5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Hannan! Apa yang kau menung tu? Dari tadi aku panggil kau tahu tak?" Marah seorang gadis berpakaian ala tomboy.

Melalui ketinggiannya, dia seperti budak yang berumur antara 10 hingga 12 tahun.

"Ish, janganlah dekat sangat!" Hannan menolak wajah Hani yang terlampau dekat dengan mukanya.

Hani memandang pelik ke arah Hannan. Setiap kali dia bertemu dengan Hannan, Hannan akan bersikap begitu. Perubahan pada wajah Hannan juga begitu ketara, tidak seperti apabila Hannan bersama-sama rakan-rakan yang lain di sekolah itu.

Hani pun satu, jahil sangat pada zaman kanak-kanaknya.

Suka hati dia main terjah orang depan muka. Sudahlah perempuan ala tomboy, dia tak sedar yang wajahnya terlampau kacak dengan gayanya yang agak kelelakian itu.

"Asal aku je muka merah dah kenapa? Kau demam ke? Ke nak menangis? Aku ni menakutkan sangat ke?" Tanya Hani bertalu-talu.

Bom jangka.

Hannan mengalihkan pandangannya ke arah sebuah pancuran air yang ada pada kolam ikan di taman herba sekolah mereka.

"Apa kau merepek hah?"

Hani mengembungkan pipi tanda protes dan ketidakpuasan hati. Segera dia membalas, "bagitau jelah! Kita dah jadi kawan sejak darjah 3 kan? Kalau bukan aku yang selamatkan kau-"

"Okay, okay! Aku akan cerita!" Pintas Hannan.

Hannan sebenarnya terhutang budi dengan Hani yang pernah menyelamatkan dirinya ketika dibuli. Mujur Hani muncul tepat pada masanya. Tapi ada hal lain pula yang berlaku...

"Kau ingat tak masa kau selamatkan aku dulu?"

"Ingat, kenapa?"

"Aku memang betul-betul ingat kau ni lelaki."

"Oh... AHAHAHA biasalah tu!"

"Aku tengah serius."

Muka Hani yang terhibur kembali kosong mendengar kata-kata Hannan.

"Sila sambung," Balas Hani lalu meneguk air daripada botol airnya.

"Selama tu aku memang ingat kau lelaki. Tapi ada sesekali aku dapat rasakan yang kau ni perempuan. Hah... Aku tersuka kau."

"Uhuk!" Tersedak Hani yang sedang minum air semasa mendengar penjelasan Hani.

"Baik kau ceritakan semuanya, sekarang!" Kata Hani tegas dan Hannan hanya mengangguk lalu menceritakan segala-galanya.

"Jadi kau sebenarnya trauma dengan lelaki lah ni?"

"Haah."

"Tapi time kau suka aku, kau anggap aku lelaki."

"Memanglah aku trauma dengan lelaki, tapi tak bermakna aku boleh jadi bengkok. Dosa kot."

"Tapi kau memang dah bengkok."

"Kau nak kena lepuk ke?"

"Sorry, aku nak bergurau je."

"Macam mana ni? Dah bengkok."

Aku yang menulis cerita ni rasa nak tergelak pula tengok ayat kat atas ni. Macam innocent sangat ayatnya.

Hani diam. Sejenak berfikir, dia seakan-akan mendapat idea bernas.

"Ha, jauhkan diri daripada aku!"

"Kau gila ke? Kau tu bukannya boleh jaga diri. Clumsy sangat. Tak biasa dengan tempat yang ramai orang dan antisosial." Marah Hannan, tidak bersetuju dengan cadangan itu.

Hannan sudah kenal benar dengan Hani sejak darjah 3 dan sekarang mereka di penghujung tahun darjah 6. Hannan sudah masak dengan sifat Hani yang baginya unik dan berbeza.

•••

Kedua-duanya senyap tidak berkata apa-apa kerana kedua-duanya mengimbau kenangan sewaktu berusia 12 tahun. Kenangan pada mana Hani mendapat tahu mengenai masalah Hannan yang sebenar.

Bengkok.

Ya, Hani sudah tahu sejak awal. Cuma, kenangan itu sudah lama. Mereka sudah menginjak usia 16 tahun, tidak mustahil kalau Hani terlupa mengenainya memandangkan gadis itu memang seorang pelupa.

Pada mula Hani mencuri dengar perbualan antara Hannan dan Kak Shahira, gadis itu sedikit keliru dan terkejut. Kemudian, barulah dia teringat akan rahsia Hannan yang pernah diceritakan olehnya ketika di zaman sekolah rendah dahulu.

Cumanya, Hani berasa agak geram terhadap Hannan. Ketika Hannan bercerita kepadanya mengenai hal itu dahulu, Hannan mengatakan bahawa dia menghidap trauma terhadap lelaki.

Tetapi semasa perbualan antara Hannan dan Kak Shahira yang telah didengari oleh Hani, Hannan seakan-akan menyalahkan dirinya bersifat tomboy yang telah menyebabkan dia menjadi bengkok.

"Kau tahu tak ayat kau semasa berbual dengan Kak Shahira, seakan-akan menyalahkan aku?" Kata Hani memecahkan suasana dengan nada tegas dan riak dingin.

Hannan senyap sambil menunduk. Dia tak tahu nak cakap apa. Dia dah cuba lawan perasaan itu, namun gagal. Kini, otaknya benar-benar sudah tidak waras lagi. Hanya kerana rasa suka yang membutakan hati dan matanya. Hanya dengan godaan syaitan, sekelip mata pendiriannya berubah.

"Sanggup kau butakan mata, Hani." Suara Hannan lirih seraya air mata jernih mengalir di pipi. Klise benar, drama betul!

Membulat mata Hani mendengar kata-katanya.

"K-kau... Kau hanya biarkan rasa suka tu membutakan mata dan hati kau? Kau tahu tak benda ni salah?" Tengking Hani.

"Kau..."

•••

A/n: Aiyooo macam mana boleh tercipta idea macam ni😂😂😂

Jangan ditanya, ianya datang secara random. Aku tak plan apa-apa pun, terus tulis tanpa fikir😂😂

So yeah idk how idea lesbian ni boleh muncul😂dan ini idea yang bukan daripada mimpi ye guys.

Kalau aku mimpi benda mcm tu sumpah aku kata nak mati bunuh diri.

𝓒𝓜 𝓞𝓯𝓯𝓲𝓬𝓲𝓪𝓵

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro