2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Para peserta pusingan pertama, sila ke garisan permulaan!"

Sebenarnya, lumba berbasikal di hutan ini agak berbeza. Hanya sepuluh orang akan berlumba pada setiap pusingan dengan laluan trek yang berbeza.

Terdapat sepuluh pusingan, bermaksud peserta yang menyertai pertandingan ini sebanyak seratus orang.

Kumpulan Hani pula akan berlumba pada pusingan terakhir, iaitu pusingan kesepuluh. Masih ada banyak masa untuk mereka bersedia dan memahami selok-belok trek tersebut.

Hannan sudah memandang sepi seluruh peserta pusingan yang mula mengambil lorong trek masing-masing. Dia kelihatan bosan, riak wajahnya jelas menunjukkan reaksi bosan.

"Sabar jelah Hannan. Maaflah, sepatutnya kita boleh berada di pusingan yang awal."

"Haih, iyelah. Kau pun Hani, janganlah buat perangai pelupa kau tu." Tak bertapis ayat yang diutarakan oleh Hannan kepada Hani.

Hani hanya tersenyum janggal. Dia sebenarnya agak janggal apabila dimarahi seseorang terutamanya sekiranya dimarahi oleh rakan baiknya. Oleh itu, jalan yang mudah ialah senyum dan diam.

Kadangkala terasa agak sakit hati namun apakan daya, rambut sama hitam hati lain-lain. Malah, ada je manusia yang lain warna rambut walaupun begitu mereka masih lagi seorang manusia. Apatah lagi nak dibandingkan dengan hati manusia.

Dan semestinya aku maksudkan orang yang semula jadi warna rambutnya bukan hitam bukannya yang mat salleh warna rambut tu.

Kak Shahira yang duduk disebelah Hannan ada ura-ura untuk menegur namun kata-kata Hannan ada benarnya. Walaupun kasar, mahu atau tidak mahu kita perlu terima.

Lagipun, teguran Hannan tidak kasar mana nak dibandingkan dengan netizen di media sosial. Teguran sinisnya tepat pada batang hidung, tidak berkias dan berterus terang.

Teguran sebegini memang diakui agak kasar namun inilah cara yang efektif. Teguran yang jelas, terang dan nyata.

•••

"Hannan, boleh kak nak cakap sikit?"

Aku menegur Hannan yang hanya memandang Hani dengan mata yang redup. Seketika aku berfikir, apalah yang difikirkan oleh Hannan. Oleh sebab, dia merupakan jenis yang sukar dibaca fikirannya.

Mendengar teguran aku, Hannan mengalihkan mata lalu memandang aku. Wajahnya memaparkan reaksi keliru.

"Ada apa?"

Aku terdiam sebentar, terasa takut pula untukku menyatakan hasrat hati. Aku terasa berbelah bahagi. Rasa bersalah dan rasa ingin berterus terang bercampur baur.

Aku tersedar yang aku sudah termenung agak lama. Aku terus meminta maaf kepada Hannan manakala Hannan hanya membalas dengan balasan 'tidak mengapa'.

Aku memberanikan diri untuk menyatakan apa yang terbuku di dalam hati. Adalah penting untuk kita berterus terang walaupun pahit.

Lagipun, kebenaran memang pahit...

Kan?

"Akak cuma nak cakap pasal cara awak menegur. Bukankah ia terlampau sinis?"

Tolong, aku harap pertanyaan ini tidak akan menyakiti hatinya.

Adakah ini pilihan yang benar?

Adakah ini keputusan yang betul?

Ah, serabut!

•••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro