Bab 45

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Nura nak minta izin dengan abang ni."usai sahaja selesai solat dan mengaminkan doa, Nura terus sahaja menyampaikan hasratnya yang satu itu.

Aliff segera memandang Nura yang sedang melipat sejadah. Keningnya di jongket seketika.

"Minta izin? Untuk apa sayang?"soal Aliff sejadah yang sudah dilipat oleh isterinya diambil lalu di simpan.

"Nura nak keluar dengan Adriana. Boleh tak abang?"

"Bahaya lah sayang. Dengan perut besar macam ni, tak payah lah. Nanti sayang keluar dengan abang."pujuk Aliff.

"Ala, boleh lah. Nura dah lama tak keluar dengan Adriana. Please abang."lengan suaminya di goyang - goyangkan seakan anak kecil menggoyangkan lengan seorang bapa.

Aliff mengeluh. Pegangan dari isteri dilepaskan secara lembut.

"Abang tak sayang baby dengan Nura."kata Nura mula berjauh hati.

Terkejut Aliff. Eh, bila masa pula dia tak sayang anak dengan bini. Dia punya lah sayang sampai tak nak berenggang. Berenggang pun sebab dia kena kerja.

"Bila pula abang tak sayang awak dengan baby. Sebab sayang lah abang tak nak awak keluar."pujuknya lagi.

"No, abang tak sayang. Sebab tu abang tak bagi Nura keluar kan."

Aliff meraup kasar mukanya.

'Ya Allah, kau beri lah hambamu ini kesabaran.'doanya di dalam hati.

"Okey fine. Abang bagi sayang keluar but before asar kena ada dekat rumah."tegas Aliff memberi izin.

Nura yang tadinya monyok kini gembira. Tubuh suaminya di dakap erat sebelum melabuhkan ciuman di pipi suaminya.

"Thanks abang. I love you."terus sahaja dia berjalan keluar dari bilik.

Aliff tersenyum."I love you too, sayang."

......

Adriana dan Nura berjalan di dalam KLCC. Hampir satu jam berjalan, akhirnya mereka berhenti di hadapan butik Carlo Rino.

"Nura, aku nak masuk dalam ni kejap."kata Adriana pada Nura di sisi.

"Okey."sepatah sahaja yang dibalasnya.

"Nak ikut masuk tak?"soal Adriana sambil membetulkan tali beg silangnya.

"Tak kot. Aku nak pergi tengok barang baby jap."jawab Nura.

"Pergi dengan aku lah."kata Adriana risau.

"Tak apa lah. Nanti kita jumpa dekat Mc Donald."ujar Nura lalu beredar meninggalkan Adriana seorang diri di hadapan butik Carlo Rino.

"Haih, degil betul dia ni."rungut Adrina seorang diri sebelum menapak masuk ke dalam butik Carlo Rino.

Nura berjalan mencari butik bayi. Akhirnya, dia jumpa butik mothercare. Laju sahaja langkahnya masuk ke dalam butik tersebut. Niat di hati ingin mencari baju untuk Arfa dan juga bakal anaknya. Baju Deniel sudah di beli tadi ketika mereka masuk ke dalam butik H & M.

Hampir setengah jam di dalam butik tersebut, Nura melangkah keluar dengan gembira kerana dapat membeli baju untuk Arfa dan baby. Usai sahaja, dia terus sahaja berjalan menuju ke arah Mc Donald.

"Tadi kau kata kau tunggu aku dekat sini. Ni aku pulak yang tunggu kau."bebel Adriana setelah melihat kelibat Nura yang terkedek - kedek berjalan memasuki restoran itu.

"Ala sorry lah. Aku leka cari baju anak - anak aku."kata Nura seakan memujuk sahabatnya itu. Beg kertas itu, di letakkan di atas kerusi di sebelahnya.

"Hmmm ye lah. Nak makan tak?"soal Adriana. Dia sudah bersiap sedia ingin beratur.

"Belikan aku set double cheese burger. Tak nak air karbonat, nak milo ais."pesan Nura pada Adriana.

Adriana hanya mengangguk sebelum beredar meninggalkan Nura yang jelas tampak keletihan.

........

"Apa benda yang korang nak cakap dengan mama?"soal Puan Maria acuh tak acuh.

"Mama percaya tak kalau Muiz kata selama ni Nura tak pernah salah."Muiz memulakan perbualannya.

Berkerut dahi Puan Maria.

"Apa maksud kamu?"soalnya.

"Ma, apa yang jadi selama ni bukan salah Kak Nura. Semua benda ni jadi sebab salah faham je."ujar Marvin yang duduk di sebelah Encik Nadim.

Encik Nadim hanya beriak selamba kerana dia sudah mengetahui akan hal ini. Puan Maria memandang kearah Encik Nadim sekilas sebelum dia memandang ke arah Muiz dan Marvin.

"Salah faham? Salah faham apanya. Apa yang perempuan tu dah hasut dekat korang bertiga! Nak kata siapa yang salah?"tinggi suara Puan Maria. Turun naik nafasnya tika ini.

Muiz dan Marvin memandang sesama mereka.

"Cuba awak bawa bersabar sikit Maria. Bagi anak - anak habis cakap dulu."tegas Encik Nadim bersuara. Tidak suka dengan perangai isterinya yang satu ini.

Puan Maria menjeling ke arah suaminya.

"Huh, cakap lah cepat apa bendanya."ujar Puan Maria lalu dia memeluk tubuhnya.

"Sejujurnya ma, Nura tak pernah buat hal. Kesalahan yang jadi selama ni, bukan dia yang mulakan tapi Nuha. Dia ber–"

"Kau jangan nak tuduh Nuha. Dia anak yang baik."potong Puan Maria. Suaranya melengking tinggi.

"Maria! Baik awak senyap, dengar apa yang Muiz nak cakap."marah Encik Nadim.

Puan Maria merengus kasar.

"Bang, sambung lah."bisik Marvin.

"Semua ni salah Nuha ma. Dia berdendam dengan Nura sebab dia rasa tersisih, mama dengan papa selalu lebihkan Nura dalam apa - apa hal. Baik dekat sekolah atau rumah. Dia rasa mama papa tak sayang dia. Bila dia minta sesuatu dari mama, mama layan dia acuh tak acuh."

Tersentak Puan Maria.

"Banyak alasan mama bagi dekat dia, tapi bila dengan Nura mama bagi apa yang Nura nak. Kita sekeluarga buat dia seolah - olah dia tu bukan ahli keluarga kita. Kita abaikan dia, dia rasa dia keseorangan ma. Sebab tu dia berdendam dengan Nura. Bagi dia selagi Nura tak rasa apa yang dia rasa, selagi tu dia akan pastikan Nura terseksa."

Puan Maria bagaikan teringat apa yang dia dah lakukan pada Nuha semenjak kecil lagi. Bungkam dia seketika.

"Lagi dia berdendam dengan Nura bila Nura kahwin dan keluar dari rumah ni. Dia nak perangkap Aliff dengan berita yang dia mengandung, tapi apa yang jadi. Mirul datang jumpa papa, bagitahu yang Nuha tengah mengandungkan anak dia."

"Allah! Apa yang aku dah buat dekat anak - anak aku."rintih Puan Maria. Air matanya merembes membasahi pipi tuanya.

"Alhamdulillah sekarang ni rancangan dia nak sakitkan Nura gagal. Nasib ada Mirul yang bagitahu rancangan Nuha dekat Aliff dengan Muiz. Kalau tak, tak tahu lah apa yang jadi dekat Nura."panjang lebar Muiz menerangkan hal sebenar.

"Ab...bang ta...hu h...hal ni?"soal Puan Maria tersedu - sedan.

"Abang dah tahu."jawab Encik Nadim ringkas.

"Nasib lah Abang Mirul sempat sedar khilaf dia ma. Kalau tak, dengan dia sekali bersubahat dengan Kak Nuha nak hancurkan rumah tangga Abang Aliff dan Kak Nura."tutur Marvin membuatkan Encik Nadim dan Puan Maria memandang tepat ke arahnya.

"Apa maksud kamu?"soal mereka berdua.

"Tak payah tahu lah mama papa. Benda dah lepas, tak ada perkara buruk yang jadi dekat Kak Nura. Abang Mirul pun dah minta maaf dekat Abang Aliff."ujar Marvin.

"Abang, kita jumpa Nura bang. Saya nak minta maaf dekat dia."kata Puan Maria dan mendapat anggukan dari suaminya.

"Mama, Muiz dengan Mirul ada satu permintaan dari mama."kata Muiz.

"Apa dia?"soal Puan Maria dia mengelap sisa air matanya.

"Pujuk Nuha, bawa dia jumpa pakar kaunseling. Biar dia keluar dari dunia dendam dia."ujar Muiz

"Baik lah mama cuba."putus Puan Maria.










....

Maaf lambat.... Idea slow sikit lately ni ...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro