Bab 46 - Will You?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Seorang jejaka yang memakai hoodie bewarna hitam memasuki kereta Bmw 5521 bewarna hitam yang terletak elok dibawah garaj.

Jejaka yang mempunyai wajah yang tampan , ketinggian yang bersesuaian menyanyi-nyanyi kecil sewaktu menghidupkan kenderaannya.

"Ok baby , let's go ! "

Jerit kecil Taufiq dengan riang sebelum Bmw hitam itu meluncur laju menuju ke rumah kekasih hatinya!

Iphone 6s rose gold dibuka sementara menunggu lampu isyarat bertukara hijau.

Photo di buka. Terpapar gambar kekasih hatinya yang dipuja. Perlahan-lahan ibu jarinya mengusap screen Iphonenya bagai mengusap pipi dalam realiti.

'Fiq rindu sayang , rindu sangat" ujar nya perlahan. Keluhan kecil keluar dari mulut sebelum kembali memandu kereta saat lampu sudah bertukar hijau.

Selepas 30 minit memandu , akhirnya dia tiba jua destinasi yang dituju. Rumah agam dihadapanya dipandang sayu dan resah.

"Masih adakah peluang kedua? Untuk aku raih sayang dan cinta si dia? Allahuakhbar , ya Allah ku mohon berikan aku kekuatan untuk menempuhi semua ini. Amin" pintu kereta dibuka perlahan.

Setiap langkah dipenuhi dengan selawat. Wajah yang cukup tenang dipamer tapi didalam hati Tuhan saja tahu betapa resahnya dia.

Pintu rumah dipandang gelisah sebelum jarinya naik menekan loceng rumah di sisi birai pintu.

"Tiapa?! Kejap kejap!" Pelik. Suara itu berbunyi sedikit pelat. Sebentar kemudian pintu terbuka dari dalam. Kening Taufiq sedikit ternaik apabila tiada orang pun menyapa matanya.

"Uncle , adik detat bawah nii" Terus saja mata Taufiq memandang ke bawah. Trisha yang elok memakai gaun bewarna putih dipandang. Air mata mula bergenang. Di ambil lalu dipeluk dan dicium anak perempuannya.

"Papa rindu anak papa ni. Rindu sangat " pelukkan erat terisi dengan air mata. Trisha terdiam dalam pelukkan.

"Papa?" Taufiq mengangkat mukanya memandang suara yang menyapa telinganya.

Iman!

Iman terus berlari kedalam pelukkan Taufiq sebaik saja Taufiq berlutut mendepakan tangan. "Iman rindu papa" ayat yang keluar dari mulut anak terunanya membuatkan makin lebat air mata mengalir.

"Adik! Aban..."

Maya yang baru selesai mandi menjerit memanggil anak-anaknya terkaku apabila terlihat anak anaknya berada dalam pelukan dudanya , Taufiq.

Rasa marah meluak-luak di dada. Terus Trisha dan Iman di tarik menjauhu Taufiq.

"Kau nak apa?! Kenapa kau muncul lagi?! " jerit Maya lantang. Trisha dan Iman sudah menangis terkejut dengan jeritan Iman.

"Maya , mengucap , awak takutkan anak-anak" lembut Taufiq bertutur.

"Aku nak jerit ke! Aku nak meroyan ke suka hati aku! Ini anak-anak aku! Dan sekarang aku nak kau keluar! "

Ego. Dasar Maya yang ego. Jujur sajalah yang kau juga merindui Taufiq.

Taufiq mengeluh kecil. Perlahan mengorak langkah mendekati Maya. Makin dia dekat makin Maya mengundur.

"Iman , bawa adik masuk bilik ye? Mama dengan Papa ada benda nak bincang. Nah papa belikan Toys untuk abang dengan adik. Pergi main atas ye?" Lembut. Sungguh lembut Taufiq bertutur sebelum menyerahkan paperbag yang berisikan permainan yang dibeli di ToyRus semalam.

Bersorak riang Iman dan Trisha. Cukup membuatkan hati Maya cukup terharu dengan layanan Taufiq pada anak-anaknya. Namun , rasa itu dibuang jauh ke Somalia apabila ego dari China mula menguasai hati.

"Maya , i'm sorry. Please forgive me" tutur Taufiq sebaik saja Twinnies itu naik ke tingkat atas.

"Cukup Taufiq. Aku tak mahu dengar semua ini lagi. Cukup. " perlahan Maya berkata.

"Sayang , tolong izinkan saya mencintai awak . Dan jadikan awak yang terhalal buat saya ? Untuk kali yang kedua saya nak awak jadi isteri saya yang sah. Jujur saya katakan sayang , hati ini tak pernah terisi dengan sesiapa. Kerana hati ini sudah tertulis ia hak milik Maya Aleesya. Tiap hari saya termenung sampaikan Ibu tegur saya macam orang yang baru keluar dari tanjung rambutan. Setiap malam mimpi saya tak lena bila asyik teringat awak .

Senyuman awak. Gelak tawa awak. Panggilan sayang awak . Jujur itu yang menjadikan sayang saya pada awak semakin kuat dan tak pernah kuat. Dan saya tahu. Awak pun masih sayangkan saya. Jadi please? Jadi yang terhalal dan terbaik untuk saya. Will you?"

Jujur , Maya terasa mahu menjerit gembira. Tapi tidak semudah itu. Sia-sia saja dia bersembunyi selama ini menanti Taufiq memujuknya kembali kalau sekelip mata dia menerima bergitu saja.

Ye. Maya masih menyimpan harapan kalau dia dan Taufiq masih boleh bersatu. Sejak peristiwa di Hawaii dia mula menyedari bahawa sayang untuk Taufiq tak pernah pudar dalam hati.

" kalau kau betul nak jadikan aku isteri kau buat kali kedua fine! Tapi dengan beberapa syarat , saya nak bunga ros fresh dari London. Dan saya nak awak fly ke London dan belikan untuk saya. Syarat yang kedua , saya nak setiap kali hujung minggu awak datang luangkan masa dengan anak-anak. Dan syarat yang terakhir..."

To be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro