Part 31 🦋

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

VOTE DEARKU SEKALIAN 😘


PAGI-pagi lagi Zayden sudah tercongak depan pintu butik Mummynya, menunggu Kayla. Dia takkan pernah mengalah walaupun gadis tu benci kan dia. Dia tekad untuk bercakap dengan gadis itu hari ini.

Aku tiba di butik dengan langkah lemah. Aku tak sangka lelaki ni akan datang butik pagi-pagi macam ni.

"Aduh dia ni lagi. Tak habis-habis lagi ke?" rungut aku dalam hati.

Namun, hati aku berdebar-debar apabila melihat kelibat lelaki itu depan butik. Tapi aku cuba untuk mengabaikannnya. Jual mahal.

"Kayla" panggil Zayden dengan suara lembut.

Aku terus berjalan, buat-buat tak dengar. Buat macam tak nampak dia, seolah-olah dia tidak pernah wujud. Sama macam dia buat aku dulu. Aku pura-pura sibuk mencari kunci dalam beg tangan, berharap Zayden akan menyerah dan pergi.

"Kayla" panggil Zayden lagi, kali ni lebih kuat.

Apa dia ingat aku ni pekak ke?

Aku berhenti sejenak, tetapi masih membelakangi dia.

"Apa lagi yang dia nak?" fikir aku sambil menahan rasa ingin tahu yang semakin memuncak. Tapi aku cuba untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi walaupun hati semakin berdebar-debar.

"Kayla, please" rayu Zayden.

Akhirnya aku memberanikan diri memandang wajahnya.

"Encik Zayn, nak apa? Pagi-pagi dah tercongak depan butik ni." tanya aku dengan dingin.

"Saya datang nak jumpa awak lah" balas Zayden lembut.

"Buat apa nak jumpa saya? Saya rasa antara kita tak ada apa-apa pun sebab untuk berjumpa" Aku hanya tayang muka biasa.

"Saya nak minta maaf dengan awak. Tolong dengar saya sekejap je" rayu Zayden lagi.

"Encik Zayn, sebenarnya saya tak faham apa maksud Encik. Kenapa Encik minta maaf dengan saya? Tapi tengok cara encik minta maaf ni, macam kita berdua ni pernah kenal dulu walaupun hakikatnya ni kali pertama saya jumpa dengan Encik. Eh tak kali ketiga. Pertama saya jumpa masa Puan Sri kenalkan encik pada saya, Kedua masa encik datang butik haritu dan ketiga hari ini. Kita pernah kenal ke?" Lama aku pandang muka lelaki tu tanpa senyuman. Jari ku diangkat menjadi angka tiga.

Zayden menayangkan riak kecewa. Pandangan nya penuh dengan kesayuan.

"Jangan buat-buat macam tak kenal saya, Kayla. Saya tahu awak sengajakan. Awak pura-pura tak kenal saya padahal awak tahu siapa saya."

"Oh really? Do i know you?" sinis sahaja aku bersuara sambil menjongket kening.

"Yes! I'm your Zayn Zayden."

"My Zayn Zayden?"  soal aku sinis, tak percaya dengan apa yang lelaki itu katakan.

"Yes, Kayla" laju Zayden mengangguk.

"Dah lah Encik. Saya taknak dengar lagi apa-apa dari mulut Encik. Tolong stop ganggu saya. Lagi pun saya dah cakap hari tu, tak ada benda yang nak dibincangkan. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya nak masuk ni."

Aku berura-ura buka langkah untuk masuk. Namun langkah aku mati seketika apabila dia bersuara.

"Awak bencikan saya ke, Kayla? Awak menyesal ke kenal saya?" Berat Zayden ingin bersuara sebenarnya, tapi dia inginkan jawapan dari gadis itu.

Sepi! Tiada balasan dari gadis itu.

"Ya, saya benci encik Zayn. Benci saya ni sampai saya tak boleh nak tengok muka Encik. Bila saya tengok muka Encik, hati saya sakit. Encik jangan ingat saya ni lupa apa yang encik cakap kat saya dulu. Dan andai masa boleh berputar, saya tak nak pun kenal dengan Encik. Sakit yang encik bagi kat saya buat saya menyesal sangat-sangat bila kenal dengan Encik. Saya lah perempuan paling bodoh dulu. Perempuan yang terhegeh-hegeh kat orang tak sudi. Perempuan yang desperate. Tu yang Encik kata kat saya kan." kata Kayla sambil menyeka air matanya. Tajam matanya merenung wajah lelaki itu.

Akhirnya apa yang aku rasa selama ni terluah juga. Aku lepas semua rasa sakit aku depan dia. Biar dia tahu apa yang aku rasa.

"Kayla... saya...." suara Zayden bergetar halus. Wajah Kayla yang menangis meruntun jiwanya. Betapa kejam kata-katanya yang dilontarkan pada gadis itu dulu.

Betul lah orang kata, terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak kata buruk padahnya.

Sampai ke saat ini aku masih ingat dan takkan pernah lupa kata-kata Zayden. Riak wajah Zayden tika itu, menunjukkan yang kata-kata itu memang lahir dari hatinya bukan hanya di bibir saja.

Kenapa Zayden perlu kembali disaat aku sedang berdamai dengan takdir.?

Kenapa dia hadir disaat aku mula melupakan dia?

"Saya minta maaf" tersekat-sekat suara Zayden menahan rasa di dadanya.

"Maaf untuk apa, Encik Zayn? Saya rasa encik tak ada buat salah dengan saya" balas aku secara sarkastik.

"Kayla..."

"Stop panggil saya, Kayla. Nama saya Anne,  bukan Kayla." laju aku mencelah.

Aku tak suka lelaki tu panggil aku Kayla. Bagi aku Kayla dah lama mati. Sekarang ni aku adalah Anne bukan Kayla.

"No! Awak tetap Kayla." Zayden keraskan pendiriannya.

Aku mendengus.

"Suka hati Encik Zayn lah. Tak guna saya bercakap dengan orang tak faham bahasa macam Encik ni."

Stepek aku bagi. Zayden ni tak faham ke? Entah berapa kali aku pesan, jangan panggil nama Kayla tapi panggil juga.

Ada juga yang kena ni karang. Apa dia ingat aku ni tak berani ke?

"Awak cakap lah apa sekali pun, saya tak kisah. Awak nak marah saya ke, nak tengking saya ke, nak buat-buat tak kenal saya ke, saya tak kisah. Kalau dengan semua tu boleh buat awak maafkan saya, saya sanggup hadap. Apa lah sangat yang awak buat ni dengan apa yang saya cakap dulu dekat awak. Satu je saya nak awak tahu, yang saya sayang awak. Saya suka awak dah lama." Zayden tidak peduli dengan apa yang dikatakan oleh gadis itu. Yang dia mahukan hanya kemaafan.

"Tak malu ke jilat ludah balik? Hari tu bukan main beria cakap tak suka dan takkan pernah suka. Hari ni tetiba datang cakap macam ni. Lawak antarabangsa apa yang Encik Zayn buat ni?" Aku membalas dengan sindiran tajam, mataku memandang Zayden dengan penuh sinis.

Zayden menelan liur, namun dia tidak berganjak. "Saya tak malu, Kayla. Saya tahu saya salah dulu. I know i made a mistake before when i let my ego get in the way of our love. I realize now how much i truly care for you and i'm sorry for how i acted. Please give me a chance to show that i  love you completely and unconditionally"

Aku terdiam seketika mendengar bicara Zayden. Apa sekarang ni dia tengah luah perasaan dia kat aku? Siap cakap I love lagi. Hati aku mula terusik. Tapi aku tepis dengan laju. Tak kau tak boleh cair dengan kata lelaki itu. Semua itu hanya dusta! Aku tidak mahu menunjukkan betapa kata-kata Zayden menggoyahkan hatiku yang selama ini cuba aku pertahankan.

"Kalau dulu Encik Zayn tak mampu jaga hati saya sekalipun, cukup lah sekadar pandai menjaga kata-kata, kerna kata-kata itu yang telah meranapkan segala harapan dan kepercayaan saya pada Encik." Aku berhenti sejenak, memandang Zayden dengan mata yang penuh luka.

"Setiap patah perkataan yang Encik ucapkan dulu masih terngiang-ngiang dalam kepala saya. Encik mungkin boleh lupakan, tapi saya, saya takkan pernah lupa."

Zayden terdiam, kata-kata Kayla menyentak hatinya. Dia tahu kata-katanya dulu telah melukai Kayla dengan teruk, dan kini dia terpaksa menanggung akibatnya. "Kayla, saya tak ada alasan untuk apa yang saya dah buat. Saya hanya boleh minta maaf. Saya betul-betul menyesal dan sedar betapa bodohnya saya."

Aku menggelengkan kepala perlahan, rasa pahit di hati semakin menebal.

"Minta maaf?  Senang kan, buat salah minta maaf. Terlalu murah perkataan maaf sekarang ni sampaikan susah nak percaya. Awak ingat senang ke nak maafkan? Awak ingat senang ke nak lupakan apa yang awak cakap dulu? Setiap kali saya ingat balik, hati saya sakit, Zayden. Sakit sangat. Sesetengah luka takkan sembuh hanya dengan maaf, Zayden. Sesetengah kesakitan akan kekal selama-lamanya, tak kira berapa kali awak ucapkan maaf." Aku bersuara, suara mula bergetar dengan emosi.

Zayden mendekatkan diri, tetapi tidak terlalu dekat untuk membuat Kayla merasa tidak selesa. "Saya faham kalau awak tak boleh maafkan saya sekarang, atau mungkin takkan pernah. Tapi saya takkan berhenti cuba. Saya akan buat apa saja untuk buktikan yang saya ikhlas, Kayla."

Aku  memandang Zayden dengan mata yang masih berkaca, namun dia berusaha mengawal perasaannya. "Awak buat apa yang awak rasa perlu, Zayden. Tapi jangan berharap saya akan mudah lupa atau memaafkan awak. Luka ni terlalu dalam."

Zayden mengangguk, menghormati keputusan Kayla, walaupun hatinya berat menerima. "Saya faham, Kayla. Saya akan tunggu. Saya cuma harap satu hari nanti, awak akan beri saya peluang untuk tebus kesilapan saya."

Aku memandang ke arah lain, cuba menenangkan diri. "Kita tengoklah nanti. Buat masa sekarang, saya cuma nak ruang. Tolong, Zayden, bagi saya masa. Dan tolong jangan ganggu saya lagi."

Zayden mengangguk lagi, kali ini dengan lebih berat hati. "Saya akan beri awak masa, Kayla. Sebanyak mana yang awak perlukan."

Dengan itu, Zayden melangkah pergi, membiarkan Kayla sendirian dengan perasaan yang masih bergolak di dalam hati. Meskipun masih ada kemarahan dan kekecewaan, di sudut kecil hatinya, Kayla tahu Zayden benar-benar menyesal. Tapi untuk mempercayai dan memaafkan, itu memerlukan lebih daripada sekadar kata-kata.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro