4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Saya ni tak pasti, tapi saya rasa saya tersuka Hani..."

Aku terkelu mendengar kata-katanya. Hannan... Suka perempuan?

"Saya tak pernah terfikir untuk suka dia. Pada mulanya saya fikir kami rapat sebab kami ni memang kawan lama... Tak sangka pula, saya boleh tersuka dia. Nasib sifat saya memang sinis, sebab tu saya tegur dia dengan kasar." Hannan menerangkan segala-galanya.

"Jadi-"

Belum sempat aku berkata-kata, ayatku sudah dipotong.

"Saya tahu suka sesama jantina itu salah. Sebab tu saya buat macam ni. Tapi, at the same time saya takut pula nak elakkan berkawan dengan dia. Akak tahu kan dia macam mana? Dia terlampau bersandar kepada orang yang dia percaya. Saya takut, kalau saya pulaukan dia untuk sementara nanti dia akan terkial-kial pula."

Aku terdiam. Hannan, disebalik kesukarannya untuk menentang rasa suka yang bertentangan dengan fitrah manusia...

Dia masih lagi memikirkan tentang Hani. Dia masih memikirkan apa yang akan jadi kalau dia memilih untuk pentingkan diri, menjauhi Hani untuk mengelakkan rasa cinta haram tersebut.

Tapi, aku pelik. Inilah soalan yang selalu berlegar-legar di dalam kepala. Bagaimana seseorang boleh tersuka sesama jantina? Trauma, mungkin boleh jadi. Selain daripada trauma?

"Akak mesti terfikir macam mana saya boleh tersuka dia. Well, dulu kalau akak mungkin tahu atau tak tahu, Hani perempuan ala-ala tomboy. Dia berpakaian seperti lelaki tetapi masih lagi menepati syarak. Tapi, dia free hair dan berambut pendek ala lelaki." Jelas Hannan lagi.

Aku baru teringat, Hani semasa zaman sekolah rendah merupakan seorang gadis ala tomboy, kelelakian dan kasar. Muka dia pun... Unik.

Sejujurnya, dia boleh jadi kacak, comel dan cantik pada masa yang sama.

Oh...

No wonder kalau Hannan boleh tersuka. Lagipun, cara Hani berpakaian memang seperti lelaki, cuma yelah tempat jual baju di mall kan ada dua, bahagian lelaki dan perempuan kan? Hani beli kat bahagian perempuan la cuma gaya ala lelaki. Hani masih waras, dia bukan budak pengkid.

"Tapi bernasib baik jugalah sebab sifat Hani jadi agak ayu, selepas berkenalan dengan akak dan Khairani. Saya pun tak sanggup terjebak dengan dosa macam ni. Terasa macam tak waras pun ada."

"Hannan, akak tahu semua berlaku tanpa sedar. Cuba perlahan-lahan ya?" Nasihat aku.

Aku takut sebenarnya. Aku tak pernah lalui, jadi aku perlu berhati-hati dalam mencari perkataan yang betul untuk menasihati orang-orang sebegini.

Hannan tersenyum kecil dan mengangguk perlahan.

Ah, leganya hati ini.

Masalah selesai.

•••

"Kau patut cakap awal-awal... Boleh je aku ubah penampilan aku supaya kau tak akan terseksa. Kau boleh je beritahu aku... Boleh je aku jauhi kau supaya kau tak menghadapi kesukaran berhadapan dengan aku. Tapi, masalahnya..."

Hani merendahkan lidah topi sambil dirinya bersandar di dinding. Sebelah kakinya dibengkokkan dan menyentuh dinding.

(Combine ketiga-tiga gambar)

(Keadaan topi Hani yang telah direndahkan menutupi muka bersama wajah yang menunduk)

(Ini bayangan sebelah kaki Hani yang dibengkokkan dan menyentuh dinding)

(Ini pula menunjukkan bahagian muka Hani. Dalam keadaan menunduk, bersama topi yang menutupi muka, dia memandang ke arah bangku tempat Hannan dan Kak Shahira duduk)

"Tch... Serba salah aku jadinya!" Hani mendecih geram.

Salah dia lah, jahil sangat. Walaupun bukanlah budak pengkid, tp cara pemakaiannya seakan-akan lelaki. Dengan rambutnya yang pendek ketika di zaman sekolah rendah dahulu.

Tapi...

Masalah sekarang ini adalah...

Hani menyedari yang Hannan melintasinya walaupun kepalanya masih tertunduk. Lantas kepala diangkat lalu bibirnya mengungkap bicara.

"Nanti dulu."

Langkah Hannan terhenti.

Jelas di mata Hani bahawa Hannan cuba berlagak seperti dia tidak ada di situ. Malah langkah kakinya juga pantas, tidak seperti kebiasaan.

"Kau dengar?" Pandangan dingin Hannan lemparkan melalui ekor mata.

Kepalanya pula langsung tidak memandang Hani. Hanya memandang ke hadapan, tempat yang sepatutnya dituju namun terhenti akibat panggilan Hani.

"Huh..." Hani mengeluh.

Matanya mencerlung tajam ke arah wajah Hannan.

"Inilah masalahnya..." Bisik benak hati Hani.

"Kau cerita separuh pada aku. Dan separuh lagi pada Kak Shahira. Mustahil kalau aku tak marah, dengan kau kata kau trauma dengan lelaki tapi dengan kak Shahira kau kata sebab aku. Apa masalah kau ni?" Hani memintas ayat pendek Hannan dengan keterangannya.

Maknanya...

Hani sudah tahu yang Hannan tu... Bengkok?

"Baiklah, bagi aku ceritakan segalanya."

•••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro