Spirit 54-2 Days More!

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BOSH!BOSH!

Api biru yang melingkari Zara terpadam.Nuriah yang terapung di atas,terkejut.

"Huh?Kau berjaya padamkannya?",soal Nuriah lalu melompat ke bawah.

Gadis kecil itu mendarat dengan selamat.

"Hah...hah...ya...",kata Zara.Gadis itu mengelap peluh di mukanya dengan belakang tapak tangan kanannya.

Dia berpeluh satu badan.Nanti..?Itu bukan peluh,tapi air!

"Sekejap....!Kau berpeluh ke badan kau basah?",soal Nuriah

"Urm....dua-dua...?",kata Zara.

"Argh..biarlah....pergi keringkan badan kau tu cepat.Kau boleh berehat atau buat apa kau nak",kata Nuriah lalu menghulurkan kad kuasa Zara yang berada di simpannya sepanjang Zara menjalankan latihan.

Zara mengangguk lalu turun dari gelanggang.Nuriah memegang dagunya.

"Hm...macam mana dia boleh padamkan api biru aku...?Urgh...kenapalah aku boleh terlelap waktu tu!",kata Nuriah.

SKRETH!!!!!!

Nafas Asya termegah-megah.Debu-debu yang terhasil mula menghilang.

Nuraiza,dengan kedua tangannya melindung mukanya,diturunkan.Wajah gadis kecil itu kelihatan terperanjat.

Nuraiza berdiri di hujung gelanggang.Pada awal latihan,dia berada di tengah gelanggang,tetapi kini dia berada di hujung gelanggang selepas Asya menyerangnya tanpa berhenti dan pantas.

"Yeay!!!Aku berjaya buat kau bergerak dari kedudukan kau!Yeay!!!",Asya bersorak gembira.

Sepanjang dia berlatih dengan Nuraiza,dia langsung tak berjaya buat Nuraiza bergerak dari kedudukannya.

"Ya,bagus.Tapi kau tetap tak berjaya buat aku jatuh",kata Nuraiza.

Asya menjadi murung apabila mendengar apa Nuraiza katakan.

"Ya ke..nampaknya saya masih jauh lagi...",kata Asya.

"Dah,dah.Latihan hari ni dah tamat.Kau bebas nak buat apa kau nak",kata Nuraiza.

"Okey~"

Asya membatalkan kad kuasanya.Kad kuasanya berada di tapak tangannya lalu dimasukkan ke dalam poket.

Gadis itu turun dari gelanggang dengan riang.

Apabila Asya berada jauh darinya,Nuraiza menyelak kedua belah lengan bajunya.Kedua belah tangannya mengeletar dengan ada luka kecil di lengannya.

"Nampaknya,serangan dia dah bertambah kuat.....aku dapat rasa sakit",kata Nuraiza.

BOOM!

Semua peluru yang ditembak oleh Sha mengenai semua pisau kecil yang dicipta lalu dibaling oleh Risa.

"Hm...bagus",kata Sha yang menembak dari atas.Dia melepaskan lagi beberapa das tembakan ke arah Risa.

Apabila peluru Sha semakin mendekati Risa,gadis itu melompat ke atas.Semua peluru Sha tidak mengenainya.

"Kepantasan pun dah bertambah",kata Sha.Dia menembak beberapa peluru lagi ke arah Risa yang masih berada di atas.

Setiap celah jari kedua tangan Risa muncul cahaya.Cahaya itu bertukar menjadi pisau.

Kesemua pisau tersebut dibaling ke arah peluru Sha lalu mencipta pisau yang baru.

Perbuatannya diulangi sehingga semua pisaunya mengenai peluru Sha.

CHINK

Salah satu pisau Risa tercucuk ke dalam dinding tempat Sha berada.Risa mendarat dengan selamat atas lantai.

Sha menyentuh pipi kirinya.Darah mengalir dari lukanya akibat terkena pisau Risa.

".....bagus.Kau ada banyak peningkatan dan hari ini kau langsung tak terkena peluru aku.Jadi kau boleh berehat hari ini atau buat apa yang kau nak",kata Sha menghilangkan senapangnya.

Risa mengangguk lalu membatalkan kad kuasanya.Dia terus keluar dari bilik tersebut.

Sha turun dari tempatnya.Darah yang mengalir dari luka di pipinya dilap dengan belakang tapak tangan.

"Kebolehan dia memang dah meningkat..tetapi...",Sha mengimbas semula apa yang Thorn pernah beritahu dia sebelum ini.

Flashback

"Sha...aku nak cakap sesuatu dengan kau...",kata Thorn.

"Cakaplah.Tentang apa?",soal Sha.

"....ianya tentang Risa",kata Thorn.

"Ah,kalau kau nak cakap tentang latihan.."

"B....bukan pasal itu!",kata Thorn,mencelah sebelum Sha habis bercakap.

"Jadi,tentang apa?Oh,kau nak tanya aku macam mana nak prank Risa?Boleh jer!",kata Sha tersenyum.

Thorn memandang ke arah Sha dengan ber sweatdrop.

"Bukan juga...tapi mungkin aku akan tanya tentang prank tu nanti",kata Thorn.

"Waktu kejadian bandar A diserang...semua pihak lawan yang melawan Risa dibunuh oleh dia...tapi...dia terus menangis selepas bunuh mereka semua",kata Thorn.

"...dengan kata lain,Risa seperti tiada keberanian untuk membunuh,betul tak?",soal Sha.

Thorn mengangguk.

"Ya...itu yang buat aku risau....macam mana dia nak bertarung ketika perang kalau dia tak ada keberanian...untuk membunuh",kata Thorn.Wajahnya sayu.

Sha mendongak ke atas.

"Hadui...sebagai orang yang mengajar dia...aku pun risau....perang...lagi 2 hari sahaja...",kata Sha.

SWOSH!!!!

Tiupan angin di gelanggang tersebut semakin menghilang.

"Hargh..!Hah..hah...",Asyi mengambil nafas.

Kad kuasanya keluar dari badannya lalu pakaiannya menjadi pakaian asalnya.

Gadis itu terbaring atas lantai.Dia kepenatan.

"Bagus",kata Fatini memetik jarinya.Pelindung magik yang berada di gelanggang tersebut hilang.

"Huh...huh..."

"Kau masih tak dapat hilangkan aroma kuasa aku sepenuhnya,tetapi kau berjaya kurangkan aroma ini",kata Fatini.

"Hah...hah...ya...",kata Asyi dengan perlahan.

TING!TING!

Bunyi pedang berlaga kedengaran di gelanggang yang digunakan oleh Mimi dan Mia.

Mia menghayun pedangnya dengan laju ke arah Mimi,ingin menyerang gadis tersebut.Tetapi semua serangannya ditangkis oleh pedang Mimi.

Mimi menghayun pedangnya ke arah kepala Mia.Mia menunduk badannya ke bawah.

Dia cuba menyadung kaki Mimi tetapi Mimi terlebih dahulu melompat.

Mia melompat jauh ke belakang lalu berdiri.Pedangnya dihulurkan ke depan,menghala ke arah Mimi.

Satu simbol magik berwarna biru muda muncul di bawah Mia.Angin yang bertiupan perlahan datang dari simbol magik tersebut.

Melihat apa yang Mia lakukan,satu simbol magik berwarna bunga sakura pink muncul di bawah Mimi.

Kelopak bunga sakura yang bertiupan muncul dari simbol magik tersebut lalu megelilingi pedang putih Mimi.

Mereka berdua bertentangan mata sebelum meluru ke arah masing-masing dengan pantas.

"HARGH!!!",kedua-dua menjerit dengan pedang masing-masing dihulurkan ke hadapan.

CHACK!

Kedua-dua mereka berada si hujung gelanggang,membelakangi antara satu sama lain.

SHRAK!

Lengan baju dari bahu ke siku kiri Mimi terkoyak.Bahagian baju kiri Mia pula terkoyak sepenuhnya.

"Wah!!",Mia menjerit.Bukan menjerit kesakitan.

"Ah,maaf Mia!",kata Mimi memandang ke arah Mia.Mia memandang ke arah Mimi.

"Ta...tak apa!Baju terkoyak sahaja!",kata Mia.

Satu jaket hitam diletakkan atas Mia.Mia mendongak,memandang ke arah insan tersebut.

"Ah,terima kasih,Arago",kata Mia tersenyum.

Arago mengangguk sambil tersenyum.Mia menyarung jaket hitam tersebut.Dia tak membutangkan butang jaket tersebut.

Mimi menghilangkan pedang putihnya lalu berlari ke arah Mia.

"Betul ke Mia tak ada luka langsung?",soal Mimi.

"Ya.Mimi pula?",soal Mia.

"Jangan risau.Tak ada luka langsung.Lengan sahaja yang terkoyak",kata Mimi tersenyum.

"Ya ke?Baguslah!",kata Mia tersenyum.

"Betul,sangat bagus.Lebih baik kamu berdua tukar baju sekarang dan pergi ke laman istana Puteri Einhart",kata Arago.

"Eh?Kenapa?",soal Mia.

"Puteri Einhart nak minum petang bersama kamu berdua.Teh dan manisan saya akan sediakan,jadi cepat",kata Arago tersenyum.

Mata dua gadis yang comel itu bersinar.Air liur mengalir dari mulut mereka berdua.

"Wah!!!!Manisan yang dibuat oleh Arago!Tak sabarnya!!Jom tukar baju!",kata mereka berdua serentak lalu terus berlari dengan laju keluar dari bilik latihan.

"Wah~akak Mia nampaknya dah mahir menggunakan magik pada senjata",kata Arie dalam bentuk manusia.

Dia menonton latihan Mimi dan Mia bersama dengan Arago.Hana dan Luxalia menonton bersama,tetapi dengan mulut mereka dikunci oleh magik Mimi.

Sebab kalau Luxalia menonton,dia pasti akan bising,dan Hana akan ketuk kepala suaminya.Kemudian terjadi perang mulut antara mereka berdua.

Itulah sebab Mimi kunci mulut dua-dua terus.

-------------------------

Bilik pejabat Einhart

Fail yang baru habis disemak olehnya diletakkan atas timbunan fail yang dah siap disemak .

Einhart meregang badannya.

"Erm....!Siap pun kerja hari ini!",kata Einhart tersenyum.Cermin matanya ditanggalkan lalu diletakkan ke tepi.

"Robert,apa yang saya kena lakukan selepas ini?",soal Einhart pada Robert yang duduk atas sofa dalam pejabatnya,membaca buku.

"Minum petang tuan puteri,dengan Cik Hunamiya Hyakuya dan Cik Arisa Mimi",kata Robert menutup buku tersebut.

"Baiklah.Nampaknya saya kena bersiap..",kata Einhart lalu berdiri.Dia mengeluh kepenatan.

Lepas sahaja dia bangun dari tidur pagi tadi dan mandi,kemudian bersaparan,Einhart terus menuju ke pejabatnya,membuat kerjanya sebagai satu-satunya pemerintah kerajaan Asteon.

Kalau dia penat menghadap kertas-kertas kerjanya,dia akan belajar menari selama 30 minit.Kemudian terus sambung kerjanya.

Sebab itu dia langsung tak pakai pakaian dirajanya,hanya pakai baju kasual dengan rambutnya diikat toncang bawah.

Tapi waktu belajar menari,dia kena pakai gaun dengan ikatan rambutnya dilepaskan.

Kalau ditanya kenapa,dia akan jawab,

"Kalau aku pakai baju diraja dengan rambut aku tak terikat langsung...dengan kena duduk kat meja kerja aku berjam-jam...susah nak fokus dan panas....."

Korang ingat dia suka ke pakai gaun sepanjang masa?Tak!Dia pakai pun kalau berjumpa dengan anak-anak yatim yang berada pusat penjagaan anak yatim distananya untuk memilih pemerintah seterusnya,berjumpa dengan rakyatnya,waktu mesyuarat,pergi ke kerajaan lain dan waktu minum petang!

Tapi boleh jer dia pakai baju kasual ketika minum petang.

"Pakaian tuan puteri saya ada sediakan.Ianya diletak atas katil tuan puteri",kata Robert apabila mereka berdua berada di hadapan pintu bilik Einhart.

"Terima kasih",kata Einhart lalu masuk ke dalam biliknya bersama dua orang maid.Robert berdiri di luar.

Takkan nak masuk kot...dia.lelaki.Kalau dia masuk,mungkin kena belasah teruk.

"Eh?Saya tak pernah nampak pun gaun ini...",kata Einhart selepas dua orang maid tersebut selesai menolong Einhart bersiap.

Dia meneliti gaun yang tersarung di badannya dengan melihat cermin di hadapannya.

"Tuan Robert tak beritahu tuan puteri ke?",soal salah seorang maid tersebut.

"Hm?Beritahu apa?",soal Einhart.

"Pakaian ini...tuan Robert yang jahit sendiri",kata maid kedua.

"Robert jahit sendiri?",soal Einhart.

"Ya,dia jahit gaun tersebut dengan harap tuan puteri dapat jalankan kerja tuan puteri dengan memakai gaun yang selesa.Gaun ini selesa,kan?",kata maid pertama.

"Yep.Gaun ini sangat selesa.Walaupun ia simple,tapi sangat cantik!",kata Einhart tersenyum.

Robert yang berada di luar,tersenyum gembira mendengar apa Einhart katakan.

"Berbaloi aku berjaga beberapa malam untuk jahit gaun tersebut",kata Robert.

"Tapi...mana dia tahu saiz badan aku?",fikir Einhart dalam hatinya.





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro