48- The Truth Told

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

PISTOL diangkat lurus ke hadapan wajah Lee. Terketar-ketar tangan Jasmine memegang objek hitam itu. Air suam kian turun dengan derasnya di kedua-dua pipinya.

Sakit hati, marah, dendam. Semuanya sedang mengambil tempat terdalam di hati Jasmine. Ya, dia marahkan suaminya.

Dia sudah tidak dapat menahan rasa setelah 2 hari mengetahui perkara yang sebenar. Kenyataan yang sangat perit. Dia hanya perlu menunggu masa yang benar dan tepat untuk mengonfrontasikan suaminya itu.

Dan masa itu jatuh kepada hari ini.

"Jasmine, lek arh. Kita tunggu Gil balik, kau bincang elok-elok dengan dia". Tangan Lee diangkat tinggi ke udara. Takut jikalau kepalanya berkecai terkena tembakan si wanita yang sudah kelihatan seperti singa yang mahu mengaum sahaja itu. Tidak pernah dia melihat Jasmine segarang ini.

Bila tengok perut dia yang boyot tu, nak tergelak pun ada.

"Entahnya Jasmine. Aku yakin, Gil boleh jelaskan semua tu". Pistol tadi Jasmine acukan pula ke arah Alex yang jelas kelihatan pucat mukanya itu.

"Siapa bagi dia pistol tu?". Alex bersuara, menyoal Lee. Ya, pada saat ini, tinggal Jasmine dan mereka berdua sahaja di rumah ini. Caden keluar bersama Melvin untuk ke kampung arwah Aidan. Meminta maaf kepada keluarganya. Manakala mereka berdua ditugaskan untuk menjaga Jasmine.

" Aku yang kasi SEBAB DIA YANG MINTA. Ingatkan dia nak tengok je". Lee berbisik. Panik sahaja bunyinya.

"BODOH LAH KAU NI!". Tangan yang diangkat ke atas tadi, diturunkan seketika ke atas kepala Lee. Boleh pula dia bergaduh, Jasmine tengah serius ni. Tak takut mati ke?

"SHUT UP YOU BOTH!". Bergema satu rumah mendengar tengkingan kuat lelaki yang baru sahaja tiba di rumah agam itu. Terus Jasmine berpaling ke arahnya pistol lalu diangkat tinggi tepat menyamai arah ketinggian dahi milik manusia 'kejam' bernama Caden Gilbert itu.

"Sweetheart, put down the gun. Kita bincang baik-baik, okay?". Dia cuba untuk memujuk isterinya itu.

"No! Jelaskan semuanya! Kenapa awak buat semua ni?! Kenapa awak buat Jasmina bun*h diri?! Kenapa awak kejam sangat, Caden?! Saya dengar semua jawapan daripada mulut awak sendiri!". Dengan pistol yang masih setia di tangan, Jasmine berjalan menghampirinya. Membuatkan Lee, Alex dan Melvin tanpa segan-silu mengacukan pistol ke arah wanita itu.

" Put down the guns, let me talk to her". Mengikuti arahan, serta-merta ketiga-tiga daripada pistol itu turunkan.

"Nazia, listen to me".

"DIAM!".

"Nazia sayang, kau tu tengah mengandung. Tolong jangan buat macam ni. Tak elok untuk anak-anak kita. Nanti diorang sedih tengok mommy diorang marah-marah. Kau tak kesiankan babies ke?". Suara dan pandangan mata Caden kian melembut.

Kakinya perlahan-lahan dimajukan ke arah Jasmine. Wanita itu sedikit demi sedikit mengundur ke belakang.

" Nazia, hey. Kalau kau marahkan aku sekalipun, kesiankan lah anak-anak kita. Nanti diorang stres. Kau letak pistol ni dulu, okay? Kalau kau terus pegang ni, nanti diorang takut la". Tangannya perlahan-lahan mencapai pistol hitam yang ada di tangan Jasmine itu lalu diturunkan olehnya ke sisi peha si isteri.

"Ha, macam tu la". Caden tersenyum sekilas.

"Now, kau pergi rehat dulu, tidur. Nanti kita bincang, okay? Nak aku temankan ke?".

Soalannya dibiarkan tergantung tanpa jawapan. Jasmine masih lagi memarahinya. Tidak sedikit berkurang pun rasa amarah itu. Matanya Jasmine tenung tajam, penuh dengan dendam.

Dengan tak semena-mena, pistol diangkat kembali dan dengan menggunakan bahagian belakang objek itu, Jasmine memukul kuat kepala lelaki itu sehingga dia terteleng ke tepi. Cecair pekat bewarna merah mulai mengalir deras daripada hujung dahinya. Ketiga-tiga anak buahnya jelas kelihatan terkejut separuh mati.

Ini merupakan kali pertama, Caden, dipukul sehingga cedera oleh seorang wanita.

"Puas dah? Jom tidur. You need rest, Nazia". Dia masih lagi tersenyum. Seolah tidak merasakan rasa sakit sedikitpun.

"That one for Jasmina".

PAM!

Jasmine menampar pipi kanannya pula. Terus berona merah terang pipi itu.

"And this one, for bring our children into this".

"Dah? Come on, aku temankan kau tidur". Caden cuba merangku pinggang Jasmine. Darah di hujung dahinya menitik deras ke lantai.

Jasmine masih lagi terpatung di situ.

"Babies, do you wanna go to sleep with mommy and daddy now?". Dia melekapkan telinganya ke perut Jasmine. Kemudian, kelihatan kepalanya terangguk-angguk beberapa kali.

"Jom, Nazia. Diorang cakap, diorang dah mengantuk".

🦋

"JANGAN sentuh saya, Caden". Jasmine mengalihkan tangan kasar yang memaut figuranya yang sedang berbaring di atas katil mereka itu.

"Nazia...".

"Saya tak akan pernah maafkan awak atas apa yang awak dah buat dekat arwah Jasmina. Saya TAK AKAN maafkan awak. Awak faham tak?". Jasmine menegaskan kata-katanya. Sungguh dia tidak dapat memaafkan apa yang sudah dilakukan oleh lelaki itu kepada arwah adik kembarnya.

" Understood, very much. Aku tak tahu macam mana kau dapat tahu semua tu, tapi aku nak minta satu je. Tolong, percaya kan aku. Tak semua yang kau tahu tu, betul, Nazia".

"Mana awak tahu, tak betul? Dia dah bagi semua bukti yang ada. Semua. Apa lagi yang nak awak pertahankan? Semuanya dah terang lagi kan bersuluh".

"Right... Takpela, kau tidur dulu. Aku nak keluar, ada hal dengan budak-budak tu. Sleep tight, sweetheart". Caden bangun daripada katil itu dan berdiri di hadapan Jasmine yang sedang terbaring itu.

Membuatkan wanita itu terus memusingkan badannya, tak mahu lagi melihat muka lelaki yang dipenuhi darah itu.

"Tengok la sini kejap". Bahu Jasmine ditarik lembut agar figura itu kembali menghadapnya.

"Aku sayangkan kau, Nazia. Dan aku sayangkan anak-anak kita". Itu pesan terakhirnya sebelum dia melabuhkan dua buah ciuman ke atas ubun-ubun dan perut si isteri.

Kaki lalu melangkah ke luar daripada bilik berdinding hitam itu.

🦋

"HOW the heck, Gil? Macam mana kau boleh bersabar?". Lee bertanya ketika dia sedang sibuk merawat luka di dahi Caden itu. Parah juga luka itu. Patutnya perlu dijahit.

"She's my wife and she's pregnant with my children and I love her. Thats how, aku kena bersabar. Kalau dia ikut baran dia, aku ikut baran aku, lagi teruklah keadaan nanti. Lagi susah nak selesaikan masalah.

" Dia pukul kau dengan pistol kut! Kitorang nak lawan cakap kau pun, tak berani wey". Sambung Alex. Dia lah manusia yang paling terkejut monyet sekali apabila melihat kejadian tadi.

"It's alright. Mood dia tak berapa nak stabil tu".

"Gil, dia dah tahu perkara sebenar kan?". Melvin mulai mencelah. Membuka topik yang lebih penting berbanding topik berkenaan luka di dahi Caden itu.

"Let her be. Lagipun, aku memang berniat nak bagitahu dia. There shouldn't be any secret leave between us but... dia dah dengar daripada pihak yang salah dulu".

"Habis tu, kau nak buat apa sekarang ni?". Soal Melvin.

"Suruh Aidan-". Dia menepuk mukanya sendiri seakan baru tersedar sesuatu.

Ekspresi mereka berempat juga terus bertukar. Semuanya kelihatan seperti bermuran durja.

"Maaf. Maksud aku, suruh Alex periksa macam mana Darren tu boleh edit rakaman suara dan gambar-gambar tu. And I will make the plan on how to kill, no, to torture that bastard till death".

"Copy, boss!".

🦋

Goodnight, peeps!
Enjoy the chap!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro