SC! 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Diyan dah tertunduk lemah di hadapan ICU. Dia berasa sangat kesal kerana dah menyakitkan daddynya sekali lagi. Segala kenangan bersama daddy kembali terlayar di benak fikirannya. Waktu di mana mummy menghembuskan nafas terakhirnya.

7 tahun yang lalu

Diyan (Pov)

Kami sekeluarga bercuti di Maldives sempena cuti hujung tahun. Abang pun ikut jugak sebab dia selang 8 tahun je dari aku. So dia pun ikut cuti.

"Nanti dah Aqi dah besar,Aqi kena dengar semua arahan daddy tau. Nanti senang la daddy nak jaga Aqi lepas mummy takde nanti." mummy merenung sambil mengusap usap kepala Aqi

"Eishhh awak dah kenapa Balqis,kenapa sejak dua menjak ni selalu aje cakap macam tu. Abang tak suka la." daddy menjeling mummy

"Tapikan abang mati tu pasti. Abang suka ke tak suka kita tetap kena redha dengan semua tu." mummy memujuk

"Abang tetap tak suka. Dah malas la cakap dengan awak ni. Merapu je kerja. Jom Aqi,Aniq kita mandi kat pantai. Kita tak payah berbaik dengan mummy." ajuk daddy sambil memimpin tangan aku

Aku tak endah pun apa yang mummy cakap. Almaklumlah masih darjah 4. Aku langsung tak tahu bahawa tu petanda yang mummy aku akan pergi buat selama-lamanya.

Balik je dari Maldives,mummy tiba-tiba jatuh sakit. Sakit buatan orang. Minggu pertama mummy cuma demam panas. Minggu kedua mummy dah mula meracau-racau. Mummy cakap ada orang lain dalam rumah kami. Sedangkan cuma kitorang berempat aje dalam rumah tu. Minggu ketiga mummy semakin agresif. Ada satu masa dia cuba nak bunuh aku dengan pisau. Sebab? Sebab dia nampak muka aku berubah jadi makhluk yang menakutkan or dalam kata lain 'hantu'. Aku nampak daddy susah hati sangat cari penawar untuk mummy.

Daddy dah panggil semua pakar perubatan untuk tengok mummy tapi semuanya cakap mummy sihat. Sehinggalah ada seorang doktor yang sarankan daddy untuk berjumpa dengan salah seorang kenalan ustaz. Daddy ikut je cakap doktor tu.

Lepas jumpa ustaz tu. Ustaz tu cakap ada orang yang dengki kan mummy sampai menggunakan 'santau' untuk menghapuskan mummy. Ustaz tu cuba merukiah mummy. Aku dapat tengok betapa seksanya mummy menanggung kesakitan melawan dengan 'benda' tu.

Ustaz tu cakap kitorang hanya boleh tawakal sebab benda tu dah sampai tahap memasuki rongga mummy. Dia juga ada cakap yang benda tu dah lama ada dengan mummy. Cuma benda tu serang sikit demi sikit sel-sel tubuh mummy. Akhirnya mummy menghembuskan nafas terakhir di dalam masjid tu. Kerana kebetulan ustaz menggunakan masjid sebagai tempat perubatan 'rukiah' .

Keadaan lepas tu sungguh sunyi. Sehinggalah selesai majlis pengebumian mummy. Takde sepatah haram pun yang keluar dari mulut daddy,aku dengan along. Semua terasa sangat terpukul dengan pemergian mummy. Ade satu tahap aku dengar daddy dengan along menangis teresak-esak dengan memeluk baju mummy. Aku pun cuma boleh menangis meratapi pemergian mummy.

Hilangnya mummy. Hilanglah segala keceriaan,kebahagian dan perasaan orang yang berada dalam rumah agam 'The D'. Setiap yang keluar dari mulut daddy dan along. Semuanya berkaitan benda yang sangat penting. Sejak dari tu aku hidup dengan suasana yang sangat suram sehinggalah sekarang. Dan keluargaku semakin renggang sehinggalah along membawa diri ke London. Kononnya atas faktor kerja. Tapi aku yakin dia sengaja nak jauhkan diri dengan kenangan mummy.

Tengah Diyan elok berangan. Pintu ditarik dari dalam. Doktor keluar dari ICU yang menempatkan daddy. Diyan cepat aje serbu doktor tu.

"Kenapa dengan daddy saya doc ? Is he okay ? Sekarang ni dia macam mana ? Boleh saya lawat dia sekarang ?" soal Diyan bertalu-talu

"Tan Sri terkena serangan jantung. Tadi keadaan dia kritikal tapi sekarang dia dah melepasi tahap kritikal. Dia dah dipindahkan ke wad VIP. Kamu dah boleh lawat dia. Tapi jangan diajak bercakap. Tan Sri masih dalam pengaruh ubat. Ini sudah kali ketiga dia terkena serangan jantung. Elakkan untuk menimbulkan kemarahan dia kerana takut sakit itu menyerang lagi." terang doktor

Diyan mengucapkan terima kasih pada doktor tu. Baru aje nak melangkah masuk. Doktor tu memberi pesanan.

"Kalau serangan itu kembali buat kali ke-4,keadaan Tan Sri tidak akan terkawal dan boleh menyebabkan kematian. Saat itu kita hanya boleh bertawakal kepada Allah" terang doktor lagi seperti mengandungi isi tersirat disebalik penerangan doktor tadi.

Waktu Diyan dah memasuki ruang ICU. Daddy nya dah sedar.

"Daddy cuma minta kamu balik sekolah kat kampung. Susah sangat ke ?" daddy cakap dengan sangat perlahan

"Shhhhh daddy,daddy jangan banyak bercakap. Daddy baru aje sedar." Diyan cuba mengalih topik

"Susah sangat ke Diyan Anaqi ?" ulang daddy

"Okay kalau tu yang daddy nak. Diyan akan buat. Diyan cuma nak tengok daddy sembuh je. Daddy jangan la tinggal Diyan. Diyan ada daddy sorang je dalam dunia ni." Diyan mengalah sambil mengalirkan air mata

"Thank you angah sebab faham daddy. Daddy sayang sangat dengan angah. Daddy harap along kamu pun boleh faham daddy macam kamu" ucap daddy sebelum terlena

Mungkin pengaruh ubat tu masih ada. Tapi daddy gagahkan diri untuk bercakap dengan Diyan. Ya Allah berdosanya aku sebab selalu buat daddy terasa hati dengan aku. Ampunkan aku,Ya Allah. Ampunkan Diyan,daddy

Okay tak sambungannya guys. Kalau tak okay tu harap dimaafkan sebab sis junior dlm bidang ni.Hokeyyyy..

RUKIAH = PERUBATAN YANG MENGGUNAKAN AYAT-AYAT SUCI AL QURAN DALAM ISLAM UNTUK MENGUBATI ORANG YANG TERKENA SIHIR



TRULY,
THEBELLASHAIN

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro