Bab 24

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hampir 4 jam Aliff menunggu di hadapan pintu rawatan kecemasan. Sekejap duduk sekejap berdiri, tak tenang dirinya apabila doktor yang merawat isterinya tidak keluar lagi.

"Sabar lah Aliff. Nanti keluar lah doktor tu. Pening aku tengok kau."tutur Adriana

"Kau tak rasa apa yang aku rasa Ana. Nura tu bini aku. Aku rasa menyesal sebab tak dapat nak protect dia. Suami jenis apa aku ni."keluh Aliff menyesal

"Sabar Aliff. Doakan semuanya baik - baik."pujuk Adriana

Setelah itu, pintu yang tertutup rapat itu terbuka. Doktor Shafinaz yang merawat Nura keluar dari ruang kecemasan itu. Aliff dan Adriana segera mendapatkan doktor itu.

"How's my wife, doctor?"soalnya cemas

"Alhamdulillah isteri Dato' sudah melepasi tahap kritikal."

"Alhamdulillah."ucap mereka gembira

"Tapi..."

"Tapi apa doktor?"cemas suaranya

"Kandungan Datin tak dapat diselamatkan kerana Datin mengalami tumpah darah yang serius. Kami sudah membersihkan rahim Datin."

"Ya Allah."sedih suara Aliff lalu terduduk

"Bila kami boleh melawat pesakit?"soal Adriana

"Boleh melawat. Tapi kalau boleh biarkan Datin berehat secukupnya."ujar Doktor itu

"Pindahkan wife saya di wad kelas 1."tutur Aliff

"Baik Dato'. Kalau takde apa - apa saya pergi dulu."

Aliff dan Adriana mengangguk lalu doktor itu beredar.

"Aku nak buat perhitungan dengan dorang. Kau jaga Nura. Nanti aku datang balik."ujar Alifd lalu beredar meninggalkan Adriana tanpa sempat Adriana membalas kata - kata Aliff

Dia mengeluh seketika sebelum duduk semula menunggu nurse membawa Nura ke wad.

............

Aliff pulang dengan mata yang merah menahan marah. Apa yang dia tahu dia akan menyaman mereka berdua. Kerana mereka isterinya koma, kerana mereka juga bakal anaknya mati. Itu keputusannya. Muktamad!

Dia terus masuk ke dalam rumah arwah Nek Mah. Sebaik sahaja masuk dia terus menelefon peguamnya untuk menyediakan surat saman buat mereka berdua.

"Hello."

"........"

"Saya nak awak siapkan surat saman atas nama Puan Asmah binti Ahmad dan juga Anisa Iedina binti Hashim."

Anisa dan Puan Asmah terkejut.

"........."

"Iye buat. Kalau mereka tidak beri kerjasama sumbat mereka dalam penjara."

"........."

"Saman dorang atas kesalahan mencederakan isteri saya dan juga kerana kematian anak saya."

"........"

"Seorang RM500 000 jadi bila dua orang RM1 000 000."

"........"

Terus panggilan ditamatkan. Dia mengeluh lalu duduk di kusyen bersebelahan Encik Iman dan Dato' Fadhil . Puan Alia dan Datin Adria menuju ke arah Aliff untuk menanyakan keadaan Nura. Deniel sudah tidur di dalam bilik kerana penat menangis.

"Macam mana keadaan Nura, Aliff?"soal Puan Alia

"Nura dah lepas tahap kritikal ibu tapi kandungan Nura tak dapat diselamatkan."

"Sabar Aliff. Semua yang terjadi ni pasti ada hikmahnya."pujuk Datin Adria

"Aku nak kau tarik balik saman dekat aku dan anak aku."kata Puan Asmah garang

"Tak. Saya takkan tarik balik. Apa nak jadi pun jadilah."ujar Aliff tegas

"Aliff aku nak minta maaf. Aku tahu aku salah."pohon Anisa sedih dengan air mata yang mengalir

"Maaf! Kau minta maaf dekat aku ke sekarang ni? Kau ingat dengan maaf kau tu anak aku boleh hidup balik ke?! Tak Nisa! Tak! Lepas ni aku tak nak ada apa - apa kaitan dengan korang berdua!"tengking Aliff

"Ibu, ayah, papa , mama siaplah. Kita pergi lawat Nura. Mama bawakan baju untuk Adriana ye. Aliff nak mandi lepastu nak ambil Deniel. Kenduri untuk arwah opah nanti Aliff serahkan duit dekat imam. Sebab nak buat dua kenduri."terang Aliff lalu masuk ke dalam bilik arwah Nek Mah untuk mandi

........

Adriana setia menemani Nura yang terbaring lemah di atas katil. Sedih dia melihat sahabat merangkap sepupu iparnya itu.

"Nura aku tahu kau kuat. Tabah ye. Kesian kau banyak dugaan yang kau kena hadap. Allah takkan senang - senang nak uji hambanya yang lemah."ujar Adriana sebak

Baru sahaja dia mahu keluar dari bilik yang menempatkan Nura. Dia tak jadi keluar kerana Nura memanggil suaminya.

"Ab..bang."

"Abang"

Adriana terus berlari ke arah Nura. Dikejutnya Nura. Nura tersedar dia melihat sekeliling. Seketika baru dia teringat dia bergaduh dengan maksu dan Anisa. Anisa menolaknya jatuh dan perut dia sakit darah mengalir dengan banyak.

"Ad. Baby aku macam mana?"soalnya

"Nura kau sabar eh."

"Anak aku mana?!"

"K..kau ....."

"Aku apa?!"

Adriana terkejut.

"Kau gugur."jawabnya pantas

Nura tersentak.

"No!"jeritnya

"Tak anak aku hidup lagi!"

"Ad kau saje je kenakan aku kan. Anak aku hidup lagi kan."

"Tak Nura. Anak kau dah takde. Tolonglah!"marah Adriana

"Argh!"

Habis semua dia campak. Nura mengamuk dan menangis. Anaknya sudah tinggalkan dia. Dia sedih dia tak sempat nak tengok anak dia lahir di dunia ini.

Adriana yang terkejut terus memanggil doktor.

"Doktor!"panggilnya sebaik dia membuka pintu bilik Nura

Doktor Shafinaz yang merawat Nura terus meluru masuk bersama dua orang nurse. Nurse menahan tangan Nura kiri dan kanan manakala Doktor Shafinaz menyuntik ubat penenang di lengan Nura.

"Argh!"

Keadaan Nura sudah tenang sedikit, sebelum dia memejamkan matanya.

Doktor Shafinaz dan nurse keluar dari bilik selepas melihat Nura tertidur akibat ubat penenang. Adriana segera menelefon Aliff.

"Hello. Kenapa call aku?"

"Hello. Cepat sikit. Bini kau mengamuk ni."

"Apa?! Tunggu kejap."

Panggilan ditamatkan oleh Aliff.

............,

Jujur ckp yg sy tk berapa nak ada idea... Tp sy usaha...

Jgn mrh kalau tk best...





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro