Bab 23

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pang

Kepala Nura terteleng ke kiri sebaik pipinya ditampar oleh Puan Asmah. Tangannya cepat mengusap pipinya yang terasa pijar akibat dari tamparan itu. Kuat tamparan Puan Asmah kepada Nura sehingga hujung pipi Nura pecah.

"Maksu apa salah Nura. Kenapa maksu tampar Nura."tuturnya perlahan

Puan Asmah dan Anisa tergelak sinis.

"Apa salah kau! Kau tanya aku! Kau ni memang perempuan sial! Kalau kau tak muncul semua benda ni tak jadi!"jerit Puan Asmah

Dia menarik rambut Nura lalu menampar pipi Nura berkali - kali. Nura menjerit kesakitan. Puan Asmah tetap menampar Nura.

"Argh!"

Puan Asmah menolak Nura. Nasib Nura agak baik kerana dia sempat berpaut pada tiang katil. Anisa dengan cepat menarik tangan Nura dan ditolak Nura jatuh.

"Argh!"jerit Nura

Tangannya memegang perut dibahagian bawah. Ari - arinya terasa sakit. Air matanya mengalir deras.

'Ya Allah, kau selamatkan lah kandunganku.'doanya dalam hati

"Maksu!"jerit Adriana

Puan Asmah tersengih sinis. Anisa mengambil kayu penyendal di belakang pintu dan menapak ke arah Nura.

"Anisa! Kau nak buat apa ni?!"jerit Adriana lantang

"Mak tahan Ana ni. Biar Nisa pukul perempuan sial ni!"ujar Anisa lalu gelak

Puan Asmah segera menarik Adriana ke belakang dan menahan Adriana dari bergerak. Adriana meronta - ronta minta dilepaskan.

............

Aliff keluar dari kereta dengan agak perlahan. Dia masih sedih dengan pemergian Nek Mah.

"Argh!"

"Nura!"

"Hahaha! Padan muka kau sial! Kau patut mampus!"jerit Anisa dan Puan Asmah

Aliff yang terdengar nama Nura segera berlari ke atas. Dia terus menuju ke bilik Adriana.

Pintu bilik tertutup rapat.

"Argh!"

"Abang!"

Aliff terus merempuh pintu bilik itu.

Puan Asmah dan Anisa terkejut lalu melepaskan kayu penyendal dan Adriana.
Adriana bingkas menuju ke arah Nura yang sudah nyawa - nyawa ikan.

"Sayang!"jerit Aliff lalu berlari ke arah Nura

"Mommy!" Deniel turut berlari menuju ke arah Nura

"Apa terjerit - jerit ni? Subahanallah! Apa dah jadi ni? Nura! Ya Allah menantu aku!"jerit Puan Alia

"Kau buat apa dekat bini aku Anisa?! Apa salah dia dekat korang berdua?!"tengking Aliff

Semua disitu terhinjut mendengar tengkingan dari Aliff.

Puan Asmah dan Nura terdiam seribu bahasa.

"Dengar sini apa - apa jadi dekat anak bini aku. Korang tahu lah nasib korang."ujarnya lalu mencempung tubuh isterinya untuk dibawa ke hospital

Adriana turut mengikuti dari belakang.

"Mak ngah tolong tengokkan Deniel. Ana ikut Aliff. Nanti apa - apa Ana call. Make sure yang dorang tak pergi mana - mana."pesan Adriana

Aliff memandu dengan agak laju ke Hospital Alor Gajah yang terletak di Paya Datuk.

Nura sudah tidak sedarkan diri lagi.

"Ya Allah selamatkanlah anak biniku.'doa Aliff

Air mata setia menemani.

Kereta di berhentikan tepat di pintu kecemasan.

Dia keluar dari kereta dengan tergopoh - gapah.

"Emergency!"laungnya

Empat orang nurse dengan segera keluar sambil menyorong strecher ke arah Aliff.

Aliff mendukung tubuh kaku Nura dan diletakkan di atas strecher. Nurse terus menolak masuk Nura dengan segera. Nura ditempatkan di zon merah kerana keadaannya yang sangat kritikal.

"Dato'. Sila tunggu di luar."pinta nurse wanita

"Tolong selamatkan wife saya."rintih Aliff

"Insya Allah Dato'. Doakan isteri Dato' selamat."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro