17

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hessa rasa tersisih lagi. Mungkin apa yang berlaku di rumah Datin Aiza semalam buatkan dia terlebih sensitif hari ini.

Sekarang dia diam sahaja sambil melihat Seif memberi tumpuan pada penjelasan Doktor Afya tentang kondisi Baihaqi. Dia angkat pandangan melihat sisi tepi suaminya. Berbaju kemeja kelabu dengan lengan baju disisin hingga ke siku, Seif silang tangan ke dada sambil menatap tepat ke wajah Afya yang sedang berbicara. Melihat renungan Seif pada Afya, Hessa pula yang sesak tidak senang duduk di tempatnya. Cemburu.

Berbeza. Sangatlah lain perlakuan Seif ketika bersama Afya berbanding dengan sikapnya ketika berada dengan Hessa. Cara bicara dan layanan Seif pada Afya buat Hessa rasa seperti orang asing di situ.

Iyalah, Afya berpelajaran dan tahu banyak perkara yang Seif tidak tahu. Sedangkan Hessa, hanya budak polos yang tiada apa-apa nilai di mata orang. Seseorang seperti Seif sudah pasti lebih berminat mendengar bicara wanita berpelajaran seperti Afya daripada Hessa yang hanya bercakap kosong sepanjang masa.

Hessa pula yang dilayan seperti kanak-kanak yang belum matang dan masih perlukan dewasa untuk bergantung. Sudah beberapa minggu bergelar isteri Seif, mereka jarang berbicara serius. Seif melayani seperti alat mainan yang memberi hiburan.

Jengkel.

Sedangkan Seif boleh berubah serius di hadapan orang seperti Afya.

Adakah dia masih lagi seorang kanak-kanak yang belum dewasa di hadapan suami sendiri?

Tanpa sedar Hessa ketap gigi.

Dan sebab itu Seif tidak pernah mahu bersamanya?

Hessa mengeluh lantas tunduk kepala dan tangannya bergerak menggenggam tangan Baihaqi.

Tindakan itu buat Seif yang ralit mendengar bicara Afya mengerling sekilas pada isterinya. Matanya jatuh melihat tangan Baihaqi berada dalam genggaman Hessa. Raut muka berubah kelat.

"Awak dengar?" Afya tarik perhatian Seif kembali. Sengaja dia panjangkan perbualan agar Seif lebihkan perhatian kepadanya dan memang niatnya mahu membangkitkan cemburu di hati Hessa.

"Dengar." Seif pandang Afya kembali.

"We'll continue to monitor him closely. Kami akan conduct more comprehensive neuroimaging tests to assess the overall brain function. This is crucial to understand the potential for recovery. Kami juga akan start dengan mild rehabilitative exercises untuk maintain muscle tone and motor responses," Afya sambung menerangkan keadaan Baihaqi dan Seif tekun memberi perhatian.

Hessa diam. Teranglah apapun pada dia, dia tak akan faham keadaan Baihaqi sekarang. Mungkin sebab itu, Afya dipandang hebat oleh semua orang. Tidak seperti dia, tak berpelajaran dan otak kosong.

Ah, dia tak peduli lagi. Yang dia ingin tahu, berapa lama lagi Baihaqi akan koma? Walaupun abangnya seorang itu kuat membebel macam mulut itik, dia sudah rindu. Nanti kalau Baihaqi dah bangun, dia tak kisah dengar Baihaqi bebel siang sampai malam. Dia sanggup tadah telinga dan dengar.

Hessa gigit bawah bibir. Berapa lama lagi abang nak tidur? Dah cukup lama sampai Hessa rasa sangat sunyi sekarang. Bangunlah...

"Bangunlah..." Berperang dengan perasaan sendiri, tanpa sedar mulut Hessa berbunyi. Hessa tersentak dengan perkataan keluar dari mulutnya. Dia angkat wajah melihat Seif dan Afya sedang menoleh memandangnya. Tidak sedar setitis air mata mengalir laju dari tubir mata hingga ke dagu.

"Hessa menangis? Kenapa?" Baru Seif ingin menghampiri, Hessa rasa jarinya digenggam sesuatu.

Sekali lagi Hessa terkedu. Perlahan-lahan dia tundukkan pandangan.

Berderau darah melihat apa yang sedang menggenggam tangannya. Seif turut tergamam sampai dia dan Afya hilang kata.

"Abang!" Hessa terus berdiri. Pipi Baihaqi dipegang. Mata Baihaqi ditilik lama. Baihaqi akan buka mata! Baihaqi akhirnya akan buka mata itu lagi!

"Tuan Seif..." Mata berkaca-kaca, Hessa angkat wajah menatap suaminya. Senyum syukur terus terlakar di bibir.

Akhirnya...



SUDAH berminggu-minggu Baihaqi sedar dari komanya. Sepanjang itu dia jalani rawatan untuk kembali berbicara dan menguatkan kembali otot yang sudah lama berehat sepanjang dia terbaring di atas katil.

Hessa sibuk dan Seif tidak muncul saat dia sibuk menjaga Baihaqi sendirian di hospital. Mereka suami isteri sudah jarang berjumpa sampai sesekali Hessa lupa dia isteri orang. Seif ada pesan, buat masa sekarang, tak perlu lagi beritahu hal sebenar tentang hubungan mereka kepada Baihaqi. Mungkin dia mahu Bai fokus untuk sembuh dan tak mahu lelaki itu terkejut.

Gila tak terkejut. Bangun-bangun je dapat tahu adik nikahi orang yang dia paling benci. Silap hari bulan dia koma balik.

Hessa mengeluh. Kalau difikir-fikir dah seminggu dia tak jumpa Seif. Dia pulang ke rumah Seif pula tak ada. Bila malam, Hessa akan bermalam di hospital temankan Baihaqi. Kali terakhir mereka jumpa, dia cuma minta izin untuk temankan Baihaqi waktu malam sebab risau kalau abangnya mahu bergerak dan perlukan dia. Saat itu Seif angguk sahaja. Dan hanya itu perbualan mereka.

Seif tak ada hubungi dia langsung. Paling tak pun buat-buatlah tanya khabar Baihaqi. Terubat juga rindu Hessa kat suami sendiri. Ini tidak, langsung tak ditanya khabar isteri sendiri. Tak rindu dia ke? Asyik Hessa sahaja yang rindu. Hmph...

Entah-entah suami dia ada skandal lain kut?

Fikir soal itu, Hessa rasa hatinya digigit harimau. Sakitnya...

"Hessa buat apa lama sangat? Abang dah nak tercekik ni." Baihaqi menegur Hessa termenung lama mahu menuang air kosong ke dalam gelas.

"Hessa tengah jampi air ni." Kemudian dia tuang air ke dalam gelas dan menghulur kepada Baihaqi.

"Cukuplah Walidan tu je yang sesat. Kau jangan nak sesat juga."

"Abang, Hessa lapar lah."

"Pergilah makan kat cafe."

"Abang macam mana? Nak Hessa panggil nurse lawa jagakan abang?" Senyum nakal tersungging di bibir. Tak semena-mena jelingan tajam Baihaqi hantar pada adiknya.

"Abang dah boleh bergerak." Datar dan dingin.

"Ke abang trauma dimandikan nurse-nurse cantik masa koma haritu?" Hessa mengekek sendirian. Itu je modal dia nak kenakan Baihaqi sekarang. Confirm wajah abang dia berubah warna terus!

"Kau tunggu abang sihat sikit lagi. Abang buang kau dalam tong sampah."

Makin besar tawa Hessa mendengar jawapan Baihaqi. Dia lantas bangun dan beredar meninggalkan abangnya untuk isi anak cacing dalam perutnya. Kalau Aqib ada sekali ni mesti lagi seronok mereka kenakan abang dorang yang seorang itu. Fikir pasal Aqib, Hessa senyum nakal.

Dia ada buat panggilan pada unit tentera, dia suruh mereka maklumkan pada Aqib yang abang mereka sudah nazak. Esok atau lusa, mesti Aqib muncul punya dengan muka tercebik-cebik menangis macam budak kecil. Padan muka. Siapa suruh kerja lama-lama sampai biarkan Hessa sendirian jagakan Baihaqi.

Baru sedang berjalan ingin menuju ke arah lif, senyum Hessa terhenti saat dia dengar suara seseorang yang sangat dia kenal sedang berbual. Dia toleh ke belakang memandang Seif keluar dari lif bersama Afya.

"Terima kasih dah belanja saya makan." Afya sembunyi senyum teruja di wajah.

"Sama-sama." Seif dengan muka berlagak macho tenang masukkan tangan ke dalam poket seluar.

Hessa ketap gigi. Ingat manis lah tu? Isteri sendiri lapar tak ada pula dia nak belanja makan. Jangankan belanja makan, tanya khabar isteri pun tak!

Kalau orang lain mungkin dah lari dan merajuk. Tapi ini Hessa Yalina! Bakal fighter WWE tak jadi.

"Tuan Seif!!" Lantang Hessa panggil suaminya.

Tergamam dua makhluk itu melihat Hessa yang berdiri di hadapan pintu lif. Apa? Ralit sangat berbual manis sampai tak sedar batang hidung isteri sendiri.

"Hessa..." Seif terpinga-pinga. Muka jelas seperti seorang pesalah yang kantoi berbuat salah.

"Oh..." Seperti dalam drama, Hessa peluk tubuh dan penuh anggun dan slay dia hampiri Seif dan Afya.

"Ini kerja Tuan Seif sepanjang saya tak ada? Baru berbini dah berani curang dengan bini sendiri? Mentang-mentanglah Hessa sibuk jagakan Baihaqi, sampai hati Tuan Seif buat Hessa macam ni ya?" Jangan main-main dengan perempuan lapar! Dia boleh bertukar menjadi harimau jadian sekelip mata.

"Apa yang Hessa cakap ni? Saya dengan Afya..."

"Diam!" bentak Hessa sedikit kuat.

"Seminggu kita tak dapat jumpa. Tuan Seif tak tanya pun khabar isteri sendiri. Hessa dah makan ke? Hessa dah mandi ke? Hessa dah tidur je? Tuan Seif tak rindu isteri sendiri ke?" Hessa menggerutu panjang lebar. Kali ini hatinya betul-betul sakit. Tambahan lagi dia lapar dan sedang datang bulan. Dipinggirkan suami sendiri pula tu! Lagi menyakitkan hati melihat suami dengan perempuan lain, siap belanja perempuan itu makan! Emosinya di tahap parah!

"Saya tak tanya khabar Hessa sebab tak nak ganggu Hessa jaga Baihaqi." Lembut Seif membalas. Dia berjalan dan cuba meraih tangan isterinya tapi Hessa lebih cepat menepis.

Seif terkedu.

"Itu alasan Tuan Seif untuk keluar berduaan dengan perempuan ni?" Hessa pandang Afya dengan renungan dingin. Hatinya makin sakit melihat dua insan itu sekadar berwajah tenang ibarat melihat anak kecik yang sedang merengek.

"Hessa, sudahlah. Jangan besarkan benda kecil. Saya datang hari ni nak jumpa dan temankan Hessa." Seif cuba membujuk. Kali ini dia berjaya meraih tangan Hessa. Bergerak-gerak ibu jari mengusap jemari isterinya.

"Teman? Teman Hessa atau teman perempuan ni? Tuan Seif boleh belanja perempuan tu daripada peduli Hessa yang lapar sekarang!"

"Hessa... Bukan macam tu..."

"Cukup!" Hessa menaikkan suara.

Dia ketap gigi. Sudahlah! Cukup layan dia seperti kanak-kanak! Dia muak!

"Hessa ceraikan Tuan Seif talak satu! Huh!" Hessa menyentak tangan dari pegangan suaminya. Dengan marah yang berkobar-kobar ibarat api marak, dia berlalu pergi memasuki lif yang terbuka buatnya.

Afya tekup mulut. Canggung. Dia melirik mata memandang Seif yang mengeluh panjang. Kemudian matanya jatuh melihat bungkusan di tangan Seif. Tadi kebetulan dia sedang makan di kafe dan Seif datang untuk bungkuskan makanan buat isterinya. Melihat Afya yang ingin menbayar, Seif terus bayarkan buat Afya dan mereka sama-sama berjalan memasuki lif kerana ingin menuju ke tempat yang sama.

Tapi salah faham pula tercetus saat Hessa melihat mereka berdua.

"Maaf. Sebab saya, Hessa salah faham." Afya teguk air liur. Bukan salah dia sepenuhnya, perempuan itu buat tuduhan secara sembrono. Budak tak matang memang begitu agaknya.

"Yeah, it's totally your fault. If you hadn't started with that nonsense talk dengan dia that day, Hessa wouldn't have misunderstood," tutur Seif sedikit dingin. Tatapan tajam dilemparkan pada Afya yang sudah beku seperti batu.

Afya tergamam. Seif tahu?

"She always admired you, Afya. But you destroyed everything."

Afya rasa terpukul. Dia kehilangan kata-kata dan membiarkan Seif berlalu pergi melintasi tubuhnya begitu sahaja. Entah perasaan apa yang Afya rasa sekarang. Tapi dia rasa malu dan kesal.

Nonsense talk?

Seif cuma menganggap perasaannya sebagai sesuatu yang karut?


"TAK payah bayar, Puan. Husband puan dah bayar." Hessa mengerling tajam mendengar bicara juruwang itu. Tangan tetap mencelup ke dalam dompet untuk keluarkan wang.

"Husband apa? Saya dah tak ada husband! Saya dah ceraikan dia tadi." Hessa hulur duit kepada juruwang lelaki itu. Wajah juruwang itu serba salah. Duit Hessa hanya dipandang tapi tidak diambil.

"Puan ceraikan husband puan?" soalnya dengan wajah polos.

"Yelah! Kenapa?"

"T...tak ada apa-apa. Tapi saya tak boleh ambil duit ni. Sebab makanan puan dah dibayar."

"Ambil duit ni sebelum saya bakar cafe ni."

"Okay, puan! Saya ambil!"




RASA mahu buang air kecil. Hessa pula tak ada. Biasanya kalau dia mahu terkucil, Hessa akan bantu bawa dia ke bilik air dan tunggu di luar. Bila sudah selesai, Hessa bantu pula Baihaqi keluar dari bilik air. Bukannya Baihaqi tak boleh bergerak langsung. Sudah boleh. Tapi masih perlukan seseorang untuk bergantung.

Baihaqi ada pilihan lain. Iaitu memanggil jururawat. Tapi itu pilihan yang tak akan dia pilih.

Nak tak nak, daripada dia terkucil atas katil lagi membuat malu, baiklah dia bangun perlahan-lahan ke bilik air. Ada katil dan almari tempat dia bergagah.

Baru sahaja turun dari katil. Pintu biliknya tiba-tiba dibuka.

"Panjang umur kau, Hessa. Tolong bawa abang ke jamban..." Toleh kepala ke belakang. Baihaqi terus tercengang. Bukan Hessa seperti yang dia harapkan, tapi Seif!

Macam mana lelaki itu boleh ada kat sini? Dan macam mana Seif tahu dia ada di sini?

"Kau buat apa kat sini?" Kasar soalan Baihaqi lempar pada lelaki itu.

"Haih... Dah besar-besar pun tak malu ke minta adik hantar ke jamban?" Seif letak bungkusan makanan Hessa di atas meja dan dia hampiri Baihaqi.

"Dia adik aku! Suka hati aku lah! Kau datang sini buat apa? Nak ketawakan aku sekarang?" jerkah Baihaqi. Wajah Seif ditatap tidak senang.

"Sebelum kau terkencing kat sini, meh aku hantar ke jamban tu."

"Ish! Apa kau merepek ni. Lepaslah! Aku boleh jalan sendiri." Kudrat yang ada, Baihaqi tolak perlawaan Seif.

"Tak payah sombong sangat dengan aku." Seif masukkan tangan ke dalam poket seluar memerhati Baihaqi terkial-kial mahu bergerak sendiri ke bilik air.

"Suka hati aku lah. Kau boleh keluar. Aku tak nak tengok muka kau kat sini lagi."

"Tck... tck... tck... sayangnya muka ni yang kau akan selalu tengok nanti, abang." Seif angkat tangan menunjuk cincin melingkar di jari manis kanannya.

Baihaqi tidak bergerak dek kebingungan. Berlapis dahinya cuba mencerna apa yang dia dengar dan lihat.

"Apa kau cakap ni? Abang? Sejak bila aku jadi abang kau?" bentak Baihaqi.

Seif senyum nakal. Dia hampiri Baihaqi dan berdiri tepat di hadapan lelaki itu. "Aku dah tunaikan janji aku pada kau."

Baihaqi kerut dahi. Janji? Janji... tiba-tiba mata Baihaqi terbuntang luas. Terus kolar baju Seif ditarik kasar. "Apa kau dah buat, hah?"

"Kau sendiri suruh aku berjanji dulu, kalau sesuatu jadi pada kau, kau minta aku jagakan Hessa dan Aqib."

"Kau dah gila ke? Aku dah tarik janji tu!"

"Aku tak peduli." Seif tolak tangan Baihaqi di kolar bahunya.

"Kau cabar aku, Baihaqi. Kau tuduh aku orang yang tak boleh dipercaya. Dan sekarang aku buktikan, aku betul-betul kahwini Hessa untuk kau. Sekarang aku dah jadi adik ipar yang baik untuk kau."

"Diam! Geli tahu tak!" Merah wajah Baihaqi mendengat bicara Seif.

"Okay, abang."

"Jangan panggil aku abang! Aku tak akan ada adik macam kau dan tak akan benarkan kau jadi adik ipar aku. Keluar sekarang!"

"Kau kena reda. Aku dah jadi adik ipar kau." Selamba Seif cepung tubuh Baihaqi masuk ke dalam bilik air.

"Woi!!" Terjerit Baihaqi dengan tindakan gila lelaki itu.

Seif letak kembali Baihaqi dan dia berdiri dengan muka tak bersalah merenung lelaki. "Kencinglah."

"Kau nak apa lagi? Keluarlah!" halau Baihaqi. Kalau dia dah sembuh nanti, muka Seif paling awal dia tumbuk. Rasa menyampahnya membuak-buak.

"Aku tak boleh tunggu?" Seif senyum mengejek.

"Kau nak tunggu buat apa, setan. Tak ada burung ke?" Baihaqi tahan diri mencarut. Makin sakit hati dia dengar tawa jengkel lelaki itu. Ada yang makan berus jamban ni karang.

"Baiklah, abang bai. Adik Seif keluar sekarang."

"Bab$;&(&!!" Baihaqi tarik nafas panjang. Dah tak ada mood nak kencing!

"Banyakkan berzikir. Nyawa kau dah hujung-hujung haritu."

"Diam dan keluar sekarang!!"

SELESAI makan dengan senang hati Hessa usap perut keluar dari lif. Sikit lagi dia nak menari-nari dek kekenyangan dan gembira. Hilang terus wajah Seif yang menghantui rindunya. Hampir sampai ke bilik Baihaqi, dia tergamam. Cepat-cepat dia bersembunyi di sebalik dinding.

Kepala perlahan-lahan terjenggul melihat orang yang sedang duduk di bangku berhadapan bilik wad Baihaqi. Lelaki itu peluk tubuh seperti menunggu sesuatu.

Hessa gigit bibir bawah. Dan kembali bersembunyi dan bersandar tubuh pada dinding. Dia tak nak jumpa Seif. Tapi dia nak buat apa sekarang?

Jadi cicak man dan melekat pada dinding lalu masuk ke bilik Baihaqi melalui pintu?

Hessa pandang tangan sendiri. Tapi cicak? Euww tak nak lah.

Jadi spiderman? Pun okay jugak. Boleh dia bergayut macam tarzan dan terus melompat masuk ke bilik Baihaqi. Barulah Seif tak dapat jumpa dia.

Tapi lagi best kalau dia ada kuasa halimunan. Lalu je depan Seif dan buka pintu. Seif pun tak nampak.

Hessa punya pemikiran seperti dia ada semua kuasa itu.

"Hmmph..." Hessa usap dagu.

"Fikir apa tu?" tegur Seif sambil dia peluk tubuh turut bersandar pada dinding di sebelah Hessa.

"Tengah fikir nak jadi cicakman ke, spiderman atau halimunan man." jawab Hessa masih tidak sedar kehadiran orang di sebelahnya.

"Untuk apa?"

"Untuk masuk wad Bai... Arghh!!" Mahu terkeluar anak tekak Hessa menjerit sebaik dia lihat orang yang sedang menyoalnya. Aduh!!

"Kenapa? Sebab tak nak jumpa saya dah?" Seif jungkit kening.

"Urgh! Tuan Seif dah jadi bekas suami saya. Pergilah dekat Afya tu."

"Kesian saya. Ditinggalkan." Seif mengeluh panjang.

"Siapa curang?" Hessa jeling tajam.

"Kena tuduh pula tu." Seif menyambung.

"Siapa yang tuduh? Dengan mata Hessa sendiri Hessa nampak Tuan Seif dengan Doktor Afya!"

"Isteri saya dah tak suka saya, sebab tu asyik nampak salah saya je."

"Tuan Seif!!" Hessa naikkan suara. Geram.

"Ya, saya? Sampai bila nak panggil saya tuan? Ke saya ni hanya majikan kat mata awak?" soal Seif tenang. Tangan naik menyentuh rambut Hessa di bahu.

"Tuan Seif sendiri yang tak nak rapat dengan saya. Sudahlah! Jangan sentuh-sentuh. Kita dah cerai." Hessa tepis tangan Seif.

"Hessa belajar mana yang cerai tu ada kat tangan perempuan?"

Hessa tiba-tiba terkejut. Dia baru teringat sesuatu. Ustaz cakap, lafaz cerai hanya ada di tangan lelaki. Jadinya?

"Tuan Seif?" Serentak Hessa dan Seif berpaling. Raut wajah Seif terus berubah sedikit serius. Hilang senyum dan usikannya sebentar tadi.

"Kita ada masalah sikit dengan projek tadi. Dan dia orang buat meeting mengejut." ujar pemandu Seif.

"Kenapa tak ada yang beritahu saya?"

"Sebab dorang takut..."

Seif mengeluh panjang. Dia pandang Hessa yang sudah cemberut mukanya. Tangan naik mengusap kepala isterinya, sebelum ia jatuh ke bahu lantas menarik tubuh Hessa dalam dakapan.

"Jumpa nanti."

"Saya tak nak jumpa Tuan Seif dah!" Hessa palingkan tubuh.

Seif tergelak kecil. Dua beradik sama sahaja. Kuat merajuk!

"Tapi saya nak jumpa Hessa lagi dan lagi."

Hessa mendengus.

"Saya tinggal dulu. Nanti kita jumpa ya,"

Diam tiada balasan.

Seif senyum dan dia tunduk mengucup dahi Hessa. Kemudian dia berlalu pergi begitu sahaja.

Hessa tolak dinding pipi dengan lidah. Kemudian dia gigit bawah bibir. Ah tak kira! Dia masih sakit hati lagi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro