46- Kehilangan

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BILA tengok je Jasmine dan Aidan sudah tiada di rumah yang sudah dipenuhi darah itu, terus Caden memecut keretanya ke hospital.

Sampai-sampai je di hospital, dia dapat melihat isterinya yang kelihatan seperti sudah pasrah dengan apa yang terjadi, duduk di kerusi besi di hadapan wad ICU sambil menyandarkan badannya ke dinding. Matanya terpejam. Cuba mencari sedikit kekuatan untuk menahan air mata daripada melimpah lagi.

Kakinya yang terhincut-hincut itu dihalakan ke arah Jasmine. Terus dia tarik Jasmine ke dalam pelukannya. Dia tahu apa yang terjadi.

"Mana Aidan wey?!". Lee yang baru sahaja sampai bersama Melvin itu menghampiri mereka berdua. Dengar sahaja soalan yang keluar daripada mulut Lee, terus Jasmine meraung lagi.

"Gil, mana Aidan?". Tanya Melvin dengan nada yang tenang.

"Lee, Alex pergi ambil keluarga Aidan dekat kampung ke?". Soal Caden.

Lee hanya sekadar mengangguk. Dia sudah terduduk di lantai. Mukanya menahan tangis. Macam mana tak sedih? Balik sahaja rumah tadi, terus dia dapat call daripada Caden yang sudah sampai ke hospital menyatakan yang Aidan yang sedang koma dan masih kritital itu dirawat di unit ICU.

"GIL, AKU TANYA KAU, AIDAN MANA?!". Melvin sudah dapat menahan lagi amarahnya. Dia memang seseorang yang jarang menunjukkan emosinya, namun jikalau ianya melibatkan perihal rakan baiknya, emosinya sudah tidak dapat tertahan lagi.

Lagi-lagi, Aidan. Aidan Hakimi. Dia kenal Aidan sejak daripada budak tu berumur 18 tahun lagi. Dia ambil Aidan bekerja dengan dia sebelum di bawa ke Rusia untuk diperkenalkan kepada Keluarga Velkovace. That young boy was a part of Velkovace. That young boy was a part of his life. Melvin's life.

Hubungan dia dan Aidan sudah tak ubah seperti adik dan abang. Walaupun dia selalu bersikap dingin dengan Aidan, kasihnya kepada lelaki itu tak terhingga. Dia terlalu sayangkan Aidan sebagai adik lelakinya. He took care of him for 4 years. Dah rapat macam belangkas walaupun jarang dia tunjukkan emosi dan sisi efeksi nya.

"Aidan koma. Still critical". Jawab Caden. Tangannya menggosok-gosok kepala Jasmine. Jauh wanita itu termenung. Sisa air mata sudah kering, tinggal berkasnya sahaja.

"Who the hell did it?".

"Kau sendiri tahu siapa, Vin". Lee yang juga sedang termenung jauh itu, menjawab lemah. Tangannya memegang konsol permainan Nintendo yang baru sahaja dibeli olehnya minggu lepas. Sempat dia capai di biliknya sebelum dia pecut keretanya ke hospital tadi. Niatnya, bila Aidan dah sedar nanti, dia nak kasi ni dekat Aidan.

"Я убью его. Я клянусь своей собственной жизнью. (i will kill him, i swear with my own life)". Dendam yang membara di hati Melvin itu membuatkan dia ingin berlalu daripada situ untuk pergi membunuh sesiapa sahaja yang telah menyakiti Aidan.

"Kau tak nak tunggu Aidan sedar dulu?". Tegur Caden. Walhal, dia sudah tahu sangat tipis harapan untuk Aidan sedar.

Kata doktor, otaknya mengalami gegaran. Tempurung kepalanya retak, usus dan perutnya hampir hancur akibat ditembak beberapa kali, tak lupa juga yang dia sudah kehilangan banyak darah.

Sangat-sangat tipis peluang untuk Aidan terus bernyawa.

"Aku-".

"Mana anak makcik?! Kenapa dengan Aidan? Kenapa?!". Itu dia. Suara Mak Cik Kasmah. Ibu kepada Aidan.

"Aidan macam mana, Gil?". Tanya Alex yang baru sahaja sampai bersama Mak Cik Kasmah dan Alya, adik perempuan Aidan.

Apabila Alex sebut sahaja nama Caden tadi, terus Mak Cik Kasmah berpaling arah matanya ke arah Caden. Dia meluru ke arah lelaki itu lalu tangannya naik menampar wajah Caden.

Jasmine yang sedang membaringkan kepalanya ke bahu Caden itu, tersentak dengan tindakan ibu kandung kepada Aidan itu.

"APA KAMU DAH SURUH AIDAN BUAT?! Kenapa keadaan dia jadi teruk macam tu!?!". Teriak Mak Cik Kasmah sambil air matanya mengalir berjurai-jurai. Alya yang setia di sisi ibunya itu, menggosok-gosok bahagian belakang wanita separuh abad itu untuk membuatkan dia sedikit tenang.

" Maaf. Aku terpaksa bagi tahu dia. Dia ibu Aidan, dia patut tahu". Alex mengaku. Dia yang ceritakan semuanya kepada Mak Cik Kasmah sewaktu dalam perjalanannya ke sini tadi.

"Takpe, Lex. Kau dah buat benda betul".

"Kenapa korang semua buat anak makcik macam tu? Dia sorang je anak lelaki makcik". Mak Cik Kasmah rebah ke lantai.

"Kenapa.... Aidan anak mak...".

Krekk...

Bunyi pintu bilik ICU di buka membuatkan semua yang ada di situ menoleh ke arah seorang doktor lelaki yang pakaian bedahnya dipenuhi dengan darah. Darah Aidan...

"Maaf. Kami dah cuba segala yang kami mampu untuk selamatkan Encik Aidan Hakimi. Malangnya, kecederaan yang ada di bahagian luar dan dalam tubuh pesakit terlalu teruk. Ada sesetengah organnya yang langsung tak dapat kami selamatkan. Ka-".

"Straight to the point je la bodoh!". Lee menjerkah doktor yang disangkanya agak lembap itu.

"Waktu kematian, 2:35 minit pagi. Takziah kami ucapkan. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman". Jelas doktor itu sebelum dia berlalu masuk semula ke dalam wad ICU itu.

Dengar sahaja pernyataan itu, terus Mak Cik Kasmah terbaring ke lantai. Wanita tua itu pitam sejurus selepas mendengar berita yang begitu mengejutkan itu.

Beberapa jururawat kemudiannya menghampiri wanita itu untuk dibawa ke ruangan untuk diperiksa kesihatannya. Alya turut mengikuti mereka sekali untuk menemani ibunya.

"Wey, apa pula Aidan mati? Budak tu kan kebal. Tak mungkin la". Lee tersenyum. Dia ketawa kecil. Cuba untuk menyangkal kenyataan yang baru sahaja di dengar.

Namun, apabila mendapati yang tiada seorang pun di situ ketawa, langsung dia membuka kotak Nintendo tadi dan melemparkan isinya ke dinding hospital sehingga berderai permainan Nintendo versi baru yang sudah lama diidamkan oleh Aidan itu.

"Tak mungkin! Tak mungkin budak tu dah tinggalkan aku! Sampai hati kau, Aidan!". Jatuh juga air mata lelakinya pada akhirnya. Dia meraup wajahnya dan meramas-ramas rambutnya sendiri.

"Lee, dah la tu. Jangan macam ni". Alex cuba untuk memujuk rakannya itu.

Melvin yang sudah meluap-luap kemarahannya itu, terus berlalu daripada situ. Penumbuknya digenggam kemas.

"Vin! Kau nak pergi mana tu?!". Panggil Alex.

"Убивать (membunuh)". Jawabnya tanpa riak sebelum betul-betul hilang bayangnya tidak terlihat lagi di ruangan itu.

"Alex, kau ikut dia. Jangan bagi dia ikutkan emosi". Arah Caden. Alex hanya mengangguk dan terus melangkahkan kakinya mengikuti Melvin.

🦋

"KAU okay?". Caden bertanya kepada isterinya yang sedang duduk di atas kerusi di bilik gaming milik insan yang telah pergi itu.

Jasmine hanya berdiam diri. Kehilangan Aidan sangat memberikan impak besar kepada dirinya. Aidan itu merupakan pengawal peribadi merangkap bestfriend forever yang selalu ada dengannya.

Pergi kerja, Aidan hantar. Balik kerja, Aidan ambil. Kalau nak keluar makan tapi Caden sibuk, Aidan yang temankan. Pergi shopping, pun budak tu yang temankan.

"Nazia, jangan macam ni. Puas aku cari kau satu rumah, kau kat sini rupanya. Aku tanya ni, kau okay ke tak?".

Jasmine menggeleng. Siapa je yang boleh rasa okay sekarang ni? Mungkin orang yang tidak berkenaan, boleh. Tapi bukan Jasmine. Dia sudah pernah merasakan kehilangan yang perih melibatkan umi dan adik kembarnya. Dan sekarang ni, kawan baiknya pula yang pergi?

"Dan aku nak bagitahu kau yang pihak hospital dah bawa balik jenazah Aidan ke kampung. Pagi nanti, majlis pengebumian dia. Kita pergi, okay?". Caden memegang tangan isterinya untuk menyalurkan sedikit kekuatan.

"Okay".

"Dah, jom keluar? Makan dulu, kesian babies dalam perut kau tu, lapar. Nanti kalau rasa rindu dekat Aidan lagi, kau masuk lah lagi bilik ni. Kalau berkunci, kuncinya minta dengan Melvin".

Tangan Caden digenggam erat untuk membantunya berdiri. Perut pula sudah bergelora minta diisi. Dia perlu makan, kalau tak nanti pasti tenaganya berkurang di saat menghadiri majlis pengebumian jasad Aidan sebentar lagi.

🦋

Time of death: 2.35 a.m.

Alexa, play 'Arjuna Beta' by Finn Jamal.

Sorry in advance guys, Aidan dah pergi tinggalkan kita semua.
Doa yang baik-baik aje la ya?

Saya pun actually sedih dengan hal ini sebab Aidan Hakimi tu fav character saya senanye dalam cerita ni huhu T-T

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro