13- "Jangan Pergi"

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BUKA-BUKA sahaja matanya, dia sudah mendapatinya dirinya berada di dalam biliknya tapi, bilik itu gelap gelita. Langsung tidak boleh Jasmine lihat apa-apa.

Apabila dia cuba bangun daripada pembaringannya, dia terdengar sesuatu jatuh ke lantai.

"Apetu?". Takut-takut dia bertanya kepada diri sendiri.

"Don't move, Nazia. You have a fever". Tiba-tiba muncul sebuah figura tinggi membuka pintu biliknya. Suis lampu ditekan oleh sesosok tubuh itu. Barulah jelas penglihatan Jasmine. Di tangan lelaki itu ada segelas air, semangkuk bubur dan setablet ubat.

Dia membantu Jasmine untuk bersandar di kepala katil kemudiannya lelaki itu duduk di birai katil sambil di tangannya ada dulang yang berisikan air, bubur dan ubat itu.

"Makan".

"Kenapa awak tak balik rumah awak?". Panggilannya terhadap lelaki itu sudah bertukar.

"Makan, Nazia. Jangan bagi aku ulang lebih daripada 2 kali".

Kerana gerun akan amaran itu, dia akhirnya mencapai mangkuk yang berisikan bubur panas itu.

Perlahan-lahan bibirnya meniup sedikit bubur yang telah dicamca sebelum disuakan ke dalam mulut. Nak tunggu encik suami ekspres suap? Lambat lagi dan jangan mimpi la.

"Another 5 minutes then I have to go home. Pandai-pandai la kau jaga diri". Caden akhirnya membuka mulut setelah beberapa minit kedua-dua daripada mereka berdiam diri.

"Jangan pergi". Jasmine memegang lengan suaminya itu. Memujuknya agar dia tidak pergi.

Lama Caden cuba untuk menolak permintaan isterinya itu, tapi hati dan mindanya lebih memilih untuk dia tunaikan sahaja. Rasa bersalah pula bila teringatkan kejadian dia menengking Jasmine malam tadi.

Lagi lama Caden diam, lagi bertambah berharap muka Jasmine. Berharap yang Caden sudi menemaninya dan tidak membencinya.

"Saya tahu awak penat. Saya minta maaf. Saya minta maaf kalau awak rasa yang semua ni salah saya. Saya minta maaf sebab awak perlu jadi suami saya dan awak perlu ada saya dalam hidup awak sebegai isteri awak. Saya minta maaf sangat-sangat, Caden. Tapi, jangan tinggalkan saya buat masa sekarang, boleh? Saya takut". Jasmine kalau demam, memang dia akan jadi terlebih takut. Otaknya akan automatik revise balik semua imej hantu yang pernah dia tengok dalam filem-filem.

"Dah siap makan kan?".

Jasmine mengangguk.

"Tidur". Arahnya.

Selimut terus ditarik untuk menyelubungi badannya Jasmine. Terdetik juga rasa risau di dalam hati lelakinya. Risau jika Jasmine kesejukan.

"Bilik tetamu ada dekat sebelah bilik saya ni, kalau awak nak guna. Tapi, bersepah sikit la. Sorry".

Lain yang dikatakan, lain pula yang dilakukan oleh Caden.

Sangkaan Jasmine yang menyangkakan bahawa Caden mahu mencari bilik lain meleset apabila dia turut masuk ke dalam selimut yang sama dengan Jasmine.

Malu pula dirinya berfikir yang sudah tiba masanya dia akan berkongsi bilik tidurnya buat selama-lamanya dengan seorang LELAKI.

Baru sahaja dia hendak memusingkan badannya menghadap Caden, suara lelaki itu menghalang.

"Tidur. Abaikan aku".

Mana mungkin dia mengabaikan suaminya sendiri? Bukan kah berdosa bagi seorang isteri untuk tidur membelakangi suaminya?

"Saya berdosa kalau saya tidur tak tengok muka awak". Biacaranya perlahan.

Belum sempat Jasmine berkata-kata lagi, tangan kasar Caden memaut bahunya dan memusingkan badan wanita itu untuk menghadapnya. Ditariknya dia untuk masuk ke dalam pelukan hangatnya.

"Badan kau menggigil, is it wrong if I hug you?". Caden bertanya kerana agak curiga.

Jasmine hanya sekadar menggeleng.

"Maaf. Aku minta maaf sebab tengking kau. Aku patut siasat dulu. Sorry, I can't control my anger". Dia menggosok lembut bahagian belakang kepala Jasmine. Tiba-tiba lembut pula hatinya setiap kali dia dekat dengan Jasmine. Nak marah lama-lama pun tak boleh. Dia sendiri pun tak tahu kenapa.

"Takpe, saya faham. Dan saya nak minta maaf sebab awak terpaksa jadi suami saya. Tapi, saya berani bersumpah yang bukan saya yang rancang semua ni". Tiba-tiba sahaja Jasmine menangis lagi di dalam dakapan suaminya itu. Rasa bersalah kuat mencengkam diri.

"Shh, please don't cry sweetheart".Pujuk si lelaki.

"Saya minta maaf...".

"Aku maafkan. Sekarang, kau tidur".

Jasmine mengangguk lemah. Masih terasa sedih tapi terpaksa dia tahan air matanya.

Tak sampai berbelas minit pun, akhirnya terdengar dengkuran halus terkeluar daripada mulut wanita itu. Mungkin terlalu penat, ditambah pula dengan dia tengah demam, sebab tu lah kut cepat sangat dia tidur.

"Mungkin Tuhan dah tentukan takdir kita untuk bersama. Maafkan aku sebab aku salah kan kau. Aku lupa, apa yang jadi semuanya telah Tuhan tentukan. Спокойной ночи (selamat malam), sweetheart".

🦋

BANGUN pagi aje telinganya dah menangkap bunyi orang seperti cuba untuk membuka pintu rumahnya.

"Siapa?".

Suami yang sedang lena tidur di sebelahnya diabaikan. Dia menyarung tudung sarungnya untuk pergi membuka pintu. Sempat dia menilik jam yang ada di ruang tamu ketika dia melintasinya.

"Siapa datang? Baru pukul 7.30".

"Assalamualaikum!".
"Eh, kau boleh ke bagi salam?".

Terdengar suara yang agak dikenalinya, seperti pernah didengarinya daripada sebalik pintu itu.

Selak ditolak dan pintu dikuak. Maka ternampak la batang hidung Alex dan Lee. Jasmine agak, yang bagi salam tadi mesti Alex. BAHAHAHA.

" Hi, Dr. Saya nak tanya, Dr. ada nampak Gil tak? Sebab daripada semalam dia tak balik rumah dia. Sejak daripada dia hantar Dr.". Lee mula berbicara.

"Haah, Dr. Jadikan, kitorang fikir, mana la tahu yang Gil tidur rumah Dr. ke". Kan aku dah kata, Alex kalau bercakap memang tak pakai otak.

"Apebende kau ni?! Orang Islam mana boleh tidur sebumbung kalau mereka bukan mahram. Tu pun tak tahu ke?". Lee serta-merta mengetuk kepala Alex.

"Mana la aku tahu. Aku bukan orang Islam". Dah nak menangis Alex di situ merasa betapa pedihnya pukulan Lee.

Jasmine di situ sudah tergam di tempat berdirinya. Rasa gementar pun ada. Dia sudah agak yang pasti Caden tidak sempat untuk menceritakan hal semalam kepada anak-anak buahnya.

Dan dia terlalu berharap agar Caden tidak terbangun daripada lenanya apabila mendengar suara pergaduhan mulut kecil Lee dan Alex ini.

" Maaf la, Dr. Alex ni memang suka mengarut. Kami tak bermaksud nak cakap macam tu. Kami cuma risaukan Gil". Tertunduk-tunduk Lee meminta maaf.

"Eh takpe, sebenarnya Caden-".

"Awalnya kau bangun. Bukan kau dema-".

Lain yang diharap, lain yang terjadi.

Dengan rambut yang berserabai, baju yang tak dipakai mendedahkan ketulan-ketulan rotinya dan hanya berseluar jeans hitam itu, dia akhirnya berdiri tegak di sebelah Jasmine.

Kata-katanya terpotong tatkala mata yang masih layu itu menangkap bayangan kedua-dua manusia itu.

"Did you guys actually f-".

"No! No! Semua ni salah faham. I-". Jasmine cuba untuk menyangkal dakwaan karut Alex itu. Tetapi tindakannya terhenti apabila dia terasa ada sebuah tangan kekar melingkar di sekitar pinggangnya. Badannya ditarik agar melekap di tubuh lelaki itu. Sampai terasa ketulan-ketulan yang disebut tadi. You know... abs...

"Yes, we did-". Apa yang gatal sangat Caden ni?! Semalam dia yang beria marah Jasmine. Eh, dah tukar mood ke apeni?

"Mana ada! Tak la!". Jasmine cuba untuk melepaskan tangan Caden tapi tetap sahaja gak bisa dong.

Lee dan Alex yang ada di hadapan mereka itu sudah mahu terpengsan melihat adengan yang boleh dikatakan agak intim itu.

" Takdela, aku gurau je". Sempat lagi dia sengih lebar.

"Se-sejak bila kau pandai sengih selebar ni, Gil?". Tanya Lee. Masih terkejut sehingga nak bercakap pun tersekat-sekat.

"Masuk la, aku jelaskan semua".


🦋

Ada orang tu suruh double update **smirk.
So, kita turutkan sahaja ya?

Esok tak tahu lagi nak update awal ke lewat cikit, stay tuned tau! Sayang korang!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro