Prolog

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Note: Alang-alang nak baca cerita milik CM ni jangan lupa jenguk sebentar ke YouTube Channel CM, TheRG Official. Nah, salah satu video content CM dalam channel tu.

https://www.youtube.com/watch?v=XPCGXSei6c8

•••

Jam menunjukkan pukul 4 pagi, namun aku masih belum tidur. Haih, kenapa susah sangat nak datang rasa mengantuk ni?

Siapa aku?

Aku ni, tak payahlah nak tahu nama sebenar. Cukup aku kau kenali sebagai CM atau Cik Mimpi.

Cik Mimpi?

Well, itu adalah nickname yang aku cipta sebagai panggilan khas di dunia oren. Dunia oren, mesti ramai kenal kan? Dunia Wattpad.

Aku membuka aplikasi Wattpad. Pada awalnya, aku berniat untuk menulis bab baharu bagi hasil kerjaku yang bertajuk Berani Dekat Gengster.

Malangnya...

Hasil kerja aku dipandang sepi. Idea entah ke mana menghilang. Otak tidak mampu merangka apa-apa, seakan-akan kosong tiada apa-apa.

Seingat aku, otak boleh jadi blank atau kosong disebabkan kurang tidur. Masalahnya, kantuk masih belum kunjung tiba. Badan sudah diregangkan beberapa kali, menguap juga sudah berkali-kali tanda aku mengantuk. Walaupun itu adalah tanda aku sudah mengantuk, jangan difikir aku mampu tidur dengan mudah.

Badan sudah letih.

Otak sudah blank.

Mulut sudah menguap.

Ketiga-tiga anggota badan ini sudah memberi tanda bahawa kantuk sudah sampai.

Tapi ada satu anggota badan yang kacau. Bak kata orang, ada benda yang dah spoil.

Mata aku.

Kalau kau boleh lihat aku sekarang, mata aku masih lagi cerah, bulat tanpa sebarang rasa mengantuk.

Haih, kacau betul lah.

Terpaksalah untuk paksa diri tidur.

Apalagi?

Aku terus baring di atas katil empuk milik sekolah aku. Okay jangan tanya pasal ni. Of course la sekolah aku ni sekolah berasrama, kalau tak kenapa ada katil kan?

Aku cuba melelapkan mata.

Siapa sangka aku akan melalui sebuah perjalanan yang sebentar tetapi penuh nilai tersirat?

'When the dream come true, fantasi menjadi realiti. But once you woke up, kau tidak akan ingat apa yang telah terjadi.'

•••






























































































_Selangkah 2 Dunia_














































° Begin °

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro