SC! 4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Diyan memerhatikan sekolah usang dihadapan nya ini. Dia melihat daddy nya yang berseri itu. Nak aje dia berpatah balik tapi dia sudah berjanji pada daddy nya. Arghh tapi untuk dia bersekolah di sekolah usang ni, rasanya seperti tak sanggup wei! 1 tahun di SMK Dalish? Tidak pernah dia bayangkan dia akan bersekolah di sekolah biasa. Terbit kekesalan di lubuk hatinya. Terkenang segala kenakalan dia semasa di sekolah klusternya. SM TENGKU MAHKOTA! Terlalu banyak kenangannya di sana.

"Diyan, kenapa muram aje ni ? "
ujar Dato' Amirul

"Daddy kan tahu Diyan tak biasa dengan semua ni. Kenapa still nak paksa-paksa Diyan. Diyan janji tak kan buat macam tu lagi. I'm deadly serious dad! " Diyan cuba meminta simpati daddy nya

"It's okay Diyan, nanti kamu akan biasa dengan semua ni. Daddy janji dengan kamu, if you change your attitude, I will take you out from this place! Diyan jangan buat masalah ya. Daddy harap kamu takkan kecewakan daddy lagi. " Dato' Amirul berkata dengan nada mengharap

Tertutup terus keinginan Diyan untuk memujuk daddy nya. Keputusan Dato' Amirul sudah muktamad. Diyan dah maklum dengan perangai daddy nya yang keras kepala tu. Kalau daddy cakap A, always A not B or C.

Dia menyambung semula pemerhatiannya tentang sekolah usang itu. Tengah mengelamun, Daddy nya mengajak untuk masuk ke pejabat kerana ada beberapa hal yang perlu diselesaikan memandangkan Diyan memang sinonim dengan gelaran "Devil of Troubles". Memang banyak hal disiplin yang harus di uruskan.

Sampai ke pejabat, Diyan semakin gelisah. Sekarang daddy nya memang tekad dengan tindakannya. Dato' Amirul langsung tidak mengendahkan anak nya yang kegelisahan di sebelah. Diyan mengabaikan percakapan daddy nya bersama pengetua SMKD. Pengetua bakal sekolah barunya. Eeee ayat "bakal sekolah" tu macam tak kena aje.

"Okay Diyan, jom saya tunjukkan guru kelas kamu" kata Puan Mashitah selaku Pengetua SMKD

"Terima kasih la cikgu, saya terhutang budi sangat dengan cikgu ni sebab dah banyak tolong saya" kata daddy

"Sama-sama Dato', Inshaallah saya akan sentiasa bantu pelajar-pelajar saya." ujar Puan Mashitah lagi

"Haa kamu pulak Diyan, daddy nak kamu rahsiakan identiti kamu yang mewah tu. Daddy hantar kamu ke sini sebab nak suruh kamu berubah. Kamu kena ingat maruah daddy sebelum kamu nak timbulkan sebarang masalah." Dato' Amirul dah on mode membebel

"Okay daddy, eh jom cikgu. Kesian cikgu dari tadi tunggu saya kan. Mesti cikgu banyak kerja kan. Ish ish apalah daddy ni. Kesian cikgu. " Diyan cuba mengalih topik

Sebenarnya dia malas nak melayan daddy nya. Sedikit keterujaan untuk bertemu kawan-kawan baru. Dia akui dia sedikit sombong dengan orang yang tak setaraf dengannya. Namun dia pasti rata-rata pelajar di sini pasti ramai yang tak berkemampuan. Tengok sekolah lah beb.

Banyak andaian yang dibuat berdasarkan keadaan sekolah ni. Masih belum banyak pembangunan yang dibuat di daerah ni.

Diyan tak boleh nak tunjukkan egonya yang tinggi tu di sini. Tak kan la dia nak jadi kayu pulak kat sini. Sorry okey Diyan Anaqi masih seorang manusia yang mempunyai keinginan berkawan. Kau pikir aku robot ?

"Eh nanti, amboi kamu excited nya dengan sekolah baru" daddy perli wehh

"Or kamu saja nak mengelak dari dibebel ni. Kamu tau tak masa arwah mummy ada daddy selalu lari kalau dia nak membebel. Sekarang kamu pulak nak buat macam ni" daddy Diyan nak mula balik

"Okey daddy, apa kata you just straight to the point ? Daddy tak kesian ke tengok Cikgu Mas tu. " ujar Diyan dengan malas

"Amboi kamu, suka suki je bagi nama panggilan kat cikgu kan. Okey daddy dah malas nak bergurau ni. I need to hurry, ada kerja lagi kat Johor tu.

"Sementara kamu kat sini. Daddy akan bekukan semua akaun bank kamu, credit card and else. So kamu jangan pernah terfikir nak lari dari sini. Duit keperluan kamu semua daddy serahkan pada cikgu Mashitah ni. Pandai-pandai la kamu survive kat sini. "Dato' Amirul berkata dengan selamba

"What daddy ! Are you kidding me? " ujar Diyan dengan suara tinggi

"Yes I'm serious, tu jaminan supaya kamu tak lari" sambung Dato'Amirul

"Tapi daddy, you know this is so nonsense." kata Diyan sambil marah

"As I said, tu jaminan supaya kamu tak lari and tinggal baik-baik kat sini." kata Dato' Amirul lagi





Okey guys,setelah ku mencari peluang baru dapat ku update story ini *hahahahaha cliche* Continue reading okey


TRULY,
THEBELLASHAIN

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro