Part 30 🦋

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

VOTE!!

CAFE  Uwais jadi pilihan. Sebab masa dalam kereta,  Zulaikha cakap dia nak makan kek, jadi dalam fikiran aku, Cafe Uwais adalah tempat yang sesuai. Memandangkan makanan kat sana semua sedap-sedap.

Kami tiba di Cafe Uwais yang terletak tidak jauh dari butik. Aroma kopi dan bau kek yang baru dibakar menyambut kami sebaik saja melangkah masuk. Suasana di dalam kafe yang tenang dan nyaman membuatkan aku rasa sedikit lega.

"Kak Anne, jom kita duduk kat situ," kata Zulaikha sambil menunjuk ke arah meja di sudut kafe yang nampak selesa.

Aku mengangguk, dan kami berjalan menuju ke meja tersebut.

"Kak Anne nak pergi tandas jap" kata Kayla.

Zulaikha angguk kepala. Buku menu di atas meja dibuka.

Selepas dia duduk, Uwais datang untuk mengambil pesanan.

"Eh adik! Buat apa kat sini?" tanya Uwais dengan senyuman.

"Apa punya soalan lah Abang Uwais ni. Kalau dah adik datang sini mestilah nak makan," jawab Zulaikha, ketawa kecil.

"Ya tak ya jugak kan. Adik datang dengan siapa ni?" tanya Uwais sambil memandang sekeliling.

"Dengan Kak Anne," balas Zulaikha.

"Hah? Siapa tu?" tanya Uwais, masih belum kenal.

"Pekerja mummy," terang Zulaikha.

"Oh! Habistu mana dia sekarang?" Uwais bertanya lagi.

"Tandas," jawab Zulaikha ringkas.

Uwais mengangguk, memahami. "Adik nak makan apa?" tanyanya sambil bersedia mencatat order.

"Hmm, nak kek. Kek coklat dengan air lemon tea, please," Zulaikha memberitahu dengan senyuman.

"Okey, nanti abang bawakan," balas Uwais sebelum bergerak untuk menyiapkan pesanan.

Selang 5 minit, aku keluar dari tandas. Berjalan kembali menuju ke meja.

"Adik dah order?" tanya Kayla sambil menarik kerusi untuk duduk.

"Dah, tapi yang Kak Anne punya, adik tak order lagi. Adik tak tahu Kak Anne nak makan apa" balas Zulaikha.

Aku senyum padanya. "Takpe. Nanti Kak Anne order sendiri"

Uwais datang dengan membawa pesanan milik Zulaikha. Terkejut dia melihat Kayla yang sedang duduk di meja sama dengan adik kawannya itu. Kayla kenal dengan Zulaikha?

"Kayla!" Uwais memanggil.

Aku menoleh ke arah suara yang memanggil aku. Kelihatan Uwais berdiri sambil memegang dulang.

Zulaikha kerutkan dahi. Seakan cuba mengingat sesuatu. Dia macam pernah dengar nama 'Kayla' ni tapi kat mana.

"Kayla? Aku rasa macam pernah dengar tapi kat mana?" kata Zulaikha perlahan. Kerutan di dahinya jelas menunjukkan dia cuba untuk ingat.

"Uwais" Kayla tersenyum ke arah nya.

Uwais meletakkan makanan di atas meja.

"Kau datang dengan Zulaikha ke?" tanya Uwais.

Aku hanya mengangguk kepala.

"Abang Uwais.... Ni lah Kak Anne."

Jadi betul lah apa yang Uwais sangka. Kayla kenal dengan Zulaikha. Agak-agak Kayla tahu tak yang Zulaikha ni adik Zayden?

"Abang Uwais? Adik kenal ke dengan Uwais" Kayla bertanya dengan terkejut. Macam mana Zulaikha boleh kenal dengan Uwais ni. Padahal ni kali pertama Kayla bawa Zulaikha datang sini.

"Mestilah kenal. Abang Uwais kan kawan Abang Zayn"

Aku baru teringat. Zulaikha ada cakap yang dia ada abang. Jadi Zulaikha ni adik Zayden lah? Kenapa lah aku tak perasan ni. Dah kalau Zulaikha dengan Zayden ni anak Puan Sri mesti lah mereka berdua adik beradik. Bodoh lah kau ni Kayla. Patutlah Zulaikha kenal Uwais.

Lama aku diam. Terjerat dalam dunia aku sendiri. Fikiran berkecamuk dengan pelbagai soalan dan perasaan yang sukar untuk diungkapkan.

"Kenapa Kak Anne tanya?" Zulaikha bertanya sedari tadi lah dia perasan Kayla hanga diam membisu.

"Err... tak ada apa-apa lah." Kayla menjawab, cuba tersenyum untuk menenangkan keadaan.

"Ni makanan adik." kata Uwais sambil meletakkan pesanan Zulaikha.

"Kau nak makan apa?" tanya Uwais.

"Macam biasa lah" jawab Kayla sambil tersenyum kecil.

Uwais mengangguk dan berlalu untuk menyiapkan pesanan. Sementara itu, aku cuba menenangkan hati dan fikiran. Keadaan jadi lebih rumit daripada yang aku sangka. Aku cuba untuk menjauh dari lelaki itu tapi malah membuat aku makin dekat dengan dia.



"Hah? Kau biar betul?" terkejut Aisya dengar apabila Kayla mengatakan yang dia pekerja di butik milik keluarga Zayden.

"Dahtu takkan aku nak tipu kau. Aku pun baru tahu. Kalau aku tahu tu butik mummy dia takde lah aku nak minta kerja kat situ." jawab Kayla dengan nada lemah.

"Itulah kau, asal kau tak check betul-betul dulu sebelum minta kerja?" soal Aisyah.

"Ish, mana lah aku tahu. Dah time tu aku tengah cari kerja, lepastu butik tu pun tengah cari pekerja, tak cakap banyak memang aku setuju lah. Siapa je taknak kerja kat butik tu. Cer kau bgitahu aku" Kayla menjawab kuat.

Aisya menggeleng kepala, sambil tersenyum simpati. "Memang nasib kau lah tu. Tapi takpe lah, kau dah kerja kat situ pun. Lagipun, bukan senang nak dapat kerja bagus macam tu."

Aku menghela nafas panjang. "Ya, aku tahu. Cuma aku tak sangka semua ni boleh jadi macam ni. Aku betul-betul tak tahu apa nak buat sekarang."

Aisya meletakkan tangan di bahu aku cuba memberi semangat. "Kau kena kuat, Kayla. Ini mungkin ujian untuk kau. Lagipun, sampai bila kau nak lari dari Zayden? Kau tengoklah sejauh mana kau cuba nak lari, tapi last-last kau sendiri yang mendekat."

Aku mengangguk perlahan, tahu Aisya betul. "Ya, aku tahu. Tapi aku tak boleh. Setiap kali aku tengok muka Zayden, aku akan ingat semua kata-kata dia. Aku akan ingat betapa bodohnya aku dulu."

Aisya memandang aku "Kayla, kita semua buat kesilapan. Yang penting sekarang, kau kena belajar untuk memaafkan diri sendiri dan orang yang menyakiti kau. Ustaz Hanan Attaki ada cakap : Kamu memaafkan orang yang telah menghancurkan hatimu dan memilih untuk damai dengan rasa sakitnya saja, kamu pemenangnya"

Kayla terdiam sejenak, merenung kata-kata Aisya. "Aku cuba, Aisya. Tapi susah. Betul-betul susah. Kalaupun aku dah maafkan dia, tapi aku tak boleh nak lupakan apa yang dia buat. Aku perlu masa, Isya."

"Tak apa. Ambil masa kau. Kau boleh buat ni," kata Aisya , cuba memberi semangat kepada Kayla.

Aku  menarik nafas dalam-dalam dan mengangguk. "Terima kasih, Isya. Aku hargai sangat sokongan kau."

"Sama-sama, Kayla. Aku sentiasa ada untuk kau," balas Aisya sambil tersenyum, memberi pelukan erat kepada sahabat baiknya.

"Tapi kan bila difikir-fikir balik, aku rasa kau dengan dia ni ada jodoh lah," kata Aisyah, senyum nakal terukir di wajahnya.

"Dah mula dah kau ni. Apa yang membuatkan kau rasa aku dengan dia ni ada jodoh?" balas Kayla, mengangkat kening.

"Yalah, kau tengok lah. Dah lebih dua bulan kau hilang, tak ganggu dia. Dia pun aku tengok macam kucing hilang anak dah. Cari kau merata-rata. Kadang aku pula rimas dengan dia. Tak habis-habis tanya aku, kau pergi mana, kau sihat tak, kau buat apa. Tapi last-last kau ada je dekat dengan dia, malah kau kerja dengan mummy dia. Jodoh tu kan. Kalau dah jodoh tak ke mana. Kau pergi sejauh mana pun, tetap berjumpa," terang Aisyah panjang lebar.

"Banyak lah kau punya jodoh. Tak habis-habis lagi kau buat andaian," kata Kayla sambil menggeleng kepala.

"Eh kau jangan lupa Kayla. Mulut aku ni masin tau. Kau tak ingat ke dulu masa aku cakap yang jangan sampai dia rimas dengan kau, lepastu benda tu jadi kan. Kedua, aku ada cakap yang nanti dia akan menyesal sebab buat kau. Dan kau tengok sekarang ni, dia betul-betul dah menyesal kan. Jadi, aku rasa kali ni pun mulut aku masin," ujar Aisyah sambil ketawa kecil.

Aku mula memikirkan kata-kata Aisyah. Walaupun aku cuba menafikannya, ada kebenaran dalam apa yang dia cakap. Zayden memang kelihatan seperti mencari aku dan cuba untuk membetulkan kesilapannya. Tapi, adakah itu cukup untuk mengubah segala-galanya?

"Ish kau ni percaya lah benda karut macam tu. Tu cuma kebetulan je lah. Tak payah nak percaya sangat. Mentang-mentang lah apa yang kau cakap tu jadi, terus kau percaya." nafi Kayla walaupun hatinya mula percaya tetapi dia memilih untuk menafikan.

"Kebetulan apa macam tu? Kalau kebetulan ni berlaku sekali je tapi ni banyak kali tau. Kalau kau tak percaya sudah."

"Entahlah, Isya. Aku tak pasti. Mungkin kau betul, mungkin juga tidak. Tapi untuk sekarang, aku rasa aku perlukan masa untuk fikirkan semua ni," kata Kayla merenung jauh.

"Tak apa, Kayla. Ambil masa kau. Yang penting, jangan tutup hati kau. Kau kena bagi peluang pada diri sendiri dan juga pada Zayden," balas Aisyah dengan lembut, memberi semangat untuk aku teruskan langkah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro