermadu malah berkongsi kasih dengan lelaki yang Nura cinta.

Maafkan Nura, halalkan makan minum Nura selama jadi isteri abang, mungkin Nura bukan isteri dan ibu yang baik buat abang dan anak - anak abang.

Terima kasih untuk segalanya.

Salam sayang,
Nura Medina.

Terduduk Aliff sebaik sahaja membaca surat itu. Cincin kahwin yang disertakan sekali itu digenggam sekuat hati.

"Allah! Sayang, kenapa tinggalkan abang."rintihnya



























......
Mungkin minggu depan tak dapat update sangat sebab dah start kelas... Tp kalau ada masa saya update ya...
Kelas online lagi susah drpada kelas f2f😭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro