Bab 16

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sudah dua hari tiada khabar berita dari Nura. Ada juga dia cuba menelefon isterinya namun isterinya telah mematikan telefon miliknya. Dia langsung tidak ke pejabat kerana mahu mencari isteri dan anak - anaknya.

Seluruh kawasan di Kuala Lumpur sudah di cari, namun jawapan yang dia dapat sungguh menghampakan. Akhirnya dia pulang ke rumah.

Aliff mendail nombor ayahnya.

"Assalamualaikum ayah."ucapnya dengan suara serak.

"Waalaikumussalam Aliff. Kenapa kamu ni?"soal Encik Iman sedikit risau di hujung talian.

"Nura ada datang sana tak?"soalnya, air matanya tak berhenti - henti dari mengalir. Pemergian isteri dan anak - anaknya membuatkan separuh dari jiwanya pergi.

"Tak ada pula. Kenapa dengan Nura?"soal Encik Iman lagi, dia jadi tidak senang duduk bila dengar esak tangis dari anak lelakinya itu.

"Nu...ra d...dah per...gi ting...galkan Al...liff y...yah."tangisannya bergema saat dia menuturkan kata.

"Allah. Apa lagi masalah kamu ni? Mama papa dia tahu tak?"terkejut Encik Iman dibuatnya.

"Be...lum la...gi y...yah."

"Bagitahu dorang, petang nanti ayah dengan ibu sampai. Kamu bertenang dulu, banyakkan berdoa."kata Encik Iman sebelum mematikan talian.

Aliff meletak telefonnya di atas meja ruang tamu. Dia terduduk sambil mengenang nasib, isterinya telah pergi meninggalkan dia. Dia tidak kuat untuk memberitahu kepada ibu bapa mertuanya.

"Sayang. Sayang pergi mana? Baliklah, abang rindu sayang dengan anak - anak."rintihnya.

Sebelah tangan dia genggam cincin nikah milik isterinya, manakala sebelah lagi dia pegang gambar percutian mereka sekeluarga. Gambar itu ditilik bersama deraian air mata.

"Daddy rindu anak - anak daddy. Deniel kata nak tahu siapa uncle dengan aunty tu, daddy dah ready nak bagitahu tapi Deniel tak ada dekat rumah. Macam mana daddy nak cerita dekat Deniel."rintih Aliff. Gambar itu dipeluk erat.

......

"Bagitahu apa?"soal Nura pelik.

Telefon bimbitnya dikeluarkan dari dalam beg. Aplikasi galeri di buka sebelum diserahkan pada Nura. Hati Nura sudah berdetak hebat. Dia cuba menafikan perkara itu.

Luluh hatinya melihat segala gambar di dalam itu.

"A...apa se...mua n...ni?"soalnya bersama deraian air mata.

"Ni sebenarnya apa yang berlaku. Abang Aliff dah janji nak kahwin dengan Nissa. Jadi Nissa datang nak tuntut hak tu."katanya dengan deraian air mata.

"T...tak t...tak se...mua n...ni ti...pu!"bentak Nura dia segera berdiri.

"Ni semua fakta Nura, lagi pula kami dah terlanjur."kata Anissa perlahan.

"Allah!"luluh hatinya sehingga dia jatuh terduduk di tengah ruang tamu itu.

"Tolong cakap benda ni tak betul!"rintihnya.

Anissa segera mengeluarkan pregnancy test itu lalu di tunjuk di hadapan Nura.

"Positif Nura. Takkan Nissa nak tipu pulak."dia melutut di hadapan Nura.

"Nissa tak minta banyak, Nissa cuma nak Abang Aliff bertanggungjawab dengan apa yang berlaku."kata Anissa lagi.

Masih terngiang - ngiang lagi bait - bait ayat yang dilontarkan oleh Anissa. Air matanya mengalir lagi dan lagi. Hatinya benar - benar remuk dengan perbuatan terkutuk yang dilakukan oleh suaminya itu.

"Sampai hati abang buat Nura macam ni, tak cukup lagi ke apa yang Nura berkorban untuk abang. Sakit hati Nura bila teringat balik apa yang Nissa bagitahu Nura. Sakit dekat hati ni tak sesakit dengan apa yang abang buat dulu."rintih Nura dalam hati. Air mata setia menemani dirinya.

"Ammy."panggil Arfa, bahu Nura dipukul berkali - kali.

"Ammy."

Nura masih termenung, nasib lah ada bibik yang boleh menolongnya menjaga anak - anak.

Deniel yang kebetulan baru keluar dari tandas segera menghampiri ibunya.

"Mommy."panggil Deniel sedikit kuat sehingga membuatkan Nura terkejut.

"Ya kenapa?"soal Nura kalut.

"Arfa panggil mommy dari tadi, tapi mommy tak jawab pun."kata Deniel lalu dia melabuhkan punggungnya di sebelah Nura.

"Ya sayang kenapa?"soal Nura sambil memandang ke arah Arfa.

"Addy?"tersebek - sebek budak berusia dua tahun setengah itu.

Terdiam Nura seketika.

"Addy?"rengeknya lagi.

"Daddy work lah sayang."pujuk Nura. Dia mendudukkan Arfa di ribanya. Rambut panjang kanak - kanak itu diusap penuh kasih.

"Addy work?"

Nura hanya mengangguk. Tidak tahu mahu balas apa. Nura mengalihkan pandangannya pada Deniel. Kesian dia pada anaknya yang seorang itu.

"Deniel, bibik mana?"soalnya.

"Dekat depan tidurkan adik - adik."jawab Deniel.

"Mommy nak minta maaf."ucap Nura tiba - tiba sehingga membuatkan Deniel mengerutkan dahinya.

"For what mommy. Mommy takde buat salah pun."kata budak itu.

"Ya lah sebab mommy, Den terpaksa berjauhan dengan daddy."

"Tak apa lah mommy. Ustazah Deniel kata Allah uji kita sebab dia tahu kita kuat. Selalu bila kita diuji dengan kesedihan, insya Allah akan ada kegembiraan di hujungnya. Ha tu ayat yang ustazah selalu bagitahu dekat kitorang bila classmates Deniel sedih."ceria sahaja dia bercerita.

"Bertuah mommy dengan daddy dapat anak sebijak Deniel."kepala si anak usap penuh kasih.

"Of course, look at my parents lah. You know what mommy, you are the best mommy."katanya penuh teruja sebelum tubuh Nura dipeluk erat.

"Bodek mommy ni mesti ada nak somethingkan."Nura seakan dapat menghidu sesuatu dari segi perangai anaknya itu.

"Mc Donalds for lunch."jawabnya ceria sebelum tubuhnya digeletek oleh Nura.

"Dah agak dah."hilang sedihnya bila dengar hilai tawa si anak.

........

Surat itu di baca berulang kali oleh Puan Alia dan Puan Maria. Encik Iman dan Encik Nadim sudah kematian kata, tidak tahu mahu berkata apa lagi. Nasi sudah jadi bubur. Mereka juga tidak tahu kemana Nura sudah pergi dengan anak - anak.

"Apa yang kau dah buat huh?"soal Nuha bengang. Dia yang mahu bangun menyerang abang iparnya itu ditahan oleh suaminya.

Tajam matanya memandang sang suami tapi bila si suami menggeleng kepala, dia terus duduk kembali.

"Sampai hati kamu buat ibu macam ni Aliff. Apa tak cukup ke ilmu agama yang ibu dan ayah beri pada kamu."suara Puan Alia kedengaran sangat kecewa.

"Ibu, Aliff tak buat semua tu. Aliff kena fitnah. Percaya lah cakap Aliff. Aliff berani sumpah bu."pohonnya dia melutut di hadapan ibunya.

Malangnya Puan Alia langsung tidak memandang wajah anaknya itu. Kecewa dia dengan perbuatan yang dilakukan oleh anaknya itu.

"Jangan nak main dengan sumpah Aliff."dingin sahaja nada suara Puan Alia.

"Bangun Aliff. Itu bukan salah kamu, papa percaya kamu tak buat macam tu."kata Encik Nadim dia memegang bahu menantunya itu.

"Tak salah papa cakap. Sebabkan dia Kak Nura dah lari tahu, papa nak kata yang papa percaya dia kena fitnah."bengang pula Marvin dibuatnya.

"Kita sendiri tahukan yang Anissa tu macam mana. Dia sanggup buat apa je kan."kata Encik Nadim lagi.

"Kalau bukan sebab dia yang menggatal dengan perempuan tu, semua ni takkan jadi lah pa. Kakak takkan lari."bantah Marvin.

"Abang tahu abang salah. Tapi masa tu abang tak sedar apa - apa."katanya setelah lama berdiam diri.

"Memang lah kau tak sedar sebab dalam diri kau masa tu tinggal nafsu je!"bergema suara Marvin.

"Marvin!"tengking Muiz.

"Hormat dia. Dia masih lagi abang ipar kau."marah Muiz.

"Maafkan Aliff mama, papa. Aliff mengaku salah Aliff, Aliff abaikan dia, pukul dia. Aliff layan dia dingin."dia memohon maaf pada ibu bapa mertuanya.

"Astaghfirullahalazim."mengucap Puan Maria.

"Jadi sebab tu lah masa dekat rumah kami, kamu dingin dengan dia. Apa salah anak mama?"soal Puan Maria.

"Dia tak salah apa - apa ma. Aliff yang salah maafkan Aliff ma. Aliff nak anak dan isteri Aliff balik. Tolonglah mama papa."rayunya. Air matanya tak henti - henti dari mengalir.

"Kau tak layak untuk ada dengan kakak aku."

Buk

"Marvin!"Amirul segera menarik tubuh Marvin dari Aliff. Aliff yang terjatuh akibat di tumbuk itu segera di bantu bangun oleh Muiz dan Encik Iman.

"Cuba kau bawa bersabar sikit. Jangan nak ikut marah kau je."tegur Amirul pada adik iparnya.

Wanita di dalam rumah itu segera menutup mulut kerana terkejut dengan apa yang terjadi.

"Masa tu Aliff terkena sihir. Sihir tu pula dari Asmah dengan Anissa. Dorang nak Aliff dan Nura bercerai."tiba - tiba sahaja Encik Iman berkata.

Perkara itu membuatkan suasana yang tegang kembali hening.

"Apa maksud abang?"soal Puan Alia tidak percaya.

"Asmah dan Anissa bagi sihir pemisah dekat Aliff biar dia benci dekat bini dia. Saya dah lama tahu, tapi saya biarkan dulu. Tak tahu pula Nissa sanggup fitnah Aliff mengandungkan dia."terang Encik Iman lagi.

"Tapi kenapa?"Puan Maria bersuara.

"Dendam."sepatah sahaja jawapannya.

"Tak guna punya perempuan."marah Marvin.

"Sabar Marvin. Sekarang ni kita fikir, nak cari kakak dekat mana."pujuk Nuha pula.

'Sayang dekat mana?'rintih hatinya



























........sorry hambar......

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro