Part 32 🦋

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SAYANGKU VOTE LAH 🫶🏻



INGATKAN bila cakap macam tu lelaki itu faham. Tengok gaya ni memang betul-betul tak faham bahasa. Orang dah cakap kan jangan ganggu, tapi tetap nak ganggu. Macam sekarang ni, boleh pula dia ganggu aku. Nak buat kerja pun tak senang. Nak marah tapi ni butik mummy dia sendiri. Nak halau aku tak ada hak. Nak taknak memang kena terima je lah.

Rasa macam gerak geri aku diperhatikan. Rasa terganggu seolah-olah butik ni terasa sempit dengan kehadiran lelaki itu.

Sedang aku fokus dengan kerja, tiba-tiba aku terdengar suara Zayden yang sangat dekat dengan aku.

"Nak saya tolong?" soal Zayden.

Aku terkejut dan menoleh, hanya untuk melihat Zayden berdiri betul-betul di belakang aku. Rapat sangat, sampai buat aku rasa tak selesa. Bila masa lah lelaki ni ada kat belakang aku, tadi aku rasa elok je dia main telefon atas sofa.

Aku segera menjauh. "Awak tak faham bahasa ke? Saya dah cakapkan yang saya perlukan ruang. Tolong lah jangan ganggu saya. Nak buat kerja pun tak senang."

Zayden angkat tangan, nampak sedikit kesal. "I'm sorry. Saya cuma nak tolong awak."

"Terima kasih je lah. Saya tak perlu pun."

"Kalau macam tu tak apa lah. Nanti kalau nak minta tolong apa-apa panggil je saya" balas Zayden seraya memusingkan badan untuk kembali duduk di atas sofa.

"Awak nak apa sebenarnya, Zayden?" Kayla akhirnya bertanya dengan nada yang dingin, tidak dapat menahan rasa geram.

Zayden berhenti sejenak dan menatap Kayla dengan serius. "Saya nak peluang kedua. Dan yang paling penting saya nak awak."

Aku merenung Zayden, rasa tak percaya dengan apa yang baru didengarnya. "Peluang kedua? Awak rasa macam mana saya nak bagi peluang kedua bila awak dah buat macam-macam kat saya?"

Zayden menghela nafas. "Saya tahu saya buat banyak salah. Tapi saya betul-betul nak betulkan semuanya. Saya dah sedar betapa pentingnya awak dalam hidup saya."

Aku menggigit bibir, marah dan sedih bercampur. "Susah sebenarnya nak percaya kata-kata lelaki ni lebih-lebih lagi awak. Lelaki ni mulut je manis tapi kata-kata tak selari pun dengan tindakan."

Zayden menatap Kayla dengan penuh rasa. "Saya tahu Kayla. Dan saya tak salahkan awak. Tapi kali ni, saya betul-betul serius. Dulu saya bodoh sebab tak hargai awak sekarang saya taknak lagi jadi bodoh."

Aku masih ragu, hati aku mula cair dengan kata-kata dia tapi aku taknak tunjuk sangat yang aku ni lemah. Mudah sangat cair dengan dia.

"Memang pun. Dan sekarang ni saya yang taknak jadi perempuan bodoh lagi. Cukup-cukup lah dulu saya bodoh. So, please stop ganggu saya. Saya taknak ada apa-apa kaitan lagi dengan awak. No second chance" kata aku tegas.

"Tak! Saya takkan berhenti ganggu awak. Saya akan buat apa yang awak buat kat saya dulu. Dulu saya pernah cakap kat awak jangan ganggu saya tapi awak still ganggu kan. So kenapa pula saya perlu dengar cakap awak?" balas Zayden selamba.

Aku terkejut dengan jawapan Zayden yang tak dijangka. "Apa maksud awak? Awak ingat dengan buat macam ni, awak boleh ubah fikiran saya?"

Zayden tersenyum, ada nada kesungguhan dalam suaranya. "Mungkin tak sekarang, tapi saya akan terus berusaha. Saya takkan berhenti sampai awak betul-betul beri peluang kedua. Saya tahu saya buat silap dulu, tapi saya nak betulkan semuanya."

Aku lepaskan keluhan. Tak tahu pula lelaki ni keras kepala macam ni. Degil betul. Nak ikut kepala dia je.

"Suka hati awak lah. Cakap dengan awak bukan ye awak faham. Dah jangan ganggu saya. Saya banyak kerja ni. Karang mummy awak marah saya."

"Takkan lah mummy nak marah bakal menantu dia pula" balas Zayden sambil tersenyum.

"Ha apadia?"

"Err... tak ada apa-apa lah. Awak buat lah kerja tu, saya tak ganggu pun, saya cuma nak tengok awak."

"Awak tak ada kerja ke kat office? Tak ada orang marah ke kalau awak tak masuk office?" soal Kayla.

"Siapa yang berani nak marah saya? Saya kan bos jadi tak ada orang yang nak marah saya kalau saya tak masuk." Zayden menjawab dengan selamba.

"Yalah-yalah. Kalau awak taknak saya halau awak, awak pergi duduk kat sofa tu diam-diam. Jangan nak kacau saya." kata aku sambil menjeling ke arah Zayden.

Zayden senyum. "Okay, saya dengar cakap awak. Tapi janji, lepas ni kita sambung balik tau"

Aku mengeluh kecil, malas nak layan sangat. "Tengok lah nanti, kalau saya ada masa"

Zayden berjalan kembali ke arah sofa lalu duduk. Dia menghadiahkan senyuman nya kepada Kayla.

Aku hanya menayangkan jelingan maut ke arah Zayden, walaupun sebenarnya organ dalam aku macam nak pecah sebab tak selesa dengan situasi ni. Hati berdebar, tapi aku cuba juga untuk kekal cool depan dia. Tak boleh tunjuk aku lemah. Tak boleh bagi dia tahu yang sebenarnya aku masih tak kebal dengan dia.

Sebab setiap kali tengok senyuman dia, hati aku jadi tak keruan. Tapi tak boleh, aku kena kuat. Aku tak boleh biarkan perasaan lama tu datang balik. Biar lah dia buat apa pun, aku tetap kena tahan diri dari terpengaruh dengan semua ni.




"Puan Sri ada nak saya beli apa-apa ke? Saya nak keluar beli makanan ni." tanya aku sambil mencapai purse miliknya.

"Tak ada. Awak beli untuk awak je lah. Saya dah makan tadi masa keluar dengan client." balas Puan Sri Zahra lembut.

Aku mengangguk kepala.

"Kalau macam tu saya pergi dulu ya."

Baru sahaja aku nak buka langkah, tiba suara Puan Sri kembali kedengaran.

"Hah Zayn ni taknak keluar makan ke? Pergi lah makan dengan Anne tu. Alang-alang boleh temankan dia. Boleh kan, Anne?"

Belum sempat aku ingin membalas, laju Zayden bercakap.

"Okay, mummy"

Aku memandang Zayden dengan tatapan tajam. Pandai betul dia ambil peluang. Aku ni bukan main tadi buat-buat seolah-olah dia tak wujud. Tapi sekarang? Orang cakap lah macam ni 'tak apa lah mummy, Zayn dah kenyang takpun Zayn ada kerja mummy tak dapat nak teman Anne. Ni tak selamba je jawab 'okay mummy'

Nak menolak tapi tak berani. Jadi, nak taknak mampu terima je lah.

Aku hadiahkan senyuman yang dibuat-buat.

"Boleh Puan Sri."

Aku dapat melihat Zayden tersenyum lebar. Menyampah pula aku tengok. Suka lah tu.

"Zayn pergi dulu ya mummy" pinta Zayden.

Puan Sri Zahra mengangguk kepala.

Aku mula mengikut Zayden dari belakang dengan langkah yang berat. Sampai di kereta, belum sempat aku nak buka pintu sendiri, Zayden dah tolong bukakan pintu untuk aku.

Aku pandang dia, cuba nak baca apa niat dia sebenarnya tapi Zayden hanya tersenyum dan buat isyarat suruh aku masuk.

"Tak payah lah sampai nak bukakan pintu sekali. Saya bukan nya tak ada tangan." kata aku perlahan.

"Takpe, saya nak buat jugak," jawab Zayden, masih dengan senyuman yang tak luntur dari wajah dia.

Aku duduk dalam kereta, tapi hati aku berdebar lain macam. Ini pertama kali aku naik kereta dengan dia.

Zayden tutup pintu dengan perlahan sebelum dia masuk ke tempat pemandu. Tanpa banyak cakap, dia hidupkan enjin dan mula memandu.

Suasana dalam kereta menjadi sunyi. Aku cuma tengok luar tingkap , cuba tenangkan diri tapi fikiran aku sibuk memikirkan apa yang sebenarnya ada dalam kepala Zayden sekarang ini.

"Kayla..." suaranya tiba-tiba memecahkan kesunyian.
"Terima kasih sebab bagi saya peluang ni"

Aku toleh perlahan ke arah dia. "Peluang apa?"

"Bila masa aku bagi peluang? Aku setuju nak keluar dengan dia pun sebab Puan Sri je. Kalau tak, tak hingin aku." gumam aku dalam hati.

"Peluang untuk buktikan yang saya ni serius. Yang saya ni tak main-main dengan perasaan ni. Saya janji saya akan buktikan. A true man is a good as his word. A true man never goes back on his word."

Aku menelan air liur. Kenapa dia buat aku rasa macam ni? Tapi sebelum aku sempat nak balas, Zayden sambung. "Saya tahu awak masih marahkan saya. Saya tahu awak mungkin takkan percaya. Tapi saya takkan putus asa. Saya akan terus cuba sampai awak percaya yang saya ni betul-betul serius dan ikhlas"

Aku hanya diam. Apa lagi yang boleh aku cakap? Kata-kata Zayden tadi tu seolah-olah ada satu kuasa yang buat aku rasa lemah. Aku masih keliru dengan perasaan sendiri. Nak percaya ke tak? Nak maafkan ke tak? Macam-macam persoalan bermain dalam kepala.

Kereta terus meluncur laju, menuju entah ke mana. Aku sendiri tak tanya Zayden nak bawa aku ke mana. Mungkin sebab aku masih sibuk dengan perasaan sendiri.

"Kayla, saya tak nak awak rasa terseksa lagi. Apa yang berlaku antara kita sebelum ni, saya tahu semuanya salah saya. Tapi saya tak boleh ubah masa lepas. Apa yang saya boleh buat sekarang cuma pastikan yang masa depan kita lebih baik. Kalau awak bagi saya peluang tu, saya janji saya takkan sia-siakan." Zayden berkata dengan nada penuh harapan.

Aku pandang dia dengan rasa yang sukar nak diterjemahkan. Dia nampak sungguh-sungguh, tapi hati aku masih ada luka yang belum sembuh. Aku tarik nafas dalam-dalam, cuba tenangkan diri.

"Zayden, saya tak tahu lagi macam mana nak hadap semua ni. Awak cakap senang, tapi saya yang kena tanggung semua perasaan ni. Jadi, tolong jangan paksa saya. Bagi saya masa," jawab aku perlahan, mata akj kembali menatap jalan di luar tingkap.

Zayden mengangguk perlahan. "Okay. Saya faham. Saya takkan paksa awak. Saya akan bagi awak masa, sebanyak mana yang awak nak. Tapi saya akan tetap ada kat sini, tunggu awak."

Aku hanya mampu tersenyum kelat, tak tahu nak cakap apa lagi. Sebahagian dari diri aku rasa lega, tapi sebahagian lagi masih berperang dengan perasaan yang tak menentu. Perjalanan dalam kereta terus sunyi selepas tu, masing-masing sibuk dengan fikiran sendiri.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro