BAB 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"MUKHRIS!"

Suara yang membahana kuat itu mengejutkan Mukhris dari bunga tidurnya. Dia dari terlentang terus berdiri dan meloncat laju menuju ke bilik air. Tak boleh lengah-lengah lagi sebelum bilik dia di—

Dum! Engsel pintu tercabut akibat ditendang kuat dari luar. Muncul Encik Mazlan dengan muka bengisnya. Mata dia melilau sana sini mencari kelibat Mukhris.

Bunyi air dari bilik air membuatkan Encik Mazlan menatap pintu bilik itu tajam. Tahu takut!

Dum! Pintu bilik Mukhris kembali ditutup dengan kasar. Di dalam bilik air, Mukhris menarik nafas lega. Hampir-hampir je dia...

Kalau tidak memang terkena tendangan maut dari Encik Mazlan. Nasib-nasib.

Mukhris membuka pili air dan mandi seperti biasa. Sambil-sambil itu dia menyanyi kecil. Girang betul hati dia. Di dapur, Encik Mazlan duduk sambil mengangkat sebelah kaki di atas kerusi.

Menongak dagu melihat Dania yang sarat mengandung menghidangkan sarapan untuk mereka tiga beranak.

"Kamu ni Nia, berapa kali dah aku pesan. Jangan nak gerak sana sini sangat...sarat dah tu..." tegur Encik Mazlan. Mengeleng kepala melihat sikap keras kepala Dania.

Dania senyum. Meletakkan pinggan di atas meja dan duduk di belah kanan Encik Mazlan. "Takpe ayah, Nia kuat lagi. Lagi pun due date lama lagi yah..."

"Yelah, penat rehat. Ayah boleh buat sendiri yang lain tu..."

"Baik ayah."

Tak lama itu terdengar derap langkah menghampiri mereka. Mukhris muncul dengan pakaian sekolahnya. Baju kemeja dibiarkan terbuka menampakkan t-shirt putih yang dipakainya belah dalam. Rambut dibiarkan terjuntai di dahi dan tali leher tergantung di lehernya.

"Masak apa kak?" Mukhris tarik kerusi di sebelah kiri Encik Mazlan.

Dia nampak segar lepas mandi. Tak lupa solat subuh juga. Selesai saja rutin dia, terus bergegas ke dapur untuk sarapan. Tak sabar nak rasa masakan si kakak tersayang.

"Nasi goreng telur je Ris...ni je bahan yang ada" ujar Dania sambil menyedok nasi ke dalam pinggan Encik Mazlan dan Mukhris.

Mukhris angguk. Dia tak kisah pun, janji dapat makan dia dah bersyukur. Mereka diam menjamu selera. Mukhris yang selesai makan terus berdiri, ura-ura mahu ke pintu belakang.

"Kau nak gi mana tu? Tak reti basuh pinggan yang kau makan? Tak reti nak kemas-kemas? Amboi...kau mengelat yaa..." suara Encik Mazlan memetir laju.

Diiringi jelingan tajam. Mukhris yang baru saja ingin sedut rokok terus tak jadi. Sengih-sengih menghampiri Encik Mazlan.

"Hehe...lupa ayah"

Encik Mazlan mendengus. "Muda lagi dah tua. Itu lah kau, aku suruh banyakkan baca al-Quran kau merayap. Merempit sana sini kan dah hmp—"

Dania terbelalak mata melihat Mukhris yang menyumbat nasi dalam mulut Encik Mazlan. Bertuah punya budak!

"Diam ayah. Bising je macam mak-mak. Aku tahu lah nak buat apa..." ujar Mukhris tanpa rasa bersalah mengutip semua pinggan kotor untuk dia basuh.

Uhuk! Huk!
Encik Mazlan cepat-cepat teguk air. Belakang tubuh Mukhris di pandang tajam. Kalau ada laser tu, mungkin dah terbelah dua badan Mukhris.

"Budak ni!"

Kuk!
Cawan plastik melayang tepat di belakang kepala Mukhris. Dania dah tepuk dahi. Kalau macam ni, dia dah mengalah. Kalau dah Encik Mazlan dan Mukhris mulakan peperangan masing-masing tak mahu kalah.

Mukhris laju pusing ke belakang sambil memegang belakang kepalanya. "Tch! Nasib baik kau bapak aku! Kalau tak—" Mukhris membuat isyarat ibu jari di lehernya.

Encik Mazlan ketawa sinis. "Kau berani ke?"

"Dah laa tu ayah, Ris..." tegah Dania lelah.

Pagi-pagi dah ada drama anak dan ayah. Dania naik pening.

Encik Mazlan mendengus. Bibir dia bergerak seakan mengatakan 'kau selamat kali ni!'.

Mukhris tersenyum bangga. Dengan riang dia membasuh segala perkakas yang digunakan oleh Danis tadi dan dicucinya. Encik Mazlan pula dah ke laman belakang.

Macam biasa, hembus rokok daun dulu.

















"Ayah!"

Mukhris berlari ke arah Encik Mazlan yang duduk di anjung rumah sambil mengait jala. Di hujung bibirnya terselit rokok daun yang dah tinggal separuh.

"Kau nak apa?"

Mukhris sengih. Tangan di tadahkan di depan muka Encik Mazlan. Mukhris masih di bawah tangan. Melihat Encik Mazlan di sela-sela kayu anjung rumahnya.

"Nak duit. Aku nak gi makan kat warung J" mintak Mukhris dengan muka cerianya.

Tangan Encik Mazlan terus terhenti dari menjala. Matanya memandang Mukhris yang duduk di bawah tanah tu.

"Kau nak gi warung J?"

Mukhris angguk.

"Mana duitnya ayah?" Mintanya. Mukhris dah lenguh tangan menadah tu.

Encik Mazlan membuka ikatan simpulan kain pelikatnya. Dia menghulurkan RM20 kepada Mukhris. Mata Mukhris dah shining-shining melihat angka duit di tangannya.

"Terima kasih ayah!"

Mukhris ingin pergi tapi tak jadi apabila suara Encik Mazlan terdengar di telinganya.

"Laju kau ya...aku nak nasi janda kebaya merah satu" pesan Encik Mazlan.

Mukhris dah kerut dahi. Nasi janda kebaya merah?

"Nasi goreng daging merah."

Mukhris ternganga. Macam tu pun ada?

"Tu je ke ayah?"

"Air janda jingga ikat tepi satu"

Mukhris angguk. Air tu dia tahu—teh o ais ikat tepi!

Nasib lah nama kedai Warung J semua nama makanan dan minuman ada perkataan Janda...mana tak laku kerasnya. Lagi-lagi Encik Mazlan pelanggan tetap.

"Eh kejap!"

Mukhris yang atas motor dah kepanasan. "Cepat yah! Aku dah panas ni! Aku ni dah laa rentung makin rentung nanti" jerit Mukhris di hujung sana.

"Kau tak sekolah?"

Mukhris terdiam. Alamak kantoi! Sekarang baru pukul 10.30 pagi. Waktu rehat. Mukhris sebenarnya lari lompat pagar dengan kawan-kawannya. Nak rehat dekat Warung J punya pasal.

"Eh, hehe..."

Mukhris cepat-cepat start enjin motor. Dari jauh dia dah nampak Encik Mazlan yang akan jadi tarzan.

"MUKHRIS!"

"Lari!"










"Aduh! Duh!"

Mukhris mengosok punggungnya. Dia baru je keluar dari bilik Cikgu Malik. Penangan lompat pagar dapat habuan rotan di punggung. Sakit dan perit rasanya. Mukhris berjalan perlahan.

"Itu laa kau, buat masalah lagi. Aku dah pesan jangan cari pasal kalau Cikgu Malik bertugas" bebel seorang gadis yang bersandar di pintu bilik disiplin.

Mukhris menjering gadis itu. "Kau diam! Kau tak rasa apa aku rasa sekarang ni!"

Ain tergelak. "Kau yang cari pasal aku pulak yang kena. Itu lah kau, lain kali jangan nak nakal sangat..."

Mukhris mendengus je. Malas layan. Dia berjalan terus ke depan tanpa menoleh Ain yang mengikutinya.

"Kau pergi Warung J ke?"

"Sibuk lah kau. Kalau aku gi sana kenapa? Kau nak marah?"

Ain mencebik. Tanya sikit pun dah emosi.

"Aku tanya je. Sebab aku nampak kau makan nasi janda menyala"

Nasi janda menyala = nasi goreng pedas

"Ikut suka aku lah nak makan menyala ke apa ke...jangan sampai aku makan kau je..."

Ain tersentak. Menjeling tajam Mukhris di sebelahnya.

"Ah, malas aku layan kau. Melalut je..." Ain menonong jalan ke depan meninggalkan Mukhris.

"Aku tak layan pon dia yang lebih. Perempuan memang complicated eh? Gila!" Mukhris membebel seorang diri.

"Aduh jubo aku...mesti berak sembelit nanti!" Gumamnya dan mengosok punggungnya.

"Ni semua salah si malik tu! Kalau dia tak tangkap aku jubo aku masih boleh berak dengan lawas!"

























Seperti yang diminta.
Kali ini sy hadir bersama Mukhris dan Encik Mazlan membuka tirai tahun 2024.

Biar pun terlambat but its okay lah...

Sequel Mr Poppa Mafia.

Untuk bab seterusnya maybe akan amik masa sebab nak kena gabungnya scene-scene Mukhris dlm novel MPM masuk dalam cerita ni.

Sebelum tuuu,

Yang mana belum dapatkan BMBG boleh pergi bio ig saya untuk pembelian novel.

Seperti yang ditulis di atas...

Sementara promo masih lagi ada, cepat-cepat lah grab sebelum stok dgn sy habis

Apa pun...



Selamat datang ke dunia,

Mukhris & Encik Mazlan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro