1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hai, aku Hani.

Aku sangat suka akan cabaran.

Terutamanya yang melibatkan basikal dan papan selaju (skateboard).

Well, yeah. Aku penunggang basikal mountain bike yang handal. Aku juga mahir meluncur dengan papan selaju.

Hari ini, aku dan rakan-rakan aku memasuki pertandingan lumba basikal di dalam hutan. Ada trek basikal sudah disediakan.

Aku memasuki pertandingan lumba basikal itu secara berkumpulan. I mean, mendaftar sebagai kumpulan.

Terdapat empat orang sahaja ahli di dalam kumpulan termasuklah aku. Lagi tiga orang pula ialah Hannan, kak Shahira dan Khairani.

Aku dan Hannan berumur 16 tahun, kak Shahira pula berumur 23 tahun manakala Khairani pula berumur 12 tahun. Ya, Khairani yang paling muda diantara semua.

Malas aku mahu bercerita panjang.

Maka, hendak dipendekkan cerita...

•••

"Hani, kau rasa kita boleh menang ke?"

"Haih, kau ni. Khairani, jangan risau pasal tu. Menang kalah kan adat permainan."

"Betul kata Hani tu Khairani. Lagipun, kalau tak menang sekalipun masih ada hadiah saguhati untuk peserta yang mengambil bahagian betul tak?" Kata Kak Shahira.

Khairani menghela nafas perlahan. Mulut dicebik, tanda tidak puas hati. Siapa tak kena si kecil Khairani? Sudahlah yang paling muda diantara mereka, memang tak peliklah kalau dia yang paling manja.

Satu lagi, dia bukan sahaja paling manja malah dia juga paling---

"Ala, hadiah utama tu duit kot." Kata Khairani dengan mulut yang masih mencebik.

Ya, dia merupakan seseorang yang bermata duitan.

"Eh kau ni budak. Nah duit, dah diam."

Ah sudah, anak Dato' dah marah.

Tahu tak siapa?

Nama siapa yang masih belum disebut?

Yes, Hannan.

Youtuber muda yang berjaya juga merupakan anak kepada seorang Dato', seorang usahawan yang terkenal di Malaysia.

Duit yang dihulur kepada Khairani oleh Hannan diambil tanpa rasa malu. Dengan lagak selamba duit itu disimpan di dalam dompet miliknya.

Ayat dingin yang keluar dari mulut Hannan langsung tidak diendahkan oleh Khairani. Yelah, budak bertuah itu hanya fikir duit je.

Hani menggelengkan kepala. Sakit otak melayan kerenah rakan-rakannya. Lain orang, lain sifatnya. Terpaksalah bersabar kalau ada yang tidak kena dengan rasa hati.

"Haih, sabar jelah..."

•••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro