18

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Belum sempat van tentera berhenti tepat di hadapan lobi hospital, Aqib sudah melompat turun. Dia berlari anak menuju ke arah lobi dan terus ke arah lif hospital. Tangan bercekak si pinggang menunggu lif tiba.

Ting!

Saat pintu lif terbuka, tiada sesiapa di dalam. Tak menunggu Aqib terus meluru masuk. Tombol lif ditekan terus menuju ke tingkat menempatkan abangnya.

Tak lama, lif kembali terbuka menandakan sudah sampai ke tingkat yang ingin dituju. Kaki terus diatur menuju ke susur jalan kiri. Dari jauh dia sudah dapat menangkap bilik wad menempatkan Baihaqi. Hampir beberapa langkah, dia lihat satu susuk berjubah putih keluar dari bilik itu.

Aqib terus menerpa.

"Macam mana keadaan Baihaqi?" Kedua belah bahu Afya dipegang kemas. Jauh mata Baihaqi menikam ke dalam mata Afya.

"Baihaqi?" Afya soal kembali.

"Dia baik-baik je kan? Dia masih ada peluang kan? Tolong..." Tak semena-mena Aqib menitiskan air mata. Tangannya di bahu Afya terketar-ketar dan perlahan-lahan melemah lantas jatuh ke sisi kembali.

"Encik Aqib, cuba encik bawa bertenang..."

"Saya sayang dia, doktor. Dia satu-satunya abang saya. Tanpa dia, hidup saya dah tak ada makna... Saya hidup sejauh ini untuk dia dan Hessa. Tolonglah cakap dia masih ada peluang." Aqib teresak-esak sudah tidak peduli pandangan doktor itu. Siapa tidak sedih, berminggu-minggu dia berkhidmat untuk negara tanpa telefon bimbit untuk dia tanya khabar abangnya. Hanya tuhan sahaja yang tahu setiap detik dia teringatkan Hessa dan Baihaqi di sini. Hampir setiap malam wajah merekalah yang menjadi penghuni mimpinya. Semalam saat dia balik ke pengkalan dia dapat khabar yang abangnya sedang tenat.

Hati rapuhnya akhirnya kalah. Sisi lemah yang selama ini dia tak akan tunjuk di hadapan orang lain akhirnya terluah di hadapan Afya.

"Saya faham perasaan awak, tapi cuba awak bertenang dulu..." Perlahan suara Afya memujuk. Bahu Aqib ditepuk-tepuk.

Aqib angkat pandangannya memandang Afya. "Macam mana saya nak bertenang? Saya cuma..."

Tak sempat dia habiskan ayat, Aqib terjeda melihat sosok sedang memeluk tubuh bersandar pada dinding pintu. Beberapa kali dia mengelipkan mata. Tak puas hati dia gosok pula matanya dengan jari telunjuk.

"Siapa cakap kat kau yang aku nak mati ni?" soal Baihaqi datar.

Aqib tercengang. Dia pandang wajah Afya yang sudah merah mengemam bibir. Mungkin sedang menahan tawa dek geli hati.

Kemudian dia pandang Baihaqi kembali "Abang... kau...?"

Baihaqi putar bola mata. "Malu lah aku ada adik cengeng macam ni. Cakap askar, takkan depan doktor pun teriak."

"A...abang." Aqib ketap gigi.

"Ya, Encik Aqib. Siapa cakap yang abang encik tak ada peluang ni?" Afya senyum kecil. Bangga kerana segala hasil usahanya, dia dapat selamatnya nyawa abang lelaki cengeng itu.

"Tch!" Selangkah demi selangkah Aqib maju ke hadapan lantas dia meluru memeluk tubuh abangnya. Wajah disembam di bahu Baihaqi menahan sebak yang sekian lama dia tahan.

"Sudahlah tu. Kau ni lagi manja daripada Hessa! Malulab Doktor Afya tengok!" Membebel pun tangan Baihaqi tetap bergerak-gerak mengusap belakang adiknya.

"Mana budak Hessa tu? Memang cari pasallah!" Aqib lerai pelukan. Kepala terjenguk-jenguk mencari Hessa.

"Dia tak datang lagi."

"Pandai dia mengelat eh!" Aqib menderam geram.

Dia pandang Baihaqi kembali. Pipi Baihaqi dicekup dengan tangan. Walaupun sedikit pucat dan cekung, wajah abangnya sudah ada warna. Harapan yang dulu pudar kembali bercahaya. Syukurnya Aqib saat itu hanya tuhan sahaja yang tahu.

"Dah puas tilik muka aku?" Baihaqi tolak tangan Aqib di wajahnya.

"Aku membayangkan wajah kau jadi mayat."

"S*al perangai kau ni eh? Siapa ajar?" Baihaqi mengecil mata. Kemudian dia pandang Doktor Afya yang memerhati.

"Terima kasih, doktor."

Afya senyum tipis. "Kalau tak ada apa, saya minta diri dulu."

"Nak pergi macam tu je?" Aqib tiba-tiba memalingkan tubuh menghadap Afya yang sudah berura-ura mahu pergi.

Tercengang gadis itu menoleh kembali menatap wajah Aqib.

"Lollypop untuk saya tak ada?" Aqib hulur tapak tangan.

"Yelah, sebabkan Encik Aqib menangis sungguh-sungguh tadi, nah." Afya raba poket jubah lantas dia letak letak lollypop di atas tapak tangan Aqib.

Terjungkit sebelah kening Baihaqi melihat babak itu. Ada apa-apa ke ni?

"Pergi dulu." Afya geleng kepala lantas dia cepat-cepat pergi daripada diusik Aqib lagi.

"Hehe." Aqib sengih melihat lollypop di atas tapak tangan.

"Abang ada soalan untuk kau." Terhinjut-hinjut Baihaqi berjalan kembali ke biliknya.

Sengihan Aqib perlahan-lahan mati.

Gulp!

Takut-takut Aqib toleh kepala memandang abangnya. "Ya?"

"Kenapa kau bagi bagi Hessa dan Seif kahwin? Kau dah tak ada akal ke, Aqib?" Belum apa-apa Aqib dah disembur.

"Aqib minta maaf, abang." Aqib tunduk.

"Sekarang abang tak nak dengar maaf kau. Abang nak dengar penjelasan kau! Kenapa kau biarkan Hessa nikah dengan Seif?" Aura garang Bai sudah keluar. Aqib telan air liur. Rasa menyesal pula balik hari ini. Hessa punya angkara lah ni!

"Aqib buntu, abang. Abang terlantar tak sedarkan diri dalam keadaan lima puluh-lima puluh. Kalau jadi apa-apa pada abang, macam mana dengan Aqib dan Hessa?"

"Kau bukan budak umur 8 tahun nak merengek macam tu, Aqib! Kau dah besar! Abang tak didik kau jadi lembik macam ni. Kau tentera dan kau lagi gagah dari abang! Macam tu je kau buat keputusan tak fikir apa-apa? Hessa tu baru sembilan belas tahun tau!"

Aqib diam menunduk. Dia tarik nafas lantas memeluk tubuhnya. "Kalau abang duduk kat tempat Aqib, apa yang abang buat?" pandangan diangkat memandang Baihaqi.

"Aqib tentera, itu sumber rezeki Aqib sekarang. Kalau Aqib pergi kerja siapa yang akan tengokkan Hessa? Siapa yang akan jagakan Hessa? Siapa yang akan tengokkan abang? Aqib dah terfikir nak berhenti kerja tapi Seif tak kasi. Dia suruh Aqib terus kerja."

Baihaqi terdiam. Mencerlung matanya saat nama Seif keluar dari mulut Aqib.

"Jangan cakap Aqib tak fikirkan abang! Banyak benda yang Aqib fikir, abang. Banyak! Aqib fikirkan siapa yang akan jaga Hessa. Aqib fikir kos rawatan abang kalau Aqib berhenti kerja. Kalau abang ada kat tempat Aqib, apa yang abang buat? Cuba abang fikir?" Aqib jungkit sebelah kening.

"Tak perlu sampai kahwinkan Seif dengan Hessa!"

"Asalnya Aqib pun tak naklah Hessa nikah dengan Seif tapi Hessa yang nak dan Seif sanggup!"

Baihaqi terkedu. "Hessa nak dan Seif sanggup?"

"Macam abang tak kenal adik abang seorang tu, tapi..."Aqib hela nafas panjang.

"Pentaksub Walidan makin gila. Abang faham sendirilah kenapa Hessa terdesak nak kahwin."

Baihaqi terdiam sejenak. Dia usap perutnya. Parut tikaman hari itu. Betul kata Aqib, pentaksub Walidan makin gila. Hari itu pun mereka berniat mahu mengambil Hessa tapi Hessa...

Mata Baihaqi membesar. Bayangan Hessa kelar lehernya buat dia terduduk.

"Abang?"

"Abang tak tahu lagi, Aqib." Egonya menggunung menolak pertolongan Seif tapi sekarang dia malah terjerat dengan ehsan dan belas lelaki itu. Hessa sudah berkahwin dengan Seif saat dia terlantar tak sedarkan diri.

Dia mahu membantah perkahwinan itu tapi sekarang kehidupan Hessa bergantung pada perkahwinan itu. Hessa betul-betul mengharapkan perkahwinan itu dapat hapuskan sumpahan takdir hidupnya. Dia sedang dengan perjalanan hidup yang tidak biasa...

"Maafkan Seif, abang. Terimalah yang dia dah jadi adik ipar kita sekarang."

"Apa kau mengarut ni?!" Baihaqi memotong lancang. Geli dia mendengar perkataan adik ipar keluar dari mulut adiknya.

"Mengarut apa? Betullah!"

"Abang-abang aku sedang bergaduh fasal apa pula ni?" Itu dia batang hidung tak diseru tiba-tiba muncul sahaja.

Baihaqi merengus.

Aqib mengecil mata memandang Seif. Haritu cakap dia akan selesaikan dengan Baihaqi. Sekarang jenuh Aqib nak pujuk abangnya.

"Aku tak ada adik tua bangka macam kau," jawab Bai.

"Kau tak payah nak merajuk macam pondan. Aku dah jadi adik ipar kau. Sudah-sudahlah tu. Terimalah takdir." Seif menjenguk-jenguk kepala mencari susuk isterinya. Mana pula budak ni pergi.

"Aku lebih terima adik aku kahwin dengan lelaki lain daripada kau."

"Sorry, cukuplah aku kena cerai dengan adik kau. Aku tak nak bermadu pula," balas Seif selamba. Adik dengan abang sama sahaja. Mengarut aje kerjanya.

"Dalam beberapa hari lagi, kau dah boleh balik. Aku akan bawa kau balik kat rumah aku. Rumah kau sekarang tak selamat nak duduk."

"Aku..."

"Aku buat semua ni bukan sebab aku nak melekat dengan kau! Jangan perasan!" Belum sempat Baihaqi bantah, Seif lebih dahulu memotong.

Sipi mata Aqib melihat dua orang itu bergaduh. Dua-dua sebenarnya macho dan matang, tapi kalau dua makhluk ini berjumpa terus hilang sifat itu dan berubah seperti budak tadika berebut kerusi. Haih... Dia tengok pun malu.

"Wife aku yang nak melekat dengan abang dia. Tak kan aku nak tolak permintaan wife aku pula kan?" Sengaja Seif tekan perkataan wife. Puas hatinya melihat wajah Baihaqi merah merona menahan geram.

"Kau ingat aku pun nak dekat sangat ke dengan kau? Kalau bukan sebab perangai konyol kau pergi kahwin dengan adik aku, aku pun tak hamaklah nak tengok muka kau." Baihaqi lepas marahnya.

Kasar bahasa buat Aqib serba salah. Bagaimana tak serba salah, Seif sudah terlampau banyak membantu mereka!

Dia fikir Seif akan terguris, tapi lelaki itu hanya menayang senyum mengejek.

Dua ekor ni pun!

"Nak buat macam mana? Kami pun dah jadi suami isteri. Muka yang kau tak hamak ni nanti akan kau rindu-rindukan. Tak begitu, Abang Bai?"

"Aku rasa nak koma balik dengar kau cakap macam tu." Kecil besar Bai pandang Seif.

Seif hambur tawa. Ikhlas dan tak dingin. Berkerut wajah Aqib melihat. Dia hanya mampu melihat sisi Seif yang satu ini di hadapan Baihaqi.

"Jadi, mana wife aku?"

"Kata wife, takkan wife pergi mana pun tak tahu. Maknanya aku lagi penting sebab Hessa beritahu aku mana dia pergi." Baihaqi tayang senyum sinis.

Senyum Seif mati. "Dia pergi mana?"

"Tak nak beritahu. Macam ni kau nak buktikan yang kau suami terbaik buat Hessa? Ceraikan jelah adik aku tu. Aku boleh jaga dia lebih baik daripada kau." Baihaqi tayang muka sinis.

"Kau bangun pun bertongkat. Ada hati nak jaga bini orang. Baik kau beritahu aku mana bini aku pergi."

"Tak nak!"

"Kau tak matang, Bai!"

Baihaqi juih bibir. "Melutut depan aku sekarang kalau kau nak tahu mana bini kau."

Seif jungkit kening. Senyum sinis tersungging. "No. Thank you." Kemudian dia memalingkan tubuh dan terus angkat kaki beredar.

"Welcome." Datar wajah Baihaqi melihat sosok Seif yang melangkah pergi.

"Abang ni dah kenapa? Cakap ajelah Hessa ada kat mana! Hessa tu bini dia tau!" Aqib mengomel sebaik Seif beredar.

"Biarkan. Biar dia tahu, jaga Hessa tak mudah macam dia fikir." Baihaqi senyum sinis. Dia yakin semua ini tak akan lama. Lambat laun, Seif akan lepaskan Hessa juga. Lelaki macam Seif, tak gila mahu mengahwini orang seperti Hessa. Pasti calonnya setaraf dan pintar seperti dia.

Mungkin dia mengahwini Hessa atas kemahuan egonya sahaja. Seif ingin buktikan kepada Baihaqi yang dia seorang lelaki yang memegang pada janji. Hakikatnya, hanya tuhan sahaja yang tahu apa yang ada di dalam hati lelaki itu.

DI belakang kantin ruang dapur terbuka. Tempat pekerja mencuci pinggan dan gelas. Ada gazebo untuk pekerja yang selesai mencuci duduk melepak sambil mereka mengelap pinggan basah dengan tuala. Yang lebih menarik, ruang belakang kantin berhadapan pula dengan padang BWA. Ada pagar temlat penuntut keluar dari bersantai petang dengan bermain bola sepak
Selepas itu mereka akan ke kantin untuk minum petang.

Hessa tersenyum-senyum. Rindunya dengan pemandangan ini.

Kisah dia dapat kembali kerja di kantin mungkin agak dramatis tapi sekurang-kurangnya dia puas hati.

Teringat kembali perbualan pagi tadi, Hessa senyum sendiri.

"Sebenarnya saya kahwin dengan Tuan Seif sebab dijodohkan." Cerita Hessa pada Kak Marisa, Juwita dan Kak Fatnim.

"Dijodohkan? Macam mana boleh jadi macam tu?" Serius wajah tiga orang itu mendengar cerita Hessa.

"Abang saya yang jodohkan."

"Kiranya Hessa tak cintakan Tuan Seif? Dan Tuan Seif tak cintakan Hessa?" Kak Fatnim pula menyampuk.

Hessa tunduk mencebik bibir. "Hessa cintakan Tuan Seif tapi Tuan Seif tak pandang pun Hessa sebagai perempuan. Hessa dah cuba nak dapatkan hati dia tapi hati Tuan Seif tu macam batu. Susah betul nak pecahkan."

"Lah macam tu rupanya. Kak Mar punyalah terkejut kami tiba-tiba nikah dengan Tuan Seif. Rupanya ada cerita di sebalik cerita. Tapi sedih jugalah cerita kamu ni, Hessa. Tercemar maruah Kak Mar sebagai perempuan dengar. Kamu yang muda elok dan cantik ni tak dipandang Tuan Seif?" Panjang lebar Kak Marisa mengomel tidak puas hati.

"Jangan sampai Kak Mar turunkan ilmu pada kamu." Kak Mar sudah beran.

"Ilmu?" Hessa terkebil-kebil.

Kak Mar tepuk bahu Hessa. "Tak apa, Hessa! Walaupun kita perempuan, ingat, tak ada lelaki kalau tak ada perempuan! Kak Mar akan buat sesuatu nak bantu Hessa."

"Eh tak payah susah-susah Kak Mar. Hessa dapat kerja kat sini balik pun dah kira bersyukur. Sebagai persediaan kalau-kalau nanti Tuan Seif nak ceraikan Hessa..." dia berdrama lagi.

"Huh! Kak Mar akan buat dia yang melutut peluk betis kamu nanti!" Kak Marisa sudah berkobar-kobar.

"Tapi kan Hessa, macam aku pernah dengar cerita kau ni..." Juwita kerut dahi cuba mengingat kembali memori lama.

"Eh cerita apa? Engkau ni mengarut jelah!"

Dan itulah sebab kenapa Hessa duduk di belakang sekarang. Cuci mata dan tenangkan hati dek cemburu.

"Macam mana lelaki ada otot-otot gagah tu ya? Aku teringin nak sado macam tu." soal Hessa pada Juwita. Tangan bergerak kepala pula tak fokus pada pinggan malah fokus ke depan melihat lelaki-lelaki yang berpeluh keluar dari padang. Ada di antara mereka yang tak berbaju, ada yang sengaja basahkan tubuh dengan air botol di tangan kerana kepanasan. Nanti mereka akan naik ke asrama, mandi, bersiap dan turun ke kantin untuk makan malam.

"Kau pergilah angkat berat selalu. Nanti otot kat lengan kau naik. Dah kenapa kau tiba-tiba cakap pasal otot ni?"

"Entahlah. Teringin nak ada. Nanti kalau ada orang buat apa-apa kat aku, aku boleh pukul dia orang."

"Kau belajarlah dengan abang askar kau tu."

"Aqib? Hmm kalau aku belajar dengan dia mesti tak jadi belajar. Aku jadi malas sebab aku tengok muka abang aku tu je terus motivasi hidup aku hilang. Tak tahu kenapa."

"Hai!" Sedang ralit berborak, mereka disapa penuntut yang melintasi. Spontan Hessa dan Juwita melakar senyum lebar.

"Hai!"

Masing-masing melintasi dengan sapaan Hai sampailah tiba-tiba mimik muka mereka berubah. Mata membulat memandang ke satu arah. Tepatnya di belakang tubuh Hessa.

Senyum Hessa perlahan-lahan mati. Toleh sahaja ke belakang, dia tergamam. Mahu terkeluar biji matanya melihat sosok seseorang sedang berpeluk tubuh melihat tepat ke matanya.

"Err... Hessa! Aku masuk dulu!" Juwita awal-awal dah minta diri.

"Ju!!" Hessa teguk air liur. Dia pandang Seif takut-takut. Kenapa perlu takut? Dia tak buat salah kan?

"Isteri saya tuduh saya curang, tapi dia kat sini menggatal dengan lelaki-lelaki badan berotot. Terlukanya hati saya." Selangkah demi selangkah Seif hampiri Hessa. Hessa pula mengesot di atas lantai gazebo berundur ke belakang.

"Apa Tuan Seif mengarut ni? Saya mana ada menggatal! Saya buat kerja saya lah!"

"Tengok otot badan lelaki lain tu bukan menggatal ke?"

"Saya bukan tengok tapi saya..."

"Saya apa?" Seif tarik betis Hessa hingga perempuan itu duduk tepat di hadapannya dengan melunjur kaki ke bawah dan Seif tundukkan badan mendekatkan wajah mereka.

Hessa teguk air liur.

"Saya sedang perhati sebab saya nak badan macam dia orang. Saya perlukan motivasi untuk ada badan berotot dan gagah macam tu. Tuan Seif tahu apa? Tuan Seif pun tak ada otot macam tu." Hessa menjeling dada suaminya. Dia main cakap je sebenarnya.

Seif terdiam. Dia tegak kembali lantas memeluk tubuh memandang isterinya. Apa dia nak buat kat isteri dia ni ya?

"Ikut saya balik."

"Tak nak!"

"Kenapa? Tak puas lagi cari motivasi?" Nada suara Seif kedengaran sedikit dingin.

"Mana ada! Saya... saya kerjalah! Tuan Seif lah yang balik sana!" Selamba badak dia halau suaminya macam tak sedar siapa pemilik BWA tempat dia bekerja sekarang.

"Tuan!" Termengah-mengah Limah berlari ke belakang kantin setelah diberitahu CEO BWA ada datang hari ini tanpa maklumkan kepadanya. Overtime lagilah dia hari ni.

"Tutup pintu kantin dan jangan benarkan mana-mana pelajar makan malam lagi."

"Hah?" Tercengang Limah dengar arahan serangkap majikannya.

"Dah dengar? Tutup pintu kantin sekarang." Mata tajam Seif buat Limah telan air liur.

"Tapi tuan, sekarang waktu makan malam."

Seif pandang Hessa yang sudah membulat mata kerana terkejut. Dia senyum senget. "Saya tak peduli."

"Ba...baik, tuan." Selepas itu Limah cepat-cepat berlalu meninggalkan mereka berdua.

"Apa Tuan Seif nak buat ni? Nanti dorang laparlah!" Hessa naikkan suara.

"Selagi Hessa tak nak ikut saya balik. Selagi itu mereka akan berlapar tak dapat makan. Pilihan ada kat tangan Hessa." Selamba Seif henyak punggung di sebelah isterinya. Wajah tenang tiada masalah ditayang.

"Tuan Seif tak ada hati perut ke?" Geram Hessa pandang wajah suaminya sekarang.

"Ada. Kalau tak ada macam mana saya boleh hidup?"

Hessa hembus nafas kasar. Dia lihat beberapa orang pelajar tercengang di hadapan kantin. Mana taknya, mahu makan malam tiba-tiba pintu kantin ditutup. Dah dapat dibayang macam mana kalutnya Kak Marisa di sana sekarang.

Aduhai...

"Okay! Hessa ikut Tuan Seif balik." Hessa akhirnya mengalah. Dia tak sanggup tengok orang lain berlapar kerana dia.

Seif senyum segaris. "Jom." Dia bangun lantas menghulur tapak tangan kepada isterinya.

Termuncung-muncung bibir Hessa menyambut huluran Seif. Tapi dia suka!

"Kalau boleh jangan panggil saya Tuan Seif lagi. Saya suami Hessa bukan majikan Hessa." Mereka berpimpin tangan menuju ke tapak parkir kereta.

"Habistu nak panggil apa?"

"Panggillah apapun asalkan bukan Tuan Seif. Nanti kalau Bai dengar dia suruh kita cerai. Hessa nak bercerai dengan saya ke?" Seif jeling Hessa di sebelah. Perempuan itu termanggu mungkin memikirkan apa yang diperkatakan Seif tadi.

Hmm... Walaupun Hessa ceraikan Seif semalam. Harini tiba-tiba dia nak jadi isteri Seif balik. Haih, patutlah lafaz cerai di tangan lelaki.

"Hmm... Hessa nak panggil apa ya?"

Seif bukakan pintu untuk isterinya. Tersenyum bibir melihat gadis itu masih berfikir.

Kalau yang selalu Hessa tengok di drama TV, biasanya isteri panggil suami mereka abang. Tapi Hessa dah ada dua orang abang. Kalau dia panggil Seif abang, nanti tiga-tiga yang berpaling. Kat rumah pun dia panggil abang, Aqib dan Baihaqi menyahut serentak.

Seif suaminya. Jadi dia kena bezakan suami dan abang...

Tiba-tiba bibir Hessa melorek senyum panjang. Okay! Dah tahu nak panggil apa!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro