8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kau tak padan dengan status anak pungut, berani kau pukul aku!" Lantang suara salah satu daripada dua orang gadis yang telah Hani belasah sebentar tadi.

Hani meronta-ronta untuk ingin dilepaskan daripada cengkaman dua lelaki pada lengannya. Mulutnya membalas lantang dengan suatu kenyataan.

"Kau kata apa, tak guna? Ya, Nur Hani Maisarah tokoh pelajar sejak sekolah rendah sehingga sekarang memang anak pungut pun! Tapi kau kena ingat, anak pungut ni la yang dah jaga kau selama kau kena hantar ke rumah anak yatim akibat sifat bakhil mak ayah kau!"

Amarah Hani tidak dapat dibendung. Tanpa sengaja aibnya dibuka tanpa sengaja. Pada sisi Khairani, Shahira dan Hannan pula, mereka tergamam. Tanpa mereka sangka, Hani yang sentiasa ceria sebenarnya menyimpan satu rahsia hitam yang lebih dahsyat daripada Hannan.

Shahira pula menyedari salah seorang daripada tiga orang gadis itu, yakni gadis yang telah memanggil Hani sebagai anak pungut menggigit bibirnya.

"Kamu sedar akan jasa Hani, jadi kenapa kamu mahu bersifat kurang ajar? Saya nampak riak wajah kamu berubah ketika Hani membalas lantang kata-kata kamu." Kata Kak Shahira dengan tegas.

"Kau siapa nak sibuk hidup aku?"

"Jaga mulut kau, tak guna. Mana rasa hormat kau terhadap orang tua manusia tak guna, Nur Shahila Mazlan Mohd Nor?" Ujar Hani sinis.

Hani telah dilepaskan oleh dua orang lelaki yang telah mengunci pergerakannya.

"Jangan sebut nama penuh aku, anak haram!"

Pang!

Wajah Hani hanya menunjukkan riak dingin walaupun dirinya baru sahaja menampar adik angkatnya.

"Aku anak pungut, tapi mak ayah aku takde tak tau kat mana so takde masalah. Yang menyedihkan tu adalah kau, kau anak haram sebelum mak ayah kau kahwin, tak guna." Hani berkata-kata dengan nada mengejek.

"Dasar tak sedar diri. Kata orang tapi kena balik pada kau." Sekali lagi Hani mengherdik dengan kenyataan yang pedas dan menyakitkan.

Tangannya yang merah dek menampar adik angkatnya ditiup sebentar. Boleh tahan kuat dia tampar. Terdetik rasa kasihan pula dalam diri Hani. Terfikir pula dia untuk meninggalkan sahaja adik angkatnya itu dan bergerak ke trek lumba basikal kerana perlumbaan itu akan diadakan 20 minit sahaja lagi.

"Aku takde masa nak layan budak tak matang dan tak guna macam kau, Shahila. Kau balik-balik nanti minta duit kat aku jugak. Aku juga yang setiap hari berkerja dan masuk banyak pertandingan untuk dapatkan hadiah dalam bentuk wang dan sijil supaya aku boleh berkerja."

Hani diam sebentar, sempat gadis itu menjeling tajam ke arah adik angkatnya, Shalila. Senyuman sinis terukir di sudut bibirnya.

"Hadiah utama pertandingan ini adalah wang tunai. Kalau aku menang, kau orang pertama yang minta duit aku betul tak? Tak guna, dasar tak kenang budi. Kerja, jangan mengharapkan aku dan pegang duit sendiri dulu kalau kau nak panggil aku anak pungut."

"Kau--" Kata-kata Shahila dipotong oleh Hani.

"Oh ya, jangan risau. Aku dah plan boek punya. Lepas je SPM aku takkan duduk dalam rumah serupa neraka tu. Aku dah siap-siap beli rumah sewa untuk aku tinggal selepas SPM, jadi kau tak perlu nak risau kalau-kalau kau terpaksa hadap muka aku lagi dan lagi."

Sejurus mengatakan kenyataan itu, Hani tanpa berlengah masa lagi meninggalkan tempat itu menuju ke arah tandas.

•••

Hani hanya diam merenung pintu tandas yang telah dikunci olehnya dari dalam. Dalam pada dia merenung pintu, setitis demi setitis air matanya mengalir ke pipi.

Wajahnya tanpa perasaan namun jelas menunjukkan dia terluka. Walaupun wajahnya tidak menunjukkan sebarang reaksi sedih atau sakit hati, air matanya tak boleh dihalang.

Dia akan menangis apabila hatinya bergolak ingin membenci seseorang tapi bercampur dengan rasa tidak sanggup membenci dan rasa sakit hati yang melampau. Sejak tadi dia tahan, kini dapatlah dia melepaskan segala-galanya.

Hani keluar daripada tandas dan menuju ke sinki untuk membasuh mukanya.

Dia keluar daripada tandas awam itu dalam keadaan gembira semula dan menggumam kecil, "ahh segar balik hati daripada rasa marah lepas basuh muka dengan air."

"Kau takde benda nak cerita kat kitorang ke?"

Hani menoleh ke tepi sebelah kanannya. Dia sudah menjangkakan hal itu. Tulah, terlepas kata lagi.

Kata orang, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata ha lupa dah. Terlajak kata binasa kot.

"Ha, tanggunglah kau sendiri Hani oii. Siapa suruh ikutkan sangat hati tu?" Monolog Hani di dalam hatinya.

•••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro