13

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

AKHIRNYA, setelah seminggu ditahan di hospital, Hessa dibenarkan pulang juga. Dalam keadaan lehernya masih berbalut. Sebenarnya balutan itu sudah boleh dibuka, tapi permintaan Hessa sendiri tidak mahu menanggalkan balutan itu. Dia tidak boleh melihat keadaan lehernya, setiap kali dia lihat lehernya di hadapan cermin, tiap kali itu bayangan Baihaqi ditikam di hadapannya bermain-main dalam fikiran. Jadi, buat masa sekarang biarlah luka itu ditutup seketika.

Sebelum dibawa pulang tadi, Hessa sempat singgah melihat keadaan Baihaqi. Itupun Aqib tak bagi Hessa berlama dalam bilik Baihaqi. Hessa akur, dia tahu Aqib tak mahu Hessa tertekan mengingati kejadian itu. Lagi-lagi penyesalan kerap kali menghantui hingga Hessa kerap menangis dalam tidurnya.

Hessa dibawa pulang oleh sebuah kereta hitam yang datang menjemputnya dia hospital. Aqib ada sekali di dalam kereta itu. Kata Aqib mereka sudah tidak tinggal di rumah lama lagi. Dan Tuan Seif sudah sediakan tempat tinggal baru untuk mereka.

Nampaknya Seif benar-benar serius dengan keputusannya mahu mengahwini Hessa.

Ingat soal itu, Hessa tersenyum. Dadanya naik dan perlahan-lahan turun menghembus nafas lega. Akhirnya...

"Senyum-senyum kenapa?" Aqib yang memeluk tubuh menegur. Mata menjeling ke arah Hessa yang tersipu-sipu di sebelah.

"Tak ada apa lah." Hessa kawal riak lantas dia lempar pandangan ke luar tingkap kereta.

"Berangankan Seif lagi?" tebak Aqib. Macam tak kenal adik dia seorang itu. Boleh berangan sampai ke langit ke tujuh.

"Abang? Nantikan, lepas Hessa kahwin dengan Tuan Seif, Hessa kena buat apa?" Bersinar mata Hessa menyoal abangnya.

"Buat apa lagi? Buat-buat jadi isteri dia lah." Dingin suara Aqib membalas. Rela tak rela aje nak biarkan adik bongsunya jadi isteri orang. Sudahlah lelaki itu seusia Baihaqi!

"Yelah. Hessa tahulah jadi isteri. Tapi Hessa kena buat apa? Kawan Hessa cakap nanti lepas kahwin, kitorang akan tidur sekali. Lepastu kitorang..."

"Cut cut!!" Laju Aqib menutup mulut adiknya dengan tapak tangan. Mata Hessa terkebil-kebil menatap Aqib dengan wajah polos. Berganti wajah Aqib yang merah dan malu dengan bicara spontan adiknya.

"Kau jangan menggatal eh! Kau tu muda lagi!" Marah Aqib kasar.

"Tapi ustazah cakap..."

"Ah takde! Masa kau belajar dulu tak ada pula kau ingat apa cikgu dan ustazah kau ajar. Pasal ni kau laju je ingat kan?" Geram aje Aqib pandang adiknya.

"Tapi kan, tanggungjawab isteri kena layan suami."

Aqib mendengus. "Seif kahwin dengan kau sebab dia nak jaga kau. Boleh jadi perkahwinan ni sementara je. Selagi dia tak minta, kau jangan bagi! Kalau dia minta pun, kau fikir dulu dua tiga kali! Kalau dia paksa, bagitahu aku. Faham tak?"

Hessa terdiam. Dia pandang mata Aqib dengan mata masih terkelip-kelip. Sukar untuk Aqib baca apa yang ada di fikiran adiknya sekarang.

"Kau dengar apa abang pesan, Hessa?" Sekali lagi Aqib bertanya. Dan tiba-tiba Hessa tersenyum.

Mata Aqib menyipi curiga. Dia senyum?

"Hessa faham," balas Hessa ringkas.

Aqib pula tak sedap hati. Tiba-tiba faham? Biasanya budak ni paling susah nak faham. Dan selalunya dia akan tanya banyak kali.

"Apa yang Hessa faham?"

"Kalau Tuan Seif tak sudi, Hessa jelah yang paksa dia."

Pak! Aqib tepuk dahi sendiri. Ya Allah, kenapalah aku diuji dengan adik seperti ini!!

"Hessa! Kau tak boleh buat macam tu! Kau tu perempuan! Malulah sikit." Naik urat leher Aqib bertekak dengan adiknya. Layan Hessa boleh buang separuh dari tenaga dia.

"Apa nya yang tak boleh? Tuan Seif dah jadi suami Hessa. Abang tahu tak cita-cita Hessa yang seterusnya selepas kahwin?"

"Berapa banyak cita-cita kau ada ni?"

"Cita-cita pertama dah tercapai, kita buatlah cita-cita kedua pula. Ish abang ni."

"Hmm apa tu?"

"Nak lahirkan anak-anak yang comel untuk Tuan Seif." Hessa sengih menunjuk barisan gigi tersusun cantik.

"Sudah, Hessa! Kau buat abang rasa nak muntah. Tutup mulut kau." Aqib mengeluh. Kalau budak Hessa tu mengandung, memang tak boleh nak salahkan Seif. Adik dia miang kalahkan ulat bulu. Gatal tak ada ubat dah!

•❉᯽❉•

TAK LAMA, mereka tiba di sebuah Villa yang pagarnya antik diperbuat daripada kayu jati dengan ukiran pedang bersilang di tengah-tengah. Masuk sahaja melepasi pagar, Hessa terlopong. Besarnya rumah. Tak pernah tertulis dalam kamus angannya yang dia akan menjejaki dan tinggal di dalam rumah sebesar dan secantik ini.

Setelah kereta berhenti. Hessa terus menolak pintu kereta dan melangkah keluar dari perut kereta. Seketika dia rasa terpegun, dia memalingkan wajahnya, menatap Aqib yang turut terpesona dengan pemandangan di hadapannya. Perlahan-lahan, senyuman mula terukir di bibir mungilnya.

"Selamat pulang ke rumah baru."

Ralit merenung Aqib, bahu Hessa terjungkit apabila mendengar satu suara menyapanya dari belakang. Toleh sahaja ke belakang, makin membulat besar mata bundar Hessa saat dia melihat Seif dengan hanya berbaju-T hitam dan seluar kasual datang menyapa mereka.

"Tuan Seif..." Kacaknya awak!

Menjerit hati Hessa memuji betapa kacaknya lelaki itu walaupun sedang bergaya santai.

"Jom masuk. Makanan dah siap." Dengan senyuman tipis, Seif memandang Hessa sejenak, sebelum anak matanya dipindahkan untuk menatap wajah penuh persoalan Aqib.

"Ini rumah kau?" soal Aqib sedikit takjub.

"Ini Villa atuk aku. Dia buat Villa ni untuk hadiahkan pada wife dia. Sekarang dua-dua dah tak ada. Aku yang urus."

"Technically hak milik kau."

"It feels so weird to claim something as mine when I didn't work for it."

Mata Seif jatuh melihat Hessa memegang beg pakaian yang mungkin dia bawa dari hospital. Spontan tangannya mencapai beg itu buat Hessa terpinga-pinga.

"Tapi aku jarang balik ke sini. Aku suka duduk rumah kecil. Tapi sebabkan kau orang akan stay dengan aku, aku rasa Villa ni sangat sesuai untuk kita berteduh buat masa ni," sambung Seif lagi.

"Maknanya lepas kita kahwin nanti, saya akan tinggal di sini dengan Tuan Seif?" Hessa menyampuk. Seif pandang pula bakal isterinya. Senyum tipis dilempar pada Hessa.

"Kalau Hessa selesa di sini. Kita akan tinggal sini," balas Seif.

"Hessa nak tinggal dekat dengan Abang Bai dan Abang Qib."

Seif tergelak kecil. "Jangan risau. Saya tak berniat nak pisahkan Hessa dengan abang-abang Hessa."

"Terima kasih, Tuan Seif! Sebagai gantinya saya akan bagi Tuan Seif anak-an... Ump!!" Membulat mata Hessa apabila mulutnya tiba-tiba ditekup Aqib dari belakang.

"Kau tak tahu malu ke?" bisik Aqib kasar. Geram pula dengan perangai mulut lepas adiknya. Perempuan itu tak malu, dia sebagai abang pula yang membahang malu mendengar bicara selamba Hessa.

"Let her be. She can say whatever she wants" Seif menyampuk dengan wajah kosong tak berperasaan.

"Abang ni dah kenapa? Hessa akan jadi isteri Tuan Seif juga kan?" Hessa membentak apabila Aqib selalu menghalang kata-katanya.

"Then it's your responsibility to control whatever she wants." Aqib membalas bicara Seif.

"I know..." Seif pandang Hessa dengan riak yang membuatkan wajah Hessa berkerut tak mengerti. Dingin dan mesra. Hessa tidak tahu. Adakah semua ini nyata? Lelaki ini yang bakal dia kahwini nanti? Entah kenapa Hessa teguk air liur dan dia sendiri mengalih pandangannya dek gugup ditenung Seif.

"Esok saya akan bawa Hessa jumpa orang tua saya. Hessa dah ready?"

"Huh?" Hessa terpinga-pinga.

"Hessa dah sedia nak jumpa mama dan papa saya?"

Sejenak Hessa terdiam dan perlahan-lahan dia ukir senyum lebat hingga matanya turut menyipi senyum. "Lebih dari sedia!" jawab Hessa semangat.

"Baguslah. Jom masuk."

❉᯽❉

SEPERTI dalam drama. Itulah yang Hessa anggap saat pertama kali dia bersua muka dengan orang tua Seif iaitu Datin Aiza dan Dato' Arfan. Dato' Arfan nampak ramah tapi Datin Aiza, sangat jelas muka tak senang saat Seif perkenalkan Hessa.

"Siapa ni, Seif?" Kasar.

"Kenalkan, Hessa Yalina. Bakal isteri Seif." Tenang Seif menjawab. Tidak mahu berbasa-basi lagi.

"Seif cakap apa? Seif jangan bergurau, Seif! Budak-budak lagi ni! Mama tengok muka pun dah tahu!" Pegang dada Datin Aiza dengan kejutan dibawa anak tunggalnya.

"Seif tak bergurau. Dia memang bakal isteri Seif. Kami akan kahwin tak lama lagi. Seif cuma nak bagitau tu pada mama dan papa selaku orang tua Seif. Selebihnya accept it or not, it's my decision. This is about my life and future. Let me call the shots."

Hessa pandang Seif di sebelah. Aduhai, kenapalah guna bahasa inggeris, Tuan Seif! Hessa tak faham. Nanti susahlah dia nak menyampuk dan tunjuk bagus depan bakal mak mertua.

"I'm not trying to meddle your decision, sayang, but look at her. She's tiny like a kid! How old is she, Seif? Mama rasa, Afya's way better than her! Think wisely, Seif. Mama cuma menasihati." Nada suara Datin Aiza berubah lebih perlahan dan lembut seperti memujuk anaknya. Dan saat itu semua mata terarah kepada Hessa.

Hessa pula garu kening yang tak gatal. "My name is Hessa Yalina. I'm ninteen years old, mama. Nice to meet you." Walaupun tak tahu inggeris, bantai ajelah bahasa inggeris yang dia tahu.

"Nineteen?!!" Terhinjut bahu Hessa dengan jeritan terkejut Datin Aiza. Mencerlung besar mata wanita itu ke arah Seif seperti meminta penjelasan.

"Nineteen definitely an adult, mama. She's not a kid."

"But she's only nineteen, Seif. Marriage is a big step."

"Age shouldn't matter much as long as she's all grown up and ready to be my wife., then I'm ready to be her husband." Seif tenang mencicip air di atas meja.

"Sudahlah, Aiza. Seif dan buat keputusan dia sendiri. Kita sebagai orang tua sokong aje daripada dia buat benda yang tak elok. Perkahwinan tu suci, tak perlukan rumitkan perkara elok. Lagipun macam Seif cakap, Hessa bukannya budak-budak. Dia dah dewasa. 19 tahun dan Seif tu baru 27 tahun. Tak adalah terlalu muda dan tak ada terlalu tua. Biarkan mereka dengan keputusan mereka." Dengar kata-kata Dato' Arfan barulah Hessa faham situasi dan topik apa yang mereka bahaskan.

"Dia tahu ke apa yang dia kena buat selepas kahwin dengan Seif? Tugas-tugas sebagai isteri? Dia tahu semua tu? Nak kahwin tu memang lah senang, nak hidup bersama itu rumit! Sebab itu saya selalu suruh Seif cari isteri yang baik-baik dan matang macam budak Afya tu!"

"Tahu!" Baru Seif ingin membuka mulut, dia toleh sebelah memandang Hessa yang berani menjawab soalan mamanya.

"Hessa tahu, mama. Hessa boleh jadi isteri lebih baik daripada Doktor Afya. Walaupun Hessa bukan doktor, Hessa boleh carikan ubat untuk er... Seif kalau dia sakit. Hessa boleh jaga Seif sepanjang malam kalau dia tak sihat. Hessa boleh masak makanan berkhasiat dan sedap untuk dia. Hessa boleh kemas rumah, Hessa boleh sediakan pakaian dan yang lebih penting..."

Hessa tarik nafas panjang. "Hessa boleh bagi cucu yang ramai untuk mama biar mama dan papa tak sunyi. Hessa muda dan subur! Hessa tak ada masalah nak lahirkan anak Seif ramai-ramai." Penuh yakin Hessa berkata buat Seif kaku sejenak di sebelah dan perlahan-lahan bibir lelaki itu menyungging senyum tipis buat gadis itu.

"Saya kahwin dengan Hessa bukan untuk buat Hessa kerja keras buktikan Hessa yang terbaik. Cukup jadi diri sendiri dan ikut jalur takdir. Perkahwinan bukan satu perlumbaan." Lembut bicara Seif pada Hessa buat mata Datin Aiza mengecil. Tak sangka itu anak dia! Kena sampuk ke apa? 

"Ini arranged mlmarriage ke?" soal Datin Aiza lagi. Masih tak berpuas hati.

"Kami berdua setuju untuk kahwin. Tiada yang paksa." Ringkas.

"Okay, fine! Kalau macam tu, buktikan! Mama nak cucu dalam masa setahun!"

"Aiza..." Datar suara Dato' Arfan menegur tingkah kasar isterinya di hadapan bakal menantu mereka.

"Awak ingat Hessa ni mesin keluarkan anak ke? Bagi lah masa dulu. Awak sendiri cakap dia tu muda lagi." sambungnya lagi.

"Awak tak dengar? Dia sendiri yang sanggup bagi cucu ramai-ramai buat kita kan? Sebab mulut badan binasa. Dah terlanjur cakap, maka buktikan!" Atas bawah Datin Aiza melempar jelingan jengkel kepada Hessa.

"Okay! Hessa tak kisah pun!" Hessa menyahut dengan senyum lebar. Kepala dia betul-betul kosong bagaimana cara mahu dapat anak secepat itu. Bagi Hessa, kalau sudah kahwin, pasti akan ada anak. Baginya mendapat anak itu mudah.

Seif pula mengeluh panjang. "Keputusan Seif, kehendak Seif dan masa depan Seif tak perlu dibuktikan untuk kepuasan hati mama. Ada anak atau tidak, itu semua kehendak tuhan dan keputusan kami bukannya diputuskan oleh kemahuan mama. Seif dah tak boleh lama, kami kena balik." Seif sudah angkat punggung. Tak betah berlama-lama melayan rajukan mamanya. Dia datang ke sini sekadar ingin memberitahu, bukannya mahu berdebat.

"Seif!"

"Terima kasih sudi dengar berita dari Seif. Perkahwinan kami dah tak lama lagi. Dan Seif harap mama dan papa datang." Seif tepuk belakang Hessa dua kali. Terpinga-pinga Hessa berdiri bangun daripada kerusi yang dia duduk.

"Tolong fikir masak-masak, Seif." Suara Datin Aiza masih datar.

"Mama dan papa tahu, Seif tak akan beritahu sesuatu pada mama dan papa tanpa fikir terlebih dahulu kan?" Terkedu Datin Aiza dengan balasan anak terunanya. Rasa hangat mata melihat betapa kerasnya keputusan itu.

"Assalamualaikum." Seif depa tangan meminta Hessa berjalan terlebih dahulu.

Dalam ragu-ragu Hessa membuka langkah dan sama-sama beriringan dengan Seif meninggalkan ruang itu. Baru sahaja melalui gerbang pintu keluar ruang tamu, Hessa tiba-tiba berhenti. Dia toleh ke belakang memandang wajah Datin Aiza yang penuh deliputi kekecewaan.

"Tuan Seif tunggu kejap," bisik Hessa sebelum dia atur langkah kembali menghampiri mama Seif.

Air liur diteguk. Hessa genggam sisi baju.

Seif pula diam tidak beriak memerhati belakang tubuh kecil gadis itu.

"Mama... Hessa tahu, mama mesti nak yang terbaik untuk Seif. Hessa tak janji Hessa mampu jadi seperti yang mama nak tapi Hessa akan cuba."

"Apa yang you cuba cakap ni?"

Hessa senyum. "Kalau mama nak yang terbaik untuk Seif, mama ajarlah Hessa macam mana jadi isteri yang terbaik itu. Hessa mungkin lembab sikit tapi kalau Hessa mahukan sesuatu, Hessa akan lakukan sampai jadi.

"Maaf kalau Hessa tak sehebat Doktor Afya. Hessa cuma Hessa. Tapi Hessa tak akan pernah sombong kalau mama sudi ajar Hessa jadi seperti perempuan yang mama mahu."

Datin Aiza terkedu. Hilang kata dia pandang wajah polos anak dara itu.

"Terima kasih, mama." Tiada respon daripada Datin Aiza buat Hessa senyum kelat dan dia tunduk kepalanya.

Seif pandang mamanya dan dia lempar senyum tipis. Langkah panjang diatur menghampiri bakal isterinya. Lengan Hessa dia tarik dengan lembut.

"Kami balik dulu." Kemudian Seif bawa tubuh Hessa berlalu dari ruang itu. Sempat dia jeling sekilas wajah kelat Hessa di sampingnya.

Selepas Hessa dan Seif melepasi gerbang ruang tamu. Datin Aiza menarik nafas panjang dan dia pandang suaminya.

"Bagi mereka peluang dan masa. Seif tak pernah buat keputusan yang kosong." Lembut Dato' Afzan memujuk isterinya sambil dia usap belakang tubuh Datin Aiza.

Diam tiada pendebatan lagi...

•❉᯽❉•

DIAM sepanjang perjalanan pulang. Entah ke mana mulut bertih itu hilang. Lepas jumpa mama dan papa Seif, Hessa membisu. Entah apa dalam benak kepala gadis itu.

"Jangan fikirkan sangat apa mama cakap. Kita kahwin tak ada urusan dengan dia lagi." Seif akhirnya membuka bicara.

"Tapi mama kan mama Tuan Seif. Hessa tak mahu mama sedih tapi pada masa yang sama Hessa nak kahwin dengan Tuan Seif!"

"Uhuk! Uhuk!" Terbatuk kecil Seif dengar luahan jujur gadis itu.

"Kita akan tetap kahwin, Hessa. Nak tak nak, mama akan terima Hessa juga," sambung Seif lagi.

"Tapi macam mana kalau mama tak suka Hessa?" Kendur suara Hessa membalas.

"Itu urusan dia dan bukan urusan kita lagi. Dia sendiri yang pilih untuk benci orang yang dia baru kenal." Mudah Seif membalas.

"Emm... apa kata kita buat apa yang mama nak?"

Seif diam sejenak. Matanya kosong memandang jalan di hadapan. Tangan bergerak memusing stereng kereta. "Buat apa?" Pura-pura tidak faham.

"Mama nak cucu dalam masa setahun."

"Saya kahwin dengan Hessa untuk jagakan Hessa bukannya ikut kemahuan mama saya. Soal anak dan cucu tu tak penting buat masa sekarang. Yang lebih penting keselamatan Hessa dan keluarga kita."

Hessa terkelu. Dia pandang Seif dengan riak ragu-ragu. "Kita.... kahwin untuk apa?"

Seif pandang Hessa di sebelah dan dia lempar senyum segaris pada gadis itu. "Untuk sebuah kehidupan buat Hessa Yalina."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro