9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Huh? Takde, aku takde apa-apa untuk diceritakan. Sebab setiap kali masuk hari yang baru atau setiap kali aku keluar rumah, aku anggap segala masalah aku dah selesai. Aku anggap ini hari baru jadi hari ni akan lebih baik daripada semalam, walaupun sebaliknya."

Hani memandang muka kesemua rakannya dengan riak wajah biasa. Sejujurnya, Hani langsung tak menipu. Dia berkata benar.

"Aku tak percaya." Balas Khairani.

Mata Hani yang memandang ke arah semua rakannya dialihkan ke arah wajah Khairani.

Matanya terkelip.

Satu kelipan.

Dua kelipan.

Tiga kelipan.

"Kau fikir aku kisah? Kau nak percaya ke tak?" Balas Hani dengan wajah menyampah.

Salah satu sifat Hani, dia mudah berasa menyampah apabila dia sudah berkata jujur namun orang tidak mahu mempercayainya.

Orang dah kata benda betul, taknak percaya pula. Habis nak jujur apanya kalau dah memang jujur?

Eee, menyampah betul lah!

Jeda seketika mendengar balasan Hani.

"Ok akak confident 100% confirm awak bercakap benar."

Kak Shahira tersengih. Kenal sangat dia dengan sepupu angkatnya itu.

Jap.

Sepupu angkat?

Sebenarnya, Kak Shahira dan Hani mempunyai pertalian keluarga iaitu Hani merupakan sepupu angkat Shahira. Hal ini membawa maksud, Shahira merupakan sepupu kandung Shalila. Namun begitu, Hannan dan Khairani tidak tahu akan hal ini.

Hani meminta Shahira merahsiakannya sejak mula mereka berempat menjadi rakan beberapa tahun lalu. Katanya buat saja-saja je, rileks je. Kalau kantoi dia kata nak tanggung.

Sehingga kini, Shahira setia menunggu bilakah rahsia itu akan pecah, dia tidak sabar untuk melihat Hani dihentam oleh Hannan dan Khairani.

"Hehe, tak sabarnya."

"Apa yang tak sabarnya, kak?" Tanya Hannan.

Eh, tak perasan pula. Terlepas di mulut tanpa sedar.

Kak Shahira menayangkan sengihan apabila rahsia hampir terbongkar. Dia tersengih membayangkan apa yang akan terjadi kalau rahsia terbongkar, bagaimana Hani akan dihentam oleh dua rakannya itu dan dia juga tersengih kerana dalam diam, Hani mencerlung tajam ke arahnya.

"Tak sabar nak lumba basikal lah. Apalagi? Jom lah!" Kata Shahira, teruja.

"Eh, haah lah! Basikal kita semua yang dah pancit tayarnya akibat si malaun yang diupah oleh adik kau tu dah siap kan, Hani?" Tanya Khairani.

"Eh? Oh, haah lah! Jom, pergi ambil! Nanti lambat pula ke trek lumba," balas Hani.

Mereka semua pun menuju ke destinasi iaitu kedai basikal yang tidak jauh daripada kawasan perlumbaan itu.

•••

Sepuluh orang pelumba sudah bersedia di trek masing-masing. Hani, Hannan Khairani dan Kak Shahira bertuah kerana laluan trek mereka akan bertembung dengan beberapa selekoh. Tak ada lah mereka terpisah sangat.

"Get ready!"

"Set!"

"Go!"

Pertandingan lumba basikal bagi pusingan terakhir bermula!

Mereka perlu berhati-hati kerana mereka menunggang basikal di hutan yang berbukit-bukau. Walaupun trek sudah dibuat, para peserta masih perlu berhati-hati. Tersilap nanti boleh terjatuh dan tercedera.

Beberapa checkpoint yang perlu dilalui. Kesemuanya berjumlah 10 checkpoint.

Para peserta juga telah diberitahu bahawa kesemua checkpoint mempunyai laluan simpang ke arah kanan dan kiri. Mereka diarahkan hanya untuk mengambil simpang yang membawa ke arah kanan sahaja.

Yang di mana simpang ke arah kanan telah ditanda dengan nombor checkpoint yang perlu ditebuk menggunakan penebuk setiap kali mereka sampai di checkpoint tersebut.

Apa yang akan terjadi jika peserta berdegil mahu menggunakan simpang kiri? Tiada sesiapa tahu apa yang akan berlaku. Mungkin kalau ada yang cuba-cuba kita boleh tahu tetapi bagaimana kalau mereka sesat di laluan simpang kiri itu? Sampai ke sudah kita tak tahu apa sebabnya.

Apa yang pasti, memang akan ada manusia yang berani mati melanggar peraturan itu.

Siapa? Hanya aku yang tahu.

•••

A/n: I know it might be weird because this story seakan-akan aku yang bercerita kepada pembaca mengenai pengalaman yang pernah aku lalui but that's the point😂

I want to wujudkan rasa pembaca tgh berkomunikasi dengan penulisnya sendiri because this story is based on my dream experience. This story is really from my dream dan ditokok tambah sedikit. Contohnya, part les bengkok tu saja ditambah. Tapi the main plot is, akan ada org yg akan tersesat di dunia sebelah (dunia Jin tu i mean) because they berdegil nak amik simpang kiri.

But did you realise that in the blurb, last sentence something like dialogue before i write the status of the story?

Yeah the dialogue,

"Aku mimpi ke tadi? kenapa macam betul?"

This show that this story just a dream of mine. And i want to tell u about that weird dream.

But luckily, again i got some new brilliant ideas alhamdulillah ilham daripada yang Maha Esa. I got some ideas to make this story even more interesting and attractive by make an analogy of reality with this story. There're hidden messages selain drpd sekadar masuk ke dunia ghaib.

Itu je ^^ saja nak bercerita. Ok thanks! Wait for me to update ^^

𝓒𝓜 𝓞𝓯𝓯𝓲𝓬𝓲𝓪𝓵

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro