Bab 45-Pikat Semula

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku memandang banglo mewah itu sekilas sebelum memandang ibu disisi.

Ibu suruh masuk dalam,makan tengah hari sekali memandangkan jam sedang beralih ke angka 12 tengah hari.

Mahu ditolak tidak sampai hati ingin melukakan hati wanita tua ini. Mahu mengikut takut pula benda lain yang akan menanti.

"Ibu..Fiq takut..Fiq tak sedia lagi nak jumpa Abah"

Ucapku perlahan sambil tertunduk.

Ibu memegang bahu aku dengan tangan kirinya manakala tangan kanannya mengosok pipi kiri aku dengan lembut.

"Kalau anak ibu nak tahu, selain Ibu, abahlah orang yang kedua menanti kepulangan Fiq, setiap kali telefon rumah berdering walaupun abah sedang lena diulit mimpi dia turun tergesa-gesa nak jawab panggilan. Dia ingat Fiq yang menelefon kami tapi sebaliknya..

Dia tak marah Sayang..dia cuma nak penjelasan daripada Fiq kenapa tinggalkan Ibu dan Abah tanpa pengetahuan kami.

Mari ye nak? Kita makan tengah hari sekali. Rindu ibu nak makan sekali. Ibu masak lauk kegemaran Fiq ye? Jum"

Sebak hati aku mendengar bicara Ibu. Ibu menarik tangan aku masuk ke rumah. Namun aku mengeraskan badan. Aku..aku tak sedia..

"Ibu..Tapi.."

"Fiq sayang ibukan? Fiq anak soleh kan? Fiq anak dengar katakan? Marilah nak,ibu rindu dengan Fiq.."

Ya allah..berdosanya aku pada wanita yang bergelar ibu ini..

Mata terasa dicucuk. Aku tersenyum lalu menganggukkan kepala.

Didapur kecoh mendengar celoteh ibu. Macam-macam yang diceritakan oleh ibu selama 4 tahun aku merantau.

Sehinggalah satu soalan menyebabkan semuanya terasa terhenti sekelip mata.

" Tak mahu bersama dengan Maya balik?"

Aku hanya mampu menunduk.

Ingin lagi ke Maya memandang wajah aku? Wajah yang melayannya tak ubah seperti perempuan simpanan?

Tubir mata terasa panas.

"Fiq.."

Ibu memanggil aku dengan lembut.

Air mata yang bergenang aku raup muka dengan kasar.

Bahu aku dirangkul ibu dari tepi. Digosoknya perlahan. Ubun-ubun aku dikucup lembut oleh Ibu.

Terasa diri ini seperti anak kecil yang baru kehilangan gula-gula.

"Anak ibu,dalam dunia ni, tak ada seorang pun yang sempurna. Semua manusia melakukan kesalahan. Tak lepas walaupun sekali. Semua ni dugaan dari Allah S.W.T. sebab Dia sayanglah makin banyak dugaan yang Dia turunkan.

Ibu suka sangat bermenantukan Maya. Baik,rajin,cantik,sopan santun. Satu dalam sejuta. Pikat dia semula Fiq. Kalau memang nama Maya yang tertulis di Luh Mahfuz untuk Fiq. Tulang rusuk Fiq. Insyallah. You'll get her back"

Pikat dia semula?

***

Aku menyapu halaman rumah yang penuh dengan guguran daun. Seminggu berada di hospital,balik saja rumah aku sendiri tak kenal.

Sedang ralit aku menyapu lantai,laungan Iman dan Trisha memanggil nama aku menyebabkan kerja menyapu aku terhenti.

Trisha berlari memeluk kaki kanan aku dengan wajah yang takut. Begitu juga dengan Iman. Tetapi Iman lain pula reaksi wajahnya,macam sedang menahan tawa.

Aku meletakkan penyapu sebelum duduk melutut menyamakan ketinggian aku dengan Trisha.

"Kenapa ni sayang? Abang ada usik adik ke?"

Tanya aku sambil membetullkan juntaian rambut Trisha yang menutupi mata.

"Ada owang detat tane"

Dekat sana?

"Kat mana sayang ? Siapa?"

Tanya aku cemas. Yelah mane tahu penculik ke apa ke kan?

Iman disebelah Trisha sedang galak ketawa. Entah apa yang melucukan hati tak tahulah.

"Iman,I'm asking you. Siapa?"

"Pap.."

Bicara Iman terhenti. Ketawanya juga. Aik? Semput ke anak aku ni?

"Iman?! Are you okay sayang?"

Tangan kanan aku lembut menampar pipi Iman..

Iman mengeleng kepala. Fuhh hidup lagi. Legaa~

"Dah dah jum masuk. Mandi,makan, tidur. Ok? Come"

Tangan kanan aku menarik bahu Iman manakala tangan kiri sebaliknya.

Mata melilau ke arah pintu pagar. Siapa eh? Aish bahaya betul!

***
Aku mengosok lembut rambut Iman yang sedang lena diulit mimpi sebaik saja kami selesai makan tengah hari. Begitu juga dengan Trisha yang erat memeluk abangnya dengan lena.

"Tidur lena anak mama,sayang kamu berdua"

Bisik aku pada mereka.

Ding Dong!

Dodoian aku terhenti pabila mendengar loceng rumah berbunyi.

Selimut aku tarik hingga paras dada. Untuk kali terakhir sebelum turun aku mengucup lembut dahi si kembar yang lena sedang bermimpi.

Laju aku menuruni tangga sambil menyanyikan lagu Si Pencuri Hati nyanyian Ayda Jebat dengan rancak. Ada yang masuk hospital patah kaki kang.

Pintu rumah aku buka setelah melihat di tv khas untuk melihat orang diluar. Untuk keselamatan ok?

kosong. Kelibat manusia pun takde. Siapa yg tekan? Aku mengeluh kecil. Budak budak nakal lah ni .

Baru saja ingin menutup pintu. Mata tertancap pada sejambak bunga yang cantik terletak di depan pintu.

Sekali lagi?

To Be Continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro