14

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hening suasana cafe serba indah dengan hiasan bunga kertas di setiap pelusuk. Tiba-tiba alunan violin kedengaran memainkan melodi Humko Humise Chur Lo.

Hessa dengan sari putih pada tubuh menghampiri Seif yang turut memakai punjabi putih. Kelihatan segak dan kacak sekali. Kalau begini, Shah Rukh Khan pun kalah.

"Tuan Seif..." seru Hessa.

"Maafkan saya, Hessa." Wajah Seif kelihatan serba salah.

Terus berkerut dahi Hessa kerana tidak mengerti apa yang cuba disampaikan bakal suaminya. "Maaf?"

"Saya tak boleh teruskan perkahwinan ini." Sepatah dibalas lelaki itu cukup buat hati Hessa remuk. Kelompak mata terus terbuka luas.

"Tapi kenapa, Tuan Seif? Hessa buat salah apa?"

Seif diam sejenak. Dia pandang Hessa dengan mata yang redup. Tangan naik mengusap pipi lembut itu. "Hessa tak salah. Tapi saya yang salah... Saya tak boleh bersama dengan awak."

"Apa yang buatkan Tuan Seif tak boleh bersama dengan Hessa?" Berkaca-kaca mata Hessa memandang lelaki itu. Berharap masih ada peluang untuk mereka bersama.

"Maaf kalau saya tak jujur dengan awak selama ini... Saya sebenarnya seorang..."

"Ultraman."

Air mata Hessa kering begitu sahaja. Terkebil-kebil dia pandang Seif tak percaya. "Ultraman? Ultraman apa?"

"Ultraman Empat."

"Ha?? Kenapa Ultraman Empat?"

"Ultraman Tiga dah sold out," jawab Seif mudah.

"Jap jap! Hessa tak faham. Kenapa tiba-tiba...."

"Arghh!!!"

Bang!
Bang!

Belum sempat Hessa habiskan ayat. Tiba-tiba mereka mendengat jeritan disertakan bunyi tembakan tidak jauh dari cafe mereka berada sekarang.

"Tuan Seif, Hessa takut!" Hessa segera bangun dan berlindung di belakang tubuh Seif.

"Ada perompak bank!"

"Bank kena rompak."

Bertempiaran orang lari menyelamatkan diri dari menjadi mangsa tembakan rambang perompak bank.

"Hessa! Pergi dari sini. Saya kena selamatkan dunia."

"Dunia apanya? Bank je kot." Hessa pandang Seif jengkel.

"Pergi sembunyi sekarang. Saya kena bertukar."

"Bertukarlah. Hessa nak tengok Tuan Seif jadi ultraman." Hessa peluk tubuh masih keras kepala.

Seif mengeluh panjang. Tiba-tiba dia keluarkan satu jam antik dari poket seluar lantas...

"Bertukar!"

Tubuh itu tiba-tiba bertukar menjadi merah. Hessa terkebil-kebil lagi. "Kata ultraman! Ini Power Rangers!"

"Hessa! Tak ada masa awak nak merungut. Pergi sekarang."

"Masalahnya..."

"Hessa Yalina!!"

Tubuh Hessa tiba-tiba bergegar seperti digoncang kuat. Buka sahaja kelompak mata, dia terpisat-pisat melihat sosok Aqib berada di hadapan matanya. Eh? Mana Tuan Seif?

"Kau ni tidur mati ke apa, Hessa? Tak sedar nak kahwin hari ni?"

"Eh? Abang Qib? Tuan Seif mana?" Hessa bangun 90 darjah dan pandang Aqib penuh dengan persoalan.

"Kau dah kenapa? Bangun cepat! Harini kau nak kahwin! Jangan buat perangai malukan muka abang." Awal-awal Aqib sudah memberi amaran. Macam tak kenal perangai adik dia seorang itu.

"Kahwin?" Hessa sekali lagi mengedipkan mata berkali-kali.

"Yelah! Kau yang gatal sangat nak kahwin kan? Harini juga abang nak kahwinkan kau ni?" Aqib bercekak pinggang. Patutlah Baihaqi tu suka sangat membebel. Kalau macam gini gayanya, tak mustahil dia pula yang ambil tempat Baihaqi kuat membebel.

"Wah..." Tiba-tiba mata itu bersinar teruja.

"Yang kau wah kat sini buat apa? Abang suruh kau bangun, Hessa! Orang dah tunggu nak siapkan kau kat luar bilik!" Keluar sudah suara Kapten Aqib. Mana tak keluar, dah berbuih mulut kejutkan seketul adik yang tahu berangan aje.

"Baik!!"

"Lambat tak jadi nikah!" ugut Aqib.

"Tak baik ugut macam tu!!" Hessa menjerit geram. Orang dah semangat nak nikah dia main ugut-ugut pula.

"Tak kira." Setelah itu Aqib tolak pintu bilik dan melangkah keluar. Saat pintu kembali dikatup, dia hembus nafas panjang. Tunduk sejenak sebelum dia angkat pandangannya.

"Kau buat keputusan yang tepat, Aqib. Abang Bai akan faham juga nanti." Dada kiri ditepuk tangan sendiri beberapa kali sebelum Aqib ukir senyum tawar. Menyemangati diri sendiri.

Langkah digagahkan melalui laluan vertical garden menuju ke bilik Seif. Bilik Seif dan Hessa tidak berjauhan. Hanya Dua buah bilik di kawasan yang sama. Dan satu-satunya kawasan yang paling dijaga ketat di dalam Villa itu.

Sampai sahaja di hadapan bilik bakal adik iparnya. Aqib berdiri sahaja. Lama dia pandang pintu bilik mencari kekuatan untuk mengetuk daun pintu itu.

Baru sahaja tangan naik ingin mengetuk, pintu tiba-tiba sudah terbuka sendiri. Terkebil-kebil dia pandang sosok Seif di dalam bilik dengan masih berbaju kasual tapi tak seteruk Hessa yang baru bangun tidur.

Mereka dua ekor ni nak kahwin ke tak nak kahwin? Kenapa dia pula yang terlebih nervous sedangkan mereka berdua masih boleh bersantai di hari kahwin sendiri?

"Masuklah," ajak Seif.

Teragak-agak Aqib atur langkah masuk ke dalam bilik lelaki itu. Berbanding dengan Hessa yang warna biliknya beige. Seif pula warna biliknya serba dark grey. Lebih menunjukkan gayanya yang sophisticated dan minimalist. Dia ada dengar dari pekerja di Villa itu, segala warna dan hiasan di bilik Hessa datang daripada permintaan Seif sendiri.

"Duduklah."

"Tak apa. Aku tak lama." Aqib menolak.

"Okay." Mereka berdua berpandangan. Renungan mata Seif buat Aqib tunduk menekur lantai. Dia rasa seperti berada di hadapan sosok Baihaqi yang sedang memarahinya kerana telah membuat keputusan konyol.

"Apa yang aku buat mungkin akan buat Baihaqi marahkan aku. Tapi aku tak ada pilihan selain berharap pada pertolongan kau." Aqib tarik nafas panjang.

"Minggu depan aku kena kembali kerja."

"Berapa lama?" soal Seif.

"Kalau namanya tentera, jangan tanya berapa lama kami akan pergi kerja. Kami sendiri pun tak tahu."

Seif senyum tipis. Dia atur langkah menghampiri Aqib lantas menepuk-nepuk bahu lelaki itu. "Aku tahu kau risaukan Hessa dan Baihaqi. Jangan risau, aku dah jadi sebahagian dari keluarga kau. Kau boleh harapkan aku."

Aqib tenung ke dalam mata Seif, dan entah bagaimana matanya tiba-tiba berair. Laju sahaja dia paling wajah ke sisi tidak mahu Seif lihat sisi lembiknya.

Dia rindukan Baihaqi. Dia ingin Baihaqi yang ada di hadapannya sekarang. Kerana saat dia keliru dan buntu dengan keputusannya sendiri, hanya kata-kata Baihaqi yang boleh buat dia rasa tidak salah membuat pilihan.

Seif kalih mata sejenak dan dia hela nafas panjang. "Aku bukan Baihaqi yang boleh pujuk adik-adik dia. Tapi yang aku tahu, aku boleh tunaikan janji aku..."

"Hessa, Baihaqi mahupun kau. Akan selamat dengan aku. Aku akan pastikan tiada siapa lagi yang akan terkorban."

"Aku tak suruh kau pujuk!" Aqib tolak tangan Seif di bahunya.

"Baik, Abang Aqib..."

"Stop it!" Merah pipi dengan mata mencerlung garang Aqib pandang Seif setelah dia dengar 'Abang Aqib' keluar dari mulut lelaki itu.

"Baik, abang ipar."

Gigi diketap. Baru dia ingin buka mulut. Pintu bilik Seif diketuk dari luar. Dia batalkan niat dan dia lihat Seif tekan satu tombol hingga pintu bilik itu terbuka sendiri. Ada beberapa orang di luar kelihatan sudah bersedia untuk menyiapkan bakal pengantin itu.

Aqib pandang Seif kembali. "Jagakan Hessa untuk aku. Tidak kisah kau cintakan dia atau tidak. Tunaikan janji kau. Tolong jangan ambil kesempatan atas kepolosan dan kekurangan dia."

Aqib diam sejenak dan dia tunduk. "Hessa banyak kekurangan tapi bila kau kenal dia dengan lebih dekat, dia seorang gadis yang cantik dengan kekurangannya sendiri. Dia cuma seorang gadis yang menolak bergelap dalam dunia yang sedia gelap untuknya. She is not mature, but the immature would not be able to stand in her world not even us."

"Seif, thank you for accepting her."

•❉᯽❉•

"Bismillahirrahmanirrahim..."

"Seif Yazeed bin Arfan Yaakob, aku nikahkan dikau dengan adikku Hessa Yalina binti Ahmad Hassan dengan mas kahwin berjumlah dua ratus dinar emas." Mata Seif dan Aqib saling bertentangan.

Aqib teguk air liur yang kesekian kali menunggu balasan dari lelaki itu.

"Aku terima nikahnya Hessa Yalina Binti Ahmad Hassan dengan mas kahwin berjumlah dua ratus dinar emas." Selesai. Sekali lafaz yang lancar dan tenang keluar dari mulut Seif.

Dan saat itu juga getaran debar di tangan Aqib mula berkurangan. Pandangan mata dikalih melihat wajah Hessa yang sedang duduk di atas pelaminan disediakan di kawasan rooftop open space di villa itu. Di situ juga upacara akad nikah dilangsungkan dihadiri oleh orang-orang terdekat sahaja termasuk orang tua Seif.

'Abang, adik kita dah jadi isteri orang...' Aqib tunduk dan tak semena-mena dia menitiskan air mata.

Bahunya ditepuk. Angkat sahaja kepala, dia lihat Seif sudah berdiri di sebelahnya. Ada senyum tipis di bibir lelaki itu sebelum tubuh Aqib di dakap dan belakang itu ditepuk-tepuk.

"Kalau tak nak malu depan orang. Jangan menangis kat sini." Sempat lagi dia memerli!

"Kau tak faham apa aku rasa." Aqib balas.

"Tangisan kau tak boleh buat Bai bangun pun."

"Diam!" Dan serentak itu mereka melerai pelukan.

Seif senyum dan dia tepuk bahu Aqib dua kali. "Jangan fikir bukan-bukan."

"Seif, selamat menjadi suami." Bahu Seif pula ditepuk dari belakang dan serentak itu Seif kalih tubuh memandang Abeer yang menyapa dan mereka pula berpelukan.

Aqib juih bibir dan dia pandang Hessa di atas pelamin. Ada Fatnim dan Juwita yang menemani adiknya di sana. Perlahan-lahan dia lorek senyum buat adiknya.

•❉᯽❉•

AKHIRNYA sudah tamat...

Hessa pandang diri sendiri di biasan cermin. Sepasang baju bewarna krim susu yang cantik dan potongan yang tepat dengan bentuk tubuhnya. Majlis nikah mereka tidak begitu meriah tapi tak juga terlalu simple. Seif kata nikah mereka biasa-biasa sahaja memandangkan mereka cuma mahu cepatkan pernikahan, tapi saat dia tiba di open rooftop tadi, dia pula yang terkejut.

Dalam mahu bersederhana sempat lelaki itu menyediakan garden wedding untuk mereka.

Hessa senyum sendiri memandang sebentuk cincin manis di jarinya.

"Ini, kalau aku jumpa Pak Cik Walidan tu, aku baling cincin ni ke muka dia. Nah! Tengok! Tu cincin kahwin saya! Jangan nak menggatal dengan isteri orang." Bangga Hessa berkata-kata siap dengan mimik muka di hadapan cermin lagak Walidan tu ada di hadapannya.

"Lagi bagus kalau aku ada anak. Aku tayang anak-anak aku depan dia sampai terlopong sekor-sekor kat pondok Walidan tu. Tengok ni! Saya dah jadi bini orang dan mak orang! Tak ada makna korang terkejar-kejarkan aku lagi lepasni..." bicaranya sendiri.

Perlahan-lahan senyum Hessa kendur. Betul ke?

'Betul ke mereka sudah tidak kisah pasal kau walaupun kau dah jadi isteri orang, Hessa?' Entah dari mana bisikan itu datang membuat semangat Hessa sedikit jatuh.

Jauh memikirkan nasib diri, tiba-tiba pintu bilik diketuk. "Masuklah." Hessa melaung dari dalam."

"Puan." Dengar sahaja gelaran Puan, senyum Hessa terus memanjang. Dia suka bila Rafa datang ke biliknya. Kerana jika Rafa datang, pasti ada pesanan atau arahan daripada Seif untuk Hessa. Tak sabar!

"Tuan Seif suruh Puan rehat. Makan malam akan disediakan di bilik."

"Bilik? Bilik ni?" soal Hessa kembali.

Rafa angguk. "Tuan Seif cakap majlis hari ni dah cukup penat. Dia pun nak rehat."

"Abang Aqib mana?" soal Hessa lagi.

"Encik Aqib katanya nak pergi hospital dan tidur hospital malam ni." Dah seharian Aqib tak jenguk Baihaqi, mestilah dia tak senang duduk tak tengok abang dia sehari.

"Tuan Seif akan datang tidur dengan saya malam ni?" Suara Hessa mengendur. Dia harapkan Rafa datang menjemputnya ke bilik Seif ataupun memaklumkan Seif akan datang ke biliknya. Tapi kenapa mereka diasingkan begini? Bukankah sepatutnya suami isteri itu harus sebilik?

"Em mengenai tu... Saya rasa, tak. Tuan Seif ada urusan sedikit dan dia minta puan makan dan terus rehat. Mungkin esok dia akan jumpa puan." Teragak-agak si Rafa menjawab.

"Kenapa macam tu? Kenapa nak jumpa suami saya sendiri pun sampai kena ikut jadual?"

"Bukan macam tu, Puan..."

"Saya nak jumpa suami saya sekarang." Sengaja Hessa tekan perkataan suami.

"Okay, saya akan maklumkan Tuan Seif."

"Kenapa nak maklumkan pula? Nak jumpa suami sendiri pun kena buat appointment ke?" Dada Hessa sudah turun naik.

"Bu...bukan." Rafa terkebil-kebil mencari ayat yang baik untuk diucap pada majikannya.

"Bawa saya ke bilik Tuan Seif."

"Baik." Akhirnya dia kalah. Maafkan saya, Tuan Seif.

Sebaik tiba di hadapan pintu bilik Seif. Hessa peluk tubuh menunggu Rafa mengetuk pintu bilik suaminya. Tak lama pintu itu terbuka sendiri dan terus menyipi mata Hessa melihat Seif yang sedang menanggal butang lengan baju menatapnya dengan muka tak bersalah.

"Ada apa ni?"

"Maaf, Tuan Seif... Er..." Rafa pandang Hessa dengan serba salah.

"Kenapa bilik tidur kita kena asing?" Terus Hessa mencelah. Rafa pula menunduk segan.

"Kenapa? Hessa tak selesa dengan bilik tu?" Tona nada Seif lebih perlahan saat dia bercakap dengan Hessa. Kedengaran tenang dan nyaman.

"Bukan tak selesa, tapi bukan ke tempat tidur isteri tu di sisi suami? Ini nak jumpa suami sendiri pun kena buat appointment siap guna orang tengah! Hessa ke dia isteri Tuan Seif?" Jari telunjuk Hessa terus dihala ke muka Rafa.

Seif pandang Rafa sekilas. Diam menekur lantai gadis itu dek ketakutan. "Hessa tak suka dia? Saya boleh pecat dia kalau Hessa tak suka."

Membesar mata Rafa mendengar perkataan pecat keluar dari mulut majikannya.

"Pecat? Tuan Seif ni tak faham ke buat-buat tak faham? Bukannya saya tak suka tapi..." Hessa hela nafas panjang. Penatnya cakap dengan Tuan Seif ni. Dia punya buat-buat tak faham, kita yang stress!

"Saya nak tidur dengan Tuan Seif!" Satu-satu Hessa tekan perkataannya biar jelas dan masuk ke lubang telinga lelaki itu.

"Hessa nak bilik saya?"

"Yes eh bukan!! Maksud Hessa..." Penatnya.

Rafa yang tengok tingkah aneh-aneh Tuan Seifnya pun penat. Lelaki itu bukannya tidak faham. Tapi sengaja buat-buat tidak faham. Entah untuk apa. Tapi dia mula jatuh kasihan dengan Puan Hessanya.

"Tak apa lah." Akibat penat. Akhirnya Hessa mengalah.

Seif senyum. Tangan naik mengusap kepala Hessa sekejap. "Okaylah kalau macam tu. Good night, Hessa."

Mata Hessa menjenggil memandang Seif. Macam itu je? Geramnya, ya tuhan!!

Apa dia nak buat eh?

Tak sampai sesaat, mentol nakal muka bernyala. Hessa perlahan-lahan ukir senyum.

Lihat senyum nakal di bibir isterinya. Senyum Seif pula yang pudar. Entah kenapa, dia rasa tidak sedap hati.

"Good night, Tuan Seif." Hessa memalingkan tubuh menghadap Rafa yang berdiri di belakangnya.

"Dan good night, Rafa. Saya akan tidur di sini."

•❉᯽❉•

DENGAR seseorang sedang mengalunkan bacaan Quran, Afya spontan menghentikan langkah. Telefon yang ada di tangan dimasukkan ke dalam poket jubah. Kaki memakai kasut putih berundur beberapa langkah ke belakang dan barulah dia sedar, dia berdiri tepat di hadapan bilik menempatkan Baihaqi.

Lama dia berdiri di hadapan bilik Baihaqi sebelum perlahan-lahan dia memberanikan diri memulas tombol pintu. Cahaya malap lampu meja buat dia dapat melihat dengan jelas sosok seorang lelaki duduk di sebelah katil abangnya sedang ralit mengalunkan bacaan Al-Quran di situ.

Suaranya merdu, alunannya bagus sampaikan Afya tidak sedar dia pula yang teralit berdiri di situ. Tiba-tiba suara yang tadi mengalunkan bacaan Al-Quran terhenti. Afya terpinga-pinga saat si pembaca Al-Quran mengangkat kepala dan zap!

Pandangan mereka bersatu.

"Ehem! Ehem!" Dia terkalut sampai terbuka pintu dengan luas dan pura-pura masuk memeriksa Baihaqi lagak seorang doktor.

"Dah ada doktor masuk periksa dia tadi lima belas minit yang lepas," tegur Aqib. Al-Quran di tangan di katup dan dia letak di atas meja.

"Oh! Ye ke?"

"Rajin-rajin betul doktor kat hospital ni ya?" Itu soalan atau perlian?

"Jaga nyawa orang, mestilah kena rajin." Perempuan tak boleh kalah.

"Hessa ada cerita awak dan Seif rapat. Tapi kenapa awak tak datang wedding dia hari ni?"

Sekali lagi Afya rasa sakit jantung dengan soalan tiba-tiba lelaki itu. "Macam awak tengok. Saya kerja."

"Awak baru masuk shift." Sejak asyik ulang alik menjaga Baihaqi, Aqib sampai boleh hafal shift kerja Afya.

"Saya pergi ke tak pergi, itu urusan saya. Kenapa awak perlu menyibuk? Ada lah tu alasan kenapa saya tak pergi. Boleh jadi saya tengah on call ke? Atau saya cover doctor lain atau saya tidur tak bangun-bangun..."

"Atau awak sebenarnya sukakan Seif." Aqib mencelah. Dan terus suasana menjadi sunyi.

Afya teguk air liur memandang wajah tenang Aqib. Lagi-lagi melihat senyum tersungging di bibir lelaki itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro