Bab 46

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sewaktu makan malam Aliff berselera menjamah makanan yang di masak oleh isterinya. Nura memasak nasi briyani kambing, itu pun atas arahan Aliff yang mahu makan. Ayam turut di goreng buat Deniel dan juga Arfa.

"Sedap sayang masak nasi briyani."puji Aliff.

Membahang muka Nura.

"Ala bang. Biasa je lah, mana ada sedap sangat. Ni pun last minute Nura buka google tengok resepi. Nasib bahan - bahan ada dekat rumah kalau tak."kata Nura seakan bebel pada suaminya.

Aliff tergelak.

"Iye, sayang. Sedap sayang masak tahu. Tengok abang makan dah berapa kali tambah dah. Silap hari bulan memang abang gemuk."ujarnya.

"Habis selama ni saya masak tak sedap eh?"soal Nura sengaja.

"Tak lah. Sedap je. Cuma kali sedap dia berkali - kali ganda."ujar Aliff.

"Mommy, Den dah kenyang."kata Deniel usai sahaja menghabiskan saki baki nasi di dalam pinggan.

"Good boy Den."kata Aliff.

"Bibik, tolong kemaskan meja makan ye."kata Nura.

"Baik Datin."sahut bibik.

Mereka sekeluarga bangun sebelum menapak ke arah ruang tamu. Nura meletakkan Arfa di bawah, biar si kecil itu berjalan perlahan - lahan.

Mereka sekeluarga duduk, di ruang tamu menonton Netflix. Tetapi malangnya bila si anak merengek mahu menonton kartun Boboiboy The Movie 2. Aliff dengan pasrah membuka cerita itu. Anak - anak leka duduk menonton filem itu.

Aliff melabuhkan punggung di sisi isterinya. Rambut sang isteri di lurut dengan jari.

"Abang ni kenapa?"pelik Nura sikap suaminya malam ini.

"Tak ada apa lah."

"Dato' Datin. Encik Muiz datang."kata bibik yang muncul di ruang tamu. Terus sahaja suami isteri itu memalingkan pandangan mereka pada bibik.

Kelibat Muiz menyapa pandangan mereka berdua. Tersenyum mereka.

"Bro, meh lah sini duduk."ajak Aliff. Terus sahaja Muiz duduk di salah satu sofa di ruangan itu.

"Ada apa datang ni?"soal Nura.

"Nak ajak Nura balik rumah mama papa."kata Muiz sambil tersenyum.

Terkejut Nura dibuatnya.

"Balik?"

"Haah. Mama dengan papa ada benda nak bincang."kata Muiz lagi.

"Pergi lah sayang."kata Aliff tiba - tiba.

"Tapi anak - anak?"soal Nura.

"Abang ada."jawab Aliff.

"Eh, kau ikut sekali."kata Muiz.

"Oh iye eh."kata Aliff lalu menggaru kepala yang tidak gatal.

"Kalau macam tu bibik boleh jaga anak - anak."senang sahaja jawapan yang diberikan oleh Aliff.

"Hmm, baik lah."putus Nura.

"Ni abang datang malam - malam macam ni, dah makan ke?"soal Nura.

"Belum lagi."

"Belum. Meh lah makan sini. Nura ada buat nasi briyani kambing."ajak Nura. Dia bingkas bangun perlahan - lahan. Perutnya yang besar itu membuatkan pergerakannya agak terbatas.

Aliff membantu isterinya berjalan ke dapur. Sempat di panggil abang iparnya itu untuk ke dapur.

......

Pagi itu mereka sekeluarga berkumpul di rumah Encik Nadim dan Puan Maria. Pada mulanya Aliff tidak mahu ke sana kerana baginya itu adalah perjumpaan ahli keluarga isterinya sahaja. Tapi apabila Muiz turut mengajaknya, dia terus sahaja setuju. Hanya mereka berdua sahaja yang ke sana manakala anak - anak pula di jaga oleh bibik di rumah.

"Ada apa ajak berkumpul ni?"soal Nuha dingin. Sakit hati dia melihat Nura dan Aliff turut ada di rumah.

"Ada benda yang papa dan mama nak bincang."jawab Encik Nadim biasa.

"So, apa kaitan dengan dorang berdua?"soal Nuha sekali lagi. Amirul di sisi sudah mencuit paha isterinya untuk senyap.

"Dia pun anak mama dengan papa kan. Apa masalahnya?"soal Muiz tidak senang.

Aliff dan Nura hanya berdiam diri.

"Bukan ke dulu mama papa dah buang dia. Jadi dia bukan anak mama papa kan."kata Nuha sinis.

Aliff sudah mengepal tangannya. Geram dengan mulut lancang Nuha.

"Nuha. You better diam."tegur Amirul tegas. Dia melihat Aliff yang sudah menahan marah dan sedang diredakan oleh Nura.

Nuha mencebik bibir tanda meluat.

"Nura."tegur Puan Maria lembut.

Nura tersentak. Dia memandang ke arah Puan Maria, dapat dilihat wajah mendung wanita itu. Penuh kekesalan mungkin. Nuha yang mendengarnya terus sahaja memandang tajam ke arah Puan Maria.

"Ya."jawab Nura perlahan.

Puan Maria bingkas bangun sebelum berjalan menuju ke arah Nura dan Aliff. Dia berdiri dihadapan anak perempuannya itu. Air matanya menitis laju membasahi pipi sebelum tubuh wanita mengandung itu di dakap erat.

"Ma...ma mi...ta ma...af sa...yang. Ma...af...kan ma...ma, ma...ma ban...yak bu...at sa...lah de...kat Nu...ra. Ma...ma pu...kul ka...mu, la...yan ka...mu ma...cam o...rang ga...ji da...lam ru...mah ni. Ma...ma min...ta ma...af."katanya dalam nada teresak - esak.

Nura bungkam. Tubuhnya kaku sahaja, tidak membalas langsung dakapan dari Puan Maria. Dia memandang ke arah sisinya, Aliff yang perasan akan hal itu hanya mengangguk.

Perlahan - lahan tangannya naik membalas dakapan itu. Air matanya merembes keluar membasahi pipinya. Akhirnya setelah sekian lama dia dapat merasa pelukan dan dakapan seorang ibu.

"Ma...ma t...tak sa...lah y...yang sa...lah Nu...ra."kata Nura.

Puan Maria segera melepaskan dakapan itu, air matanya yang membasahi pipinya dilap kasar. Kepalanya di gelengkan beberapa kali.

"Bukan salah kamu. Salah mama, mama pukul kamu separuh mati. Ya Allah, apa yang aku dah buat dekat anak aku. Zalim nya mama dekat kamu Nura. Allah!"rintihnya. Dia  jatuh melurut, kaki Nura di pegang erat.

"Maafkan mama Nura. Mama salah. Mama buta dalam menilai sesuatu perkara."katanya.

Nura yang masih lagi teresak itu terus sahaja melepaskan pegangan tangan mamanya di kakinya. Dia memegang kedua belah pipi tua itu sebelum dia turut turun dari sofa yang didudukinya. Dia memeluk erat tubuh Puan Maria.

"D...dah lah ma per...ka...ra d...dah le...pas. Nu...ra d...dah lu...pa...kan se...mu...anya."kata Nura memujuk Puan Maria.

"Apa benda semua ni?!"marah Nuha. Dia tidak suka melihat ahli keluarganya berbaik dengan Nura. Dia benci.

Tersentak mereka yang lain mendengar suara Nuha yang bergema itu.

"Dasar hipokrit!"jeritnya lagi.

"Dah lah Nuha. Mama dah tahu apa yang jadi, sampai hati kamu buat kakak kembar kamu macam ni."marah Puan Maria.

Nuha tergelak sinis. Dia akan habiskan semuanya pada hari ini juga. Dendamnya harus terbalas.

"Aku jadi macam ni pun sebab korang semua! Korang lebihkan perempuan ni dari aku, sedangkan aku pun anak kandung dalam keluarga ni! Sikit - sikit Nura, sikit - sikit Nura. Nura itu, Nura ini. Nura je yang banggakan korang bukan aku. Ya, aku bodoh! Sebab tu korang tak layan aku, Nura tu pandai. That's why korang buat aku tak wujud je dalam rumah ni. Apa dia nak, korang bagi. Tapi bila aku minta apa yang aku nak, ada korang bagi. Tak ada! Aku hari - hari makan hati dengan korang."ujarnya. Air mata yang merembes di lap kasar. Apa yang terbuku di hatinya di luahkan.

"Papa dengan yang lain minta maaf. Papa tak sangka yang kami dah terabaikan kamu."ujar Encik Nadim yang sedari tadi mendiamkan diri.

Nuha tergelak sinis.

"Maaf! Mungkin kalau dulu korang minta maaf aku akan maafkan. Tapi sekarang ni tak. Aku tak akan maafkan selagi dendam aku tak terbalas."katanya.

"Dendam apa lagi?"marah Aliff. Dia tidak akan membiarkan isterinya sakit lagi. Cukup lah dulu isterinya menderita.

"Dia kena rasa apa yang aku rasa! Disisihkan dari keluarga, tak ada siapa yang nak berkawan dengan aku sebab aku tak sepandai secerdik bini kau ni. Cikgu semua sayang dia."kata Nuha lagi.

"Tak Nuha. Cikgu saya kau juga. Bukan aku je."kata Nura.

"Kau diam!"tengkingnya.

"Kau diam, biar aku yang cerita."

"Aku sakitkan kau perlahan - lahan Nura. Aku pura - pura hampir lemas, aku yang bunuh Lilly, aku punca Muiz dan bakal tunang dia putus, aku yang rosakkan pokok mama, kertas kerja papa aku yang koyakkan. Time tu aku gembira sangat bila semua benci kau, marah kau. Aku happy bila tengok kau kena pukul dengan mama papa hari - hari. Kena herdik dengan Muiz. Tapi aku sakit hati balik, bila laki kau datang minta izin dengan mama papa nak kahwin dengan kau. Aku benci bila Marvin tetap percayakan kau. Sebab tu aku tuduh kau mengandung anak luar nikah. Happy aku masa tu sebab papa tampar kau lepastu halau kau. Tup tup Marvin pun sibuk nak ikut kau. Jadi aku biarkan. Hati aku gembira bila kau dah berambus. Lepastu aku dapat berita kau mengandung, aku jadi sakit hati. Aku nak perangkap laki kau, tapi jantan ni kacau plan aku. "katanya.

Rambutnya diserabaikan. Dia seakan tertekan dengan masalah yang dihadapi.

"Allah!"mengucap mereka semua.

"Nura minta maaf Nuha."kata Nura. Dia bingkas bangun perlahan - lahan sebelum berpandangan dengan adik kembarnya.

"Boleh! Tapi lepas kau tak ada."ujar Nuha dengan sinis.

"Apa maksud you?"soal Amirul pelik.

Nuha segera meluru ke arah Nura dan

"Nura!"

"Nuha!"

















........

Sikit lagi nak habis dah.....🙈



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro