47- "But I Love You So..."

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

MEREKA berlima berdiri sedikit jauh daripada tanah perkuburan itu. Dek kerana Mak Cik Kasmah yang tidak mengizinkan mereka untuk sedikit pun menjejakkan kaki, mendekati kubur arwah Aidan. Mak Cik Kasmah masih kesal dengan apa yang 'mereka dah buat' kepada Aidan.

"Gil, aku nak tengok kubur Aidan, Gil. Tolong lah". Daripada semalam, Lee menangis tidak henti-henti. Dia yang paling beremosi di antara mereka. Dia nampak sahaja seperti lelaki yang terpaling tough di situ, tetap dia juga la yang paling tidak boleh menahan emosinya.

Berkali-kali juga dia cuba menafikan kenyataannya yang Aidan sudah tiada.

"Tak boleh, Lee. Kita kena hormat keputusan keluarga arwah". Jelas Caden. Dia juga ingin mendekati kubur arwah sahabat baiknya itu, namun keadaan tidak mengizinkan.

"Kita tengok lain hari je la, okay Lee?". Giliran Alex pula cuba untuk menenangkan lelaki yang sudah duduk terjelopok di lantai bumi itu. Habis kotor seluar baju melayunya diselaputi tanah jingga itu.

"Sampai hati kau tinggalkan kitorang, Aidan... Sampai hati kau...". Tak makan dipujuk, dia tetap juga menangis lebat di situ.

Melvin yang sedari tadi diam, hati yang masih membara-bara berdendam dengan Darren, lalu duduk mencangkung di samping Lee. Bahu lelaki itu ditepuk sekali dan dia mendekatkan bibirnya ke telinga Lee.

"If you promise me to stop crying and stand up right now, I promise you, I will kill that bastard using the most painful way to ever exist. Hutang nyawa, dibalas nyawa. Am I right?".

Dengar sahaja kata-kata Melvin itu, terus Lee berdiri tegak. Air matanya serta-merta berhenti mengalir. Menghasilkan sebuah senyuman senget di bibir Melvin. Dia tahu, dengan cara itu sahaja boleh membuatkan Lee bangkit semula.

Cara apa? Revenge.

" Kau cakap apa kat dia sampai berubah drastik macam tu?". Tanya Alex yang sedari melihat sahaja cara Melvin 'memujuk' Lee yang agak suspicious. Memang lah suspicious. Itu bukan pujukan tapi ajakan untuk membalas dendam.

"Something about revenge".

"Saya nak balik...". Kata Jasmine tiba-tiba.

"Kenapa? Orang belum habis baca talkin (maaf kalau eja salah) lagi, Nazia". Kata Caden dengan penuh kelembutan.

"Bukannya kita boleh pergi dekat pun, Gil. Balik je la". Alex seumpama menyokong cadangan Jasmine itu. Betul juga katanya, tak guna mereka terus berada di situ kalau sedikit pun mereka tak boleh dekat dengan kubur si mati.

"Alright, let's go home". Dan akhirnya, dia bersetuju juga. Jujurnya, dia kesiankan isteri dan anak-anak buahnya kena berdiri lama di bawah terik mentari itu.

"Jom, Nazia". Tangannya naik melingkar di sekitar pinggang si isteri untuk membawanya pergi daripada tempat mereka berdiri itu.

"Tunggu!".

Langkah kelima-lima manusia terhenti apabila terdengar suara yang cukup dikenali, menghampiri mereka. Dan apabila mereka menoleh ke belakang, di situ terlihatlah Alya sedang berlari-lari anak ke arah mereka. Di belakangnya, ada seorang wanita yang cantik bertudung.

Langkah gadis berumur 19 tahun itu terhenti betul-betul di hadapan Caden dan Jasmine.

"Assalamualaikum korang".

"Waalaikumusallam".

"Pertama sekali, Alya nak minta maaf bagi pihak mak. Mak emosi sangat, tu sebab dia cakap macam tu tadi. Alya harap, korang semua tak terasa. Alya tahu, mak sebenarnya langsung tak salahkan korang. Lain kali, korang semua datang lah melawat--". Katanya terhenti seketika tatkala air mata mulai menjengah.

Wanita di belakangnya sedaya upaya untuk menenangkan gadis muda yang baru sahaja kehilangan abang kandungnya itu.

Siapakah wanita itu?

"--melawat Abang Aidan. Alya juga nak ucapkan terima kasih dekat korang sebab sudi jaga arwah abang macam adik sendiri. Alya nak berterima kasih dekat Abang Caden sebab dah buat macam-macam kebaikan untuk kami sekeluarga. Alya pergi dulu".

Sejurus sahaja katanya tamat, langkahnya melaju meninggalkan posisi itu tanpa sempat mereka yang merespon apa-apa sekalipun.

🦋

"SIAPA perempuan yang ada dekat belakang adik arwah tadi?". Tanya Caden agak curious. Setahu dia, Aidan hanya memiliki adik perempuan dan tidak mempunyai kakak. Jadi, persoalannya, siapa perempuan itu?

Makcik? Macam muda sangat je. Kakak saudara kut. Tapi takkan lah kakak saudara sampai terkesan macam tu atas pemergiannya. Sempat Caden tatap wajah wanita itu tadi. Jelas seluruh wajahnya terutama hidung dan mata memerah akibat menangis.

"Arwah pernah cakap dekat aku yang kalau dia ikut aku ke Rusia, dia akan tinggalkan seseorang yang penting dalam hidup dia, bukan sahaja mak dengan adik dia". Melvin mulai bercerita.

He knows everything about Aidan.

"Penting?". Alex menyoal.

"Sebab perempuan tadi tu, kawan baik dia sejak daripada tingkatan 1 lagi. Diorang duduk sekampung. Diana. Nama dia, Diana. Arwah ada berjanji dekat Diana yang dia akan jumpa dengan perempuan tu bila dia dah genap 22 tahun. Maknanya, selepas 4 tahun dia pergi ke Rusia dengan aku. And yes, perjumpaan arwah dan Diana 4 tahun lepas merupakan perjumpaan terakhir mereka".

"Childhood friend?". Jasmine yang agak tertarik dengan perbualan itu, bertanya.

"Yup. Dan arwah ada cakap yang dia nak jumpa Diana minggu depan. Tepat masa hari jadi perempuan tu. Tapi...".

Mereka semua menunggu sambungan kata daripada Melvin itu.

"... tak sempat".

"Arwah tak pernah cerita pun dekat aku?". Wajah Caden berkerut.

"Sebab dia tak ada keyakinan. Kita kenal dia sebagai lelaki yang anti perempuan. Tapi hakikatnya, tak. He has someone special back in his hometown. Diana la orangnya". Melvin menjelaskan lagi. Tidak mahu ada salah faham antara mereka.

"Aidan, Aidan. You're a big boy now, huh?". Lee tersenyum sendiri di tempat duduk belakang kereta itu. Pandangannya dilemparkan ke luar tingkap. Dia betul-betul terkesan dengan pemergian salah satu sahabat karibnya itu.

🦋

"ALISA". Sebaris nama itu disebut melalui corong telefonnya. Aidan kenal Alisa, Alisa juga kenal Aidan. Jadi, fikir Melvin, gadis itu juga perlu tahu apa yang sudah terjadi.

"Vinvin? Kenapa?". Nampaknya, Bahasa Melayu Alisa sudah semakin meningkat kefasihannya. Bagus, bagus. Ada peningkatan. Ini yang kita nak.

"Aidan Hakimi. Im sure you know him very well".

"Yes, I know him! That gaming boy, right? Where is he? Can I talk to him?". Soal Alisa dengan penuh teruja.

See? Kalau sebut je pasal Aidan, semua orang teruja nak dengar khabar dia. Daripada sini, kita dapat lihat yang kehadiran arwah Aidan sememangnya  memberikan kesenangan kepada hidup mereka semua. Semua orang selesa untuk berkawan dengan lelaki itu.

"He's gone".

"Gone? Where? Is he out of Velkovace?".

"No, he's gone. To another world". Sayu sahaja suara Melvin. Lelaki itu... masih tidak dapat menerima kenyataan yang Aidan sudah tiada.

"He... died? Impossible! Saya nampak... dia healthy that day".

"He's gone, Sofia. If you want to visit his grave, you can come to Malaysia".

"I am surely will. Tunggu saya, malam ni saya naik aeroplane". Dan dengan berakhirnya kata itu, terus gagang telefon diletakkan oleh Alisa. Gadis itu berniat untuk menempah tiket penerbangan ke Malaysia pada malam ini juga. Takpun, kalau payah sangat, dia naik aje jet peribadi Keluarga Litvinenko.

Melvin yang sedang duduk di atas katil arwah Aidan itu menitiskan air matanya ke atas skrin telefon. Dia tak kuat. Dia tak kuat dengan semua ini. Dia perlukan seseorang untuk dia menangis sepuasnya. Dan orang itu ialah Alisa.

The one and only Alisa Sofia Litvinenko. His comfort. His lover.

🦋

SAMPUL surat yang agak besar itu ditenung oleh Jasmine. Dia ingat 100% yang sampul surat ini adalah pemberian daripada pembunuh Aidan. Lelaki bertopeng yang sama sekali tidak dia kenali itu.

Dia membelek-belek sampul surat yang sedikit berat itu.

"Banyak nya isi". Omelnya sendiri.

Tangannya perlahan-lahan membuka sampul surat besar bewarna coklat itu. Perasaan ingin tahu semakin membuak-buak.

Daripada semalam lagi sampul surat tu terbiar di atas meja kaca itu. Kini apabila emosinya sudah sedikit tenang, boleh lah dia lihat apa yang lelaki bertopeng itu cuba sampaikan kepadanya melalui sampul ini.

Isi-isi yang ada di dalam sampul itu dikeluarkan.

Ada sebuah pita rakaman suara, beberapa keping gambar dan sekeping nota yang mempunyai beberapa bercak bewarna merah yang Jasmine percayai adalah darah.

Hatinya terdetik untuk menekan butang on pada alat rakaman suara itu.

"I can't be with you, we aren't meant to be...".

Ayat pertama yang didengarinya. Daripada suara yang amat dia kenali. Bezanya, accent Rusia suara lelaki itu masih pekat. Namun begitu, dia masih dapat mengecam suara itu.

Suara...

🦋

Jeng, jeng, jeng...

WEY ESOK SEKOLAH DAH HUWAAA!
MALASNYAAA!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro