19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tangan penuh menjinjit plastik makanan dibeli tadi di pasar. Senyum lebar tak pudar terlakar di wajah. Sempat Hessa dan Seif singgah pasar malam sebentar tadi. Itupun Hessa yang beria-ria minta Seif berhenti. Dia cakap, dia nak belanja Seif makanan sedap.

Ya, dia belanja, tapi guna duit Seif.

Cara Hessa berfikir mudah sahaja. Apa guna ada suami kaya tapi tak tahu memanfaatkan harta suami dengan baik.

"Hello, abang!!" Buka sahaja pintu, kuat jeritan Hessa kedengaran. Nampak sungguh gembiranya hari itu.

Lihat Aqib sedang membantu Baihaqi memakai kain pelikat, wajah Hessa terus berubah terkejut.

"Eh, Abang Aqib?!"

"Kau tak payah nak buat muka terkejut sangat. Aku balik ni pun angkara kau tau!" Aqib pandang Hessa dengan mata yang sudah menyipi. Nasib baik dia sibuk tolong Baihaqi pakai kain pelikat, kalau tidak, benjol kepala adik dia seorang tu kena ketuk dengan dia.

Seif melangkah masuk sambil menadah telinga mendengar bebelan Aqib pada isterinya. Masih tak faham apa yang Hessa dah buat sampai Aqib tiba-tiba balik.

"Abang Aqib patut berterima kasih kat Hessa tau. Sebab Hessalah Abang Aqib boleh tengok Abang Bai tak jadi meninggal lagi." Tenang Hessa berkata sambil dia letak makanan dibeli di atas meja.

"Mulut kau tu elok sikit!" Aqib bengang.

"Sebagai tanda minta maaf, Hessa belanja abang makan makanan pasar malam. Mesti Abang Aqib rindu kan nak makan makanan pasar malam? Selama ni asyik makan makanan hutan je."  Hessa sengih. Mulut memang tak ada insurans langsung.

"Abang Bai pulak, dah kembung perut tu asyik makan air drip je. Nah, jemput makan."

"Siapa beli?" Baihaqi sempat menghantar jelingan pada Seif yang tenang berdiri di sebelah Hessa. Membantu isterinya membuka plastik makanan.

"Mestilah Hessa yang beli!" Laju Hessa menjawab. Seif mana tahu beli. Asyik mengekor sahaja dia dari belakang macam anak kucing.

"Okay, Hessa tinggallah kat situ. Pergilah balik dan rehat. Malam ni Aqib temankan abang." Ikutkan hati Baihaqi, dia tak mahu Hessa balik dan tidur di rumah Seif. Namun sekarang dia harus reda, adiknya sudah jadi isteri orang. Lagipun Hessa sudah cukup penat membantu dan menemani dia di hospital.

"Nanti sikit Hessa balik lagi."

"Pergilah. Kesian Seif nak tunggu kau kat sini."

"Tapi Hessa rindu..." Hessa berhenti bercakap. Dalam dia tersenyum wajahnya berubah kelat.

"Hessa rindu nak bertiga." Bibir bawah Hessa terjuih ke depan memandang abang-abangnya.

Terkedu sejenak Aqib dan Baihaqi mendengar luahan jujur adiknya. Mereka fikir adik mereka hanya tahu mengolok-olok orang sahaja, rupanya ada hari Hessa jujur dengan perasaannya sendiri.

"Abang benci kau!" Aqib menghampiri Hessa lantas dia tarik tubuh Hessa masuk dalam pelukan.

"Hessa pun benci abang." Hessa tersenyum dalam pelukan Aqib. Dia tergelak kecil saat Aqib kucup dahi dan pipinya. Babak yang sudah jemu Baihaqi lihat setiap kali Aqib balik dari kerja yang panjang.

Adakala Hessa akan berseloroh 'Hidup lagi abang rupanya.' Namun jauh di sudut hati gadis itu, Baihaqi tahu Hessa tak sanggup berjauhan lama dengan Aqib.

Namun adegan itu masih baru di mata Seif. Lelaki itu kelihatan hanya diam tidak beriak memerhati dua manusia itu berpelukan di depan matanya. Senyum tipis terukir di bibir. Rasa mahu ketawa pada dirinya sendiri kerana tanpa dia sedar ada sedikit cemburu mencuit dirinya. Tentang apa? Tentang dia sendiri pun tidak pernah memeluk dan mencium Hessa seperti Aqib lakukan sekarang.

Tiba-tiba pintu wad dikuak.

"Oh, sorry! Saya ganggu family moment ke ni?" Terjungkit kening Doktor Afya melihat Hessa dalam pelukan Aqib.

Lihat doktor itu, wajah Hessa terus berubah kelat.

"Panjang juga shift awak ya? Sampai ke malam awak kerja?" Aqib senyum sinis melihat Afya melangkah masuk. Dia lerai pelukan dan memeluk tubuh memandang doktor muda itu.

"Shift saya dah habis, tapi saya tertinggal ni." Afya ambil buku nota di atas meja. Sempat dia jeling Hessa dan Seif di situ. Dah rujuk balik ke dua orang ni? Semalam bukan ke dah cerai talak tiga?

"Singgahlah makan dulu, Doktor Afya. Hessa beli banyak, kami berempat pun tak habis makan." Baihaqi mempelawa.

Hessa menjenggil mata pada Baihaqi. Pelbagai isyarat dihantar pada abangnya itu, tapi mungkin pencawang komunikasi di kepala Baihaqi masih belum pulih, sebab itu abangnya kelihatan sangat lembab ingin memahami isyarat yang dihantar Hessa.

"Oh, lamanya tak makan makanan pasar malam."

"Awak selalu bagi saya lolipop. Nah saya bagi awak sate." Aqib ambil satu cucuk sate lalu disua ke kepada Doktor Afya dan dia juga ambil satu cucuk buat dirinya.

Muncung bibir Hessa sudah sedepa. Dia pandang Seif di sebelah dengan wajah seperti orang yang siap sedia ingin ke medan perang.

Sedar diri ditenung Seif pandang sebelah dan anak mata hitamnya menunduk melihat Hessa yang tingginya bawah dari aras bahunya. Sebelah kening Seif terjungkit pada isterinya. Bertanya jika ada apa-apa yang Hessa mahu ucapkan.

Hessa peluk lengan Seif. "Umm... baby, Hessa nak sate jugak..."

"Uhuk! Uhuk!! Uhuk!!" Aqib dan Afya sama-sama tersedak sampai berair mata masing-masing. Terus kepala terpesong memandang Seif dan Hessa. Wajah masing-masing tak usah dicakap, terkejut seperti melihat beruk berdansa.

Aqib terkejut perkataan baby keluar dari mulut adiknya.

Afya yang terlopong kerana orang dingin dan kadangkala tak berperasaan seperti Seif dipanggil baby? Oleh perempuan itu? Biar betul?

"Siapa baby?" soal Seif datar.

Hessa gigit bawah bibir. Dia jungkit kaki lantas tangan dipalang di telinga Seif. "Tuan Seif lah baby saya. Siapa lagi?" Bisik Hessa. Sedikit bengang dengan kedunguan suaminya. Padahal lelaki itu juga minta panggilan special tadi.

Seif tarik nafas panjang. Hujung matanya menangkap senyuman sinis Baihaqi padanya. Mungkin mahu ketawakan dia. Ya, ketawalah sepuas hati Bai. Perempuan ni adik kau.

"Mana awak belajar panggil saya baby?" Jujur Seif tak rela. Tapi kalau Hessa, apa dia boleh buat?

"Saya belajar sendirilah. Ish! Cepatlah! Saya nak sate." Hessa membentak. Baru dia nak buat Afya cemburu, Seif pula spoilkan semuanya.

"Nah, Hessa. Makan... Makanlah." Aqib bagi sisa sate yang dia tak habis tadi. Terus murung tak ada selera dia dibuatnya. Baby? Percayalah dik, kau akan malu nanti.

Tapi dia Hessa. Dia malu ke?

-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-

SELEPAS memastikan isterinya puas 'bertiga' dengan abang-abangnya. Seif bawa Hessa pulang ke rumah. Masuk sahaja kereta, Hessa dah tak banyak bercakap. Sedar tak sedar, tak sampai lima minit dia sudah tertidur.

Saat kereta Seif berhenti di traffic light. Badan Seif bergerak mencari recline lever di kerusi sebelah kiri Hessa. Tindakan itu buatkan badan Seif dekat beberapa jengkal dengan tubuh isterinya. Setelah dia jumpa recline lever itu, dia tolak hingga kerusi Hessa direbahkan agar tubuh isterinya selesa untuk tidur. Dan saat itu juga Seif lihat pandangan wajah isterinya dari bawah.

Dia terkedu sejenak.

'Pin!!'

Bunyi hon di belakang mengembalikan Seif ke dunia nyata. Dia kembali pada tempat duduknya. Gear ditukar dan brek tangan diturunkan. Pandangan dihala sejenak keluar tingkap dan dia hembus nafas yang sedikit memberat.

Tiba sahaja di parking villanya. Rafa terus muncul tanpa perlu dipanggil. Seif hempas pintu kereta dengan memberi isyarat supaya Rafa diam agar isterinya tak terbangun. Terus gadis itu mengangguk faham.

"Tuan nak saya bawakan dia?" Gugup Rafa menyoal.

Seif hantar jelingan. "Saya boleh angkat dia sendiri. Siapkan tempat tidur Hessa," arah Seif. Tak bernada suaranya.

"Baik, tuan." Baru Rafa ingin berlalu, dia tiba-tiba berhenti.

"Err... Tempat tidur kat mana? Maksud saya, bilik tuan atau bilik puan?" soalnya takut-takut.

Tangan Seif menguak pintu kereta. Dia toleh sekejap memandang Rafa sebelum riaknya berubah seperti memikirkan sesuatu.

Seif pandang Hessa. Sukar untuk Rafa baca apa yang ada dalam fikiran majikannya sekarang.

"Bilik Hessa."

"Okay, baik. Tapi..."

"Tapi apa lagi?"

"Kalau esok puan marah macam mana?"

"Tahulah saya uruskan isteri saya." Laju Seif menjawab sebelum dia tanggal seatbelt di tubuh Hessa lantas mencepung gadis itu dengan mudah.

"Baik, tuan." Cepat-cepat Rafa berlalu menyiapkan tempat tidur majikannya.

Berhati-hati Seif mencepung tubuh isterinya. Dia sandarkan kepala Hessa di dadanya. Sebelah tangan lipatan lutut Hessa dan sebelah lagi di belakang dada gadis itu.

Hessa sangat ringan. Tak ada yang berbeza dari kali terakhir Seif mendukung wanita itu. Bagaimana dia tak rasa ringan, tubuh Hessa sangat kecil berbanding dengan dirinya. Tinggi Hessa cuma 155cm dan berat badannya cuma 39kg manakala Seif tinggi 183cm dan berat 67 kg.

Kontranya perbezaan mereka buat Seif tak percaya orang kecil itu sekarang isterinya yang perlu dia lindungi.

"Saya dah siapkan tempat tidur puan." Hampir beberapa langkah ke bilik Hessa tiba-tiba Rafa keluar dari bilik itu.

"Okey." Tak menunggu Seif terus masuk. Lantas dia baringkan tubuh isterinya penuh berhati-hati.

Terbaring sahaja atas katil, tubuh Hessa terus bergerak mencari bantal untuk dipeluk. Bibir Seif terjungkit sedikit. Lucu.

Sejak sudah beberapa kali tidur bersama Hessa, Seif dapat rasa memang tabiat Hessa suka tidur memeluk sesuatu. Saat dia tidur dengan Hessa, beberapa kali juga Hessa memeluk tubuhnya sampaikan Seif terpaksa letak bantal diantara mereka. Bahkan dalam kereta tadi pun Hessa peluk beg tangannya saat tertidur.

"She's like a baby." Tangan Seif spontan bergerak menarik helaian rambut Hessa lalu dia selit di belakang telinga gadis itu. Kini wajah Hessa lebih jelas terlihat. Tidur tenang seperti anak kecil yang tiada masalah.

Adakala Seif terfikir, tingkah laku Hessa tak menggambarkan apa yang sudah gadis itu lalui.

Itu yang selalu buatkan Hessa hebat di matanya.

"Good night, Hessa."  Kaku ucapan itu keluar dari mulut Seif.

Tangannya mengusap halus rambut Hessa dan tak dipinta bayang-bayang Hessa memeluk dan dicium Aqib menyinggah di fikiran. Tubuh Seif tiba-tiba membatu. Dia tenung pipi dan dahi Hessa tempat dicium Aqib tadi. Rasa tidak nyaman menjentik hati.

Perlahan-lahan ibu jarinya bergerak mengusap tempat itu seperti memadam bekas ditinggal Aqib di situ.

Tubuhnya bergerak sendiri ingin menggantikan bekas ditinggal Aqib dengan dirinya. Hampir sahaja bibir Seif  mendarat di pipi Hessa, Seif berhenti dan terus menegak.

Wajahnya berkerut. Tangan naik meraup rambut ke belakang.

Apa yang dia cuba buat sekarang?

-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-

"KENAPA saya tidur bilik ni?" Sudah diagak, baru bangun Hessa sudah buat kepala Rafa pening ingin memberi jawapan apa pada majikannya.

"Tuan Seif yang hantar puan tidur bilik ni semalam."

"Awak sepatutnya halang dia!" Hessa mencuka. Dia peluk tubuh dengan lagak seperti asap keluar dari hidungnya. Marah!

"Saya dah cuba, puan. Tapi, tuan Seif cakap harini dia akan bincang perkara ni dengan puan. Kalau puan nak jumpa Tuan Seif, puan boleh bersiap sekarang dan turun sarapan sebelum Tuan Seif pergi kerja." Rafa cuba memujuk.

Ya, tak ya juga. Nanti Seif pergi kerja susahlah mereka nak bertemu. Laju Hessa melompat turun daripada katil dan membolos masuk ke dalam bilik air.

Tak sampai beberapa saat mengatup pintu bilik air, tiba-tiba pintu itu kembali terbuka. Terkebil-kebil Rafa pandang majikannya.

"Pastikan Seif tak pergi kerja lagi!"

Rafa mengeluh panjang. "Baik, puan..." Apalah nasib kau terlibat dalam hubungan suami isteri aneh ini, Rafa.

Usai bersiap, senyum Hessa melebar saat dia sedar dia lebih awal daripada Seif. Sewaktu dia tiba di meja makan, dia lihat ada seorang pembantu sedang menyiapkan sarapan buat mereka dan pembantu peribadi Seif yang siap berkemeja putih menunggu majikannya. Kalau ada lelaki itu, maknanya hari itu ada urusan penting yang Seif kena uruskan.

"Selamat pagi, puan." Lelaki berkemeja putih itu tersenyum membantu menarik kerusi buat Hessa.

Hessa diam memikirkan nama lelaki itu.

"Pembantu saya, nama dia Fuad." Terus mata Hessa membulat sedikit! Ingat pun!

"Selamat pagi, Fuad. Hari ni awak nak bawa suami saya ke mana? Sampai pukul berapa? Balik awal ke lambat? Banyak kerja ke?"

Bertubi-tubi soalan diaju Hessa buat Fuad teguk air liur sendiri. "Err..."

"Kenapa tak tanya sendiri?" Ada satu suara menyampuk buat Hessa terus menoleh ke belakang.

Terus muka Hessa mencuka. "Macam mana tidur semalam?" Tanpa ucapan selamat pergi, Hessa aju soalan itu pada suaminya.

Wajah Rafa sudah berubah. Aduh, majikannya seorang ini nak mula lah tu.

"Macam biasa. Saya pejam mata dan bangun macam biasa."

"Best kan? Tidur tanpa isteri?" Sinis soalan itu keluar dari mulut Hessa.

"Hessa..."

"Baby tak suka Hessa kan?"

Kejung sekejap badan Seif mendengar soalan itu dari mulut Hessa.

Fuad dan Rafa di situ sama-sama tergamam. Bahkan pembantu yang tadi menghidang makanan sampai berhenti memandang dua orang itu dengan mata sukar percaya. Masing-masing seperti orang tertelan cicak.

Baby? Siapa baby?

"Hessa..." Seif raup mukanya dengan sebelah tangan. Cuping telinganya sudah bertukar warna merah jambu. Lagi-lagi melihat Fuad mengemam bibir, terus dia hantar renungan tajam pada lelaki itu.

"Penat-penat saya cipta panggilan special untuk kita. Baby tinggalkan saya malam tadi." Hessa peluk tubuh tanda protes.

"Hessa, saya bukannya tinggal Hessa. Saya cuma nak Hessa tidur dengan selesa."

"Apa yang tak selesa? Saya selesa aje tidur dengan baby!"

"Tidur dengan saya katil sempit. Kalau Hessa tidur sorang-sorang katil luas. Okay? Stop bercakap pasal ni depan orang." Suara Seif lembut sahaja buat semua orang disitu tak percaya itu majikan mereka.

Layanannya nyaman. Suaranya lembut. Tapi kenapa nak tidur sampai berasing bilik? Nak cakap Hessa tak cantik, mereka akui, Hessa cantik dari segi rupa paras. Jadi kenapa majikan mereka aneh menolak tidur dengan isteri sendiri?

"Bila lagi saya boleh bercakap macam ni? Baby selalu sibuk. Siang dan malam."

"Saya akan cuba balik awal malam ni. Malam nanti kita boleh tidur sama-sama. Okay? Boleh Hessa berhenti sekarang dan makan?" Seif sudah penat mahu bertengkar hal itu.

"Betul ni?"

Seif angguk dengan senyum tipis. "Hessa nak buat apa hari ni?" Lantas dia ubah topik.

"Hessa nak pergi kantin lepastu jenguk Abang Bai kat hospital."

"Okay. Rafa akan hantar dan ambik Hessa ke sana. Hati-hati. Jangan buat benda bukan-bukan."

"Okey, baby!"

Seif tak jadi ingin mencapai sudu dan garfu. Dia jeda menarik nafas dan membalas senyum isterinya.

"Good."

_______________

To be continued...

"Tuan Seif, Hessa minta maaf..."

"Saya tak suka apa yang Hessa buat sekarang!!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro