Spirit 53-Impossible

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bunyi langkah dua orang manusia terhenti apabila memasuki sebuah bilik yang dipenuhi dengan alatan yang canggih.

Para saintis yang berada dalam bilik tersebut menunduk hormat kepada Otto.

Tumpuan Otto hanya tertumpu kepada sesuatu sahaja,iaitu tabung ujikaji besar yang berada di hadapannya.

Dalam tabung uji tersebut,ada badan manusia,perempuan.

"....adakah ini...?",kata Otto dengan suara yang perlahan.

Mizuki yang berada di belakang Otto,gadis itu mengangguk kepalanya.

"Ya.Ianya adalah klon manusia",kata Mizuki.

"Ianya...klon Sara....adakah ini bermakna...Sara dah dihidupkan semula..?",soal Otto dengan suara yang terketar.

".....ianya memang klon Sara....tetapi hanya badan sahaja...",kata Mizuki.

DONG!

Tubuh Mizuki melanggar salah satu mesin yang berada dalam bilik tersebut.Para saintis berundur jauh dari mereka berdua.

Otto memandang Mizuki dengan pandangan yang tajam.Tangan kanannya mencekik kuat leher Mizuki.

"Hanya badan?!Hanya badan?!Badan sahaja?!Apa gunanya kalau kau berjaya cipta badannya semula,tetapi ia tak ada roh Sara?!",jerit Otto.Aura membunuh Otto muncul.

"Argh...ah...maafkan saya...tetapi...memang mustahil...untuk roh Sara...berada dalam klon tersebut...",kata Mizuki,dengan suara yang tersekat.Gadis itu sesak nafas.

Mendengar apa Mizuki katakan,Otto mencekik leher gadis tersebut dengan lebih kuat,dan mengangkat badannya,membuatkan kaki Mizuki tidak menjejak lantai.

"Mustahil kau kata?!Mustahil?!Jadi,adakah itu bermakna,YANG KAU TAKKAN DAPAT HIDUPKAN SARA?!Kalau macam tu...lebih baik kau mati sahaja!",kata Otto.

"Hargh..!Hah...ah..!",Mizuki semakin tidak merasai oksigen.Air liur mengalir dari mulutnya.

Para saintis pula hanya mendiamkan diri,kalau cuba menghalang,hilang kepalalah jawabnya.

Kedua tangannya menggeletar,cuba memegang tangan Otto.Namun,pandangan matanya semakin kabur.

"Tu...tuanku....",Mizuki berkata dengan suara yang sangat perlahan.

Kesedarannya semakin hilang.

Secara tetiba,seseorang mengenggam tangan Otto yang mencekik leher Mizuki dengan kuat.

Otto memandang ke arah orang yang menggengam tangannya.

"Kenapa kau halang aku?!",soal Otto kepada lelaki misteri tersebut.

"Cukup.Lebih baik kau lepaskan sahaja gadis ini.Bukankah dia salah seorang Bloody Clan,pasukan terkuat yang kau ada?Kehilangan dia pasti akan buatkan kekuatan tentera kau berkurang",kata lelaki tersebut.

"Heh,lepaskan?Lebih baik dia mati sahaja!",kata Otto.

"Kalau dia mati,kau takkan dapat tahu sebab kenapa mustahil untuk roh gadis yang kau nak hidupkan semula itu berada dalam klon ini.Lagipun,dia masih tak habis bercakap",kata lelaki tersebut.

Mendengar apa lelaki itu katakan,kemarahan Otto mereda.

"Hm,fine!",kata Otto.

Tangannya yang mencekik leher Mizuki dilepaskan.Badan gadis itu jatuh tersungkur atas lantai.Dia terbatuk.

"Koff...!Koff!Hah..hah..hah...",Mizuki mengambil nafas.Lehernya disentuh.Kesakitan di lehernya masih dapat dirasai.

"Sekarang,beritahu kenapa ianya mustahil",kata Otto mencengkam rambut Mizuki.

"Ergh...!Ianya kerana...seperti yang tuanku tahu...roh Sara berada dalam badan Crystal...kerana itulah...ianya mustahil",kata Mizuki dengan suara yang terketar.

Sudahlah dia baru sahaja kena cekik dan hampir mati,sekarang rambutnya ditarik pula!

Otto memandang lama wajah Mizuki.Wajah Mizuki jelas menunjukkan dia kesakitan dengan air matanya mengalir.

"Sudah!Kamu semua boleh pergi,termasuk kau,perempuan!",kata Otto lalu melempar gadis itu ke pintu.

"Argh!",gadis itu terjerit kesakitan apabila kepalanya melanggar pintu yang diperbuat dari besi tersebut dengan kuat.

"Okey.Jadi aku pergi-",belum habis lelaki itu bercakap,Otto mencelah.

"Kau,duduk sini",kata Otto.Lelaki itu memuncungkan mulutnya.

Setelah yang lain meninggalkan bilik tersebut,

"Jadi,kau rasa macam mana nak buat roh Sara ada dalam badan klon ini?",soal Otto.

"Huh?Kenapa kau tanya aku?",soal lelaki itu.

"Kalau aku tanya perempuan tu,buat aku rasa geram!",kata Otto.

Lelaki itu mengeluh.

"Haih,haih~baiklah,aku akan beritahu.Mungkin boleh melalui Pemindahan Roh",kata lelaki tersebut.

"Pemindahan Roh?",soal Otto.

"Ya.Memindahkan roh...entah apa namanya,yang berada dalam badan bekas puteri Alveon itu ke klon ini.Tetapi masalahannya,Pemindahan Roh,tiada sesiapa yang berjaya lakukan",kata lelaki tersebut.

Otto mengetap giginya.

"Urgh!Jadi...macam mana aku nak hidupkan dia semula?!",soal Otto.

"Manalah aku tahu~baiklah,aku nak pergi dari sini.Bye",kata lelaki tersebut lalu berjalan keluar dari bilik tersebut.

Otto mengetap giginya.Dia rasa geram sangat.Usahanya untuk menghidupkan Sara semula seperti sia-sia sahaja!

Wajah Sara yang tersenyum manis muncul dalam mindanya.

"Tunggu sahajalah Sara...aku pasti akan buatkan kau hidup dengan aku...selamanya",kata Otto dengan tersenyum,sebelum ketawa.

----------------------------

Penjara bawah tanah

Matanya yang ditutup itu dibuka secara perlahan-lahan.

"......hanya ada 5 hari sahaja lagi,sebelum peperangan...",kata Sara.

"Aku harap....mereka buat persediaan sepenuhnya"











Assalamualaikum^^!

Kepada para reader yang disayangi kerana setia membaca cerita saya yang biasa sahaja ini....

Saya bercadang ingin menukar cover story.Ah,bukan cover yang akak Crystal buat ni tak cantik!Ianya sangat cantik!

Cuma,macam saja-saja nak tukar jer...lagipun dah 6 bulan buku ini ditulis.

Jadi,saya minta supaya para reader,yang tak keberatan untuk buat cover.Korang nak guna gambar apa pun tak kisah^^Saya bagi kebebasan.

Tapi kalau gambar 18+,saya akan block korang terus.SERIUS

Kalau korang dah buat,tapi tak tahu macam mana nak bagi saya,letak jer cover tu dalam mana-mana buku korang,dan tag username saya.

Saya akan ambil cover tersebut.Kalau yang ada nombor telefon saya,hantar melalui whatsapp sahaja.

Saya takkan bagi nombor telefon saya dah kepada sesiapa.

Terima kasih^^



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro