14- Aidan Thinking About Future

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

AGAK terkejut dia apabila hadirnya Caden di dapur itu. Lah, potong line je orang nak berangan sorang-sorang sambil buat air ni. Dan dia masih lagi tidak berbaju.

"Kenapa awak tak pakai baju?". Takut-takut Jasmine menyoal. Mukanya langsung tidak ditoleh ke arah Caden yang semakin mendekat dengannya. Bau harum minyak wangi yanh disembur olehnya melekat masuk ke hidung Jasmine. Aih, baru bangun pun masih wangi lagi?

"Kenapa? Salah ke?".

"Malu lah. Nanti Alex dan Lee fikir apa pula". Jasmine meletakkan sudu yang digunakan ke tepi teko. Tangannya cuba untuk menolak badan Caden yang semakin lama, semakin rapat jaraknya dengan Jasmine itu.

"Pergi sana la. Pergi teman kawan-kawan awak tu".

"Kau. Masuk bilik, rehat".

"Eh, suruh kita pula. Kenapa? Saya ada tetamu kan? Saya kena la layan tetamu". Kan? Takkan la Jasmine nak tinggal tetamu-tetamu dia terpinga-pinga di tengah rumah tu.

"As your husband, I command you to go take a rest. Hal dengan mereka, biar aku yang selesaikan". Suara penuh dengan ketegasan tetapi tidak garang dikeluarkan oleh Caden. Kalau dah macam ni la gayanya, macam mana nak menolak lagi.

"Pergi, Nazia".

"Okay. Nanti awak hidang air ni dekat diorang tau". Sempat lagi Jasmine meletakkan sudu yang digunakan untuk mengacau air tadi ke dalam singki dan berpesan kepada Caden. Mana tahu, takut-takut dia lupa ingatan ke nanti. Bersemut pula air teh dekat situ.

Caden mengangguk beberapa kali. Mengiakan kata si isteri.

🦋

NAK tersembur air teh yang ada di dalam mulut Lee dan Alex sejurus sahaja dia mendengar cerita yang dikeluarkan segar daripada mulut Caden. Bukan segar daripada kilang, ya?

"Caden Velkov Gilbert kena tangkap khalwat? Macam mustahil je". Lee masih mahu menafikan statement-statement yang diperkatakan oleh Caden.

"Iye. Dan aku tak tahu siapa yang perangkap aku dan Nazia sampai jadi macam ni".

"Mungkin jiran-jiran nampak kut kau masuk rumah dia. Eh tapi, kenapa kau masuk rumah dia Gil?". Soal Alex.

"Kan aku dah cakap, rumah dia macam ada orang pecah masuk. So, I have to check, just in case, right? Turned out, takde apa-apa yang hilang dan takde apa-apa yang mencurigakan. Dan aku baru sedar tadi, yang ini telah dirancang oleh seseorang". Jelasnya lagi. Tidak memberi ruang untuk kesalah fahaman menjelajah ruangan minda dua ekor beruk itu.

"Dr. tu sendiri kut yang ran-".

"Nope, bukan dia. Aku tahu".

"Dan macam mana kau tahu?". Sisi protective Lee terhadap ketua mereka itu telah bermula. Dia pantang kalau ada yang cuba untuk mengkhianati ahli mereka.

Caden hanya tersenyum sedikit sebagai jawapannya. Sejujurnya, dia sendiri tak tahu macam mana dengan cepat nya dia boleh bertukar emosi. Dengan cepat nya dia boleh mempercayai wanita itu.

"Kau berdua balik lah dulu". Lain yang ditanya, lain yang dia beri jawapan. Orang bukan nak dengar yang itu lah, Caden.

"Kau?".

"She asked me stay. She's having a fever". Sampai situ jela dia cerita. Tak mahu pula cerita pasal dia tengking Jasmine sampai wanita itu pengsan semalam, rasanya macam terlalu 'kejam'. Lagipun, dia sendiri yang menegakkan prinsip, to cherish women not to hurt them. Samaada daripada segi mental atau fizikal.

"Oh, okay. Apa-apa pun, tahniah Gil untuk perkahwinan kau. Aku rasa macam tak percaya pula. Jangan tinggalkan kami tau nanti, Gil. Kalau ada buat majlis, jemput la". Lee mengelap air mata palsunya.

"Hm. Thanks. And one more thing, please don't tell Melvin and Aidan about this matter yet. Nanti aku balik, aku cerita sendiri".

"Baikkkk!".

🦋

"WHAT?! Kau dah kahwin, Gil? Bila? Dengan siapa? Orang tua dekat Rusia tu dah tahu ke?". Aidan yang disapa oleh Caden di dalam bilik gaming nya di rumah Caden sendiri itu terkejut beruk. Tengah best-best dia main GTA, terus dia pause game nya itu. Jarang tau Aidan akan pause game untuk seseorang.

" Iya. Dan aku rasa atuk dah tahu. It has been three days. Sorry sebab tak bagitahu kau awal-awal. Aku terpaksa jaga dia dekat apartmen dia. And talking about my grandpa, I 100% sure yang dia pasang mata-mata dekat Malaysia ni untuk perhatikan aku. Jadi, aku rasa dia dah tahu". Agak panjang penjelasan Caden kepada anak muda itu. Takut pula budak 22 tahun tu payah nak proses segala informasi yang diberikan.

"Kenapa dia pasang mata-mata wey? Mata dia tak cukup ke?".

Caden menekup muka mendengar pertanyaan Aidan. Budak ni, entah dia serius atau bergurau tu. Tiada siapa boleh beza.

"Mulanya dia marah aku balik ke Malaysia lepas majlis tu sebab aku dah ada tanggungjawab dekat Rusia. Jadi, dia upah mata-mata untuk tengok kan aku dekat sini".

Ya, Caden enggan untuk tinggal di Rusia walaupun 'markas' terbesar Velkovace adalah bertempat di negara itu.

"Bercakap pasal Rusia, kau patut balik ke sana, Gil". Aidan bertukar ke mod seriusnya. Headphone yang daripada tadi menekup telinga, dibuangnya dan diletakkan ke atas meja. Fokusnya kembali pada lelaki 30 tahun itu.

"How? You asked me to leave her alone, here".

"Bawa la dia, Gil".

"Aku tak nak babitkan dia dalam dunia gelap aku. Aku tak nak dia tahu yang aku sebenarnya terlibat dalam dunia gelap. Besides, I wanna leave this dark world. Kau pun tahu tu kan, Aidan?".

Aidan mengangguk perlahan.

"Tapi, macam mana kau nak tinggalkan Velkovace? Macam mana kalau Kings datang balik? Diorang masih berdendam dengan kau, Caden. Lagi-lagi, Darren King. Kau tak boleh tinggal untuk kitorang sahaja yang handle dia. Sekurang-kurangnya, kau selesaikan hal dengan Darren King dulu, baru kau pergi". Tiga perkataan terakhir yang disebut oleh Aidan dituturkan dengan suara sayu.

"Aku akan cari cara untuk selesai konflik 2 tahun lepas tu. Jangan risau, selagi hal dengan Kings tak selesai, aku tak akan tinggalkan Velkovace". Caden menggosok-gosok kepala Aidan Hakimi itu. Sungguh dia sayang akan keempat-empat rakannya ini. Tak sanggup rasanya nak tinggal.

"Gil, kalau kau keluar, kau bawa aku juga". Pinta Aidan.

"Lee sekali. Lebih baik, Melvin dan Alex juga".

Caden mengerutkan dahi. Kalau dia, Aidan dan Lee nak tinggalkan Velkovace, dia faham la kenapa. Tapi, Melvin dan Alex juga? Kenapa?

"Kenapa kau nak tinggalkan keluarga ni juga?".

"Mak aku. Aku ada mak aku je dalam dunia ni. Aku tak nak, suatu hari nanti dia tahu yang aku buat kerja-kerja ni. Macam mana kau takut Jasmine tahu, macam tu la aku takut mak aku tahu. Dia segalanya bagi aku, Gil". Ujar Aidan. Tiba-tiba terasa rindu pula pada ibunya yang tinggal bersama adik perempuannya di kampung itu.

"Melvin? Lee? Alex?".

Yang ini, Aidan lebih memilih untuk mengangkat bahu. Dia tak tahu macam mana nak terangkan dekat Caden yang sebenarnya kalau boleh dia tak nak kelima-lima daripada mereka terlibat dalam dunia gelap ini lagi. Dia mahu mereka menjalani kehidupan biasa. Kehidupan seperti manusia biasa.

Mereka bukannya tak boleh. Melvin kalau ikutkan boleh menyambung business Keluarga Hanchester di Rusia kerana dia ada kelulusan Master In Business.

Adam Lee. Nampak je bongok macam tu. Tapi dia mempunyai kelulusan Majored in Chemical Engineering. Boleh sahaja kalau  dia nak apply mana-mana kerja sebagai jurutera kimia di mana-mana makmal terkemuka di seluruh dunia. Kalau nak di Rusia, boleh. Di Malaysia pun boleh.

Alex. Majored in Computer Science. Sebab itulah dia power kalau dalam bidang perkomputeran. Dia boleh buka syarikat software sendiri atau memohon jawatan di mana-mana syarikat terkemuka yang lainnya.

Aidan. Diri dia sendiri. Masih muda, masih berumur 22 tahun. Dia boleh gunakan duit simpanannya untuk sambung belajar. Dia punya cita-cita. He has been dying to be a master chef. Lari sikit kan daripada pakarnya di dalam Velkovace. Tapi, dia bukan pandai bab-bab gaming dan nak kesan lokasi sahaja, kalau dalam kelima-lima daripada mereka ini, dia la yang paling pandai masak.

Dan akhir sekali, Caden. He is a Majored in Business. Persis seperti Melvin. Bahkan, dia kenal Melvin di universiti di Rusia dulu. Sebab tu orang selalu cakap yang mereka 'kembar'. Dah hampir 10 tahun mereka berteman rapat. Dengan bantuan daripada Mr. Vyacheslav iaitu datuk yang sangat menyayangi cucunya, Aidan pasti yang Mr. Vyacheslav boleh membantu Caden untuk membangunkan sebuah syarikat. Bekerja dan hidup seperti orang normal yang lainnya.

Nampak tak?

Aidan ni usianya sahaja setahun jagung. Tapi, pemikirannya jauh. Dia selalu pentingkan 'abang-abang' nya.

"Takpela, Aidan. Aku pergi jumpa Melvin dulu. Kau sambung main GTA kau tu". Caden menepuk-nepuk bahu Aidan.

"Hm. Bye, Gil".

"Hm".

🦋

Posted!

Tak lewat sangat, tak awal sangat kan?

Hope y'all suka la en en.

Jangan lupa komen, nanti saya baca.

Tata 👋🏻

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro