15- Wish and Question

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

REBEN putih susu yang ada di dalam tangan kasarnya itu diusap lembut beberapa kali. Sesekali dia tersenyum. Dan apabila dia tersedar yang perbuatannya itu melampaui batasnya sendiri, dia seakan mahu menampar sahaja mukanya.

Prinsip hidupnya: DIA. TAK. NAK. JATUH. CINTA

Tapi sekarang ni... macam DAH NAK terpesong je? Oops, sorry Melvin! Tak berniat yang perli awak, hehehe!

Telefonnya ditenung. Patut ke dia bagitahu Alisa yang reben milik gadis itu ada di tangannya sekarang ni? Buatnya tu reben kesayangan nak mati Alisa, tak ke menangis dia cari nanti.

'Ah, kisah apa aku!'. Fikirnya kembali sebelum meletakkan reben yang dipegang ke dalam laci meja di dalam biliknya itu.

"Alisa's?". Suara itu hampir sahaja membuatkan jejaka Rusia itu membuka gelanggang silat di dalam biliknya sendiri.

Apahal Caden ni? Sejak bila dia pandai masuk bilik orang tak ketuk pintu? Eh jap, ni bukan rumah Caden ke? Yang lain ni asal tak balik rumah sendiri? Bukan dah ada ke?

"Hm. Reben tu yang Alisa".

Caden tengok dia, dia tengok Caden. Akhirnya, Caden tersenyum nipis.

"Kenapa kau?". Tanya Melvin.

"Kau dah jatuh cinta?". Tanya Caden kembali sambil badannya disandarkan ke frame pintu bilik Melvin.

"Apa kau merepek ni? You have known me for years, I will never fall in love. I hate love, Caden". Satu-satu manusia di antara keempat-empat kawan Caden yang selesa memanggilnya dengan nama 'Caden' berbanding 'Gil'.

"How about Alisa Sofia Litvinenko? I saw how you treated her wound, I saw how your eyes told me that you love her masa malam majlis di Rusia haritu. Kau dah jatuh cinta, Vin". Senyuman Caden semakin lama, semakin melebar.

"Itu tak bermaksud apa-apa. Aku tak nak hancurkan prinsip hidup aku hanya kerana seorang wanita".

"Aku. Aku hancurkan prinsip hidup aku hanya kerana seorang wanita".

"Apa yang kau cuba cakap ni, Caden?". Soal Melvin. Sungguh dia tidak faham dengan kata-kata Caden. Prinsip hidup? Ya, dia tahu apa yang diterapkan dalam hidup Caden semenjak daripada 3 tahun lepas. Dia tahu prinsip hidup Caden. Tapi, dah hancur? Kenapa?

"I fell in love again, Vin. Im married to someone".

"Are you being dead serious right now, Caden Velkov Gilbert? Siapa perempuan bertuah tu? Jap jap, macam mana kau boleh kahwin secepat ni?". Perlahan-lahan senyuman lebar Melvin ukirkan buat Caden. Ingin sahaja dia memeluk batang tubuh lelaki itu tetapi dia tahu yang he hates physical touch.

" Macam mana aku boleh kahwin tu, kau tanya yang lain nanti. Aku penat nak cerita benda sama. Siapa isteri aku? Malam nanti aku bawa dia ke sini". Eleh Caden ni. Baik tak payah cerita kalau separuh-separuh. Maleh lah aku!

Daripada tersenyum lebar tadi, terus senyuman Melvin memudar apabila dia teringatkan sesuatu.

"Caden. Kalau kau kahwin dengan dia, kalau kau jatuh cinta dengan dia, semata-mata untuk kau lupakan your past lover, I guess you better not, bro. Its gonna hurt her someday".

"No, I-I don't".

"Why did you hesitate, Caden? Jangan disebabkan kau tak boleh nak lupakan si dia, kau gunakan orang lain. Tak adil, bro". Melvin cuba untuk membuat Caden faham. Walaupun dia benci cinta tapi dia faham yang perasaan seseorang bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main.

"I don't know how but I will try".

"Kita dah kenal lama, Caden. Aku percayakan kau, jangan risau". Melvin akhirnya peluk juga Caden. Nampak lah reaksi terkejut Caden plus dia yang cuba untuk mengelat itu tapi, tetap Melvin peluk batang tubuh itu.

"Enough. Now, can we continue discussing about you and Alisa?". Ha ha, dah sampai giliran Caden pula untuk mengusik Melvin.

"Kenapa dengan aku dan Alisa?". Melvin melepaskan pelukannya.

"Turun makan malam nanti. Kita bincang. Aidan cakap, dia nak masak ayam masak merah kenduri vibes sebab katanya aku ni pengantin baru and nanti boleh aku ajak isteri aku sekali. Turun tau". Sempat Caden mengenyitkan matanya sebelum keluar daripada bilik Melvin itu.

"Sejak bila jantan tu pandai kenyit-kenyit ni? Nak jadi warden aku masa zaman sekolah menengah dulu ke?". Soal Melvin, perlahan. Punya la tak nak Caden si telinga pacat itu dengar. Tak ke naya nanti?

🦋

SEMUA manusia yang ada di situ terkelip-kelip memandang Jasmine yang baru sahaja duduk di meja makan itu. 'Tukang masak' yang baru sahaja menghidangkan makanan turut ternganga. Sampai senget dia punya topi chef. Gigih sangat masak ayam masak merah tadi.

"Kenapa tengok I macam tu?". Jasmine mula menyoal.

"Tak cuma still rasa tak percaya yang Gil dah kahwin. Besides, you both are wearing matching coloured outfit. Gil never like to wear matching outfit when he was wi-". Tidak sempat Alex ingin menghabiskan kata-katanya, Lee terlebih dahulu menyumbat mulut murainya itu dengan sepotong tembikai yang dah dibuang kulit.

" With?". Jasmine menyoal. Ingin tahu.

" Past lover". Orang sedaya upaya tak nak buka cerita lama, Caden pula ringan mulut nak bagitahu.

"Oh...". Perlahan sahaja suara Jasmine meng'oh'kan kata-kata Caden itu. Cemburu? Entah. Mungkin kut. Siapa je yang akan bercakap pasal bekas kekasih lama kalau dia dah ada isteri kan? Tapi, takpela. Husnuzon.

And the situation turned into an awkward one.

" Okay, okay. Aku ada teka-teki sementara tunggu Aidan bersiap". Ujar Melvin. Ya, orang yang paling pendiam itu tiba-tiba sahaja ada teka - teki yang mahu diajukan.

"Kau, Vin? Serius la".

"Serius la ni. Okay, soalannya. Ikan apa yang takde kaki?". Keningnya diangkat-angkat untuk meminta jawapan.

"Ikan paus?". Lee mencuba nasib.

"Ikan keli?". Alex pula.

"Siapa betul, aku akan tunaikan permintaan atau jawab pertanyaan dia". Sambung Melvin lagi. Ha, yang ni yang seronok ni.

"Ikan kekek mak iloi, iloi". Alex mencuba lagi.

"Nope".

Dan akhirnya, Dr. Jasmine yang mengangkat tangan. Untuk cuba menjawab.

"Cuba la". Tantang Melvin.

"Semua ikan. Semua ikan takde kaki". Dengan bangganya Jasmine menjawab. Hello, ini Jasmine kut. Pemikirannya selalu di luar kotak.

"Correct! Now, what do you want for rewards?". Ternganga semua ahli meja itu apabila mendengar jawapan betul daripada Jasmine.

"With the 's'? I can ask for more than one reward?".

"Yes, Mrs. Gilbert. One question to be answered and one wish to be granted".

"Okay, untuk soalan. I nak tanya...". Jari telunjuknya diletakkan di dagunya.

"Tanya apa?".

"Have you ever fallen in love?".

"Okay, nanti aku jawab. Sekarang, permintaan?". Tanya Melvin. Soalan itu sahaja sudah cukup membuatkan kerusinya panas. Otak tengah ligat berfikir nak jawab apa nanti.

"I difahamkan yang I akan tidur di sini nanti. Well, it must be sebilik dengan Caden kan? Would it be weird if request a room for myself. I tak nak kongsi bilik dengan Caden". Eh, dah kenapa pula? Kenapa Jasmine tak nak kongsi bilik dengan suami sendiri.

"No, its not and sure you can have your own room".

"Nazia...". Caden cuba untuk membangkang cadangan itu tapi Melvin terlebih dahulu memegang sikunya. Menyuruhnya untuk tidak membuka mulut.

Situasi kembali menjadi janggal sehinggalah muncul tukang masak yang sudah siap berdandan itu.

"Yow! Jom makan. Tunggu apa lagi?". Ceria sahaja Aidan ni. Ada apa-apa ke, Aidan?

🦋

Haih... bila baca bab ni, teringat pula dekat bab yang baru saya tulis semalam.

Sedih pula rasanya--oops!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro