BAB 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Mukhris menongkat dagu di atas meja. Tangan kanan yang mengenggam pensil mencoret abstrak di atas buku notanya. Dia memandang bosan ke arah guru yang sedang mengajar di hadapan. Sejarah. Bagi dia matapelajaran itu paling membosankan dan mengantuk.

Sesekali Mukhris menguap lebar. Menahan rasa kantuknya dengan mencoret-coret sesuatu di buku notanya.

Kring!
Matanya automatik menjadi segar. Buku teks di tutup laju dan dia meregangkan otot di tubuhnya. Dia tersenyum lebar melihat pelajar-pelajar kelas sebelah berpusu-pusu keluar di jam rehat.

"Ingat, jangan lupa siapkan kerja yang saya bagi tadi..." pesan guru wanita itu sebelum keluar.

Mukhris mengusap-ngusap matanya. Mata yang terasa sayu kini melebar. Tak sabar nak ke kantin dan makan. Perut dia dah berdendang sayang.

Mukhris bersiul-siul dengan kedua tangan dimasukkan dalam poket seluar. Sesekali dia menjeling pelajar-pelajar yang lalu lalang di koridor. Dari jauh kelihatan dua pelajar lelaki sedang berdiri di tepi tangga.

"Yo!" Mukhris menyapa dua pelajar lelaki itu. Mereka bertepuk tampar seketika.

"Lama bro..." sungut Fahrin. Si lelaki berkaca mata dengan tinggi badan sama seperti Mukhris.

"Kau tahu kan cikgu Ziana tu macam mana..." ujar Mukhris sambil merangkul bahu Luqman.

Mereka bertiga menuruni tangga sambil berbual kosong. Di pertengahan tangga, mereka di tahan oleh seseorang yang memakai baju biru dan blazer. Berdiri tegap menghadap tiga remaja di depannya.

"Mukhris, Luqman dan Fahrin..." dia menyebut nama itu satu persatu. Menatap sinis pada Mukhris.

"Kau nak apa? Aku tak ada masalah dengan kau Amsyar!" Fahrin, orang pertama yang nampak tidak suka dengan Raja Amsyar yang menghalangi mereka.

Raja Amsyar ketawa kecil. "Memang aku tak ada masalah dengan korang berdua. Tapi, kalau kau dah berkawan dengan budak bermasalah ni..." jari menunding pada Mukhris yang nampak bersahaja.

"Automatik kau pun bermasalah!"

Sebaik saja Raja Amsyar habis berkata seperti itu ada hilaian tawa menyahut dari belakangnya. Siapa lagi, dua konco setia Raja Amsyar.

"Kalau aku bermasalah sekali pun, aku takkan cari masalah dengan budak bodoh macam kau ni..." sinis Mukhris dan dengan selambanya melanggar kuat bahu Raja Amsyar.

Hampir terjatuh Raja Amsyar dirempuh oleh badan tegap Mukhris. Mujur saja dia sempat berpaut pada tangga kalau tidak memang tergolek jatuh dari tangga. Luqman menoleh ke belakang dan mengacung jari tengahnya kepada Raja Amsyar.

Raja Amsyar mengetap gigi. Gagal lagi! Dia baru ingin mencuit emosi Mukhris tapi digagalkan!

Mukhris berjalan santai bersama Luqman. Lelaki itu lebih pendek dari Mukhris dan Fahrin. Hanya paras dada. Kerana itu, Mukhris suka menempel pada Luqman. Boleh jadikan tempat rehatkan lengannya.

Luqman pula tidak kisah. Memang jenis 'ikut suka kau lah'. Mukhris duduk di meja hujung dan berdekatan dengan segerombolan pelajar perempuan.

Fahrin sudah pergi ke tempat jualan membeli makanan dan minuman untuk mereka bertiga. Tengok je muka Fahrin, memang pelajar-pelajar lain akan buka jalan tanpa disuruh.

Mana tidaknya, mereka dijuluki dengan gelaran The Boys oleh pihak sekolah kerana cukup terkenal dengan kenakalannya. Apalagi Mukhris, si ketua yang sering keluar masuk bilik disiplin.

Tak lama itu, Fahrin datang membawa dulang. Mukhris dan Luqman sudah tidak sabar mahu menjamu selera. Masa rehat tinggal lagi 20 minit tapi mereka masih lagi bersantai-santai.

The Boys hanya pegang pada satu prinsip.

Selagi ketua tak bagi arahan, jangan buat apa-apa.

"Ergh!" Mukhris sedawa kuat. Air sirap ais disedut rakus hingga habis.

Begitu juga dengan Fahrin dan Luqman. Rata-rata pelajar tak ambil peduli mengenai The Boys kerana tidak mahu mencari masalah dengan pelajar nakal itu. Lebih-lebih Mukhris.

"Mukhris..."

Luqman mendongak. Orang lain di panggil, orang lain yang pandang. Kening Luqman terangkat melihat seorang pelajar perempuan berdiri di depan meja mereka.

"Apa kau nak?" Tanya Luqman tidak sabar.

Pelajar perempuan itu nampak takut-takut. Dia mengeluarkan sesuatu dari poket kurungnya. Menyerahkan sepucuk surat kepada Luqman.

"Dari siapa?" Luqman menerima surat itu dan membelek-beleknya. Seketika dia membuat wajah geli melihat kesan lipstik di sekitar sampul putih itu.

Gila!

"Tak tahu. Saya cuma delivery je surat tu katanya untuk Mukhris..." ujarnya dan cepat-cepat berlari pergi. Takut!

Luqman membelek-belek surat itu. "Aku bukak boleh?" Dia meminta izin. Apapun, surat itu untuk Mukhris.

Mukhris angguk. Masih menghirup sup yang tertinggal dalam mangkuk. Luqman dengan teruja membukanya. Fahrin dah menempel rapat ke sisi badan Luqman. Ingin melihat isi surat untuk Mukhris.

"Aku baca eh..."

Sekali lagi Mukhris angguk.

"Teruntuk Mukhris, saya dah lama crush dekat awak sejak pertama kali saya nampak awak. Hati saya tak tenang. Tidur saya tak lena terkenang-kenang muka awak. Jujur saya cakap, awak type lelaki yang cari selama ni. Kalau boleh, saya nak berkenalan dengan awak. Kalau sudi boleh call saya no ni 012-76******"

"Terima ke tolak?" Fahrin pula bertanya.

Mukhris mengangkat muka. Memandang dua sahabatnya. "Macam biasa"

Fahrin angguk dan melipat kembali surat itu. Macam biasa, ini kali yang entah berapa ratus surat cinta untuk Mukhris di tolaknya dan berakhir dalam tomg sampah.



















"Nia, kamu betul ke nak bekerja sekarang ni?"

Encik Mazlan memandang anaknya was-was. Entah kenapa hati tuanya jadi tak sedap melihat Dania yang sudah bersiap-siap mahu berjualan.

"Betul ayah. Lagi pun ni hari last Nia berniaga. Esok tak dah, ayah..." jawab Dania lembut. Mengambil dua bakul untuk dimasukkan dalam kereta buruknya.

Encik Mazlan mengangguk saja. Hendak ditegah Dania keras kepala. Berdegil juga mahu berjualan.

"Hati-hati Nia. Kalau ada apa-apa cepat telefon ayah. Sepatutnya ayah yang bekerja bukan kamu..."

Dania senyum. Dia tak menyalah Encik Mazlan. Lagipun sejak dua menjak ini kesihatan Encik Mazlan agak membimbangkan. Tekanan darah Encik Mazlan tinggi. Kadang batuk tak henti-henti.

Risau Dania ingin membiarkan ayahnya turun ke laut dalam keadaan macam itu.

"Baik ayah. Nia pergi dulu..." Dania menyalami tangan kanan Encik Mazlan.

"Elok-elok Nia. Bawak kereta tu hati-hati..."

Dania angguk dan masuk ke dalam kereta. Encik Mazlan memandang pemergian anaknya dari pintu dapur. Dia tersenyum melihat kegigihan Dania yang dari dulu lagi membantu ekonomi keluarga mereka.

Malah, Dania tak pernah mengeluh kepenatan. Hari-hari pulang dengan wajah ceria. Seronok jualan miliknya laku dan habis terjual.

Encik Mazlan kembali masuk ke dalam rumah. Dia ingin berehat di ruang tamu sambil menonton tv. Lagi pun dia tiada aktiviti lain ingin dilakukan selain duduk dan melanguk entah kemana.

Bunyi deruan enjin moto mematikan lamunan Encik Mazlan. Dia berkerut dahi melihat jam di dinding. Baru pukul 1.30 tengahari tapi—

"Assalamualaikum—"

Dush! Mukhris mengelak laju dan menangkap kemas lemparan kusyen dari Encik Mazlan. Baru masuk dah kena ambush dari musuh.

"Ayah ni kenapa?" Tanya Mukhris sambil memeluk kusyen. Berjalan perlahan ke arah Encik Mazlan yang bersantai di kerusi malas berdepan dengan tingkap terbuka lebar.

"Kau ponteng?"

Muka Mukhris berubah. "Tak baik ayah tuduh-tuduh Ris. Mana ada Ris ponteng yah...Ris baik..." puji Mukhris pada dirinya sendiri.

Encik Mazlan menjuling mata ke atas. Sikit pun dia tak percaya. Mana ada orang balik sekolah pukul satu setengah yang ada pukul dua setengah.

Ingat dia tua, dia dah nyanyuk ke...

"Kakak mana?"

"Kenapa lah aku ada anak bodoh macam ni..." Encik Mazlan memandang langit.

Mukhris mencebik bibir. "Orang tanya je yah...biasa kan kak Nia ada..."

Encik Mazlan menjeling. "Kau dah tahu tanya lagi. Dia takde tu macam biasa lah. Bukan macam kau tahu ke hulu ke hilir sana sini je..."

"Ayah ni cakap kat aku pulak. Macam lah ayah tu tak ke sana sini...padahal—"

"Padahal apa?! Baik kau cakap sekarang!" Mata Encik Mazlan mencerlung tajam.

Mukhris sengih.

"Tak ada apa. Tak ada apa. Tiba-tiba lapar pulak..."

Mukhris usap-usap perutnya. Menuju ke dapur. Encik Mazlan senyum sinis, tahu takut!

Di dapur, Mukhris meneguk segelas air sejuk yang di ambil dari dalam peti sejuk.

"Argh! Lega..."

Mukhris bersandar di meja sambil scroll sesuatu di telefonnya. Tak lama itu ada panggilan masuk ke telefonnya. Nombor asing...

"Hello?" Dia angkat dengan wajah teragak-agak.

Diam. Tiada suara.

'Ni mesti scammer!' Dia meneka dalam hati.

"Hello? Saya tak berminat nak ambik insurans. Makan pun susah apalagi nak bayar insuran encik. Kalau saya ambik insurans encik boleh tolong bayarkan ke tiap-tiap bulan—"

Seketika wajah Mukhris berubah. Tubuh dia yang bersandar santai tadi menjadi tegak. Matanya membuntang besar.

"Apa?! Okay saya datang sekarang!"

Tut! Telefon dimasukkan dalam poket sebaik saja panggilan dimatikan. Mukhris berlari tergesa-gesa menuju ke arah Encik Mazlan yang terlelap di kerusi baring.

"Eh?"

Encik Mazlan terpinga-pinga ditarik tiba-tiba oleh Mukhris. Hampir je orang tua tu mahu tersembam jika tidak menstabilkan kembali tubuhnya.

"Kau ni kenapa erek aku macam nak ajak aku mati je"

Mukhris pandang Encik Mazlan. Helmet kura-kura di sarung ke kepala ayahnya. Encik Mazlan makin jadi tertanya-tanya. Dah kenapa ni?

Dia memandang Mukhris yang kelam kabut sana sini mengunci dan menutup segala pintu tingkap rumah mereka. Kemudian, Mukhris melompat naik ke motornya dan menghidupkan enjin motor.

"Eh aku tanya ni—"

"Talk to my hand..." tapak tangan kanan tepat di depan muka Encik Mazlan.

Termati kata orang tua tu nak membebel.

"Naik!" Gesa Mukhris. Encik Mazlan dengan santai-santai naik ke motor anaknya.

Brom!

"MUKHRIS!"

Encik Mazlan tak sempat nak memeluk pinggang Mukhris tubuhnya terlebih dahulu rasa melayang. Nyawa dia hilang seketika. Hanya jasad yang tinggal di atas motor.










Sis dh lupa nama kawan-kawan Ris so sis letak je random name. Sbb nak scroll satu-satu mr poppa mafia tu rasanya tak habis sampai esok 🥹

Apa-apapun here we go...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro